Jumaat yang lepas aku balik ke Jitra... Sebab mak aku balik ke Semenanjung ni... Macam biasa la kan... Mesti kalau masak tu hidangan penuh meja without fail...tak pernah tak sedap.. Semua lauk maktok diorg ni masak best2 kot...
Avoid Tempat Ramai Orang, Irama Dining Here We Go
Aku mengaku... Aku selalu bawak anak2 aku keluar makan dekat luar.... Tapi as usual la.. Aku punya perangai.. Aku avoid tempat2 yang ramai orang n bersesak-sesak.
Yalah..zaman2 Covid ni paham2 la kan.. Tapi sampai tak keluar langsung pulak.. Tak boleh jugak kan... So kena la amik prevention measures yang bersesuaian.
Salah satunya... Kena avoid tempat yang sesak. So hari tu masa Sha and Wan mai Penang and lepak dekat rumah aku... Maka aku pun ajak la dinner dekat luaq... Plan awal nak makan dekat Teluk Tempoyak yang belah chalet tu tapi tutup pulak...
Pi yang satu lagi pun tutup... So kami pun pi la Originally Bangkok Tomyam tu.. Sebab hujan2 dapat siakap stim limau dia tuuuu... Fuhhh masyukkkk... Sekali panjang que dia.... Ahhh tak koserrr...
Pusing la kami ke Nurul Ikan Bakaq pulak.. Tedia sekali ramainya umat manusia.. Tak kuasa akuuuu.. Last2 kol Irama Dining untuk booking tempat terus. Nasib la depa terima lagi untuk reservation makan dekat situ... So apa lagi. Kami pun cargas la ke sana...
Food Review : Eryna Cafe Curry Claypot, Balik Pulau.. Kari power!
To be honest....kesedapan makanan tu terlalu subjective untuk aku. Mungkin sedap bagi orang lain.. Tapi dekat aku... Biasa2 aja... Mungkin bagi orang lain xsedap.. Tapi sedap bagi aku... Sebab tu aku cakap subjective menda ni....
Kali ni nak cerita pasal satu kedai makan ni...nun jauh di Balik Pulau sana nunnnn... Dia punya speciality adalah kari claypot. Masa kami mai ni ada ikan jenahak... So apa lagi... Harus lah mintak kepala n isi jugak kan. Aku memang penggemar ikan jenahak... So this is good!
Kedai ni ramai jugak ya orang yang mai makan dekat sini.. Mostly local people la.. Aku tak rasa orang luaq Penang tau kedai ni.. So nak makan dekat sini kena bawak bersabaq sikit ya... Sebab depa akan lepaskan ikan ikut apa yang kita nak.
So here comes the foods....
Bye2 Penang Ferry
Sedih jugak kan.. Sebab tu salah satu Ikon dekat Penang ni... But considering many factors... The state decided to end it... I guess everything good has it ends. 😭😭😭
Walaupun aku jarang naik ferry ni.. Satu sebab faktor masa... 1 lagi faktor jarak... Sebab dulu2 aku duduk dekat Juru.. Jauh la nak pusing ke Butterworth kan untuk naik ferry. Jarak satu hal.. Masa pun satu hal... Nak tunggu ferry ni bercinta.....
Tapi tu la.. Setiap kali dapat naik ferry ni.. Feeling dia lain... Aku suka... Sebab it will remind me of my childhood. Dulu2 masa kecik2 selalu kalau cuti sem memang satu family akan mai bercuti di Penang. Makcik aku pulak Penang state staff... So selalu dapat duduk dekat rumah jaksa dekat tepi laut tu... Best!
So everytime kalau mai Penang ni mesti akan lalu jalan dalam n naik ferry. Tam kira la time tu ferry kena tunggu lama pun xkesah ja.. Sebab seronok kan.. Budak2 time tu find joys such in a different way dari budak2 zaman sekarang...
So untuk tidak melepaskan peluang buat kali terakhir naik ferry ni.. Kebetulan hari tu aku ke Butterworth... Maka masa balik tu ambil la kesempatan naik ferry buat kali terakhir. Lepas ni da xboleh naik kan...
Start Up, Korean Drama Review
Walaupun agak ketinggalan nak review pasal Start Up ni... Macam biasa la... Orang dah habis tengok aku baru marathon gitu haaa....
Macam aku pernah cakap sebelum sebelum ni kan.. Aku agak selective kalau part nak layan cerita korea ni.. Especially yang drama ni... Aku mesti tengok dulu hero yang main.. Hahahhaha.. Kalau Lee Joon Gi ka Hyun Bin... Ka pantas la aku marathon... Hahhaha... Ni sebab aku tertarik nak tengok sebab banyak review best cakap cerita ni best sebab ajaq pasal how to start up a business la kan....
As orang yang baru menapak dalam business secara kecil-kecilan ni.. Mesti la cerita ni menarik minat aku... Ya la.. Kadang-kadang bila baru dalam process buat product ni... Kadang-kadang business ni bukan sekadar buat produk... Dah jadi business owner or founder or ceo dah... It's a fucking longgggg wayyy to go!
Ok la back to the story.. Story ni mengisahkan Seo Dal Mi sekeluarga yang terdiri dari emak dia.. Bapak dia dan kakak dia Seo In Jae... Cerita awal2 tunjuk la kebahagian depa as family.. But ada satu hari tu.. Bapak depa come back from work and cakap dekat mak depa yang dia nak stop kerja... N start a business... N being a typical person.. Mesti la mak Dal Mi tu xmau ayah dia berhenti kerja untuk start business... And this lead to divorce of their parents.
Si Dal Mi ni buat keputusan untuk ikut si bapak and si kakak pulak amik keputusan untuk ikut maknya. So as time goes by, Dal Mi ni sedih sebab terpaksa berpisah dengan mak n kakak dia... Tapi nasib baik la Dal Mi ni stil ada nenek and ayah yang care sangat-sangat pasal dia.
At the other side, Han Ji Pyeong ni membesar dekat rumah anak yatim... N terpaksa keluar dari rumah anak yatim sebab dah besar... So dia hilang tempat berteduh..tapi dalam masa yang sama... Dia ni seorang genius dalam bab-bab pelaburan.. Walaupun dekat sekolah menengah/tinggi.. Dia dah menang pertandingan virtual investment. So masa dia hilang tempat berteduh tu.. Nenek si Dal Mi tu la bagi dia tempat berteduh and jaga dia.
And ada satu time tu.. Nenek Dal Mi ni mintak la tolong si Han Ji Pyeong ni untuk tulis surat dekat Dal Mi... Konon2 untuk berkawan la... Lepas tu si Han Ji Pyeong ni gunakan nama Nam Do San untuk tulis surat dekat si Dal Mi ni... Nam Do San ni pulak genius dalam matematik and dia pernah masuk dalam newspaper la... So kiranya nama dia macam kena petik la dengan Han Ji Pyeong n nenek Si Dal Mi ni....
Lepas tu ada satu kejadian... Ayah Dal Mi ni accident and meninggal... Mak dia pulak kawen dengan orang kaya and bawak kakak dia pi US... And Han Ji Pyeong pulak lari pi Seoul....
So fast foward.. 15 tahun lepas tu... Si Seo Dal Mi ni jumpa kakak dia balik.. Time ni kakak dia dah jadi businesswoman yang berjaya sebab berkerja dekat syarikat bapa tiri dia.. And kakak dia pun da adopt nama bapak tiri dia as Won In Jae instead of Seo In Jae... Time ni dia nak buktikan dekat kakak dia... Pilihan dia stay dengan bapak dia tu dulu adalah betul. So dia nak join satu program dekat Sand Box ni untuk young entrepreneur start up business dia.
Dalam masa yang sama... Dia duk track si Nam Do San ni.. Padahal Nam Do San tu sebenarnya tak pernah pun tulis surat dekat dia. Time ni la munculnya Han Ji Pyeong dekat sini.. Aduhhh hensem pulak Han Ji Pyeong ni...
Meanwhile kakak dia pulak rasa tercabar sebab bapak tiri dia mula tunjuk belang untuk buang dia dari company.... So dia pun nak buktikan yang dia pun boleh hidup tanpa guna nama bapak tiri dia and join program dekat Sand Box ni... So both of the sisters join la competition dekat Sand Box ni...
Si Nam Do San ni pulak in d other hand ada syarikat Samsan Tech dengan kawan2 dia... So depa ni pun tengah stuck dengan nak cari investors untuk product depa... Actually product depa ni AI tech... And depa pun join la program dekat Sand Box ni... Kat sini la jugak Han Ji Pyeong ni kerja... Dia jadi salah seorang mentor dalam program dekat Sand Box ni...
So cerita ni basically banyak la cerita how to develop your business.... How to find investor.. Who should be a CEO... what CEO should do... And what a good CEO criteria u should have... How many percentage a good n strong CEO should have and macam-macam lagi... Ada la step-step dalam start up growth ni depa cerita dekat dalam cerita ni....
And yes... Of course la ada selit-selit pasal cintan tu kan... Basically.. Si Dal Mi ni dapat rasa la... Kenapa Do San yang duk tulis surat dekat dia ni tak sama dengan Do San yang sekarang ni..banyak la si Han Ji Pyeong dengan Do San tu duk berlakon... Tapi kesian la kat Han Ji Pyeong tu.... Dia suka kat Dal Mi tu... Tapi tu la awat dia gatai pi guna nama Do San time tu kan....
So cut the story short si Do San dengan kawan-kawan dia yang genius tu kena pi ke US... Selama 3 tahun... Tapi selama ni la aku geram sebab si Han Ji Pyeong ni xdapat2 tackle Si Dal Mi ni.... Ishkkk geram sungguh la aku....
Ending dia... Macam biasa la... Rasa semua pun tau kot ending dia menyakitkan hati kot. 😒😒😒 Tapi ok la aku suka jugak cerita ni.. Sebab dia cerita step one by one on how to business growth... Business bukan setakat you pandai buat products ja... U need to have a good team in order to grow... Dekat dalam cerita macam mana one by one how business tu nak growth....
Untuk orang yang ada business kecil-kecilan.. Or small business owner.. Of course cerita ni membuka mata aku widely.... Memang bukan senang nak start up a company lagi-lagi yang memerlukan team yang kuat....Untuk small business owner macam aku ni... Banyak menda aku kena buat sendiri... Sendiri buat products.. Sendiri marketing.. Sendiri kena shipping n handle everything... Harap-harap satu hari nanti dapat grow big jugak la kan....
Cara Hias /Deco Bilik Air Kecil
Bila duduk rumah burung.. Segala space adalah limited... Termasuklah bilik air kan... So kena la pandai2 nak menata rias macam mana bagi elok kan.
Dalam rumah ni.. Dekat master bedroom ada toilet... And toilet tu pun kecil n ruang sangatlah limited. To overcome this matter and bagi everything in order dan nampak kemas dan menarik.