Assalamualaikum...

Tengah tunggu makanan ni kat kedai.. boring pulak.. So sekali harung kita up satu entry dekat blog. Harap2 sempat la update satu entry sebelum makanan siap.



Rasa sebijik macam bubur ayam mekdi hampa oiii... 

Untuk bubur oat ni.. Aku guna yg rolled oats sebab kat rumah ada rolled oats ja hampa.. So kita guna la apa yang ada kan... Nak guna instant oats pun xdak masalah hampa... 


Tapi sebelum tu mai la kita habaq sikit oats ni bagus untuk kesihatan kita... Kat bawah ni ada kebaikkan oats untuk kita. 


Bagus kan oats  ni... 

Jom lah aku share macam mana aku buat bubur oats ayam ni... 

Bahan-bahan:

Oats
Ayam bahagian dada dipotong kecil-kecil
Halia dipotong panjang
Kiub ayam
Sedikit garam
Ikan bilis digoreng
Daun bawang
3 ulas bawang putih dicincang halus
2 biji bawang merah dipotong nipis
Lada sulah
Minyak untuk menumis
Sedikit sesame oil

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau. 
2. Kemudian masukkan air dan kemudian masukkan oats dah ayam . 
3. Masak sehingga oats kembang.. Kalau guna rolled oats kena lama  sikit berbanding insatant oats tu ya... 
4. Bila dah nampak oats tu masak n kembang.. Masukkan kiub ayam.. Lada sulah dan sedikit garam. And juga lupa jugak sedikit sesame oil. 
5. Bila dah nampak semua sebati cantik ja... Boleh la rasa skit.. Kalau tak ckup rasa apa-apa boleh la tambah bagi berasa. 
6. Dah ok boleh la hidangkan... And  tabur la daun bawang and bilis goreng. 

Dahhhh siapppp... Boleh la makan dengan tanla rasa bersalah. Sedap pun sedap and cepat kenyang... Kenyang tu pun jenis kenyang yang lama bila makan oats ni....


Rasa macam bubur ayam McD sebiji.. Tapi yang ni guna rolled oats ja... 

So siapa-siapa yang tengah diet nak makan bubur ayam mekdi version sihat...boleh la buat ni 😜😜😜

Selamat mencuba










Bela Kucing La Pulak

by Alia Farhan, 6:35 PM

 Dah genap seminggu bela kitten... Ni pun sebab geram dia duk manja main-main dekat kaki masa pi jenguk kebun komuiniti kt bawah... Comel sangat. Geram ja tengok... Muka pulak macam cik rimau... Tapi manja meow meow 😂

Little i know how to take care of cat. Banyak benda kena belajar bila nak bela cat ni... Nasib dapat kitten yang cute dan masih senang dibentuk...

Nasib jugak ada kawan Cik Moon yang selalu bagi tips.. Siap bagi cage dengan litter bin lagi.. Maceh Cik Moon kiteeee...



Comey tak meow kita ni? Nama dia Ivy Si Anena bagi nama... Stray cat ja pun kita bela... Tapi jenis domestic long hair... Vet cakap maybe ada kacuk2 dengan parsi sebab tu bulu panjang2... Ada gak kata macam Maine Coon sebab telinga dia tu... Kita tak kenal sangat jenis-jenis kucin ni... And masa amik tu Ya Rabbi busuk.. Terus bagi mandi 😂😂😂 gamble saja


Ni da wangiiii... Tengok kemain la duk dengan Ecah... 


Ni pulak dengan Kak Nena... Comel ja dua2 ni... Kalau dengan Ecah tu dia jenis brutal sikit kesian la dekat Si Ivy tu.hhahahaha....kena buli ja... 


Kemain tau makanan... Aku syak kucin aku ni Kedah Long Hair... Sebab dia jenis kena makan wetfood gaul dengan nasi baru dia suka. Kalau kibbles tu hmmm je lah... Ehhh geram pulak aku ni haaaaa... Laki aku kata dasar perut orang Kedah... Nak kena mencekik nasi jugak macam mama hang baru nak jerap perut ya... Hahhahaha


Cage apaknya beli bukan main lagi kannnnn... 
Kelassss kau Ivyyyy.... 


Muka menyampah kena duduk dalam cage 
Macam Cik Rimau betoi 😅😅😅


Last sekali tidoq dalam buai... Alolo comelnya.... 

Actually bela kucing sebab kids dah lama minta kucing... And aku mula2 tak bagi pun bela sebab ya lah.. Aku bukan reti bela pun... Suka kucing tapi x reti bab2 nak bela ni.... Masa saja bawak naik ke atas tu sebab nak bagi diorg main ja.. Tak niat nak bela pun sebab lepas tu ingat nak letak balik dekat bawah... Tapi tu la.. Semua dah jatuh sayang dekat dia... Itu yang takleh jadi tu.. Dengan buat muka cute nya tu... Manja dia tu... Geram ja... And nasib baik lah Ivy ni jenis senang.. Nak berak dia auto tau kena pi kat pasir dia tu... Selamat la kitaorang semua... 

Ni next week nak kena pi vaksin dia... Minggu lepas jumpa vet dia ada kasi ubat cacing and ubat tambah selera and jugak ubat kurap.. Sebab ada la sikit kurap dekat telinga dia tu. Tak teruk sangat la untuk stray cat.. Ni nampak dah getting better sangat-sangat dah... 

Memang seronok tengok anak2 pun ada aktiviti lain dalam rumah. Main dengan cat diorang ni... Suka la dua2 orang tu sebab dah ada cat kan...ya lah musim2 Covid ni terperap ja dalam rumah pun kesian jugam kat depa dua... Boring ja muka masing2 tu.. Ada cat ni lain la sikit. 


Ni dah muka kakak kakak sangat dah.... Hilang dah muka omey omey dia tu. Bab bergaduh dengan orang bagi dekat dia. Perangaiiiiii pelik2 pun bagi dekat dia.. Anak number 2 la katakannnn.... 

Korang yang bela kucing tu... Macam mana ya nak buat bagi kucing kitaorang ni makan kibbles.. Pitam gak kalau nak ber wet food aja... Nasib la dah gaul2 dengan nasi. Kalau tak ka jenuh la nak angkut wetfood haa 😂😂😂




















Baja Milagro, Baja Organik

by Alia Farhan, 10:02 AM

 Assalamualaikum...

Ada dekat sini plant parents jugak tak? Tak kira lah indoor plant ka.. Pokok2 bunga ka.. Pokok2 sayur di kebun tepi rumah ka... Kalau ada.. Aku nak share sikit pasal Baja Milagro ni....

Untuk pengetahuan korang semua... Baja Milagro ni adalah baja organik... Depa menggunakan tinja ayam untuk dijadikan baja organik ni. Selain dari tinja ayam, kulit telur, kulit kayu dan smart enzyme. 





Thank you baja Milagro for sending me this. 




Antara kebaikkan Baja Milagro ini adalah :






Untuk aku yang ada bela pokok banyak ni... Of course aku suka sebab nampak la hasil dia... 


Sebelum ni sendu ya amat ya pokok ni nak keluar cabang baru ka apa ka.. Aku tahap malas nak cara ke dia dah pokok ni... 
Mula-mula dia duk kat dalam rumah pokok ni.. Sebab sendu nau kan... So aku saja la gatal-gatal letak kt balcony.. Awal2 tu ada la daun atas yang lecur... Lepas tu aku lindung sikit la kan... Xnak dia burn lagi teruk... And aku letak la baja Milagro ni.. Tup2 beberapa hari lepas tu aku tengok ehh dah ada cabang dah dekat bawahnya... Seronok betul aku jadinya.. Boleh la bagi melilit dekat kayu tu pasni 😂


Ni pulak pokok kari aku dekat area lift tu..yang ni aku letak dekat area corridor.. Kalau jiran-jiran nak amik... Amik la.. Talu hari tu macam sendu sikit dekat atas tu... So aku cantas ankd letak baja Milagro... Cepat ja tengok-tengok da ada tunas baru... Daun yang lain pun makin sihat and gemuk macam tuan dia. 

So far memang nampak la perubahan ketara dekat pokok2 aku kan... Memang bikin hati berbunga-bunga woooo... Kalau pertumbuhan pokok korang agak terbantut ka or tak nampak any progress... It's about time to try Baja Milagro ni... Mana tau.. By feeding Baja Milagro to your plants... Diorang akan makin tembun and happy ke kan... 

Kalau hampa berminat nak beli.. Boleh la ke :

Instagram 


Shopee :












 


Ada peminat kerabu mangga tak dekat sini? Kalau ada gimme 5....aku memang suka sangat dengan any kerabu... Boleh buat meratah gitu ja... Sebab sedap kan.. Masam2 pedas2.. Manis2 skit... Fuhhh balance rasa dia....

Nak buat pun bukan susah mana pun actually... Simple ja... Cuma selalu terjadinya malas nak buattttt.... Bahan pun simple sangat... 

Kalau nak tau... Cara aku simple ja... Tapi sedap gilaaaa.. Bahan pun apa yang ada ja... 

Jom tengok cara aku buat kerabu mangga... 


Bahan-bahan


Mangga muda dicincang/sagat halus panjang2 

Cili padi merah 2 biji

Cili padi hijau 4 biji

Tomato potong nipis.. Aku tak da tomato besar..aku guna ceri tomato potong kecik2 juga

1 sudu makan Udang kering 

Bawang kecil/besar dimayang halus

Gula 

Garam

Kicap ikan

Maggi cukup rasa /ajinamoto


Cara-caranya :


1. Sagat/cincang halus panjang2 mangga muda korang... Lepas tu rendam dalam air sejuk and sedikit garam (ni nak pastikan mangga korang tak jadi lembik2) 



2. Tosskan mangga korang tadi and masukkan ke dalam besen. Then masukkan segala udang kering, tomato, bawang merah dan cili padi yang dipotong tadi ke dalam besen bersama mangga tadi. Jangan lupa masukkan sekali segala kicap ikan.. Garam.. Gula dan maggi cukup rasa. 



3. Lepas tu boleh gaulkan kesemua bahan tadi bagi sekata ya. 

4. Rasa la sikit ok ke tak rasa dia.. Kalau tak balance rasa manis pedas ka apa ka... Adjust la time ni. Dah ok boleh pindahkan ke bekas lain. Masukkan la ke dalam mangkuk yang baru. Baru la nampak semenggah sikit kan. 


Fuh sedap betul rasa dia..... 
Masam-masam.. Pedas-pedas... Manis sikit... Balance semua rasa dia tu... 
Nyummeh sangat....

Senang kan.. X susah pun.. Xyah dah kempunan nak makan kerabu mangga dekat kedai siam... Ni pun dah bapak sedap dari kedai siam. Berbut aku dengan laki aku... Ingat dah buat banyak.. Sekali cukup-cukup ja ya 😅







Review Shin Ramyun Noodle Soup

by Alia Farhan, 4:24 AM



Ada yang pernah makan Shin Ramyun Noodle Soup ni? 

Aku kan selalu la nampak noodles ni orang Korea duk makan dalam vlog depa... Serius teringin gila.. Pastu kan kalau pi kt tempat mee meggi ni mesti akan lalu lalang dekat situ and nampaka Shin Ramyun ni... 

To be honest mula-mula tu takut la juga kan.. Ya la.. Mostly aku tengok malay takda pun yang review menda alah ni... 1st thing 1st bila duk tengok tu memang packaging dia ada halal.. So ON ja lah.. Yang ni buat dekat Korea ya.. Ada pengiktirafan HALAL from sana jugak la... 

Bila nak beli tu pikir banyak kali jugak la... Sebab apa.. Sebab biasanya benda alah ni diorang jual 5 pek terus... Dalam RM15+ macam tu jugak lahhhh... Ahh sudahh.. Kalau beli sampai 5 tapi bukan taste aku camnoooo haaa.. Tak ke naya nak abih kan sampai 5 tu haa... 

Sekali ntah bila aku pi ke 7 e ka apa ka yang ala-ala mart mcm 7 e ni jugak la... Dia ada jual Shin Ramyun ni sebungkus macam ni... Apa lagi.. Terus la aku grab seketul sebab nak rasa... 


To be honest aku suka rasa dia... Nak describe rasa macam mana tak reti... Rasa macam sup tapi bukan sup kosong macam sup ayam tu.. Bukan ye... Dia ada rasa pedas-pedas skit.. Ni aku splash cuka skit and then yang lain masak macam biasa.. Lepas tu aku letak la ayam... Mushroom skit... And oh ya.. Aku tumis la dulu benda2 macam bawang besar and bawang putih tu... 

Lepas ni boleh beli lagiiii sebab aku macam suka ja sebab sedap weiiii.. Le0as tu texture mee dia tu tak macam mee meggi dekat sini.. Lain ya.. Lainnn... Xtau nak explain macam mana lain dia tu.. Yang pasti texture mee dia tu best.... Hahhaha.. Hujan2 macam sekarang ni layan la kalau makan meggi mcm gini... Dan2 telan ayaq lioq tengok gambaq Shin Ramyun ni... 

Ni tengah pikiaq nak masak kueytiaw goreng ka nak makan Shin Ramyun ni😂😂😂




Ada yang dah tengok Suicide Squad yang baru ni ka? Aku baru ja tengok semalam. Ya lah of course sebab aku suka Harley Quinn kan...

Kisah dia macam biasalah Suicide Squad ni tugas dia typical la macam cerita-cerita American yang lain yang konon-kononnya "menyelamatkan dunia".

Cerita kali ni kalau nak compared dengan Suicide Squad masa yang first dulu tu... Yang first dulu tu lagi best la walaupun macam takut sebab yang first dulu involced witch la bagaikan... Yang ni yang penjahatnya tu pun alahai comelnya lahaiii.



Macam lawak pulak villain dalam cerita ni seekor giant starfish.. Ya lah.. Ni asal dari comic DC kan.. Dalam comic ya lah nampak la mcm ok.. Real life mcm ekelehhhh... Hahhahah... 


Pastu kan... Dia ni kan Si John Cena ni jadi Si  Peacemaker... Ntah aku tak gemorrr la tengok dia ni berlakon... Ko gi balik WWE ka WWF sana boleh dakkkkk... Baik wresting ja xyah nak berlakon-lakon... 


Si mamat ganteng Idris Elba ni jadi Si Bloodsport.. Kira watak lead la dalam cerita ni macam Will Smith dulu dalam Suicide Squad 1 tu... 


And apa lah gunanya Suicide Squad tanpa Harley Quinn kita... Aku rasa watak dia ja kot paling best dalam ni.. Yang lain-lain tu harap Idris Elba ja... 

Nak komen lebih2 pun xleh sebab aku rasa cerita ni pada aku kurenggggg kalau nak dibandingkan dengan yang 1st dulu. Harap ke Harley Quinn punya watak ja kot orang tertunggu-tunggu.. Tu pun jalan cerita macam tak berapa best. 

Ntah la nak komen lebih-lebih pun tak boleh gak.. Maybe jugak sejak MCO tak pernah habis ni hidup aku pun jadi hambar... So bila aku tengok cerita pun semua jadi apoooo nan hadooo ja ni... Expectation aku jadi tinggi... Huahuahauhua....ni siap aku boleh gi dry baju sat.. Boleh pi minum ayaq sat... Selalu aku kalau cerita best.. Kencing or berak pun ku tahan jebatttt tauuuuu.... 

Aku boleh bagi 3/5 🌟.. Nak rewatch balik pun tak rasa nak tengok.. Even yang first tu aku boleh ulang-ulang tengok jugak walaupun macam takut-takut. Hahahah










© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS