Haiiiii

Dah lama tak update apa jadi kat kebun balcony sekangkang kera aku tu kan.

Jom layan mata dulu naaaa



Bunga peria kata sekarang tengah galak berbunga. Fuhhhh tak sabaq nak makan hasil dia.




Sama jugak dengan tomato aku. Galak jugak tu. Sukanya dalam hati ni




Bunga rose aku. Sayang gila kot.




Strawberry pun da berbunga. Harap dapatla makan buah dia dan biakkan dia ke pasu lain pulak.



Ni pun baru la nak galak berdaun bila da letal baja roti bagai. Kalau dak, nan hado haaa.

Ni la terapi aku. Seronok bila tengok hasil dia. Orang yang ni ja yang tau perasaan bila guna hasil yg kita tanam sendiri untuk masak n makan.

Bukan sahut seruan kerajaan pun. Tapi sebab langkah berjimat cermat. Busuk-busuk pun menda-menda alah ni makan jugak RM3 -4 kalau kena beli kan.

Bagi yang nak start , aku suggest start dengan yang simple simple macam daun bawang ka apa ka. Bila tengok hasil baru la korang akan excited semacam. X caya sudah! Hihu.

posted from Bloggeroid

Salak Denai Chalet

in , by Alia Farhan, 9:49 AM
Sebenarnya dah lama nk cerita pasal chalet ni. Tapi asyik peram ja. Ntah hapa-hapa punya baloq kan. Ni cerita masa sambut anniversary tau. Bulan 5 nun haaa. Lama dah sebab tu kata entry peram.

Tapi takpa moh kita cita pasal chalet ni.

Salak Denai Chalet ni terletak dekat kaki Gunung Jerai nun dekat Yan sana.

Memang sesuai sangat-sangat sapa yang suka kedamaian n nak relax dari hiruk pikuk kota. Wah ayat. Macam nak submit karangan paper BM SPM pulak kan.



Apa yang best kat chalet ni, setiap chalet ada pool dia tersendiri. So hampa tak payah risau bab tersentuh dengan bukan muhrim ka apa ka la.


Ni yang untuk chalet kecik macam kami duduk tu.
Ada jugak chalet yang ada bilik-bilik dalam tu tapi kami sebab p 3 orang ja kan. So kami amik yang kecik ja lah.


Muka tak sabaq nak terjun kolam tu. Apa yang pasal kolam ni. Air dia dari air terjun Gunung Jerai nun. So air sentiasa mengalir.



Amik mood dulu haaa



Gila sejuk wei. Memang serius sejuk kot. Tapi best la kan. Siap ada gelungsur lagi. Si kenit pun bukan maim suka lagi gelungsur ngan papa dia.



Siap nak suruh papa repeat naik gelungsur tu banyak kali lagi ha.



Siap ada tempat untuk masak lagi. Kalau nak masak kena bawak rice cooker sendiri la ya. Yang tu semua tak disediakan. Aku memang masak siap-siap sebelum mai sini. Banyak pulak tu masak. Lepas mandi tu hampir lincin wei. Malam tu lapaq perabih apa yang ada and masak megi ja lah.

Please note jugak yang tempat ni memang agak ke dalam. So sediakan makanan banyak-banyak la ya. Kami sebab p time weekdays kan malam tu rasa sunyi la hai. Kul 9 da gelap dengan bunyi cengkerik bagai. Tak pernah-pernah tdoq kat penang ni bunyi cengkerik bagai rasa macam fuyooo wei. Tapi serious la sunyi kan. Kalau p ramai-ramai ok kot. Dengan wat BBQ apa ka. Ni sebab kami 3 ketoi ja. Hang tengok aku aku tengok hang. Wakakak.



Map nak ke Salak Denai Chalet.

Contact number Salak Denai Chalet : 0125376151

Check in : aku dah lupa dah kul berapa tapi check out kul 11 ya. Sebab kami pun sampai lambat hari tu.

Lagi 1 kalau hampa nak check out sblum kul 8 malam dia akan charge hampa RM80 instead of RM100..duit depa akan bagi masa keluaq tu. Macam yang kami p tu time weekdays kan so rate untuk weekend lain na. Tapi harap maklum weekend dia selalu full wei.

Yang lain-lain tu bawak la ubat nyamuk letrik tu siap-siap. Kami pakai hat tu ja. Memang bawak siap-siap dah.

Pagi tu nak balik memang tak mandi dah la kat pool tu sebab mandi kat dalam toilet dia pun sejuk gedi wei. Lagi nak terjun kolam. Tapi kenit tu keep on ajak mandi kolam. Tak koser mak pak kau ni nak oiii.

Tu ja lah nak cerita pasal entry peram aku ni. Sapa nak p retreat hampa punya diri. Tempat ni memang baguih la. Sunyi sepi siap bunyi cengkerik lagi haaa.

Oklah tu ja lah nak cerita.

Okey babai

posted from Bloggeroid

Wewittttttttt
Hampa pernah makan dak King Crab???


Kami dah. Baru lunch tadi p try kat Manhatan Fish Market Sunway ni.



Ni harga sekali dengan side dishes dia. Ada ikan, calamari n nasi bagai.
Kalau dia saja RM59.90 exc GST n service charge ok. Sory la gambaq kat ataih tu blurrrr pulek!



Ni pulak 2 2 orang ni aku memang tak paham. Sorang minum pun nak tension yang papa dia tu pulak apa kes tak tau aih.



Mai da adik ni nak bakaq2. Zassss zassss zasssss



Tudiennnnn. Ni pun da gedabai duk mai. Laki aku masa order tu siap nak order side dish lain bagai. Aku kata tak payah. Merepek ja. Bagi mai hat ni dulu baru la order kalau tak cukup! Dia ni memang selalu tamak tau. Pastu duk termonyeh-monyeh nak abihkan bila order berlebih-lebih.



Korang rasa berbaloi tak RM99.90 not inc GST utk hidangan ni?



Misi mengopek kulit ketam. Dia siap bagi gunting lagi untuk kami gunting kulit ni. Nasib la. Kalau dak jenuh gak la.

Ok bab rasa ni. Aku rasa dia punya king crab ni takla manis macam ketam-ketam fresh yang kita beli kan. Maybe sebab dia dah lama jugak kat dalam ais kan. Standard la tu kan. Rasa memang dah tak manis macam ketam fresh. Sebab ya lah ketam ni pun bukan origin dari sini. Sebab mama ngna angah kata depa makan king crab kat korea n japan dlu sedap ja kan. Manis bagai la. So bagi aku rasa isi dia memang tak manis macam ketam-ketam fresh tu. Tapi xdak la busuk macam ketam yang pernah aku makan kat Mee Salwa dulu tu. Hukhuk. Sampai hati depa jamu aku makan ketam busuk!

So kalau nak try boleh ja amik feel makan king crab. Cuma jangan la kuciwaaaa pulak ya.

Shuben kata takpa la. Da try skali kan. Nak sedap punya kena p makan kt korea n japan la kan. Dia kata takpa pasni beli ketam kat Pasar Malam Juru. Pastu kita wat cili crab makan sampai lebammm. Hahaha. Bunyi kecewa di situ.

Overall yang ikan tu sedap la. Yang lain tu sedap cara dia la. Cuma kalau kata nak repeat lagi King Crab ni memang tak la. Memang tunggu p makan kt korea or jepun la kot. Tu pun kalau p la kan!

Rating untuk King Crab set ni : 3/5
Total damage: RM126

P/s: not a sponsored post tau. Makan ni shuben kami yang bayaq dengan hasil titik peluh dia tauuuu.

posted from Bloggeroid

Hillarious

in , , by Alia Farhan, 2:45 AM
Kadang-kadang pikir apa la salah jadi rakyat Malaysia ni. Ada ja yang Allah nak duga dengan kerajaan sedia ada.

Jadi rakyat Malaysia ni hati kena kental n keras beb. Sebab dapat PM suka wat pekak badak. Tak reti- reti nak berambus buang. Tapi kalau yang menggantikannya pun sama tak tumpas, hurmmm what to do kan.

To be truth, tak kira la kau melayu ka kau cina ka kau india ka kau jawa dilahirkan kt bumi and tanah malaysia ni mesti kau akan pertahankan negara yang kau cintai. Ini tak, bila cakap skit hee tak bersyukur. P balik china. P balik india. Ehh banyak cantik muka hampa. Hampa ingat Malaysia ni bapak hampa punya ka. Makpak kami semua dibesarkan dekat sini. So tak payah la nak sedap2 halau orang kan.

Sedap2 kena gst, harga minyak pulak bulan2 makin duk naik. Tak ckup dengan sebat duit gst, fuel buh pulak kat atas dengan tol. Yahuuuuu. Undeniable sangat bedebah kan. Serius cakap sekarang kalau dalam poket aku ada RM50 memang aku takkan keluaq. Risau wei. Nilai RM50 tu macam ayaq!

Takpa la. Mungkin di dunia tak dapat pembalasan. Cuma ingat Jibby & Co ehhh macam nama kedai makan plak mati itu pasti, berhimpun di Masyar jugak pasti. Jangan nanti merangkak-rangkak mencari marhaen2 yang korang susahkan semasa korang memerintah ni.



Lambang sayangnya Najib kepada Malaysia. Dia bagi Tol Mahal. Hillarious. Rakyat malaysia memang terer bab2 nk troll. Xpa la at least bila tengok ni hilang skit kan tension orang2 yang kena hadap harga tol charges yang makin menggila.



Ni pun best. Lawak wei.
Korang jangan sedih2 k. Kita sama2 la berdoa agar pemimpin2 yang zalim di Malaysia ni dapat balasan yang setimpal nanti.

Aku harap sangat2 zaman anak2 kita nanti nilai duit RM500 tu tak macam ayaq. Kalau dak apa beza kita dengan indonesia kan? Juta2 pun tak kaya2.

posted from Bloggeroid

My favourite

in , by Alia Farhan, 7:33 PM
Salam and hi korang.

Tengah Thursday Blues ka?
Haippp jangan jangan. Tau la kelmarin duk melingkaq kat umah ja kan. Mau kena ujan pulak bini prepare nasik lemak.lagi sedap duk melingkaq ataih katil kan. Hihi.

Da breakfast ka?
Mak jem hari ni beli nasi lemak ja. Malas nak prepare bfast. Lagipun shuben nak kena p cabut undi hari ni. Kalau dapat rejekiiii la kannn.

Hari ni cerita current favourit mak jem.

Untuk perfume.




Ni dalam banyak-banyak perfume , yang ni memang sangat mak jem suka. Suka sebab bau dia takdak la macam mak2 datin apa ke benda ka. Bau dia just nice. Memang mak jem suka sangat-sangat. Shuben kita pun kata perfume kita ni wangiii aummmmmm. Ehhh




Ni pulak favourite mak jem untuk tempek kat muka. Kira water miracle essence ni sesuai gak la ngan mak jem. Ni tak sabaq nak guna yang angah bagi beli dari Japan hari tu. Botol ke 3 kot kalau tak silap haku. Selalu apply pagi and malam sebelum tidoq. In between akan pakai hada labo. Pun fav mak jem jugak!




So far ni favourite mak jem utk foundation. Light texture. Tak rasa cakey pun. Sesuai ngan muka mak jem yang combination ni. Oily dekat T zone ni. Memang best. Suka sangat. Full coverage tahan 16 hours as claimed. Tapi memang tahan lama pun. Tapi nak tahan lama kena la apply primer ya noks!





Ni pulak fav body scrub mak jem. Memang best la. Rasa macam kat dalam biji kopi dan teh pulak aka Coffee Beans and Tea . Seriously kalau yang suka kopi kopi tu kena try ni. Boleh purchase kat Kathyshomemadesoap ni. Sekarang pun tengah ada promotion! Cepat la grab korang rugi woi tak grab!

Ok tu ja. Nak ilangkan boring-boring kan. Esok dah jumaat. Lusa sabtu hari berlibur bersama suami dan anak tersayang!

posted from Bloggeroid

Salam korang.

Semua mesti ada account Instagram kan?kalau xda tu macam pelik la kan lagi-lagi kalau perempuan kan.
Tapi laki aku pun takda. Hahaha. Ok tak pelik pun sebenarnya sebab laki aku ni bukannya jenis suka tangkap gambar kecuali gmbar untuk kerja-kerja dia ja. Yang lain macam gambar aku, aku kena paksa dia.tu pun kalau ada gambar aku ka dalam fb dia yang macam sweet2 tu aku la yang hijacked fb dia. Padan muka!



Tak cool la kan orang-orang yang hipster macam kita ni takdak ig kan. Laki aku tu lain, sebab dia tu bukan ada perasaan sangat pun.

So macam mana korang naikkan bilangan follower korang dekat instagram?

1. Sentiasa upload gambar yang menarik!
2. Letak # yang bersesuaian. Ni salah 1 cara paling baik untuk gain follower.
3. Komen dekat ig orang lain (terutama untuk bisnes yang guna ig, letak nama yang menarik sekaligus orang berminat nak click nama korang and tau produk korang jual bila ternampak komen korang dekat mana-mana ig, cuma jangan la duk spam pulak duk tak abih-abih visit my ig ja)
4. Jangan sombong berbalas komen dekat gambar korang. Sekali sekala tak salahkan pergi komen kat ig orang yang selalu komen gambar korang kan.

So far keempat-empat ni memang mujarab. Kadang-kadang tu bukan nak mencapub pun tapi bila ada da follow mak jem ok ja. Banyak yang follow mak jem punya ig terdiri dari geng-geng #urbangraden #naturalmakeup #homecook #homegrown . Ni untuk personal mak jem la. Kalau yang 2 lagi ig bisnes makjem tu lain la.

Jom follow mak jem korang!

posted from Bloggeroid

Hai korang...

Ada yang mencari blackboard wallpaper tak?

Lepas ni tak payah nak pening-pening lagi dah anak duk conteng kt dinding ka apa ka.
Selain tu boleh gak wat creative corner dekat rumah kan






















Harga cuma RM38 per roll
Dimension 45cm×200cm
Free colorful chalks

Kalau berminat boleh terus whatsapp 0133363775 ok

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS