cara nak elakkan marah anak2

in , by Alia Farhan, 3:32 PM
untuk perkongsian buat mama hebat...

aku pun amik dr org...
senang paste kt blog sdri...nnt apa2 tgk kt blog balik ja...
aku bkn apa kadang2 termarah jgk kat Adriana...biasalah budak tgh lasak...
kita pulak bz ke laut ja...
nk wat keja rumah lgi...kita mengemas..dia pun nk tolong kemas jgk...mau x kena marah kadang2 tu....

apa pun...mama2 jom kita baca ni...

MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.


Anak kita adalah cermin diri kita……..



Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.



Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.



Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.



Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.


Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.


2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.


3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.


4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.


5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.


Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.





sorry yana...klau mama mrah2 yana....tpi mama ngn papa syg sgt yana...

posted from Bloggeroid

yeahhhh...

untuk korang2 yang mmg nak sgt beli breastpump yg bgus tp kurang skit kemampuan...ya lah...nk kluaq sekaligus kadang2 ada nak pkai duit tu kan....i know...been in that shoes before...sebab tu aku wat installment plan ni...dengan niat nk tolong korg2 yg senasib mcm aku dlu2....

setakat lani...aku cuma wat utk 2 jenis pump ni sahaja ya...In Sha Allah...nnt akan bwak lebih byk lgi bpump utk pakej installment ya...



Autumnz bliss
RM359 exclude postage...
boleh 2 atau 3 kali byar..
harga cash?
sama ja sebab niat aku nk tolong korg2 yg kurang berkemampuan nk beli cash...
dapat semua freegift mcm dalam gmbaq tu ya...




Autumnz Passion Double Electric Pump
RM499 exclude postage
sama 2 atau 3 kali bayaq jugak...
freegift semua mcm dalam gmbaq...

so kalau berminat cepat2 whatsapp or msg ya 0133363775

posted from Bloggeroid

masak sendiri

in , , by Alia Farhan, 10:23 PM
mak aku kata...kalau boleh tu masak la sendiri makan kat umah...sebab setiap suapan yg anak2 dan suami makan akn ada keberkatan kt situ..
dah pulak tu...kita tak tau org tu msak mcm mana...ntah2 korek2 idung pastu relaks ja sambung masak tanpa basuh tangan bagai...euhhhhh...pastu ntah2 kuku dia panjang...kan kotoq tu..aku paling pantang kalau tgk org yg masak tu kuku pjg ka...kotoq kot weiii...xpsai2 benak anak kita weiiii...ingat makanan kita mempengaruhi tahap IQ kita...sbb tu la org yg tahfiz ka depa xmkn sebarangan...
pastu bila masak sendiri ni...bila duk basuh beras tu kan...sambil basuh sambil selawat dan doa supaya anak2 dan suami lembut hati...doa la time2 ni...mujarab kot...tapi jgn la duk p wat nasik kangkang...tu nak mampos namanya....khurafat n tak bau syorgaa weiii...

pastu...satu lagi la isu...selalu org kata n mengaku...aku tak makan ajinomoto....tpi hari2 menkedarah kt luaq....choyyyy...mmg dogeng la kata2 mu tu...bgi aku kedai mana hat tak pakai msg ni wei...silap pkai hat koman punya..haa hat tu bahaya weiii...semua pakai...chef two pun pakai wei sbb tu dia boleh kalahkan ramsey bagai kot...mcm aku...aku mmg ngaku aku pkai ajinomoto sbb mak aku masak pun pakai...aku dibesarkan dengan ajinomoto dan sgt2 jarang makan dekat luaq sbb mama aku mmg saving n suka masak kot...mama aku kata...makan kat kedai mmg la sedap contoh nasik royale kegilaan aku tu...masak nasik pun silap2 buh ajinomoto...bendi rebus pun silap2 buh aji...patut la sedapppp oiiiii....
pastu aku teringat...ada kawan aku pernah tnya lecturer bioprocess aku pak usop...psal bahaya aji letak kat rumput..rumput mati...pastu pak usop kesayangan aku tu ckp...helooo...yg pegi test kat rumput apesal?rumput ngn manusia sama ka?dah sah2 tak sama2...menda apa pun kalau amik overdose mmg bahaya....contoh gula garam...menda ok ja...tp bila amik overdose..tu yg kencing manis...darah tinggi...sama la jugak aji pun...ada jgk kata yg mkn aji ni nnt otak lembs n bodo...Alhamdulillah...otak kami adik beradik tak lembs tara mana pun la...sbb tu mak aku kata...masak kat umah...kita boleh control sdri byk mana kita buh aji tu...
lagipun ajinomoto tu brand ja kat Jepun...msg or penambah perisa tu adalah rasa umami or rasa sixth sense kt lidah kita...ya la...lidah kita kan rasa..masin..manis..masam..pahit...so ni kira mcm additional la ni kan...tp selalu la org highlite aji tu bahaya...tp kau pkai knorr cukup rasa tu apa menda kak...sama ja tu kak oiii....hentam twisties like no one bisnes..tak pikiaq plak aji yg berkilo2 dalam tu...hentam McD tu pun sama ja kak oi...byk gak tu penambah perisa depa duk buh....
so pendek kata..sama2 la mulai hari ni kita start masak kat umah..so that we can control apa yang patut kan...
entry ni xda nak kata kt sapa2...just peringatan untuk diri aku sendiri yg kadang2 baloq Ya Rabbi nak masak kadang2 tew...tpi2 kadang2 tu kira cheat day la kot ya???

ok lah..since today kat umah mentua..laki aku ajak mkn kt luaq..so lyankan ja lah...selalu2 sangat makin nipis la duit n rambut laki aku yg semakin nipis ozone layer nya...



kadang2 masak sendiri yang simple2 tu pun rsa sedap sgt...even ikan goreng ngn sambai belacan ja pun haaa...kannn???


lagi satu...aku nak la bila besaq2 nnt Adriana n adik2 dia kalau duk boarding school mcm aku dulu tu rasa rindu ja nam balik makan masakan aku...macam aku selalu homesick sbb rindu masakan mama yg sedap gils tu kan....orang kata..pikat suami dan anak2 melalui masakan ye dok???

ok lah...

got to go...
babai...
geram pulak Adriana duk freestyle smbil menyusu kat aku ni....haih laa

posted from Bloggeroid

sup ayam ala siam

in , by Alia Farhan, 10:35 AM
so hari ni kalau ikut menu yg ditetapkan aku kena msak sup itik....

ni msak ala2 sup siam kan...masam2 skit...marveles!puji diri sendiri skit...

tapi yg ni aku ganti la kan...sesetengah org tak mkn itik...n wat muka pelik pulak bila aku ckp aku mkn itik...apa peliknya derrr...menda halal derrrr....

proceed dengan recipe la ya...
sbb xleh nk tdoq pulak ni
tdi pas smyang isyak nyusu Adriana terus terlena kami tiga-tiga beranak..penat apa ntah..tp kul 10 aku da terjaga...n smpai skrg kul 1.30 xleh nk tdoq...japg nk msk dlu smbai teloq before tdoq sat...

ehhh melalut pulak dah...

bahan2:
* ayam/itik/daging/tulang/ekoq/kambing(ehhhh ikut korg lah yer)
*bwang besar and garlic yg da diblend agk2 ngn potion ayam itik korg nk msak
*carrot
*celery
*bawang besar n garlic potong kasar
*tomato
*cili padi
*daun ketumbar bukan daun sup ya...org siam.suka guna daun ketumbaq lg yaa
*cuka
*garam
*ckup rasa knor
*susu cair

cara2:
1. masukkan bahan2 yg blend td dlm periuk..then panaskan...masukkan ayam ka itik ka daging ka bla bla bla
2. agak2 macam ayam itik daging tu da msak..korg letak la garam...ckup rasa knorr tu...
3. then titiskan cuka..bg masam2 skit...nama pun thai style kan..harus la ada rsa msam2 ni..
4. then msukkan carrot dulu then celery yg da dipotong..pastu msukkan bwang bsar dan garlic yg potong asing td tu..
5. pastu ketuk2 skit cili padi n msukkan dlm sup...nk pedas buh byk...kalau taknak pedas kurangkan...
6.dekat2 nk last sblum tutup api tu...msukan skit susu cair dlm tu..skit ja..nk bg dia pnya kuah tu lain skit...n then msukkan daun ketumbar ya...
7. da boleh hidang n mkn panas2 dgn nasik....fuh maveles tell u!!



ni yg msak hari ni punya...sup itik ala siam...



ni menu utk this whole weekdays...hri bkerja...nx week menu apa pulak yaaa??

aku ni jenis kena plan awal2 nk msk apa...klau tak kang aku serabut...serabut nk pikiaq msak apa...bila da ttpkn menu senang skit aku...bwk kluaq brg n cri brg dalam peti ais pun xmngelabah sgt...so kejap la skit nk bersilat kat dapoq tu kan...

korang pulak macam mana???

posted from Bloggeroid

the missing star

by Alia Farhan, 11:45 PM
i supposed to be happy because today is my birthday...

but stil whenever i browsed around my fb...all the status esp MICET's students including me...all of us feel the loss.....total loss....




to my dear brother....
i admired ur personality...ur view...ur intelligence n all in u...
being ur classmate...is an oppurtunity for me to know u better...
Ya Allah...u are so amazing...u look things differently whenever most of us lost a hope...u really have a positive mind and vibes....

semua orang sayang abang...semua....i bet u parents...family must be really proud of u...because we do!!!cuba cakap sapa tak sayang n bangga dgn abg??meh alia nak sekeh laju2...

u fav words to us...sengal la korg ni...sebenarnya abg pun sengal sama...kalau tak...takkan leh join dgn budak2 sengal mcm kitaorg ni...truth is...kami bertuah sebab dpt 1 class dgn abg...dpt sedut idea2 abg..pemikiran abg yg bernas lg kreatif tu...

Ya Allah...sebak...type ni pun rasa sebak ya amat...tp alia yakin u in a good hands now bro....

terkilan sbb selalu kata nk plan gathering utk budak2 class kita yg sengal tu tapi tak pernah jdi...teringat bila abg ckp teringin nk jmp "anak buah " abg si kenit Adriana ni sbb geram tgk gmbr2 dia...dunt worry abg...i will let her know who are u...the genius uncle she ever had....genius dan tak pernah kedekut ilmu....semua menda nk share.... i will teach her n her adik2 In Sha Allah to be like u...to care about the others....n share the knowledge with others...jgn kedekut ilmu...

abg...alia jmpa moon pun...nnt kami nanges bila ckp psal abg...Ya Allah...rindunya kami kat abg...tak sangka abg akan jmpa Sang Pencipta secepat ini...tp kami redha...sbb kami tau...Allah lebih sygkan abg...

berdamailah abg di bumi para Anbiya...seperti mana yang abg mahukan sebelum ni...dari jauh...hanya doa yg mampu kami sedekahkan....

semoga berjumpa lagi wahai abg yg disayangi dan dikasihi...

to a person called "sahabat" , brother n LEGEND....

U WILL ALWAYS STAY IN OUR HEART FOREVER....

AL FATIHAH.....

#TRIBUTE TO ALLAHYARHAM IDRIS NASRUDDIN




posted from Bloggeroid

Paint Pot By MAC review

in , , by Alia Farhan, 7:30 AM
Aku ni mmg problem kalau pkai eye shadow ni...dulu la...
memang tahap fail kalau pkai eye shadow tu...mcm ekeleh...org lain pakai lawa ja...aku pkai mcm xnmpk..padtu kadang2 sememeh gila....
rupa2nya...aku xjmpa lg yg sesuai ngn aku as eyeshadow based...

sebelum ni just try pkai yg benefit utk based eye shadow...yg tu trial size...dpt free masa shopping bru benefit...oh ya benefit mmg suka bg free samples kalau korg shopping ngn diorg...

pastu try urban decay yg femes tu pun tak jalan jgk...rupa2nya eye lids aku mmg xsesuai ngn dua2 ni sebab aku pnya eye lids oily..so mmg eye shadows takkan stay longer kt eye lids aku...

kan hari tu aku p kelas make up by Yana n Farra....mmg bykla input aku dpt....so for aku punya type of skin Yana suggest pakai Paint Pot from MAC...sbb dia sdri pun pkai sbb dia pun facing menda yg sama ngn aku...sbb masa class tu pun aku mmg impress gila ngn outcome aku...ecewahhh....perasaan gila kot...

so apa lagi...harus serbu MAC...
harga satu pot tu dalam RM75...berbaloi beli sbb sesuai ngn aku kan...eyeshadow pun stay longer n tak comots2 sebab berminyak...





bare study... code dia...



kaler dia...



nak guna dia...apply ja the whole lid....bukan mata aku...ihsan gugel



neutral color ja apply



saja wat duckface bg nmpk mata kitewww...


ni pun hasil pkai paint pot MAC ni..best!!

recommended or not?
its a BIG YESSS for those yang ada masalah oily mcm aku ok:)

posted from Bloggeroid

Ramadhan

by Alia Farhan, 9:24 AM
sempena bulan baik ini...
izinkan aku mintak maaf kat korg2 yg secara sengaja atau tak sengaja terasa hati ka dengan hasil penulisan aku...
sama ada secara sedar atau tak sedar...

hopefully Ramadhan kali ni...lebih baik pengisiannya berbanding sebelum2 ni....
dan harap2 kita semua diberikan kesihatan yang baik sepanjang bulan yg mulia ini utk mengerjakan dan mengejar segala ganjaran yg telah Allah janjikan....




dari kami....

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS