Assalamualaikum,

Hai korang. Sihat ka tu? Kali ni nak cerita pasal percutian kami ke Melbourne pada hujung bulan Ogos yang lepas. Masa kami pi tu time cuti semester anak-anak. Tapi kami terpaksa lajak cuti dua hari dari cuti sekolah. 

Untuk ke Melbourne, of course la kami amik Air Asia ja. Tak mampu lah nak beli last minutes flight ticket MAS ka🤪 Beli ja lah AA kan. Lepas tu beli la seat yang best-best sikit kan. For records, kami purchased flight tickets ni lepas visa dah granted. Sebab kang beli ticket beribu kang visa tak granted, matilamaknakkkkk

 Assalamualaikum semua, korang sihat tak tu? Kitaorang satu family tengah tak sihat ni. Anak2 demam on off. Selsema n batuk xda tanda2 nk ok lagi. Maybe sebab musim sama kot. Dekat Penang ni kejap hujan kejap panas. Memang dah try macam-macam remedy harap2 ok la kan soon.

Baru-baru ni hari Jumaat, malam Sabtu. Biasanya memang aku akan off dapur sebab weekend kan malas nak masak. We normally dinner kat luaq ja sebab all those weeekdays night memang biasanya masak la kan. So husband pun bawak la mai makan dekat kedai ni. 

Kebun Balkoni Tingkat 11

by Alia Farhan, 3:01 AM

 Dua tiga hari ni rasa overwhelmed sangat. Bila tengok cerita dekat Palestine mmg automatic hati ni macam kena siat. Allahu beratnya dugaan diorang kan. Berat jugak dugaan kita as orang Islam. Selagi mana bumi Palestine berdarah selagi tu la sakit tu ada dekat hati kita 😌

Kadang2 bila dah overwhelmed ni mmg aku akan divert attention aku dekat benda2 lain. Contohnya berkebun. Berkebun ni salah satu terapi untuk aku divert sikit attention aku. Balkoni rumah aku pun bukan besar. Tapi cukup la untuk tanam apa yang aku suka masak and apa yang aku suka contohnya pokok2 bunga tu 


Kenapa Palestine Penting Untuk Umat Islam?

by Alia Farhan, 9:12 AM

 Assalamualaikum,

Dua tiga hari ni hati macam kena robek-robek sangat bila tengok saudara-saudara Palestine kita diserang bertubi-tubi oleh puak2 Yahudi zionisme. Sedih sangat tengok. Allah…Allahhhhh….Allahhhhh🥹🥹🥹


Apabila anak kita bertanya, 
"Mengapa kita memberikan perhatian kepada PALESTIN dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?"

Apa jawapan kita? 

Ceritakan kepada anak kita:
Wahai anakku, sesungguhnya PALESTIN adalah tempat tinggal para Nabi.

Bekal Simple Anak-anak

by Alia Farhan, 11:22 AM

 Assalamualaikum,


Hai hampa semua. Sihat dak? Kalau sihat Alhamdulillah. Yang mana tak sihat makan ubat n vitamin ya. Jaga diri baik-baik ok. Sekarang ni sat hujan sat panas kan. Lagi la. Makan semua kena jaga especially kalau ada anak-anak kecil. 

Kami dekat rumah ni, ada time sempat buat bekal kat anak-anak kami akan buat ja. Kadang-kadang klau mood ke laut sory la anak2 mama ya.

Resipi Ayam Berlado Daun Kesum

by Alia Farhan, 10:42 AM
Assalamualaikum semua,

Selamat berhujung minggu korang semua. Sihat tak tu? Harap semua sihat la ya. Just a quick update sebab ada yang tanyakan resipi ayam berlado daun kesum ni kan. 

Actually sambal berlado daun kesum ni masaknya sama ja macam ayam berlado biasa tu , tapi yang ni ada additional daun kesum ja korang. Ni pun sebab nak cantas daun kesum dalam pasu kt balcony sebab nak bagi nakk merimbun kan. Tapiiii rasa dia tak tipuuuu memang terangkat habis la kan😋 maybe sebab aroma special dari daun kesum tu kan. Or maybe sebab daun kesum tu pun ada rasa dia yang tersendiri kan. So apa lagi hampa kena cuba ok🫠
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS