Ada yang dah tengok Suicide Squad yang baru ni ka? Aku baru ja tengok semalam. Ya lah of course sebab aku suka Harley Quinn kan...
Kisah dia macam biasalah Suicide Squad ni tugas dia typical la macam cerita-cerita American yang lain yang konon-kononnya "menyelamatkan dunia".
Cerita kali ni kalau nak compared dengan Suicide Squad masa yang first dulu tu... Yang first dulu tu lagi best la walaupun macam takut sebab yang first dulu involced witch la bagaikan... Yang ni yang penjahatnya tu pun alahai comelnya lahaiii.
Alhamdulillah... Our breakfast today.. Kalau dulu masa kecik2.. Arwah tok duduk dengan kami... So kalau breakfast tu selalu la nanti tok tanak /kukuih pulut utk kami bfast... Paling best kalau ada nyoq kukoq+ikan masin... Pastu u sambai bilih dengan temenung ni pun antara yang haroi cing2... Kalau balik "kampung" siam sana pun bfast cari puluit... And kalau kt jitra nun di sana ada la kedaj bfast pagi2 buat puluit+nyoq parut+ikan masin /temenung/sambai bilih... Heaven nyaaaaa.... Rindu!
So rindu2 ni cita dia buat sendiri la... Sebenaqnya seumoq hidup aku ni kali kedua aku nak buat pulut.. Last year buat pulut kunin tu pun guna ppc... Ni haa kena berguru n tanya masterchef kat tawau sana mama aku camna nak kukus pulut lemak....
Laki den cakap lemak helok pulut nya... Ni set2 bfast geng2 buat bendang ni... Helooooo kami geng2 pulut kulit cantik2... It's in d blood orang kataaaaa.. Dalam pantang pun boleh bedal ketupat n pulut...xdak pulak sakit2 urat kan... Dah nama keturunan makan2 pulut ni kan 😅
Pulut nya pulak kalau ikut boleh ja nak tanak.. Tapi aku suka lagi kalau yang kukus sebab nanti dia sebutir-sebutir macam makan dekat Siam sana nunnn.. Elokkk ja...
So untuk kukus ni... Kena tiga kali kukus... Kalau ikut petua mak aku... Kena rendam dulu 4-5 hrs. Aku rendam ja semalaman gitu haa...
Pastu kan..untuk kukus tu... kukus dulu 1st round. Dalam 10-15 minit macam tu masukkan pulut yang korang kukus tadi dalam besen and curahkan santan and sedikit garam. Lepas tu gaul-gaul. Then masukkan balik dekat bekas pengukus atas tu dah kukus lagi dalam 15 minit. Lepas tu repeat proses tadi and letak lagi santan. Aku guna santan kotak kecil tu ja... So aku habiskan sekotak tu and gaul-gaul. Lepas tu aku kukus lagi sekali dalam 10 minit macam tu.
Resipi Siakap Steam Lemon/ Limau Power
Tak tau berapa lama lagi nak kena hadap MCO yang berterusan ni... Dengan kes harian Covid yang makin tak nampak akan pulang ke pangkal jalan... Buatkan aku rindu kehidupan sebelun Covid melanda. Terlalu rinduuuu dengan semua2 tu..
Antara yang aku rindu adalah makan dekat Kedai Tomyam yang betul-betul pure dari sana... Rindu jugak nak makan dekat Pak Bara, Hatyai semua ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Buat masa sekarang... Rindy nak makan siakap steam limau 😓😓😓.. So kena la beli sendiri siakap dekat Tesco untuk buat steam limau dekat rumah ni....
Alang-alang nak beli.. Beli la dua ekoq kan... Satu lagi nanti kita buat miang pla pao ka kan... Sedappp uiii...
Ok la untuk buat steam limau ni... Senang ja.. Bahan-bahan pun semua jenis mudah2 ja nak sediakan... Jom la tengok bahan-bahan yang aku guna kan...
Bahan-bahan
Ikan siakap yang dah disiang and cuci bersih
1 biji lemon / 3-4 biji limau nipis
Segenggam bawang putih
3 biji cili padi merah pedas gila
7 biji cili padi***nak kurangkan pun boleh tapi x kick la...
2 sudu besar kicap ikan/ namfla
4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil aji/maggi cukup rasa
Daun ketumbar
Cara-caranya:
1. Masukkan bawnag putih, cili padi merah pedas gila dan cili padi hijau ke dalam chopper, boleh la kisar kasar 3 bahan ni.
2. Gunakan kuali besar dan panaskan 2 gelas air.
3. Bila air da mula mengelegak masukkan air perahan lemon/limau dan masukkan ikan ke dalam kuali.
4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dalam chopper tadi ke dalam kuali. Kacau dan alihkan ikan ke bahagian lagi satu selepas masak menggelegak 10 minit setiap bahagian.
5. Kemudian masukkan nam fla/kicap ikan, gula, garam dan serbuk perasa. Balance rasa masam manis dan pedas ni. Kalau kurang rasa manis.. Boleh tambah sikit lagi gula.. Kalau kurang masam boleh tambah lagi air perahan limau.
6. Masak sehingga ikan masak (kena ingat bila masak sekor2 macam ni.. Akan ambil masa untuk fully cook)...ambil masa setiap bahagian lebih kurang 10 minit untuk masak. Bila agak-agak nak masak.. Masukkan daun ketumbar.
7. Da siap boleh angkat dan hidangkan... Dan tabur lagi daun ketumbar ke atas ikan. Bagi yang tak suka daun ketumbar boleh skip daun ketumbar. Macam aku terlalu favourite daun ketumbat ni.. Boleh la letak banyak-banyak ya.
Al Fatihah Buat Siti Sarah Raisuddin
Sebak bila baca pasal pemergian Siti Sarah bertemu dengan Pencipta Negara Abadi. Sebak sebab as a mom, a wife.... Everything feel so breakable at this point.
I'm not really a fan of her. Tapi suka dengar suara dia sebab lain dari yang lain. Those yang kenal aku dari sekolah mesti tau aku ni x fan sangat lagu-lagu Melayu ni.. Most of the time aku punya halwa telinga ke arah ke-baratan seperti yang diperkatakan oleh kawan aku masa sekolah dulu. But her voice really catch my attention. Teringat lagi masa nak ambil SPM.. ye lah time tu famous lagu Siti Sarah ni Kesetiaan dengan Misha Omar time tu... Bunga-bunga Cinta tu. Time tu woah.. Sedap suara dia! Lagu yang lain-lain aku x berapa tahu sangat. Tapi yang aku tau suara dia memang sedap and arwah ni aku tak pernah pun dengar yang buruk-buruk pasal dia.
Tapi bila baca Arwah Siti Sarah kena masuk ICU sebab covid.. Hati dah tak sedap dah sebab aki teringat kakak aku selalu cerita banyak patients dia ibu mengandung ni kalau kena Covid ni high risk sangat. Banyak yang kecundang. Allah.... Sumpah time tu da risau and mendoakan keajaiban untuk Sarah.
Tapi Allah lebih sayangkan dia kan. Betullah kata Shuib, isteri dia Allah pinjamkan 11 tahun ja dekat dia. Serius respect sangat dengan Shuib. Bagi aku Shuib ni memang serious gentle gila dengan bini dia. And betullah rezeki dia banyak mai melalui bini dia.. Sebab dia betul-betul bahagiakan bini dia. Lelaki/suami ni.. Kalau rezeki sempit dan asyik rasa tersekat ja... Cuba semak balik... Bini kau bahagia tak dengan kau... Kau ada buat benda-benda yang menyakitkan hati dia tak...sebab aku nampak banyak kes macam ni.. Tak jaga hati bini... Bini terkontang kanting uruskan rumah tangga, anak2 and kerja lagi..tapi laki buat dek ja dengan bini...time tu jangan cakap la Allah kejam ka apa kat kau.. Sebab kau pun kejam dekat bini kau. Allah.. Terbebel pulak.
Seriously satu hari aku emosi gila... Sumpah emosi sangat bila Sarah dah arwah. Ya lah sebab kt ig kan minggu lepas nampak dia masak chili crab lagi ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ sedihnya... Macam mana anak-anak dia rasa bila mak dia yang minggu lepas masih ok.. Tiba-tiba sekelip mata ja xda. Sumpah sedih... Sebab aku bayangkan aku yang dijemput dulu Allah... Tiba-tiba bangun nak cari laki and anak-anak aku.. Tapi sebenarnya aku dah mati ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Sumpah koyak doh....
Koyak.........
Tak sanggup nak pikir...
Time-time covid ni... For mommies... Mengandung akan jadi satu keadaan yang tersangat high risk. Kalau bukan covid ni pun bila mengandung 50-50 jugak dah sebenarnya chances kita. Macam-macam sakit boleh ada time pregnant... High bp la diabetes(gdm) la... Darah beku la... Semua possibility boleh jadi... Tambah dengan sekarang Covid ni... 😞😞😞 Bayangkan dah sakit kena cser.. Kena telangkupkan pulak untuk bagi oxygen masuk betul-betul kat peparu tu 😞😞😞 ngilu terus tempat cser ni 😫😫😫 kalau boleh tangguh dulu... Tangguh dulu 😓😓😓
Sebenarnya kes Sarah ni membuka mata kita.. Sebab banyak ya kes harian macam ni... Ada kawan aku yang in charge NICU for baby cakap... Baby banyak yang xboleh discharge lagi sebab both parents tengah kena intubate and critical. Can u imagine what will happen to tje baby if both parents lost this battle? ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Ada yang both parents died due to Covid... Anak2 kecil dekat rumah duduk quarantine sendiri-sendiri.... Allah... Tak kuatnya rasa bila baca cerita-cerita macam ni....
Kepada yang kata Covid ni tipu2 and selsema biasa ja... Please be real...dont live ur life in DENIAL... we have a very2 strong enemy for us to fight. Get VACCINATE... kita nak capai HERD IMMUNITY secepat mungkin... Berapa ramai lagi kita nak tengok tewas di medan perang ni..berapa ramai lagi kita nak tengok anak-anak jadi yatim piatu sekelip mata.
Covid ni sangat jahat ya.... Sangatttt sangatttt sampai bagi kesan dekat mental health kita semua. Aku tak bolehhhhhh la nak hadap berita-berita sedih lagi....
And aku rasa bukan mak2 and bini2 ja yang emo hari ni.. Bapak2 and suami orang pun terkesan hari ni... To all bapak2 and laki2 orang... It is nothing wrong to show affection to your love one... Buat kat bini sudah la kannnn... Try to live our life to the fullest... Appreciate everyone yang selalu ada dengan kita.. Family kita.. Adik beradik kita... Kita tak tau berapa lama lagi masa Allah pinjamkan kita dekat dunia ni.
😞😞😞
Aku dah tak boleh nak bebel lagi.. Nanti mencurah2 lagi air mata aku.... Murah sangat air mata aku ni lately...
Jom kita sedekahkan Al Fatihah utk Arwah Siti Sarah dan kesemua mereka-mereka yang dah pergi meninggalkan kita.... Semoga mereka semua ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
Al Fatihah...
Resipi Nasi Cauliflower Goreng Untuk Orang Diet