Ada peminat smoked duck tak dekat sini? Aku memang peminat smoked duck. Like sangattttt-sangatttttttt. Tapi biasa la kan bila makan dekat kedai mahal gila kan.. Dah la sikit ja... 

So baru-baru ni aku jumpa Smoked Duck jual dekat Jusco. So apa lagiiiiii... Ambil la seketul. Sebab dah teringin kan. 

So apa lagi... Menu kita Smoked Duck Aglio Olio Pasta. 


Nyum2

Nak buat dia pun senang ja.... Basically nak buat aglio olio ni campak ja apa2 nanti jadi la dia. 


Beli dekat Jusco ja... 



Bahan-bahan: 


  • Spaghetti
  • Lots of garlic
  • Bawang besar didadu
  • minyak untuk menumis
  • garam
  • serbuk cukup rasa
  • king oyster mushroom (taknak pun xpa..sebab ada dalam fridge so aku campak ja sekali)
  • smoked duck
  • chili flakes
  • sweet basil leaves
  • Capsicum
  • Tomato cherry


Cara-caranya:

1. Rebus spaghetti dengan sedikit minyak and garam. Toskan and simpan sedikit air rebusan spaghetti.
2. Dalam kuali, masukkan sedikit minyak dan masukkan smoked duck yg telah di slice nipis2 and goreng sebentar sampai nampak kesan char/goreng tu. 
3. Masukkan garlic and bawang besar yang dipotong ke dalam kuali. Kemudian masukkan king oyster mushroom dan chilies flakes(ikut korang nak pedas letak banyak.. Xnak pedas letak skit ja) ke dalam kuali tu. 
4. Dah boleh masukkan spaghetti dan masukkan sedikit air rebusan spaghetti tadi. 
5. Kemudian masukkan tomato ceri yang dibelah dua, capsicum dan jugak swert basil leaves. 
6. Jangan lupa perasakan dengan garam dan serbuk perasa.... Ok dah siapppp



Da siap.... Sedap gila makan dengan salad and kebab buatan sendiri ni.. Ok lah puji diri sendiri. Kalau tak puji.. Sapa lagi nak puji kan.... 😬😬😬

Bagi yang suka smoked duck ni.. Hampa boleh la cari dekat Jusco dekat tempat ayam tu.. Dekat bahagian frozen... Takpun tanya ja dekat orang yang incharge dekat tempat ayam tu.. Mesti depa tau... Harga dia pun RM8.80 ja guys... Boleh makan puas2 kat rumah ya. 

Cerita jadi supir anak-anak.

by Alia Farhan, 5:40 PM

 

Apa lah nak jadi asyik x update blog ja.. Mana la pv blog tak jatuh.. Hahhahaha... Blame the hormones ok 😂😂😂




Tapi ok la sekarang ni kakak da start KAFA pagi ni.. In between nak ambil dia mama ada masa sikit untuk buat apa yang patut. Memang pagi2 terkejar2 hantae dia dengan adik pi tadika n kafa... Lepas tu pukul 11 nak kena ambil dia dari kafa.. Bawak siap2 apa yang patut makan... Lepas tu terus hantar pi sekolah. Memang x la nak balik rumah dulu bagaikan.. Kalau balik rumah memang tak jadi kerja la. Lepas da hantar kakak.. Amik si adik pulak kat tadika pukul 1 sbb dia amik Qiraati sekali... Tapi hari Khamis Jumsst dia habis class kul 12 sebab xda Qiraati hari tu... Phewwwww.... Harap2 boleh kurus jadi supir ke sana ke sini kan... Tak nampak gaya la dapur nak berasap kan hari sekolah ni.. Nampak gaya lunch mmg kat luaq.. Malam ja masak makan 😅😅😅


Si kakak da start kafa dah.. Alhamdulillah.. Belajaq elok2 ya sayang. 


Taknak la terkocoh2 balik2 nak masak.. Nak ambil anak balik makan... Ya Ampun... Kita makan dekat luaq ja lah... Kadang2 budaknya nak makan tu sikit ja.. Bukannya nak makan macam kita2 ni... So best way better la lunch tu lunch kt luaq ja lah 😬😬😬 mama is pemalas. 

Mood nak kena jaga... Bila terlampau penat ni.. Nanti mood swing bagai.. Better la kita jangan duk terlampau penat. Kang jadi mangsa mak jadi singa anak2 jugak. Kadang-kadang taknak la menyinga 24 hrs. Tapi tu la kadang2 meminta jugak budak2 ni. Biasa la budak2 baru nak membesar.

Kejap gaduh.. Kejap baik... Kejap gaduh balik.. Kejaq buat pakatan sepahkan bilik.. Kita suruh tidur esok nak bangun awai pi sekolah.. Dia boleh lagi duk bergelak ketawa..geletek sana sini.. Lepasbtu mengekek ngekek.. Ikan kekek mak iloi iloiiii..yang mak ni mata da separa pejam dah 🥴🥴🥴

Penatkan jadi mak2 ni...tapi tu la tanggungjawab sebagai seorang mak. Bukan merintih atau mengeluh... Kadang2 sebagai manusia biasa kita ni penat....hahhahah...




Ni pun tengah tunggu nak setelkan hal anak ni. Japgi nak kena cari tempat mengeteh jap... Pastu nak kena balik rumah kemas rumah apa yang patut... Pastu nak kena siapkan baju si kakak nak sekolah petang.. Bawak untuk dia salin lpas kafa pulak... Xpa lah kakak, penat sikit. Nanti kakak senang sikit belajar pasal agama ni. Mengagau2 jugak tengok Pendidikan Islam belajaq fully in Jawi. Sebabnya banyak jugak ejaan dah berubah. Kesian juga la dekat budak2.. Tapi budak2 ni macam sponge... Cepat ja absorb.. Harap2 kakak pun macam tu... 

Mama nak mngajau tak cukup kesabaran sangat. Biarlah mereka-mereka yang pakar mengajar. Tu lebih bagus. 

Ok lah... Till then.... 




 Sebagai pencinta gadget.. Sudah tentu aku orang yang paling menggeletis bila tengok robot vacuum ni. Sebenarnya dah lama aimed nak beli robot vaccum ni... Cumanya.. Duk buat kira-kira and bajet untuk beli. Ya lah.. Nak beli tu satu hal bajet nak kena tengok macam mana.. Pastu review nak kena tengok dulu... Nak study spec dulu yang mana ok. Yang mana dak... Benda bukan beli sekupang dua kan.... Hahahhahah

Antara robot vacuum yang aku duk aimed ni adalah keluaran Xiaomi Mijia Vacuum Mop cleaner ni... Aku memang duk aimed yang Xiaomi ni.. Bukan sebab apa.. Aku kenan la jugak barang2 Xiaomi ni sebab barang-barang dia nampak chic n stylo la jugak. 


Segaknya diaaaa haaa... 

Time nak beli tu aku berbelah bahagi nak beli Xiaomi Mijia 1C atau G1..being me.. Mesti la aku compare habis-habisan kan... Hahahha... Dari segi harga aku compared..dari segi capacity..suction...battery lifetime.. Lepas tu macam-macam la kan... 



 1C ni kiranya version latest dari G1. Sebab tu dia macam penambah baikkan untuk model 1G ni. Oh ya.. Dua2 boleh mop ya... 


Ni details comparison la kan... Yang Dreame F9 tu aku tak survey pun... Yang tu must be lagi mahal sebab dia punya battery capacity n run time dia pun lagi tinggi dari yang C1 tu. 

Antara sebab lain aku pilih 1C ni adalah disebabkan suction dia lagi kuat dari G1. Lepas tu run time dia pun lagi lama dari G1. kalau ikutkan space rumah aku ni.. Pakai G1 pun dah ok. Tapi aku bab2 vacuum ni memang nak cari suction yang kuat ya. Kalau setakat suction ala kadar ni tak kuasa la aku nak beli. Tapi suction G1 pun da kuat sebenarnya ya... 



Lepas tu. Robot aku ni aku panggil Mimi d Bibik ni bijak.. Dia boleh panjat sendiri carpet2 aku... Oh ya... Aku memang sejenis pakai carpet sepenuh-penuh alam ya.... Sebab aku xleh pijak lantai ni.. Nanti kaki aku sejuk and sengal-sengal. So bila baca review yang Mimi ni bijak boleh panjat semua ni memang lagi tertarik la ya. Actually G1 pun sama boleh panjat jugak carpet ya. And hampa boleh set time dia nak vacuum n mop rumah hampa pukui berapa. Aku set malam. Dalam pukul 10.30 tu dia akan keluar untuk vacuum. Biasanya 2 hari sekali aku akan letak dengan mopping pad tu. Sebab aku xla mop rumah aku hari2... Bila perlu ja. Sebab masak pakai hood apa semua.. So lantai dapoq pun xberminyak. Cumanya bila letak mop pad tu bila dia balik ke doc... Dia xkkan charging la.. So hang kena removed dulu la mopping pad tu dri dia untuk dia charging. 


Ada apps dia tersendiri. So hang boleh la setting macam mana hang nak... 

(photo credit to Google) 

What you got when u unboxing the box.... Memang besar ya Si Mijia 1C ni ya. And berat jugak. Abam JNT pun cakap boleh tahan berat vacuum robot ni.. Sebab dia kata yang dia beli dekat rumah ringan ja 😂 so aku tak tau la kalau brand lain or jenis lain ringan ka apa ka... But this thing is quite besar n berat. 

So bila pakai robot mcm ni hampa 1st of all kena la make effort utk clear up dulu hampa punya lantai. Jangan la duk biaq kertas2 yang besaq ka.. Mainan anak ka bersepah2 kat atas lantai. Kalau dak macam mana kawan ni nak vacuum bagi elok. Logic la kan kalau kita guna vacuum biasa pun kita clear dulu lantai kan... Sama la macam ni pun.. Aku siap angkat kerusi makan terap atas meja mcm dekat kantin sekolah dulu kot punya nak bagi dia vacuum elok2 semua.. 


Nindia... Baik punya terapppp...senang la skit dia nak bergerak ke sana ke sini nnt. 


Hasil vacuum for 3 days.. Memang power gila suction dia. 



Nindia... Nak cabut cuci filter dia pun senang ja tak susah. 

Pasal function mopping dia pun aku suka jugak la sebab dia pandai and auto detect kawasan mana yang nak kena mop. Contoh macam kawasan rumah aku kan mostly ber carpet. Dekat dapoq la kot yang paling banyak berlantaikan tiles... So dia akan mopping dekat sini sekali... Best sebab bila dia mop pun bukan jenis yang lencun ka apa tu ka.. Dia mcm small mist and terus lap terus.. So that kawasan tu lepas dia mop pun takdak la kesan lencun ka apa ka. Within few seconds dah kering n kilat gitu. Oh ya dekat dalam mopping based dia ni kena guna a yaw kosong ja na.. Takyah duk gateiii buh detergents utk tiles ka apa ka.. Lingkup satgi padan muka hanggggg... 

Aku rekemen beli robot Xiaomi Mijia ni tam kira la G1 ka 1C ka untuk depa2 yang :

1. Baloq liat macam aku ni.. Nak ada bibik sorg tak mampu.. Tapi mampu ada sebuah bibik macam ni. 
2. Depa hat ada bela kucing2 ka anjing ka bagi yg bukan beragama Islam. Rekemended la beli natang ni.. Xdak la rumah hang bersepah dengan bulu2 ja... Ishkkk tak rimaihhhh kaaaa 😂😂😂
3. Depa hat keguguran rambut banyak tu. 
4. Orang tua... Apa salahnya beli kat mak ayah dekat kampung tu kalau ada duit lebih...buat masa ni aku mampu bagi cordless ja dulu kt mak aku untuk permudahkan kerja dia cuci rumah. Serius wei ada natang2 ni meringankan beban depa sangat-sangat. Kalau tanya depa nak ke idak.. Memang jawapan depa takmau la.. Sebab xnak susahkan anak-anak beli dekat depa.. Tapi cuba beli tengok.. Senyum lebaq tak sangga-sangga.

Overall aku memang berpuas hati sangat spent duit beli menda alah ni. Aku xpayah try hard sangat nak vacuum teruk2 dengan cordless vaccum aku tu.. Just maintain apa yang patut ja lah... Bangun2 celik mata pagi2 da bersih rumah... No more rambut bersepah2 ka.. Carpet rasa berpasir ka... It is a good investment org tua2 kata... Sebenarnya tak salah pun beli gadget untuk memudahkan kerja kita. Lantak lah orang nak cakap malas ka apa ka.. Janji salah satu beban kita dah selesai.... 

Oh lupa nak cakap beza harga antara Mijia G1 dengan 1C lebih kurang dalam RM250+... So kalau sapa2 nak beli vacuum robot.. Hampa boleh la compare apa yang patut.. Mana yang sesuai dengan preference/spec hampa n bajet hampa. 


Jom aku belanja my cleaning routines... 
Jangan lula follow tiktok aku ya


















Baru-baru ni ada beli perut lembu yang bahagian dalam dia macam towel tu.. Tak silap aku orang panggil perut tuala kot. Bahagian perut tuala ni buat kerabu pun sedap... Rebus cicah air asam pun sedap. Buat sup pun best. Eh pendek kata memamg sedap la kan.... Yang tak makan tu jangan lah duk euwww euwww sangat ok. 

Antara masakan yang sedap letak perut ni adalah gulai minang. Dia punya umphhhh tu perghhhhhh.. Sedap woooo... Nak buat gulai minang pun simple ja sebenarnya. Tak la susah mana pun bagi aku. Bahan-bahan dia semua biasanya senang dapat dekat rumah. 
So jom lah kita tengok bahan-bahan yang kena ada and cara-cara masaknya. 




Bahan-bahan yang digunakan:

Perut lembu yang dah direbus

Cabai kering

Kunyit hidup *kalau xda guna serbuk ja

Bawang besar

Bawang putih

Serai

Halia

Daun limau purut

Garam

Gula

Santan



Bahan-bahan dah tau kan.. Jom kita tengok cara-cara dia pulak... 


Cara-caranya :

1. Blend kunyit hidup, cabai, bawang besar, bawang putih, halia n serai.


2. Tumis bahan-bahan blend, masukkan asak keping dan masak hingga mendidih.


3. Masukkan perut lembu yang dah direbus... Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa dan masukkan santan. Lastly Jangan lupa masukkan daun limau purut ya. 

Dah siapppppp.... 



Makan dengan nasi panas-panas dengan ulam and sambal belacam memang terangkat wooo.... 

Kalau tak makan perut lembu.. Hampa boleh la gantikan dengan ayam or daging lembu. Punnnn sedap jugak... Kalau dah boring buat kari.. Boleh la try buat masakan minang ni pulak kan. Sekali-sekala ubah angin and selera makan pun best jugak ❤️






Dah siap....




Penang, Malaysia, 14 February 2021 – Attention couples! A dreamy wedding awaits you at 

Shangri-La’s Rasa Resort & Spa – and it could all be FREE!

Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa is currently running a ‘Wedding on Us’ Contest for lovebirds who pre-book and confirm hosting their wedding receptions at the resort anytime between 14 February and 15 May 2021. The date of the wedding is to be held between 1 June to 30 December 2021. 

Once couples have signed a confirmation to have their weddings at the Rasa Sayang Resort & Spa, they are automatically eligible to enter the contest – and stand a chance to win the Grand Prize of an exclusive, all-expenses-paid wedding package that includes the wedding reception, dinner banquet, floral arrangements and photography worth up to RM77,000!

Couples will also need to share or upload a minimum of 3 photos and 1 short video to their personal Facebook or Instagram pages with a caption stating why Shangri-La’s Rasa Sayang Resort & Spa should host their wedding.Tag @rasasayangresort in the posts and include the hashtags #RasaSayangWeddingOnUs RasaSayangWeddingOnUs and #rasasayangresort. Couples must also follow @rasasayangresort on Facebook on Instagram anda are reminded to set their social media profiles to public. All entries must be uploaded by 12 noon on 15 May 2021.

All entries will be carefully reviewed based on the couple’s creativity and story behind theirr omance. The top 3 couples will then be selected, and the public will then be given the opportunity to vote online for the winning couple.

“Photography has the power to tell the amazing stories behind each romance and we hope that the images and videos submitted by couples portray their feelings of love and happiness for each other,” said the resort’s Director of Events Management, Danny Yap.

For the entries, couples can submit photos and videos taken anywhere. They do not have to be shot at the resort. The ‘Wedding on Us’ contest is open to all couples who are planning to have their wedding at Rasa Sayang. Other terms and conditions apply.

Shangri-La Hotels and Resorts, an iconic flagship brand of the Shangri-La Group, currentlyoperates over 80 deluxe hotels and resorts with a room inventory of over 35,000. Renowned for its distinctive Asian hospitality, the Company has properties in destinations of Australia, Canada, Mainland China, Hong Kong SAR and Taiwan, Fiji, France, India, Indonesia, Japan, Malaysia,Maldives, Mauritius, Mongolia, Myanmar, Philippines, Singapore, Sri Lanka, Sultanate of Oman,Thailand, Turkey, the United Arab Emirates and the United Kingdom. The group’s award-winning Golden Circle loyalty programme extends to all properties of Shangri-La Hotels and Resorts worldwide. For more information, visit www.shangri-la.com.


Good luck lovebirds ❤️❤️❤️

 Assalamualaikum....


It's been a very long2 day.. I'd been missing from my blog. Ntah ke mana blogging mood menghilang. Forgive me. Nak kata sibuk.. Ya la jugak sibuk.. Anak yang kecik tu tadika memang dah ke sekolah dari hujung2 bulan 1..yang si kakaknya pulak dengan online class until last week dah kena start sekolah.

Macam tu la keadaannya. Menjadi supir kepada anak...masa si kakak online ckass6.. Kena tengok2 jugak masa dia ada online class... Masa dia da start sek... Kena jadi supir untuk dua2 orang. Dah hantar kakak ke sekolah.. Kena amik balik amik adik pulak.. Kalau asik habis class awal.. Kena amik adik dulu n then hantar kakak ke sekolah pulak... Phewww... Memang penat ke sana ke sini... 

Tu yang tak ter update langsung blog tu.. Aduhaiiii.. Maafkan la tuan blog ni... Memang kelaut sangat.... 

Ok la.. But since ada mood ni.. Moh ler kita update apa yang patut... Last weekn, kami ada pi makan Roti Sarang Burung Viral di Balik Pulau yang fames n viral hari tu. 

Actually sebelum ni dah pernah pi....tapi memandangkan que dia ber zig zag zig zag.. Maka dengan itu Sodaqallahualazimmmm... Idok ler aku dengan laki aku nak hegeh2 berator lagi.. Bukan kamiiii la tuuu... 

Tapi memandangkan baru2 ni dah boleh lebih dari 10km..kami pi cargass la nak breakfast dekat situ.. Alhamdulillah dalam pukui 9.30am kami sampai di Balik Pulau... Time kami pi tak ramai orang. Masih ada meja kosong. Laki aku yang mengordernya rotinya...masa order tu kena bayaq siap2 tak silap... 

Buttttt... The waiting que is quite long... Banyak gila orang yang makan dejat situ tapau jugak... And orang2 yang sebelum2 kami pun dapat lambat...kami pun tunggu lebih dari 30 minit... 

Tapi ok la kan... Sebab memang nampak la banyak gila yg tapau2 tu.. So kita paham la... 



Sabaq menanti roti sarang burung... 


Finally da sampai.. Hahhahah


Nyum2


Ni pulak fish tacos..laki aku beli.. 


Fish tacos.. Ok la not bad rasa dia.. Cuma aku tak suka kubis unggu dia yang dia buat coleslaw tu 😅

Overall... 

Ok la not bad.... Kalau orang tanya best ke tak.. I should say ok la... Not that bad... 
Tapi tu la aku rasa roti sarang burung aku buat dekat rumah hari tu sedap lagi. Hahhahahhahahhahahhahahahhahahahha

Nak repeat tak? 

Jauh2 nak datang semata2 nak repeat idok ler teman.... Tapi kalau kawan2 oramg luaq ajak pi... Ok la boleh bawak... Cuma kalau zigzag tak payah pun xpa... 





© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS