Assalamualaikum

Lama xreview makan ye dokkkk? πŸ˜…

Ya lah musim2 Covid 19 ni mana ada hotels buat buffet and panggil reviews kan.. So kita review apa yang kita makan la kannnn...

Kali ni nak cerita pasal House of Patin Lipis di Kuala Lumpur yang aku try weekend lepas masa pi ke KL sebab ada kenduri dekat Rawang.

So petang tu lepas dah check in hotel.. So its a bout time semua orang lapaq kan.... So kami pun pi la makan dekat sini. 

Adik ipaq aku la yang bawak mai makan dekat sini.. Dia bab2 food hunting dekat kl ni cekap skit. So here we are...

Moh la kita mencuba... 


Apa yang menarik dekat sini of course la patin dia kan... Dah nama pun House of Patin Lipis kannnn... So mari lah kita tengok apa yang di-order...

Kami order set family tak silap.. Dalam tu ada la Masak Tempoyak Ikan Patin sekor(besar ya) , sayur, telur dadar, ulam and sambal belacan. Yang lain-lain tu kami add on.. Macam ayam kampung goreng, tilapia goreng, daging salai masak lemak, pais patin n etc. Tapi rasanya aku pun dah macam lupa apa yang ada dalam set tu... Huahua... 

  

Masak tempoyak ikan patin. Ikan dia sekoq besaq tau... Ok la sedap jugak.


Pais ikan patin... Yang ni sedap pedas2 skit.. I liokkke.. Sedap gilosss... 


 

Ni antara menu2 dia.. And lagi satu bagi aku... Daging salai masak lemak dia x berapa padu sangat sebab pecah minyak la pulak.. Rasa mcm aku buat power lagi.. Kahkahhhhh... Tapi tu la.. Masak lemak cili padi ni bagi aku kalau pecah minyak memang xberapa nak umphhh la kan🀣🀣🀣 but stil ok boleh makan... 

Orang2 KL maybe dah familiar dengan kedai ni kot..

Ok lah.. Sapa nak try cuba hampa pi try dekat sini na

                 

  House of Patin Lipis du Kuala Lumpur

Alamat : No 5 , Jalan Liew Weng Chee, Off, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur

Tel: 03-2181 7845

Till then
Bella chiao..... 


 Sebut pasai petai ja.. Mesti ada yang teruja.. Ada yang tak....ada orang tak boleh tahan dengan bau dia yang agak power tu... Ada orang pecah ovary bila bau petai tu.. Hahhahha....

Tapi kalau nak tau petai ni ada banyak khasiat dia ya... Walaupun bau dia power.. Khasiat dia pun power rangers jugak ya. 

Apa susah dengan bau dia tu.. Lani kan kena pakai mask.. Bukan ada orang boleh bau pun mulut bau petai tu. Hahhaha.. Part tak tahan tu paet kencing ja lah.. Masih berbau harum toilet itu.... Tapi boleh ja cebok and curah ayaq banyak2 kan.


As fan of petai.... Of course la aku memang tak kesah nak makan petai mentah ke masak ka bakaq ka... I dont care janji petai.. Hahahhah

So bila kadang2 tu dah buntu nak masak apa... Buat nasi goreng cabai kering petai pin umphhh sangat2... Memang terangkat habis la kan... Bahan-bahan nak buat pun memang ready stock ja ada dekat rumah kan... 

Jom lah kita tengok bahan-bahan and cara aku buat nasi goreng cabai kering petai ni ya... 

Heloooooo.. Is it me u looking forrrrrr... 


Bahan-bahan:


Petai yang siap dikopek

Cabai kering direndam air panas dan ditumbuk guna lesung batu.. (Tumbuk kasar bagi ada effect cabai kering tak blend halus baru lawo nasi goreng nnt) 

Bawang besar ditumbuk bersama cili kering

Bawang putih pun sama.. Tumbuk sama dengan cabai kering jugak. 

1 sudu makan cili blend

2 biji telur

Isi ayam yang da didadukan

Minyak untuk menumis

Nasi sejuk

Garam

Maggi cukup rasa


Cara-cara :


1. Lepas da tumbuk kasar cabai kering, bawang besar dan bawang putih.. Panaskan minyak. 

2. Bila minyak dah masak, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Biar baik bau bahan yang ditumis dan masukkan 1 sudu cili blend. 

3. Kacau-kacau dan masukkan isi ayam ke dalam kuah yang ditumis tadi.. Tambah air skit kalau terlalu pekat... 

4. Then pecahkan telur ke dalam kuah tadi..dan jangan terus kacau... Biarkan dalam seminit and telur dah start masak skit baru kacau2... (xnak telur terlalu hancur ya.. Nak ada texture and rupa telur dalam nasi nanti) 

5. Masukkan nasi sejuk tadi dan gaulkan rata dengan bahan-bahan tumis tadi. Kacau bagi rata dan warna sebati ke semua butir nasi. 

6. Masukkan garam dan serbuk perasa(aku guna maggi cukup rasa) dan masukkan petai time ni. 

7. Gaulkan nasi goreng serata-rata and bagi garam and bahan perasa distribute elok2. 


Dah siappppp... 


Nampak tak texture cabai kering and teloq tu macam mana? Mengiurkan dengan kehadiran petai sebagai watak utama dalam menu ni... 

Sedapnya makan nasi goreng cabai kering petai ni oiiii... Malas nak cakap lebih2... 


Hampa yang hantu petai tu.. Wajib lah cuba kannnn





Recyle, Reuse & Reduce Our Waste

in , by Alia Farhan, 3:21 AM

What would u do if u have this kind of plastic container? I mean literally like this... Fully covered with oil stain like this? Terus buang ke? πŸ€”

Sedih gila bila baca banyak yang sanggup buang ja dari cuci bersih2 utk repurpose in the near future. 

Do u know that a single plastic usage that has been discarded from our house will need 500 years to be degrade to our environment. Kita dah mati tinggal 7 keturunan pun plastic tu tak degrade2 lagi guys. So can you imagine how much plastic waste end up in our landfills guys? πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘


So in order to reduce our plastic waste... One of the way us too reuse and re-purpose it for other usage. Senang kan? U dont need to spend your money to buy more plastic for ur daily usage. Imagine... Cooking extra dishes.. N you want to tapao and give to your neighbours.. Instead of buying new containers... You just can use the existing plastic containers that u have save from the last use.

I give u some examples... Why on earth we should avoiding single use of plastic.



Paham maksud gambar-gambar di atas?

Maksudnya... Plastic secara amnya menjejaskan persekitaran dan kesihatan kita amnya. Bukan setakat binatang ja terjejas..kita yang manusia ni pun secara tak langsung terjejas.

Jom kita tengok apa effect plastic waste ni:


1.  Menjejaskan kesihatan manusia.

Paham dengan gambar di atas? πŸ˜…

   

We eat plastic-contaminated seafood. Scientists have found microplastics in 114 marine species, and around one-third of these end up on our plates. We consume plastic via packaging. BPAs present in many plastic objects that come in direct contact with food is metabolized in the liver to form Bisphenol A, and it remains in our body through our urine.

 

We drink microplastics via bottled water. The WHO published shocking research in 2018 that exposed the presence of microplastics in 90% of bottled water, the test of which revealed only 17 were free of plastics out of 259. We absorb plastic through our clothes, 70% of which are synthetic and worst fabric for the skin. We even breathe plastic when due to poor waste management, we burn the trash in the open air.

2. Menjejaskan Rantai Makanan

Saiz plastik yang pelbagai sama ada kecil atau besar secara amnya akan menjejaskan binatang dalam laut. Terutamanya mikro plastik yang dimakan oleh plankton. Kalau ikut rantai makanan.. Plankton ni akan dimakan oleh ikan2 atau hidupan laut yang lebih besar. Dan seterusnya kita pula yang makan ikan, sotong dan lain-lain. 😒😒😒



3. Ground water pollution 


Imagine our ground water reservoir has been contaminated with the garbage dump especially during rainy days or rainy season. Dan kita pulak guna air dari ground water untuk kegunaan seharian kita seperti untuk makan dan minum.



Selain daripada tu, leaking from our landfill akan terus mengalir ke laut dan sekaligus menjejaskan juga marine life. See? πŸ˜… How it chain with each other. 




4.  Land Pollution

Dah kalau memenuhkan landfill... Of course it will pollute the land. Not only it will pollute the land. Bila long term exposure with water and heat from sun.. It will release hazardous chemicals to surrounding especially our ground water and effect our water quality. 


5. Air Pollution. 

Pembakaran plastik  secara terbuka akan menyebabkan pembebasan bahan kimia ke udara dan sekaligus mencemarkan udara kita. Udara yang tercemar pula disedut oleh manusia dan binatang-binatang di sekitar. This will cause a major respiratory problem to most humans. 




6. It kill animals! 







How sad is this😭😭😭😭😭



The key is we need to reduce our single plastic usage... Be creative... Tak semestinya bottle air Pepsi yang kita beli tu xboleh guna benda2 lain... 





Remember to Recycle, Reduce & Reuse. 



We owe the world to our kids. 


Love, 


Alia. 


All pics credit to Google 

Haaaa cerita Disember lepas baru rajin nak update nya... Sebab aku rasa rugi la kan kalau x update dekat blog ni.... Nak2 sekarang ni lepas MCO ni sempadan negara kita xdibuka lagi... So chances orang nak bercuti dalam negara tersangatlah tinggi kannn.

And bagi aku salah satu tempat menarik yang kita as Malaysian patut visit sebelum pi ke Maldives ka Bora Bora ka adalah Semporna.... And all those beautiful islands kan.

And kebetulan kakak aku kena posting dekat sana... So marilah kita gunakan sebaiknya peluang yang ada untuk terjah ke sana. 

Flight direct ke Tawau ada dari KL. Kalau dari Penang.. U nid to transit to KK and then boleh ke Tawau. But since this was a trip for Mak Jah's clan...so kita haruslah turun ke KL.. n naik flight di sana beramai2.





Ke Tawau here we go! 

Perjalanan dari KL ke Tawau mengambil masa selama 2 jam 50 minit. Flight kami dari KL dalam 1325..sampai Tawau time tu dah dekat2 pukul 1700+. Que dekat Imigration semua.. Tunggu luggage tup tap tup tap dekat kul 6 la jugak. Kul 6 dekat Sabah dah gelap ya. 

Lepas ja da setel terus kami cari van yang mak aku da sewakan untuk kami semua ke Tampi Tampi Semporna. Perjalanan dari Tawau ke Semporna ada la lebih kurang sejam plus. By the time kami sampai ke Semporna dah lebih kurang pukul 7malam plus2
 
Dekat Semporna.. Kami stay dekat Rumah Inapan Tampi Tampi. 


Sampai-sampai kami dijamu oleh maktok dengan  


Sedap uiii udang lipan yang belang2 tu.. Manissssss... Tak pernah jumpa lagi dekat Semenanjung ni yang belang2 jenis gini. Yang biasa tu pun isi dia Ya Allah manis gila... Bagi aku udang lipan ni isi dia lagi sedap dari ketam. 


Ni lah homestay yang kami duk tu... Memang betul2 atas ayaq ya... Feeling sgt merasa jadi bajau laut... 🀣🀣🀣



Bbq time... Sedap udang freshhh sangat. Isi manissss... 



Keadaan luar rumah inap yang kami stay. 


Memang best ja suasana malam dekat sini. 

Basically rumah ni ada 3 bilik. 1 bilik masterbedroom... 1 lagi bilik tu size sederhana n satu bilik lagi kecil ja. Tapi ok la... Sebab dia ada ruang yang luas.. So boleh la tidoq dekat ruang tamu dia. Ruang 😴 dia macam rumah-rumah kampung. Aku tak tidoq kat dalam bilik pun sebab aku tamu rasa bahang. Ya lah kan atas laut. Malam-malam panas. Pulak takda aircond. Memang ketibassss la kannn. So aku memang join adik aku tidoq dekat hall tu ja... Berlantaikan kayu... Ahhh feeling2 sangat duk kampung. Maklum lah orang kampung xdak😬








Ehhhh dah macam blog chef pulak.. Asyik update resipi ja kan... Alang2 mood da mari kannnn....belasah ja lahhhh... 

Kelmarin balik Juru as usual la singgah kedai Aceh nak beli skit ikan topup stock dalam freeser.. Walaupun freeser 500L ku dah penuh macam apa ja.. Tapi xpa lah... Musim2 covid 19 ni seeloknya takyah la nak pi kedai or merket hari2 kan.... 


So dekat Juru semalam beli la 3 ketul besar ikan seludu/pelotan yang da dipotong.. 3 ketul besar isi ikan jenahak. Untuk seludu/pelotan.. Isi yang da siap dipotong RM20/kg... Jenahak pulak RM28/kg... Murah kannn.... So balik2 rumah terus potong2 sebab ketulan tu kan besaq... 

Ni la ikan seludu/pelotan. 

Dalam pada masa duk bersiang2 and cuci2 bagi bersih tu duk terpikiaq la sebab hari ni janji nak lepak dengan bff aku acik moonah kat kedai nasi daun pisang.. Tapi bila laporan Covid 19 yang membimbangkan lately ni.. Aku amik keputusan untuk lepak kat rumah aku and masak ja. 

So dalan otak ni ligat la duk pikiaq nak masak apa kannnn... Dah ada seludu ni kita buat masak asam la kan. Aku kalau seludu ni suka buat masak asam ja. Kari ka apa ka aku kurengggg kalau ikan ni. And nak buat masak asam ni senang ja wei... Tapi bila buat malam ni makan esok lagi umphhh jadinyaa.. Sebab kuah tu dah meresap ke dalam isi ikan. 

So apa lagi..moh lerr kita buat masak asam kata Alia kepada Farhan. Ehhhh... 


Masak asam macam gini lah diaaaaa 😜😜😜

Kalau nak tau.. Nak buat dia pun simple gila ja... Jom lah tengok bahan-bahan dan cara-cara dia. 


Bahan-bahan:

ketul isi ikan seludu /pelotan
Garam
Kunyit
Air asam jawa
Gula
Bawang besar
Bawang putih
Cabai besar yang dipotong serong
Cili padi(ikut la nak banyak mana.. Takyah potong pun xpa) 

Cara:

1. Goreng ketulan isi ikan selidu/pelotan dengan garam kunyit. Angkat dan toskan minyak.
2. Dalam belanga lain, tumis kan sedikit bawang besar and bawang putih.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masukkan garam dan gula, balance kan rasa masam dan manis.
5. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan masukkan bawang besar, bawang putih, cili besar dan cili padi. 
6. Tutup api. Dah siap! Nak makan terus pun ok.. Tapi aku suka makan selepas semalaman... Lagi umphhh.

Masak asam ni buat ikan apa pun sedap sebab kuah dia tu buat sedap.. Jadi la sedap dia. Aku suka taste masam2 manis dia tu.. Umphhhh... 

Lauk pauk hari ni nak menjamu kawan baik kami... 

Sebelum dia sampai.. Kita jejai dulu.... 

Balance kuah kari keli semalam ada banyak.. So kita lepas lagi isi keli and ikan apa ntah untuk buat satu lauk hari ni... Cubaan nk diet hancusss.. Suka makan nasi weiiii😭😭😭 buat masa lani kena tukaq la nasi biasa dengan nasi parboiled /steam basmathi sebab basmathi ada low GI compared to beras lain. Nak pulak amik yang parboiled or steam.. Lesa guilty skit🀣🀣🀣

Cita2 nak kurus.. Tapi hobi suka makan.. Macam mana nak buat tuπŸ€”πŸ˜…

Ikan keli antara ikan fav aku. Yang kategori murah dan sedap. Satu kg RM8 pada aku masih la kategori mampu beli. Selain kesedapan dia sebagai kategori ikan darat yang sedap.

Tapi tu la bukan semua orang makan ikan keli pun kan. Ada orang tak suka makan ikan darat sebab tak suka rasa ikan darat ni kan. Macam aku.. So far aku makan ja ikan2 darat/sungai ni. Kecuali belut... Tapi kalau belut unagi tu fav aku. And kalau ikan haruan tu kalau aku nampak kepala dia nanti aku menjerit nak reyau.. Demmm sesuai la nama dia Snakehead fishhhh.. Eiiii geli akuuuuu... Kalau dalam pantang aku nnt mintak mak aku buang kepala dia siap2 sebab aku geliiiiii... Nanti aku menjerit tak cukup tanah....

Tapi kalau ikan keli ok no problemos...memang fav aku sangat2.. Buat goreng ranggup ka.. Bakaq ka... Masak lemak ka... Gulai/kari ka.. Berlado ka sambai ka semuaaa aku suka. Tapi the problem is laki aku tak makan ikan2 darat ni. Ehhh suka hati dia la suka ka idak.... Kalau xmakan.. Makan benda lain.. Kita buat menu asing kat dia... 😝😝😝

So tiberrr hari ni teringin gila nak makan kari sembilang tapi ikan sembilang xdak.. Yang ada ikan keli... Ehhh ikan keli pun sedap apa macam ikan sembilang.. In fact bila hampa buat kari... Kadang2 kalau campoq pun gerenti xtau beza mana keli mana sembilang untuk orang2 yang tau makan ja. Hahahahha

So marilah kita buat gulai/kari ikan keli ya. 
Bahan-bahan untuk buat kari kat rumah ni memang sentiasa ada.. So no problemlah kann... Kata orang Kedah-Penang. Kari is like d gemmmmmsss gitohhh...

Maybe untuk orang bukan Utara mari ni kadang2 cakap susah nak buat kari ni.. Bagi aku xlah susah mana sangat. Sebab lani xmacam zaman tok2 kita kena giling rempah semua sendiri kan. Lani rempah kari semua ada kat pasaran... Pilih mana yang sedap kat kita ja... Macam aku.. Aku memang suka gila rempah Kari Adni.... Surrr kariwaleee... 

So jom lah kita tengok2 bahan-bahan yang aku gunakan....


Bahan-bahan :

Ikan keli yang siap dipotong dan dicuci bersih. 
Rempah Kari Ikan Adni
Daun karipole
Bawang merah dipotong
Bawang putih dipotong
Halba campur
Cili padi
Cili besar dipotong 3
Air asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam
Meggi cukup rasa

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumis daun karipole dan halba campur sampai naik bau. 
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih ke dalam periuk dan biarkan bawang merah dan putih kekuningan dan naik bau. 
3. Then masukkan serbuk kari yanh dah dibancuh dengan air. Kacau2 dan masukkan air asam. 
4. Bila paste kari da mula pekat tambahkan air dan biarkan mendidih. Agak2 rempah dah masak and mesra boleh la masukkan ikan keli, cili besar dan cili api. 

5. Masak la dalam 3-5 minit macam tu dan jangan lupa perasakan dengan garam dan meggi cukup rasa. Dah boleh tutup api bila ikan dah masak. 

Dah siap gulai /  kari ikan keli. Makan dengan sambal belacan..ulam..letak kicap skit... Perghhhhh.... Ni sedaq2 buat 5 ketul.. Tinggal seketul ja. Anak-anak pun suka makan kari ikan keli ni... Sedap depa kata mama buat ikan ni masak kari. 

Papa pun xsempat la nak tengok kari ikan keli ni kan.. Tengok2 dah habis🀣🀣🀣
Nasib dia x makan kan... So menu keli ni buat time dia xdak dekat rumah ja. 

Ada balance ikan keli lagi 4 ekoq... Tak tau nak buat apa... Rasa mcm buat keli salai masak lemak la nanti..sedap uii... 
Nah sapa nak resipi Keli Salai Masak Lemak... 

Selamat mencubaaaa

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS