Assalamualaikum... 

It's a good day today. Senyummm ja sebab ya lah... Anak2 kan cuti pdpr... Dapat la mak nya ni relax sikit. Sebab kan cuti sekolah kita bagi la free pass untuk diorang bangun lewat skit. Sambil tu mak nya me time dekat dapur masak maggi goreng seafood,and makan sorang-sorang. 



To be honest, dulu masa kecik2 jarang makan dekat kedai... And tak tau pun ada menu maggi goreng /sup dekat kedai πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚Sebab mak aku ni jenis berjimat cermat amalan mulia... Dan dia sangat lah suka masak untuk kami adik beradik makan. Maggi ni jarang lah kan dapat makan. Ya lah... Taboo kan dari dulu maggi ni tak elok. Bila masuk SBP... Maggi ni pulak wajib ada untuk alas perut bila masa makan dekat DM tu lambat lagi.. Especially time hari cuti tu. Sebab tu la aku anti betul dengan maggi rendam ayaq panas ni. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜….. Kalau nak...kena masak betol2.. Or tak pun makan maggi cup yang kecik tu. 

And ada satu time tu.. Aku pi ke rumah kawan aku masa weekn.. Time tu aku tak balik ke rumah.. Tapi aku ikut balik ke rumah kawan aku yang dekat la jugak dengan sekolah time tu. And kawan aku ada tapau maggi goreng & kuah untuk aku makan.. Mak aih.. Ada rupanya menu maggi goreng n kuah ni dekat kedai ya. Aku ingatkan tu menu2 budak hostel ja. Hahahha. Tapi sedap betol ingat-ingat balik time tu... Huhuhu... 

Untuk maggi goreng seafood aku ni... Aku buat pun simple ja... Xyah nak try hard buat yg payah2 pun... Yang penting rasa dia Onzzzz.. Meh aku share kan cara aku buat Maggi Goreng Seafood Simple tapi sedap cara aku... 

Bahan-bahan:

1 keping maggi kering direbpppus dan ditoss
1 biji telur
3 ekor udang
1 ekor sotong dipotong bulat 
2 biji bawang merah dipotong nipis 
3 ulas bawang putih dipotong nipis/diketuk
1 biji tomato
Sedikit carrot dipotong panjang 
Daun bawang dipotong panjang
Minyak secukupnya

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan pecah kan telur ke dalam kuali. Biarkan telur masak sedikit kemudian kacau dan hancurkan telur yang digoreng tadi. Jangan hancurkan kecil sangat... Sebab kita nak texture telur goreng tu ya. Ketepikan telur goreng tadi ke sisi kuali. 
2. Masukkan bawang putih dan bawang merah ke dalam kuali... Kalau minyak kurang boleh tambah sedikit minyak. Bila dah naik bau.. Masukkan carrot dan maggi yang di rebus tadi. 
3. Masukkan satu sudu ibu sambal, tomato, udang dan sotong ke dalam kuali dan kacau sehingga rata ke seluruh maggi tadi. 
4. Kemudian perasakan dengan garam dan sedikit perasan. Goreng dan kacau sehingga semua rasa sebati dan boleh lah masukkan daun bawang. Aku suka goreng kering2 and ada rasa char sikit... Baru best... Bila da nampak semua ok boleh la tutup api... 


Nampak tak texture telur tu... Haaa mcm gini baru la besttt hampaaa... Sedap sangattt... 



Lagi satu nak share...aku guna maggi kering yang banyak2 tu.. Beli cap Tesco ja.. Guna cap Tesco meggi kering ni best sebab megi dia halus ja tapi springy😜😜😜 kalau buat goreng best.. Buat steamboat pun best.. Rasa satu peket besar tu rm3+ something ja... Amik yg packaging hitam bukan yg clear tu.. Dia ada 2 jenis.. 1 yg rm2+.. Satu lagi yang ni...kalau tak percaya hampa try la beli yang cap Tesco/Lotus ni... Untuk Masak macam ni... Guna yang maggi kering kosong macam ni dah la.. Xpayah la beli maggi goreng yg packing ada perisa tu... Boleh jimat skit... Biasa la apa-apa kena berjimat kan... 












 Dek sebab rindu nak makan Siakap Tiga Rasa ni.. Maka kena la buat sendiri ja kat rumah.. Nak dine in tak boleh lagi.. Almaklumlah x fully vaccinated lagi...biasa ka geng2 #oxfordclan ni memang lain dari yang lain kanπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Nak buat Siakap Tiga Rasa ni bukannya susah pun.. Balance kan rasa masam manis pedas tu jadi la 3 rasanya. 

The tak best part kalau aku adalah nak goreng siakap ni ja lah... Nak kena guna belanga besaq gila and kena guna minyak yang banyak untuk deep fried kan.. Kalau tak deep fried memang tak best la Siakap Tiga Rasa tu. 

Jom tengok cara aku buat Siakap Tiga Rasa... 

Bahan-bahan: 

Untuk Ikan

Seekor ikan siakap dicuci bersih
Tepung beras
Garam

Untuk kuah Tiga Rasa:

2 sudu makan ibu sambal
1 biji bawang besar saiz sederhana besar*
5 ulas bawang putih*
 3 biji Cabai melaka merah*
5 biji cabai melaka hijau*
Sos tiram
Air limau/cuka
Sos cili
1 biji tomato besar dipotong dadu
2 helai daun limau purut
Gula
Garam
Maggi cukup rasa /ajinomoto
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

Untuk ikan

1. Masukkan minyak yang banyak ke dalam belanga/kuali yang besar untuk meggoreng ikan siakap. 
2. Lumurkan garam ke seluruh ikan siakap. Kemudian lumurkan tepung beras ke seluruh ikan siakap itu. 
3. Tunggu hingga minyak panas dan masukkan ikan siakap tadi ke dalam kuali. 
4. Goreng sehingga garing. Dah siap angkatkan dan letak ke dalam pinggan yang sesuai. 

Untuk kuah Tiga Rasa:

1. Blend/chop kering bahan-bahan yang bertanda *. 
2. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang di-blend tadi bersama daun limau purut. 
3. Tumis hingga naik bau dan masukkan 2 sudu ibu sambal ke dalam kuali tadi. 
4. Kacau-kacau dan masukkan air. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan air limau ke dalam kuali tadi. Sambil-sambil tu selawat la kan bagi makanan lagi sedappp gituuu. 
5. Then masukkan la tomato yang dah dipotong dadu tadi and perasakan dengan garam, gula dan aji. Rasa kena bagi balance ya. 
6. Boleh pekatkan kuah dengan bancuhan air tepung jagung.. Tapi aku dah suka yang in between pekat and tak pekat sangat sebab aku nak benda ni berkuah kan.. So aku tak letak.. Sapa yang nak pekat2 tu boleh la tambah air tepung jagung skit. 

Dah siappppp... 


Menu simple ja.. Buat 2 lauk ja sebab malas... Jangan tanya kenapa malas.. Sebab memang malas lately ni.. Tapi teringin nak makan macam2... 


Now u see... 


Now u dont.... 
Ecah mintak lagi nak makan lauk ni.. Kesian dekat dia tadi tak puas agaknya sebab ikan ni laju gila habissss πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Esok kalau dia nak lagi.. Maka nya kena la mama ke market untuk membeli siakap lagiπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚siannnn ehh anak mama sorang ni.. Tak puas makan sebab masing-masing macam pirahna serang ikan ni tadi πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Tak tau la kena serang sebab sedap ke.. Sebab semua rindu Siakap 3 Rasa dekat kedai tu.. Mama pun confuse.. Tapi ok la.. At least seronok masak bila semua serang macam  Pirahna kan... Nanti mama buat lagi lat Ecah ya. 

Kita yang tengok balik gambar ni pun rasa nak telan ailio jaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚











 Assalamualaikum...

Tengah tunggu makanan ni kat kedai.. boring pulak.. So sekali harung kita up satu entry dekat blog. Harap2 sempat la update satu entry sebelum makanan siap.



Rasa sebijik macam bubur ayam mekdi hampa oiii... 

Untuk bubur oat ni.. Aku guna yg rolled oats sebab kat rumah ada rolled oats ja hampa.. So kita guna la apa yang ada kan... Nak guna instant oats pun xdak masalah hampa... 


Tapi sebelum tu mai la kita habaq sikit oats ni bagus untuk kesihatan kita... Kat bawah ni ada kebaikkan oats untuk kita. 


Bagus kan oats  ni... 

Jom lah aku share macam mana aku buat bubur oats ayam ni... 

Bahan-bahan:

Oats
Ayam bahagian dada dipotong kecil-kecil
Halia dipotong panjang
Kiub ayam
Sedikit garam
Ikan bilis digoreng
Daun bawang
3 ulas bawang putih dicincang halus
2 biji bawang merah dipotong nipis
Lada sulah
Minyak untuk menumis
Sedikit sesame oil

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau. 
2. Kemudian masukkan air dan kemudian masukkan oats dah ayam . 
3. Masak sehingga oats kembang.. Kalau guna rolled oats kena lama  sikit berbanding insatant oats tu ya... 
4. Bila dah nampak oats tu masak n kembang.. Masukkan kiub ayam.. Lada sulah dan sedikit garam. And juga lupa jugak sedikit sesame oil. 
5. Bila dah nampak semua sebati cantik ja... Boleh la rasa skit.. Kalau tak ckup rasa apa-apa boleh la tambah bagi berasa. 
6. Dah ok boleh la hidangkan... And  tabur la daun bawang and bilis goreng. 

Dahhhh siapppp... Boleh la makan dengan tanla rasa bersalah. Sedap pun sedap and cepat kenyang... Kenyang tu pun jenis kenyang yang lama bila makan oats ni....


Rasa macam bubur ayam McD sebiji.. Tapi yang ni guna rolled oats ja... 

So siapa-siapa yang tengah diet nak makan bubur ayam mekdi version sihat...boleh la buat ni 😜😜😜

Selamat mencuba










Bela Kucing La Pulak

by Alia Farhan, 6:35 PM

 Dah genap seminggu bela kitten... Ni pun sebab geram dia duk manja main-main dekat kaki masa pi jenguk kebun komuiniti kt bawah... Comel sangat. Geram ja tengok... Muka pulak macam cik rimau... Tapi manja meow meow πŸ˜‚

Little i know how to take care of cat. Banyak benda kena belajar bila nak bela cat ni... Nasib dapat kitten yang cute dan masih senang dibentuk...

Nasib jugak ada kawan Cik Moon yang selalu bagi tips.. Siap bagi cage dengan litter bin lagi.. Maceh Cik Moon kiteeee...



Comey tak meow kita ni? Nama dia Ivy Si Anena bagi nama... Stray cat ja pun kita bela... Tapi jenis domestic long hair... Vet cakap maybe ada kacuk2 dengan parsi sebab tu bulu panjang2... Ada gak kata macam Maine Coon sebab telinga dia tu... Kita tak kenal sangat jenis-jenis kucin ni... And masa amik tu Ya Rabbi busuk.. Terus bagi mandi πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ gamble saja


Ni da wangiiii... Tengok kemain la duk dengan Ecah... 


Ni pulak dengan Kak Nena... Comel ja dua2 ni... Kalau dengan Ecah tu dia jenis brutal sikit kesian la dekat Si Ivy tu.hhahahaha....kena buli ja... 


Kemain tau makanan... Aku syak kucin aku ni Kedah Long Hair... Sebab dia jenis kena makan wetfood gaul dengan nasi baru dia suka. Kalau kibbles tu hmmm je lah... Ehhh geram pulak aku ni haaaaa... Laki aku kata dasar perut orang Kedah... Nak kena mencekik nasi jugak macam mama hang baru nak jerap perut ya... Hahhahaha


Cage apaknya beli bukan main lagi kannnnn... 
Kelassss kau Ivyyyy.... 


Muka menyampah kena duduk dalam cage 
Macam Cik Rimau betoi πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


Last sekali tidoq dalam buai... Alolo comelnya.... 

Actually bela kucing sebab kids dah lama minta kucing... And aku mula2 tak bagi pun bela sebab ya lah.. Aku bukan reti bela pun... Suka kucing tapi x reti bab2 nak bela ni.... Masa saja bawak naik ke atas tu sebab nak bagi diorg main ja.. Tak niat nak bela pun sebab lepas tu ingat nak letak balik dekat bawah... Tapi tu la.. Semua dah jatuh sayang dekat dia... Itu yang takleh jadi tu.. Dengan buat muka cute nya tu... Manja dia tu... Geram ja... And nasib baik lah Ivy ni jenis senang.. Nak berak dia auto tau kena pi kat pasir dia tu... Selamat la kitaorang semua... 

Ni next week nak kena pi vaksin dia... Minggu lepas jumpa vet dia ada kasi ubat cacing and ubat tambah selera and jugak ubat kurap.. Sebab ada la sikit kurap dekat telinga dia tu. Tak teruk sangat la untuk stray cat.. Ni nampak dah getting better sangat-sangat dah... 

Memang seronok tengok anak2 pun ada aktiviti lain dalam rumah. Main dengan cat diorang ni... Suka la dua2 orang tu sebab dah ada cat kan...ya lah musim2 Covid ni terperap ja dalam rumah pun kesian jugam kat depa dua... Boring ja muka masing2 tu.. Ada cat ni lain la sikit. 


Ni dah muka kakak kakak sangat dah.... Hilang dah muka omey omey dia tu. Bab bergaduh dengan orang bagi dekat dia. Perangaiiiiii pelik2 pun bagi dekat dia.. Anak number 2 la katakannnn.... 

Korang yang bela kucing tu... Macam mana ya nak buat bagi kucing kitaorang ni makan kibbles.. Pitam gak kalau nak ber wet food aja... Nasib la dah gaul2 dengan nasi. Kalau tak ka jenuh la nak angkut wetfood haa πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚




















Baja Milagro, Baja Organik

by Alia Farhan, 10:02 AM

 Assalamualaikum...

Ada dekat sini plant parents jugak tak? Tak kira lah indoor plant ka.. Pokok2 bunga ka.. Pokok2 sayur di kebun tepi rumah ka... Kalau ada.. Aku nak share sikit pasal Baja Milagro ni....

Untuk pengetahuan korang semua... Baja Milagro ni adalah baja organik... Depa menggunakan tinja ayam untuk dijadikan baja organik ni. Selain dari tinja ayam, kulit telur, kulit kayu dan smart enzyme. 





Thank you baja Milagro for sending me this. 




Antara kebaikkan Baja Milagro ini adalah :






Untuk aku yang ada bela pokok banyak ni... Of course aku suka sebab nampak la hasil dia... 


Sebelum ni sendu ya amat ya pokok ni nak keluar cabang baru ka apa ka.. Aku tahap malas nak cara ke dia dah pokok ni... 
Mula-mula dia duk kat dalam rumah pokok ni.. Sebab sendu nau kan... So aku saja la gatal-gatal letak kt balcony.. Awal2 tu ada la daun atas yang lecur... Lepas tu aku lindung sikit la kan... Xnak dia burn lagi teruk... And aku letak la baja Milagro ni.. Tup2 beberapa hari lepas tu aku tengok ehh dah ada cabang dah dekat bawahnya... Seronok betul aku jadinya.. Boleh la bagi melilit dekat kayu tu pasni πŸ˜‚


Ni pulak pokok kari aku dekat area lift tu..yang ni aku letak dekat area corridor.. Kalau jiran-jiran nak amik... Amik la.. Talu hari tu macam sendu sikit dekat atas tu... So aku cantas ankd letak baja Milagro... Cepat ja tengok-tengok da ada tunas baru... Daun yang lain pun makin sihat and gemuk macam tuan dia. 

So far memang nampak la perubahan ketara dekat pokok2 aku kan... Memang bikin hati berbunga-bunga woooo... Kalau pertumbuhan pokok korang agak terbantut ka or tak nampak any progress... It's about time to try Baja Milagro ni... Mana tau.. By feeding Baja Milagro to your plants... Diorang akan makin tembun and happy ke kan... 

Kalau hampa berminat nak beli.. Boleh la ke :

Instagram 


Shopee :












 


Ada peminat kerabu mangga tak dekat sini? Kalau ada gimme 5....aku memang suka sangat dengan any kerabu... Boleh buat meratah gitu ja... Sebab sedap kan.. Masam2 pedas2.. Manis2 skit... Fuhhh balance rasa dia....

Nak buat pun bukan susah mana pun actually... Simple ja... Cuma selalu terjadinya malas nak buattttt.... Bahan pun simple sangat... 

Kalau nak tau... Cara aku simple ja... Tapi sedap gilaaaa.. Bahan pun apa yang ada ja... 

Jom tengok cara aku buat kerabu mangga... 


Bahan-bahan


Mangga muda dicincang/sagat halus panjang2 

Cili padi merah 2 biji

Cili padi hijau 4 biji

Tomato potong nipis.. Aku tak da tomato besar..aku guna ceri tomato potong kecik2 juga

1 sudu makan Udang kering 

Bawang kecil/besar dimayang halus

Gula 

Garam

Kicap ikan

Maggi cukup rasa /ajinamoto


Cara-caranya :


1. Sagat/cincang halus panjang2 mangga muda korang... Lepas tu rendam dalam air sejuk and sedikit garam (ni nak pastikan mangga korang tak jadi lembik2) 



2. Tosskan mangga korang tadi and masukkan ke dalam besen. Then masukkan segala udang kering, tomato, bawang merah dan cili padi yang dipotong tadi ke dalam besen bersama mangga tadi. Jangan lupa masukkan sekali segala kicap ikan.. Garam.. Gula dan maggi cukup rasa. 



3. Lepas tu boleh gaulkan kesemua bahan tadi bagi sekata ya. 

4. Rasa la sikit ok ke tak rasa dia.. Kalau tak balance rasa manis pedas ka apa ka... Adjust la time ni. Dah ok boleh pindahkan ke bekas lain. Masukkan la ke dalam mangkuk yang baru. Baru la nampak semenggah sikit kan. 


Fuh sedap betul rasa dia..... 
Masam-masam.. Pedas-pedas... Manis sikit... Balance semua rasa dia tu... 
Nyummeh sangat....

Senang kan.. X susah pun.. Xyah dah kempunan nak makan kerabu mangga dekat kedai siam... Ni pun dah bapak sedap dari kedai siam. Berbut aku dengan laki aku... Ingat dah buat banyak.. Sekali cukup-cukup ja ya πŸ˜…







© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS