To be honest....kesedapan makanan tu terlalu subjective untuk aku. Mungkin sedap bagi orang lain.. Tapi dekat aku... Biasa2 aja... Mungkin bagi orang lain xsedap.. Tapi sedap bagi aku... Sebab tu aku cakap subjective menda ni....

Kali ni nak cerita pasal satu kedai makan ni...nun jauh di Balik Pulau sana nunnnn... Dia punya speciality adalah kari claypot. Masa kami mai ni ada ikan jenahak... So apa lagi... Harus lah mintak kepala n isi jugak kan. Aku memang penggemar ikan jenahak... So this is good!

Kedai ni ramai jugak ya orang yang mai makan dekat sini.. Mostly local people la.. Aku tak rasa orang luaq Penang tau kedai ni.. So nak makan dekat sini kena bawak bersabaq sikit ya... Sebab depa akan lepaskan ikan ikut apa yang kita nak. 

So here comes the foods.... 



Slurppppp.. Tak serve dalam claypot pun 🤣🤣🤣🤣... Nasib rasa letopzzz


Sedap kari dia... To be honest... Kari letak daun kari, daun kesum and bunga kantan ni memamg sedap sangat... Lepas ni boleh la try buat macam ni kat rumah.. Mesti sedap n letopz... 

Pilihan lauk memang tak banyak... Ada kami amik ayam goreng.. Ada ikan goreng jugak tak silap... Bila makan dengan kari n sambal belacan n ulam dia memamg umphhh... Ni kali kedua laki aku bawak makan dekat sini... 

So hampa2 kalau nak makan kari yang best.. Boleh la cuba tang niiii... 


Eryna Cafe Curry Claypot 

Jalan Kuala Sungai Pinang, 
11000 Balik Pulau, 
Penang 




Bye2 Penang Ferry

by Alia Farhan, 4:59 PM
Seperti yang kita semua sedia maklum.... Ferry Penang dah ditamatkan perkhidmatan pada 1 January 2021 yang lalu....


Credit to Google. 

Sedih jugak kan.. Sebab tu salah satu Ikon dekat Penang ni... But considering many factors... The state decided to end it... I guess everything good has it ends. 😭😭😭

Walaupun aku jarang naik ferry ni.. Satu sebab faktor masa... 1 lagi faktor jarak... Sebab dulu2 aku duduk dekat Juru.. Jauh la nak pusing ke Butterworth kan untuk naik ferry. Jarak satu hal.. Masa pun satu hal... Nak tunggu ferry ni bercinta.....

Tapi tu la.. Setiap kali dapat naik ferry ni.. Feeling dia lain... Aku suka... Sebab it will remind me of my childhood. Dulu2 masa kecik2 selalu kalau cuti sem memang satu family akan mai bercuti di Penang. Makcik aku pulak Penang state staff... So selalu dapat duduk dekat rumah jaksa dekat tepi laut tu... Best!

So everytime kalau mai Penang ni mesti akan lalu jalan dalam n naik ferry. Tam kira la time tu ferry kena tunggu lama pun xkesah ja.. Sebab seronok kan.. Budak2 time tu find joys such in a different way dari budak2 zaman sekarang...

So untuk tidak melepaskan peluang buat kali terakhir naik ferry ni.. Kebetulan hari tu aku ke Butterworth... Maka masa balik tu ambil la kesempatan naik ferry buat kali terakhir. Lepas ni da xboleh naik kan... 


Naik ferry.. Naik jugak...
Jarak tu jarakkkkkkkk


Rasa budak ni dah nak masuk 8 tahun.. Naik ferry tak sampai 8 kali kot 😂😂😂


The kids... Adriana, Aishah n d cousins. 


Tiap2 kali naik tetap suka dengan feeling naik ferry ni ❤️❤️❤️


Adriana n Afiq in Pulau Angsa Ferry 💋💋💋


Iconic Penang Ferry ❤️


Tq Penang Ferry for such a good childhood memories ❤️❤️❤️


















Start Up, Korean Drama Review

by Alia Farhan, 9:13 AM



Walaupun agak ketinggalan nak review pasal Start Up ni... Macam biasa la... Orang dah habis tengok aku baru marathon gitu haaa....

Macam aku pernah cakap sebelum sebelum  ni kan.. Aku agak selective kalau part nak layan cerita korea ni.. Especially yang drama ni... Aku mesti tengok dulu hero yang main.. Hahahhaha.. Kalau Lee Joon Gi ka Hyun Bin... Ka pantas la aku marathon... Hahhaha... Ni sebab aku tertarik nak tengok sebab banyak review best cakap cerita ni best sebab ajaq pasal how to start up a business la kan....



As orang yang baru menapak dalam business secara kecil-kecilan ni.. Mesti la cerita ni menarik minat aku... Ya la.. Kadang-kadang bila baru dalam process buat product ni... Kadang-kadang business ni bukan sekadar buat produk... Dah jadi business owner or founder or ceo dah... It's a fucking longgggg wayyy to go!



Ok la back to the story.. Story ni mengisahkan Seo Dal Mi sekeluarga yang terdiri dari emak dia.. Bapak dia dan kakak dia Seo In Jae... Cerita awal2 tunjuk la kebahagian depa as family.. But ada satu hari tu.. Bapak depa come back from work and cakap dekat mak depa yang dia nak stop kerja... N start a business... N being a typical person.. Mesti la mak Dal Mi tu xmau ayah dia berhenti kerja untuk start business... And this lead to divorce of their parents. 

Si Dal Mi ni buat keputusan untuk ikut si bapak and si kakak pulak amik keputusan untuk ikut maknya. So as time goes by, Dal Mi ni sedih sebab terpaksa berpisah dengan mak n kakak dia... Tapi nasib baik la Dal Mi ni stil ada nenek and ayah yang care sangat-sangat pasal dia.


Young Han Ji Pyeong 

At the other side, Han Ji Pyeong ni membesar dekat rumah anak yatim... N terpaksa keluar dari rumah anak yatim sebab dah besar... So dia hilang tempat berteduh..tapi dalam masa yang sama... Dia ni seorang genius dalam bab-bab pelaburan.. Walaupun dekat sekolah menengah/tinggi.. Dia dah menang pertandingan virtual investment. So masa dia hilang tempat berteduh tu.. Nenek si Dal Mi tu la bagi dia tempat berteduh and jaga dia.

And ada satu time tu.. Nenek Dal Mi ni mintak la tolong si Han Ji Pyeong ni untuk tulis surat dekat Dal Mi... Konon2 untuk berkawan la... Lepas tu si Han Ji Pyeong ni gunakan nama Nam Do San untuk tulis surat dekat si Dal Mi ni... Nam Do San ni pulak genius dalam matematik and dia pernah masuk dalam newspaper la... So kiranya nama dia macam kena petik la dengan Han Ji Pyeong n nenek Si Dal Mi ni.... 


Nam Do San mathematics genius... 


Lepas tu ada satu kejadian... Ayah Dal Mi ni accident and meninggal... Mak dia pulak kawen dengan orang kaya and bawak kakak dia pi US... And Han Ji Pyeong pulak lari pi Seoul.... 

So fast foward.. 15 tahun lepas tu... Si Seo Dal Mi ni jumpa kakak dia balik.. Time ni kakak dia dah jadi businesswoman yang berjaya sebab berkerja dekat syarikat bapa tiri dia.. And kakak dia pun da adopt nama bapak tiri dia as Won In Jae instead of Seo In Jae... Time ni dia nak buktikan dekat kakak dia... Pilihan dia stay dengan bapak dia tu dulu adalah betul. So dia nak join satu program dekat Sand Box ni untuk young entrepreneur start up business dia. 



The rich Won In Jae... 

Dalam masa yang sama... Dia duk track si Nam Do San ni.. Padahal Nam Do San tu sebenarnya tak pernah pun tulis surat dekat dia. Time ni la munculnya Han Ji Pyeong dekat sini.. Aduhhh hensem pulak Han Ji Pyeong ni... 

Meanwhile kakak dia pulak rasa tercabar sebab bapak tiri dia mula tunjuk belang untuk buang dia dari company.... So dia pun nak buktikan yang dia pun boleh hidup tanpa guna nama bapak tiri dia and join program dekat Sand Box ni... So both of the sisters join la competition dekat Sand Box ni... 



Si Nam Do San ni pulak in d other hand ada syarikat Samsan Tech dengan kawan2 dia... So depa ni pun tengah stuck dengan nak cari investors untuk product depa... Actually product depa ni AI tech... And depa pun join la program dekat Sand Box ni... Kat sini la jugak Han Ji Pyeong ni kerja... Dia jadi salah seorang mentor dalam program dekat Sand Box ni... 


Ada iras2 Hyun Bin skit la... Sikit la... Time dia punya 😏 nampak lesung pipit tu ada sikit-sikit la... 

So cerita ni basically banyak la cerita how to develop your business.... How to find investor.. Who should be a CEO... what CEO should do... And what a good CEO criteria u should have... How many percentage a good n strong CEO should have and macam-macam lagi... Ada la step-step dalam start up growth ni depa cerita dekat dalam cerita ni....


Bukan senang nak dapat investor hensem macam ni... Ehhhhhh 😜😜😜

And yes... Of course la ada selit-selit pasal cintan tu kan... Basically.. Si Dal Mi ni dapat rasa la... Kenapa Do San yang duk tulis surat dekat dia ni tak sama dengan Do San yang sekarang ni..banyak la si Han Ji Pyeong dengan Do San tu duk berlakon... Tapi kesian la kat Han Ji Pyeong tu.... Dia suka kat Dal Mi tu... Tapi tu la awat dia gatai pi guna nama Do San time tu kan.... 






So cut the story short si Do San dengan kawan-kawan dia yang genius tu kena pi ke US... Selama 3 tahun... Tapi selama ni la aku geram sebab si Han Ji Pyeong ni xdapat2 tackle Si Dal Mi ni.... Ishkkk geram sungguh la aku.... 


Awak terlalu hensem untuk saya Ji Pyeong. Hahhahaha

Ending dia... Macam biasa la... Rasa semua pun tau kot ending dia menyakitkan hati kot. 😒😒😒 Tapi ok la aku suka jugak cerita ni.. Sebab dia cerita step one by one on how to business growth... Business bukan setakat you pandai buat products ja... U need to have a good team in order to grow... Dekat dalam cerita macam mana one by one how business tu nak growth....

Untuk orang yang ada business kecil-kecilan.. Or small business owner.. Of course cerita ni membuka mata aku widely.... Memang bukan senang nak start up a company lagi-lagi yang memerlukan team yang kuat....Untuk small business owner macam aku ni... Banyak menda aku kena buat sendiri... Sendiri buat products.. Sendiri marketing.. Sendiri kena shipping n handle everything... Harap-harap satu hari nanti dapat grow big jugak la kan....


Hampa team mana? 
Aku #TeamHanJipyeong forever... Hahahha
Walaupun aku suka lelaki tinggi... Tapi Han Ji Pyeong punya tinggi pun dah onz...taknak Nam Do San... Wekkkk 😜😜😜

So hampa-hampa yang business minded.. Wajib kena tengok cerita Start Up ni ok.... 


*** all pics credit to Google ❤️





Cara Hias /Deco Bilik Air Kecil

by Alia Farhan, 12:08 AM

 Bila duduk rumah burung.. Segala space adalah limited... Termasuklah bilik air kan... So kena la pandai2 nak menata rias macam mana bagi elok kan.

Dalam rumah ni.. Dekat master bedroom ada toilet... And toilet tu pun kecil n ruang sangatlah limited. To overcome this matter and bagi everything in order dan nampak kemas dan menarik.


Letak pokok2 skit bagi menarik.. Selain dapat menapis bau-bauan kurang enak.. Hahhahah


Guna rack mcm ni utk susun segala mak nenek shower gel bagai.... 


Bahagian tepi pintu... 
Letak cermin and sedikit hiasan.... 
Bagi nampak berseri2 skit toilet kita... 

Itu lah dia serba sikit cara aku tata hias / deco bilik air kecil dekat dalam master bedroom ni.... Sedikit deco ni bukan saja menyedapkan pemandangan mata kita... Tapi sedikit sebanyak dapat bagi ketenangan untuk kita.  ❤️❤️❤️

Korang deco bilik air korang mcm mana ya? 









 Alhamdulillah duit Maybank dah masuk balik dah.. Hari tu ada cerita duit aku kat dalam acc Maybank hilangkan... Boleh baca dekat sini...

Kali ni aku nak cerita macam mana step nak dapatkan duit balik kalau duit kita hilang dekat dalam acc... 1st of all... Call Maybank and mintak diorang block segala card or transaction from suspicious transactions. Report seelok-eloknya buat hari yang hamoa kena.. Supaya Maybank boleh block duit yang keluaq dari account kita tu still floating and tak masuk lagi dekat account scammer or etc... 

And then bukak report untuk Maybank buat kes. And dapatkan num report tu. Penting ya num report ni. And then pegawai tu akan mintak hampa download Dispute Form dari website depa.

Lepas tu hampa download and printkan.. Isi segala details pasal unauthorised transactions n isikan report number yang kita dapat masa kita buat report tu.

Lepas tu.. Hampa sign semua... Scan balik n attach la dekat email hampa and email Maybank untuk bukak kes...aku terus Cc kan dekat Bank Negara (BNM) for action. 

So dalam 2 3 hari nanti BNM akan reply email n Maybank pun reply email untuk bukak siasatan... 

Lepas tak sampai 2 minggu aku kol and follow up balik.. Jangan lupa bagi num report yang kita buat tu ya. 

Alhamdulillah... Less than a month aku dapat balik duit aku.... Apa yang penting bagi aku kalau duit hilang ni.. Kena cepat2 buat report apa yg patut.. And then isi dispute form utk deny transaction tu kita yang buat... Kalau xbuat tu.. Mcm hampa x deny la yang menda tu hampa buat.. Setakat report n ni action dari pihak kita.... Memang Maybank or bank2 buat dek ja lah... 

And lagi satu..ko serang ja semua fb page n ig bank2 yang hampa kena ni.. In Sha Allah.. Cepat la skit depa2 ni buat reja.. Jangan lupa Cc dekat BNM sekali apa2 pun.... 

Tu ja lah caranya aku rasa.... Ni apa yang aku buat la.... Yalah... Orang kata pulun gila nak dapatkan duit tu.. Ya lah.. Aku bukannya kaya... RM1776 tu maybe skit utk orang lain.. Tapi besaq nilainya untuk aku ni.... So mesti la aku fight habis-habisan kan.... 

Kepada yang mendoakan aku dapat balik duit aku... Aku ucapkan terima kasih ya. Besar maknanya doa2 hampa semua utk aku.... ❤️❤️❤️ Doa kan senjata kita org2 Islam 💋💋💋

Alhamdulillah... 



Nasib baik Maybank bagi balik duit aku.. Hahahaha

Harap2 dapat menjawab soalan2 orang tanya aku macam mana.. Aku dapat duit aku balik... 



 Sambungan dari post sebelum ni...

Lepas kami dah habis makan dekat Onn Kitchen di Jb... Kami gerak ke  Gelang Patah area Medini (area Legoland)... Kami stay di D'Pristine Medini Apartment.

Untuk proses pengambilan kunci... Kami terpaksa ambil kunci di pejabat pengurusan homestay unit tersebut yang terletak di bangunan lain... Awal lagi kami dah maklumkan.. Kami akan sampai lewat.. Si pihak pengurusan dah tinggalkan key kami dalam keybox yang hanya boleh diakses dengan passcode yang diberikan kepada kami.

So time tu pulak nearly tengah malam la jugak.. Menggagau2 jugak kami mencari D'Pristine Medini ni. Untuk ke unit2 yang kami sewa... Kami perlu naik and oarking di tingkat 5 seperti yang diberitahu oleh pihak pengurusan homesstay tu... Tapi Ya Allah.... Teruknya akses dari bawah nak bawak kereta naik parking dekat atas.... 

Bukannya teruk pasai apa...jalan naik ke atas tempat parking kereta tu terlalu sempit... Memang perlu berhati2 kalau nak naik parking di atas ni... Aku syak engineer yang buat jalan ke atas ni... Ukur guna kereta kancil ja... Seram kalau tengok dekat dinding tu... Berapa banyak la kereta tersagat dekat kiri kanan... Nasib baik la suami jenis cekap... But yet memang berhati2 la time nak naik ke atas tu... 

So berbalik kepada keadaan dalam rumah / homestay yang kami sewaa tu... Nasib everything is OK n perfecto. 


Bahagian ruang tamu.. Sofa + tv.. Actually sofa tu boleh buat sofa bed... Tapi sofa bed pendek ja lah.. Bertentang dengan ruang ni ada ruang makan... With meja + 4 chairs... Ok la.. Perfect for four of us... 


Ruang kitchen pun best ja ❤️
Dekat pintu kitchen tu.. Kat luaq tu ada washing machine... Ok la sempata kami mendobi baju2 masa kt sana hari tu. 


Toilet pun bersih dan selesa! 


Bilik tidur kami.. 


Ya kami bawak extra airbed untuk anak2 tdoq dekat bawah... Kesian la.. Takkan nak bagi tdoq atas lantai kan... Memang sekarang ke mana2 kami akan bawak airbed extra. Takkan nak bagi depa dua beradik tdoq dekat luaq dekat sofa bed tu..mau bising.. Dah la penakut paittttt... 

Overall.. Rumah ni selesa la untuk kami 4 beranak selama 3 hari 2 malam.. D'Pristine ni pun dekat ja dengan Legoland.. 630m ja dari pintu masuk Legoland.. N bertentangan ja dengan Medini Mall... Nak makan ka boleh pi makan dekat Medini mall ni.. Ada Chicken Rice Shop.. Secret Recipe.. Siam express dekat sini... Kalau jenis rajin nak masak.. Dekat dalam ni ada grocerries shop nama Ben's Indipendent Grocer. Ni ala2 grocerries shop mat salleh la... Aku suka jugak.. Teringat ala2 Coles and Woolworth pun ada... Seronok tengok section sayoq n beef dia semua tu.. Sebijik mcm kt oversea.. Hahahha... Padan la banyak expats macam mat2 salleh duk beli barang dekat sini.. 


So in love with the packaging.. Less plastic! 


Gosh... Bahagianya tengok.. Bestnya kalau ada dekat Penang satu🤣


Melepas rindu dekat kopi Straya.... 
Sedapnyaaa 

Ehhh da melalut2 review Ben's Indipendent Grocer plak... Hahahha

Untuk D'Pristine Medini apartment ni... Dia ada macam2 type of room.. Kami amik suite /1 bedroom ja.. Sesuai la utk kami 4 beranak... Ada yang 3 bedrooms tak silap... N penthouse... So ikut la kesesuaian berapa ahli keluarga kita kan... As for me.. Yg one bedroom is enough... 

Tempat ni still baru... Memang sunyi la skit kan... Lepas tu... Dia ada banyak tower tau.. Yang aku duduk tu Tower 1...towers yang lain tak siap lagi tau.. Kalau lalu nak keluar kereta dari situ macam lalu construction site la... Aku pun tak paham macam mana boleh lulus OC padahal baru satu tower siap... Walhal parking lot dia dekat tingkat 1 sampai 4 pun actually tak siap betul2 lagi.... Tower lain takyah cakap la... 

Lepas tu.. Kalau jenis kuat hati n kental ok la duduk dekat sini.. Bukan la ada cerita mistik ka apa ka... Cuma biasa la tempat baru... Sunyi... Kalau penakut tu memang cuak la jugak kan... Aku malam kedua tu.. Boleh pulak laki aku kluaq minum jumpa membe dia sat kat sana.. Kalau jenis penakut aku rasa mau la macam2 karang... 

Yang lain2 tu ok ja.. Cuma kalau hampa jenis bawak kereta loq laq n tak berapa confident ni... Elok la hampa park kereta dekat bawah ja... Jalan nak naik ke parking lot dia hanat gila weiiiii... Terlalu hanat bagi aku... Hahahhaha... 

Itu ja lah nak cerita.... 
70/30 nak rekemen or tak tu... 
Tempat memang dah best dekat dengan Legoland semua tu... Cuma tu laa flaws yang aku listkan dekat atas.... 

Harap2 in future ok la kan.... 

Adiossss















© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS