Movie Review : The Intern

by Alia Farhan, 7:09 PM

 


Ni antara movie terbaru yang aku tengom dekat Netflix. Best juga cerita ni sebab aku memang suka kedua-dua pelakon ni.. Anne Hathaway and Robert De Niro. 

Cerita dia mengisahkan Ben( Robert De Niro) seorang persara yang join program Intern dekat syarikat Jules ni. Intern program ni untuk oldies ni salah satu CSR program la untuk oldies catch up dengan latest technology ni la. 




And Jules ni pulak company dia tengah meletop dengan online shopping boutique la gitu. Within 4 months dia punya online fashion boutique went boommmm. 


Aku suka tengok interior company dia ni..love teruks makkkk... 

So basically, awai2 tu Jules ni agak sceptical la orang tua mcm Ben ni boleh ka paham selok belok online business yang depa duk tengah jalan ni. Maklumlah lani marketing tak sama dengan dulu-dulu kan. Lani everything cepat gilaaa... Baik dari segi fashion ka delivery ka apa ka... Semua kena cepattttt.... 


So basically Ben ni was placed directly to Jules. Dia macam awai-awai tu krik krik la dengan Ben ni kan. Tapi lama-lama dia makin respect dengan Ben sebab Ben ni ada satu work ethics and experience yang sangat bagus. Bak kata pepatah experience never gets old la katakan. He begins to get Jules's trust. 



Jules pulak dalam masa yang sama terpaksa hired and search CEO untuk established kan company dia. Dalam masa yang sama dia taknak ada CEO yang duk bagi-bagi arahan dekat dia bla bla bla. Ya lah.. Kita paham... Dia da setup company dia ssh and berjaya.. Tibehhh ada orang nak arah2 kan itu ini memang jemmm la kan. At the same time dia terpaksa jugak hired CEO utk company dia untuk perbaiki hubungan dia dengan husband dia. 




Ya lah let alone be a boss of the company memang boleh buat seorang perempuan ni  caca marba. Mana nak juggle n handle kerja kat office lagi.. Anak and husband dekat rumah lagi. Which eventually lead to masalah rumah tangga untuk Jules and husband dia. 




So in searching for a good CEO, banyak lah Ben ni nasihat and share apa yang dia tau dekat Jules ni. And Jules pun from day to day makin selesa bekerja dengan Ben ni. Kiranya hubungan depa pun makin baik, rapat macam bapak and anak. 

So at the end, korang kena tengok la Jules ni jadi ke tak hired CEO untuk company dia or tak.. Macam mana dengan rumah tangga dia pun korang kena tengok la. Ada kt Netflix u olls. 

Cerita ni bagi aku sedap la nak layan time-time boring kena berkurung ni. Cerita yang light dan tak menyakitkan otak korang pun. Aku suka layan cerita-cerita light macam ni. Hidup kita dekat Malaysia yang dikurung ni pun dah cukup mnyakitkan otak dah. Baik la layan cerita-cerita macam ni ja. 

Ada suggestion tak cerita apa yang light2 tapu best nak layan dekat Netflix? 









Happy Birthday To Myself❤️

by Alia Farhan, 6:20 PM

 Thanks for wonderful wished that i received in Facebook. My birthday jatuh pada 3rd of July yg lepas bersamaan hari sabtu lepas...

Sedih jugak sebab bday jatuh time PKP n fasa lockdown lagi kan.. Tapi xpa la... Apa boleh buat.. Janji sihat, laki and anak2 ada di sisi... It's more than enough kan... Syukur Alhamdulillah..

Kalau tahun lepas a day after my birthday husband bawak pi Perhentian... Time tu kiranya lepas PKP 1.0...Sekarang ni xnampak lagi bayang nak boleh merentas negeri or even daerah pun 😢



Simple celebration ja ❤️


Kek ni sedap! 


Suprisingly he bought me a bouquet fo flower💐


Tq husband and anak2.... 

U guys meant world for me ❤️❤️❤️

Di kala time2 MCO  yang tak habis2 ni.... Kadang-kadang cepat ja rasa stress. Serius rindu nak hidup normal macam dulu balik... 

Ya Allah.... Kau permudahkanlah urusan kami. Kau angkatlah wabak Covid ni secepat mungkin Ya Allah... Kau lindungilah Malaysia dari Covid 19 dan tangan-tangan jahat yang membuat kemungkaran di muka bumi ini Ya Allah.... 
Amin Amin Ya Rabbalalamin❤️❤️❤️




Review : Su Ve Ates

by Alia Farhan, 4:04 AM

 


Review ringkas aku :

Buang masa aku ja tengok cerita ni 😂

Kenapa buang masa? 

Sebab cerita ni tak sampai pun kat hati aku yang kuat sentap ni.. Sumpahhhh feel dia tu tak sampai... 

Ringkasan cerita dia, meh la aku ceritakan sikit ya.... 

Mengisahkan Hasmet ni seorang mafia lari ke London and terjumpa pulak dengan si Yagmur ni.. Bunyi macam yakpur salam ja kan... So biasa la cliche jatuh cinta.. Yada2.. Bila ketua mafia jatuh cintaaa... Auchhh gitewww... 

Dah nama mafia kan.. Biasa la cinta2 sekali terbuntingkan si Yagmur ni... Pastu Si Hasmet ni kena balik Turkey sebab nak selesaikan konflik dua keluarga mafia yang depa duk gaduh-gaduh ni.. Tapi masa balik tu Hasmet ni tak tau yang dia termengandungkan di Yagmur ni... Ahhh clicheee sangatttt.... 

Dah balik sana.. Ketua mafia kena paksa kawen dengan anak ketua mafia satu lagi pulakkkkkkk... Dah jemmmm mafia punnnnnn boleh kena paksa! Pastu mula la berkonflik bagai... 

Biasa la cliche lepas beberapa tahun Hasmet ni jumpa balik Si Yagmur ni dengan anak dia... Dah dapat tau tu anak dia... Ahhh mula cliche nak bercerai dengan bini yang tak dicintainya tuuu... 

Lepas tu biasa lah. Bergaduh balik kumpulan-kumpulan mafia ni.. Pastu mcm mana ntah dia ni kena tembak and mati.... 

Sumpah aku mencari jugak part mana nak merentan jiwa aku ni... Tapi sumpah tak sampai beb.... Agaknya aku ni dah biasa tengok cerita korea ni plot sedih tu dia binaaa lain macam... Ni dengan lagu2 klasik turkey tu rasa tak sampaiiii... Kalau korea kan lagu dia best2.. Melodi pun bestttt gitewww

While this pulak maybe sebab filem kan... So nak cepat2 kan buat cerita... Tapi tu la... Tak sampai pulak part sedih n merentan jiwa tu... Hahahhahahhaha..... 

Tu ja lahhh nk komen... Kalau kaki K drama ko takyah nak merepek nak tengok cerita Turkey ni.. Memang tak sampai ke jiwa noks... Ehhh tpi Me Before You tu sedih ja.. Aku merentan ja jiwa tengok walaupun bukan K drama.... 

Ntah la... Lain orang lain taste dia kot.... Aku kata kt laki aku buang masa la tengok ni.. Dah la laki tua.. Tak hensem pulak. Laki aku pun lalu mencelah. Hensem lagi aku! 
Ahhh sudahhhhh


 Cakap pasal ikan keli ni... Ikan keli antara favourite aku la jugak. Suka sebab ikan keli ni murah.. Lepas tu sedap pulak tu. Goreng saja sedap.. Bakar pun sedap.. Haaa semua pun sedapppp.... Buat keli berlado lagi sedap. Ada peminat ikan keli dekat sini tak? Hampa suka makan keli ni masak apa? Aku memang hantu keli berlado.. Sedap uiiii.... 



Nak buat keli berlado ni pun senang ja.. Kalau dulu ya lah malas nak buat keli berlado ni sebab bila nak goreng tu bercinta asyik terpercik and meletop merata ja minyak dia tu walaupun dah salut tepung ka letak asam keping dalam minyak ka.. Tetap struggle wei nak goreng diaaa... Hahhahah

Cara dia macam mana? 

Guna ja air fryer tu kalau ada! Kahkahhhhhh.. Harus paham  and maklom aku suka beli gadget yang memudahkan hidup aku ya. Cuma thermomix tu out of budget mak nak.. Lagipun da xmuat dapoq😂😂😂

Cara nak dapatkan texture ikan keli yang garing guna air fryer pun senang ja. Guna aluminium foil.. Then letak ikan keli dalam tu.. Lepas tu tuang sikit minyak kat atas ikan keli tu and aluminium foil sekeliling ikan keli tu sikit... And then ko brush ikan keli tu dengan minyak guna silicone brush yang orang duk baking tu.... 

Masa duk fry dia tu boleh jenguk2 and brush oil dekat atas keli tu.. And kalih keli tu and  ulang buat sampai la dapat texture keli  garing yang hampa suka. 

Untuk bahan-bahan berlado jom kita tengok apa yang aku pakai ya. 

*2 batang cili besar merah
*3 batang cili padi merah
*7 batang cili padi hijau
*1 biji bawang besar (kalau size sederhana guna 2 biji) 
*7 ulas bawang putih 
Minyak untuk menumis
Sekeping asam gelugor
Garam
Gula 
***maggi cukup rasa

Cara-caranya:

  1. Masukkan kesemua bahan-bahan bertanda * ke dalam chopper atau blender. (aku pakai chopper ja sebab malas nak keluarkan blender.. Sapa rajin nak tumbuk ikut sukaaaa). Kalau guna chopper tarik sissss(semongkooo) sampai la dapat texture yang hang nak.... Sama la dengan blender... Blend la ikut taste hang nak texture dia macam mana. 
  2. Sementara duk tunggu ikan keli hang duk bergoreng tanpa letup dalam air fryer (tips aku da bagi dekat atas dah), boleh la start masak kuah berladonya. 
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang da selamat di-blend tadi... Kacau-kacau dan masukkan asam keping dan sedikit air. 
  4. Masak la sambal ni dalam 15-20minit sampai bahan-bahan cili tadi tu masak. Kalau kering boleh tambahkan air ya. 
  5. Dah nampak pecah minyak elok, boleh la perasakan dengan garam, gula dan maggi cukup rasa kalau suka. Bila rasa masam, pedas dan manis tu dah balance dah boleh masukkan ikan keli air fryer hampa tu... 



Cantik tak kejadian ikan keli air fryer mak tu?! 


6. Da tiappp.. Boleh da angkat hidang dalam pinggan ya...


Makan macam ni menambah oiii... Sedap sangat-sangat... Favourite anak2 ikan keli berlado dengan maknya... Apaknya tak makan ikan keli... Selamat tak payah nk berebut dengan apaknya.. Berebut2 dengan anak2 nya pulak 😂


Senang ja kan buatnya... Tak susah pun... Kalau nak kena mngoreng guna kuali tu memang bercinta la.. Makan kedai ja lah senang.. Tapi masalahnya musim2 pkp ni paham2 lah kan 😢










 Ada peminat Kdrama dekat sini? Kalau korang peminat Kdrama dekat sini mesti hampa akan selalu tengok yang orang korea ni kalau depa makan.. Depa ada banyak gila side dish... Kimchi la.. White radish kimchi la.. Taugeh celur sesame la.. Salad timun pedas la and macam-macam lagi. Kiranya side dish saja da penuh meja haaaa...

Kalau kimchi kita selalu tengok kan.. And nak beli pun banyak supermarket ada jual yang ready made tu... Kalau yang salad timun pedas korea atau Oi Muchim tu buat sendiri ja sebab senang ja and ready to eat terus.. Tak payah nak peram2  ka apa ka.


Oi Muchim yang nyums.. Ratah saja pun sedap kome oii.. 

Jom lah kita tengok bahan-bahan yang digunakan ya :

1 batang Japanese cucumber
1 biji bawang merah dipotong halus
Daun bawang yang dipotong
2 ulas bawang putih dicincang
2 tsb kicap soya
2 tsp cuka putih
2 tsp hot pepper flakes
2 tsp sesame oil
2 tsp biji bijan yang dah disangai
1 tsp gula

Cara-caranya:

1. Potong timun jepun korang bulat2. If nak potong semi bulat lepas tu pun ok. 
2. Masukkan timun yang dah dipotong ke dalam big bowl. 
3. Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk bersama-sama timun tadi. 
4. Gaulkan kesemua bahan serata supaya timun tadi diperasakan dengan bahan-bahan tadi. 
5. Ok da siap.. Boleh la masukkan ke dalam mangkuk yang lain untuk kemasan. 


Sedap ok.. Sumpah tak tipu. 


Buat pulak dishes lain ala-ala korea... Kimchi jigae... Yang lagi satu tu pakai main hentam ja konon-konon ala Korea la kan sebab guna elemen-elemen masakan ala korea. 

Apa masakan elemen ala korea ni? Selalu yang aku tengok kalau orang korea ni bila dia masak... Chilies flakes atau serbuk cili tu element penting dalam masakan depa. Semua nanti nampak merah-merah ja. 

Nampak macam pedas kan sebab merah-merah ja.. Tapi tak pun.. Sebab bila cili ni dimasak betul-betul takkan rasa pedas mana pun... Biasanya gabungan pedas masam... Adalah element masakan korea. Kalau Malaysia ni macam orang Melaka la... Suka pedas-pedas and masam-masam  ni. 

Senang ja kan nak buat Oi Muchim ni... Tak complicated pun macam nak buat kimchi. Hahahhah. Sapa yang suka makan masakan Korea boleh la cuba buat Oi Muchim ni ya. Memang simple sangat. Tapi sedapppp.... Husband aku pun meratah hari tu. 









Rindu Nak Makan Dekat Kedai

by Alia Farhan, 1:56 PM

 Ada yang macam aku tak? Rindu nak makan dekat kedai macam dulu2 😂

Baru-baru ni rasa rindu gila nak makan Siakap Laprik. Selalu makan dekat kedai2 tomyam kan... Kali ni mau xmau kena la buat sendiri kan. Tahap kerajinan kena lah tinggi berbanding biasa kan 😅

Tapi xpa. Yang penting boleh feeling2 makan macam dekat kedai tomyam pun dah ok kan.. Apa boleh buat...sekarang tengah lock down kan.




Feeling sangat macam makan dekat kedai. Siap plating pun buat ala2 dekat kedai kan... 

Buat macam ni lepas tu gu kan pulak dengan tomyam campur.... Fuhhhh sedap tidak terkata yaaaa... 😜😜😜😜



Ikan ni besar ya beli dekat tesco/lotus ja. Baru dalam RM10.90 mcm tu. Ni kalau dekat kedai tomyam yang besar macam ni busuk2 kena RM40 kot. 

Tapi takpa janji licin semuanya. Ingatkan besar ni nanti tak abih ya. Sekali licin wakkkkk.... 




Ikan licin.... Tomyam pun licin... Tu ja lah nak cakap... Tiada pembaziran di situ...lepas ni boleh buat  siakap steam limau pulak.. Miang pla ke... Memang perasan.. Anak2 aku kalau buat yang ikan macam ni memang laju jaaaaa... 

Mama ja malas sikit nak buat siakap macam ni sebab kalau yang kena goreng-goreng ni sebab kena pakai minyak yang banyak. Paham+paham la kan nak kena deep fried dia tu macam mana kan... Tapi ok la asalkan habis makan... Xda la pembaziran di situ... Dah syukur dah sangat-sangat. 

Korang tak rindu ka nak makan dekat kedai macam dulu2? Cepat la habis covid ni..kesian tengok orang2 yang terjejas. Sedih baca hri-hari da kes bunuh diri. Semoga Allah lindungi kita semua ❤️❤️❤️


© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS