Hai korang.

Untuk segmen food review kali ni aku nak review sikit tempat makan best kat Ipoh. Yalah kan, alang-alang hari tu hantaq che ta kat KK, kami pun lajak la ke Ipoh untuk makan dimsum yang best ni.
It was actually our second time visiting this place.

Ha ni lah dia kedai makan yang disebut-sebut. Dont worry gerenti HALAL ok!

Dijamin HALAL!

Tuan Amir Firdaus tengah pilih dimsum n dumplings.

Sedap ni. Dalam dia isi ayam!

Alamak! Tetiba lapaq pulak tengok gmbaq dimsum ni!!!ohoiiii

Rasa mcm benggong pun ada pergi upload gambaq ni tengah2 malam oiii....

Overall dimsum kat sini memang sedap-sedap. Bukan yang stail rasa tepung tu tau. Kalau dia kata ayam, memang akan ada ayam la dalam tu. Sama la dengan udang,memang akan ada la isi udang dalam tu. Memang puas hati kalau makan dimsum kat sini. Chi cho fun dia,wantan mee and radish cake pun sedap oiii. Yang ni pernah makan masa our first visit dulu. Sanggup oi dari Penang shoot ke Ipoh sebab nk try dimsum kat sini. Berbaloi2 sangat dengan rasa dia. Kedai pun sentiasa ada orang.

Rating: 4.5 / 5

Details tentang kedai:

Address:10, Persiaran Greentown 4, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Menglembu, Perak, Malaysia

Dibuka hari ini 8:00 PG – 9:00 PTG

Kalau on WAZE pun ok senang ja nak jumpa.

Ok la, tu ja segmen food review kali ni ya.
Setelah banyak kali reschedule untuk p review ke One Garage ni, finally dapat jugak jejak kaki ke sini. Actually dapat invitation Ms Chloe ni sebelum berangkat ke Perth lagi tapi bila balik ke Malaysia , demam la morning sickness balik la apa bagai. Maka, last week aku pun da macam fit to go for food review, baru la reconfirm balik dengan Ms Chloe.

Actually dalam One Garage ni ada 3 konsep "makanan" yang berlainan iaitu western food di section Station One (rasanya semua orang familiar kot dengan kedai Station One ni kan) , steamboat section dan last but not least section Slappy Cakes ( kat sini la section yang aku review ya). Gabungan ketiga-tiga section di bawah satu bumbung ni lah dinamakan ONE GARAGE. Unik kan.

Untuk section Slappy Cakes, kat sini kita boleh DIY (do it yourself) pancake yang kita nak. Memang teruja jugak la nak buat pancake sendiri kan. Siap boleh lukis-lukis macam mana yang kita mau lagi kan. Teruja dan seronok, kalau bawak Adriana mesti lagi seronok ni!


So before we start benda yang paling penting of course la dia punya batter. Ada 4 pilihan ya korang, buttermilk , chocolate , pandan and peanut. Of coz la pilihan hati aku adalah buttermilk and chocolate batter. Fixin pun ada banyak jenis jugak ya, tapi kami pilih pecans saja and part topping sauce pun ada banyak choice gak, tapi kami tanya chef tu apa yang dia suggest untuk kami, kiranya signature topping sauce la kat situ kan. So dia suggest kat kami lemon curd, seriously memang sedap gila kot lemon curd dia, Tak manis and tak masam! Rasa dia just nice gitu.

Muka tak tahan. Apehal ntah sampai kena muka macam gitu.


Husband punya turn pulak.


I have no idea what flower got only 4 petals?


Ok this is funny. Husband's DIY pancake.

Selain dari DIY Pancakes, Slappy Cakes turut menyediakan pelbagai menu yang menarik yang terdiri daripada egg benedict, chicken chop, dessert dan sebagainya.







Slappy Benedicts


(Sauted baby spinach, muschroom, two poach egg, tomato and mix salad (signature dish)
As recommended by the chef that day.




Can you see the runny yolk?
Omg, why do i have to look at this photo again T___T



Overall for me, the foods are nice. Well cooked and seasoned. The ambient also nice and suitable for family to enjoy their meals. I would definitely come again with my hubs and kids in future to DIY our pancake or having steamboat there. Oh, I forget to mention that they also have unplugged performing during weekend. So if you happen to look for a warm and cosy space to chill on your weekend, you guys should come here.



Address:

One Garage
Ground Floor MM020 
Penang Times Square
Jalan Dato Keramat
Tel : 04-296 9580
Open: 10am-10pm


Food review : Williams Corner

by Alia Farhan, 11:55 PM
Ok.
Ni nak cerita 1 port makan yang best kat KL nuu...dah 2 kali kitaorang makan kat Williams ni...

First time dulu p sebab kebetulan Kedai Murni SS2 yang kitaorang nak p makan tu tutup so kawan Amir bawak kitaorang p ke Williams ni since food depa dua ni lebih kurang ja.
Mau tak sama, adik abang kot. Tapi dengaq kata yang si adiknya tu muallaf yang si abang nya William ni.

Location Williams Corner ni dekat:
Kelana Jaya 3-1, Ground Floor Plaza Mayang, Jalan SS26/4, Taman Mayang Jaya, Petaling Jaya, Jalan SS 26/4, Taman Mayang Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Nak senang set Waze, kalau hang mereben nak wat terer p cari memang tak jumpa la. Sebab ni memang masuk ntah mana-mana hala ntah. Pastikan battery phone penuh, data tu banyakkkk. Hahahaha

Ok lah, untuk kali ni kami order mixed platter tu ja sebab petang tu sebelum hantar Angah kat Tabung Haji KJ aku da makan dah. Laki aku ja tak makan sangat. Sunggu aku heran, rupa-rupanya dalam otak dia da set ni p makan kt Williams rupanya. So lepas da mandi semua dekat kul 11 malam kami keluar dari Seputeh shoot ke Williams.

Sampai kat Williams da tak ramai orang, kalau tak nak parking pun susah.



Kedai dia relax relax wat peace wat lek ja







Nin diaaaa.
Ada chicken wings, lamb chop, rib, wedges, broccoli bagai. Rasa nya chicken wings ngan lamb chop tu ada la 4 to 5 pieces kot. Yang ribs tu pun banyak gak.




Harga dia RM80 ja!!!! Berbaloi kot!!!boleh 3 4 orang kot. Sedap pun sedap. Tapi sebabkan aku da makan sebelum tu so aku pun tak berapa la nk perform sangat. Rasa rugi di situ. Huwaaaa. Yang tak abih kitaorang tapau bawak balik. Hihi

So masa tengah makan, owner kedai tu Uncle tu mai la. Sembang ngan kitaorang and ajaq kitaorang dip each chicken wings, lambchop, ribs tu ikut sauce yang dia sediakan. Memang sedap sangat!!!

Pastu ada satu couple ni baru sampai duduk belakang kitaorang diorang nak order nasi goreng kampung. Uncle tu kata ishk2 mai jauh-jauh kat William takkan nak order nasi goreng kampung kot. Pastu mai pulak kat meja kitaorang camdek couple tu, ada ka patut mai Williams order nasik goreng kampung!!!!
WAKAKAKAKA!!!! UNCLE U SO FUNNY, UNCLE!!!

tapi betul la, mai William order la yang best-best skit. Nasi goreng dia kalau tengok memang big potion sangat-sangat. Tapi tak pernah try lagi la. Pasta dia pernah try, memang sorang makan tak abih. Jenuh mengelepiaq nak bagi habih. Hahaha


Review:
4/5 stars

Hampa pulak suka makan apa kat Williams?

Ok lah
Sekian sahaja food review untuk kali ni

posted from Bloggeroid

Assalamualaikum


Asyik-asyik review Ramadan Buffet kat hotel ja kan. Kali ni kita review pulak food dekat kedai makan dekat luar pulak. Nampak macam biasher biasher mungkin bukan biasher biasher kan. Ooi pehal cakap macam Jibby!

Kali ni nak cerita skit pasai Western Food dekat Western Pak Kon di Pulau Betong, Balik Pulau. Bunyi macam nun jauh di sana kan. Hahahahah. Jauhhhh jugak laaa...tapi i tell you berbaloi2 kot. Way better than Pak Mat Western habaq kat hangggg. Pak Mat Western sejak-sejak viral bagi aku dah out. Makanan sejukkkk. I know u have a lot customers. But u have to put on effort la utk panaskan sat kot makanan hang. At least letak dalam microwave for 1 or 2 minutes..orang dapat makanan pun xdak la sama nak sejuk dengan ayaq tembikai. Ni komen kawan aku yang mai jauh nak makan kt Pak Mat Western ya. Sory Pak Mat..u used to be my fav😑


Ok lah back to this review...if hampa ada berdekatan dengan Balik Pulau silalah terjah ke sini ya.


Pic credit to Pak Kon Cafe fb. 


Apa pun jom tengok dulu makanan yang ada kat sini.





Chicken chop dia. Walaupun coating dia macam tebai..aku pernah makan ala2 mcm ni tapi tasteless but this one sedap kot. Tepung dia cukup rasa. Tepung and ayam tak keras. Ayam pun moist. Ni Adriana makan sorang ja k. Aku ada la paw skit seketul. Anak aku yang tu makan cerewet kot. So kira dia boleh habis tu maksud dia memang taste dia la.

Ni order Nasi Goreng Chicken Chop dekat Aishah. Nak suap nasi goreng sebenarnya. Chicken chop tu mak dia yang makan lebih... nasi goreng pun sedap ada rasa. Aishah makan banyak kot. 


Ni lamb grill aku yangggg punyaaa hahahhahahha. Aku suka gila sebab dia ada letak capsicum dengan bawang holland  tu grilled sekali. Gravy dia pun sedap. Cukup rasa semua. As usual la aku ngam kambing memang licin la kan. Tambah-tambah sedap pulak.


My nephew Afiq with the meatballs. Tq Afiq tolong pegang kat aunty. Meatballs pun sedap. Tak keras kejung macam kt Ikea. Walaupun time ni perut aku dah sendat gila tapi bila makan meatball ni still rasa sedap. Biasa perut sendat ni dia tak boleh menipu. 


Harga?


Pic credit to Pak Kon Cafe fb

Untuk chicken chop lani ada promo cuma RM7...yang nak beli set sekali dengan ayaq cuma RM10. murah tak???
Untuk nasi goreng chicken chop..harga dia cuma RM14. 
UNTUK Promo.. lamb chop pulak harga dia satu set dengan ayaq cuma RM12.

Bagi yang hampa tak mau makan Western. Dekat sini ada jugak juai nasi-nasi goreng semua tu.


Pic credit to Pak Kon Cafe fb


Paling penting.. Cafe ni bersih.. Cantik Dan selesa sangat. 


Apa pun tenkiu tokey Pak Kon Cafe sebab invite kami pi makan. Semoga terus maju jaya😉







Hai hampa.
Lama kan tak buat food review.
Haihh rindu pulak.
Entry Koh Lipe duk berhutang lagi dan lagi.
Haihhh laaa.

Ok la kali ni quick review nak cerita pasal kari ikan sembilangbyang sedap giler ni. Dari preknen ke Adriana lagi suka makan kari ikan sembilang dia. Fuhhh.

Kalau nak tau kedai makan ni terletak tak jauh pun dari rumah kami. Memang area2 Juru jugak. Tapi yang ni ke dalam sikit, nak pi ke area Kampung Juru. Tapi belum lagi sampai kt Kuala Juru / Sungai Sembilang. Dekat2 ja dengan Masjid Lama Kampung Juru, lepas skit ja masjid tu belah kanan hampa, hampa akan jumpa kedai makan ni belah kiri hampa.


As usual...memang akan amik part ekor punya.


Selain dari kari semilang ada gak lauk pauk yg lain. Tapi aku tak hingat pun nak tangkap gambar sebab dah berkeroncong sangat-sangat perut ni.

Apapun kari semilang dia memang terbaiklah. Makan pulak ngan sambal belacan dia...perghhh memang terangkat bhai.

Okla tu ja nak cerita.

Babai

posted from Bloggeroid

Kali ni nak review pasal food review kt Boat Noodles pulak. Ni pun accidently p makan masa p KL hari tu. Plan asal nak p lepak2 ke klcc ngn Mr A n Miss AA. Saja la nak bagi Ms AA tu naik tren kan...her first experience tapi pama dia yg fobis dek bau keti melampau2 dalam tren tu. Choiii sangat....

Turun2 ja putra kat klcc tu kami boleh pulak tersesat masuk ke mall baru sebelah tu Avenue K. Mula2 ehh betul ka masuk sini. Almaklumlah dah lama gils tak naik putra tu. Ehh tapu awat dekat sangat. Rasa mcm kena jalan2 dlu baru sampai klcc. Ehhh sesat ke...sesat ke

Melilau la kami kt dalam Avenue K tu dulu.
Last2 nah amik nampak Boat Noodles. Teruih ajak Mr A p melantak situ dulu.

Jakun jap la kan. Meje kecik kerusi kecik. Mangkuk kecik. Ehhh.

Apa ntah mamat ni tgh sibuk kan tu pun xpaham makjem.

Si kenit penyibuk tu.

Menu pun simple2 ja.

Ayaq wajib

Kerabu meggi. Nak order mnda lain tersilap tgk code pulakkk. Nasib sedappp

Kami order 8 mangkuk tau. Tapi mangkuk dia alahai cinonet sgt. RM1.90 semangkuk. Laki aku makan 3 mangkuk aku bedal lagi 5 mangkok. Wakakak. Tapi semangkuk tu 3 suap ada la. Orang tua tu duk bedal chicken wings dgn mek kenit tu.

Aku kan tak suka membaziaqqq so aku habiskan la bihun sup tu. Memang sedap la. Kena ngn tekak siam aku. Paham2 la lidah cerewet aku ni. Cuma kerabu meggi tu xdaya nk habis sbb terorder silap n mai 2 pinggan.

Overall, aku suka n njoy makan kt sini. Meja hang dengan orang sebelah pun memang xdak gap. Serius dekat gils. Tapi ok la. Orang makan2 n terus blah je pun. Xdak maknanya nk releks2 kangkung makan kt situ.

Rate:
4/5

Tetiba teringat pulak the real boat noodles dekat Floating Market Hatyai. Gika sedap nak mampus ..
20baht segedabai punya mangkuk.
Nak tambah2 meatball baru 30baht.
Gila tul. Aduss ni kang ada gak terbabas ajak laki den p Hatyai balik hari ni semata2 nk real boat noodles ni...

***type entry ni sambil telan ayaq lioq sedozen***
haaa
untuk segmen food review kali ni..
aku nak share satu port ni khas untuk peminat dessert kan especially chocolat base!

untuk pengetahuan hmpa ahli familia Projek Blogger Utara yang lain semua da p dah ke sana untuk review hari tu...
aku ja yang tak dapat nak join hari tu.

oklah back to the topic...
kedai/ cafe ni terletak dekat Medan Suri near Masjid Sungai Nibong and Stesen Bas Sungai Nibong...
yeah port aku muda-mudi dulu duk makan mee pitchay lepas balik kerja n teh ais sedap nak mam tuuu....
cafe ni kat dalam medan selera ni jugak.

kita bagi big boss masuk dulu kat dalam




Port makan kat luaq.

ni aku punya..choc waffle...

Husband aku amik ice cream apa ntah..tak sompek nak snap...Adriana da jerit2 nak..haishhhh...

Dua beranak ni kemain lagi makan. Laki aku tu da sakit mata..tu jadi S Jibeng tu asyik ngn Rayban dia ja.


Rating:
3.5 / 5.0




Chocolate Boss
D9, Kompleks Medan Suri,
Sungai Nibong Besar,
11950 Pulau Pinang.
012 414 6407/ 019 512 1271
Wewittttt.....
Orang Penang kalau yang jenis sweet tooth tu finally da boleh la p layan korang punya craving dekat Paragon.

Located kat ground floor, korang boleh cari dekat area yang open space tu menghadap ke pantai tu.

Hari tu kitaorang p , memang ramai la. Lagi-lagi pulak weekend kan and baru bukak. So semua orang macam gila la kan nak try.

So joms tengok menu-menu dia.











Mula-mula kitaorang duk kat luaq, tapi ujan tempias pulak. So pindah la masuk ke dalam. Muahahaha. Baru nak feeling-feeling kan amik bau pantai.



Hero saya.



Sambil-sambil tunggu makanan dia sampai.



Kitaorang amik brownies crepe. Rasa dia? Sedap gils oiiii!!! Definitely will come again!!! Hahahaha.



Muka bahagiakan lepas makan cokelat.



Chocolate fountain. Laki aku kata choc fountain ni penting untuk pastikan dapat coklat yang sedap. Aku tanya dia , oo dulu masa blajaq Food Tech ada eh pasai choc. Dia kata tak, ni dia tengok dalam Willie Wonka and The Chocolate Factory. Hahahha. Ngek kan.

Rate : 4.5 / 5.0

*** oh ya. This is not a paid review ya. This is based on my personal review by using our own money. I hope by giving this review will help you guys out there.

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS