Tanda-tanda Ovulasi

by Alia Farhan, 10:26 AM

Sebagai seorang perempuan, kita semestinya ada fasa-fasa perubahan pada badan kita yang kita sedar terutama yang berkisarkan tentang kitar haid /menstrual kita.

Kadang-kadang perubahan hormon di dalam badan kaum wanita ni menyebabkan kaum wanita ni jadi cepat emosi cepat hangin satu badan... Cepat rasa nak penampaq orang dan sebagainya. 

To be honest, kadang-kadang bukan time period ja perempuan tu boleh moody.. Time ovulasi pun boleh mnyebabkan mood swing ok. 

So tak semestinya time moody tu times pms nk period or time period ja.. Boleh jadi banyak faktor-faktor lain lagi yang menyebabkan kaum wanita ni cepat emosi jadi tak menentu. 

Sebelum tu... Kena tau dulu kitar haid /menstrual seorang wanita.... And yes... Woman is complicated.. Kami sendiri pun kadang-kadang tak paham dengan badan kami sendiri. Hahahahha. 



Menstrual cycles. 

Tanda-tanda Ovulasi




1. Perubahan Lendir Serviks

Biasanya time ovulasi ni lendir dari serviks ni bersifat jernih seperti putih telur kerana time ni badan wanita tengah tinggi hormon estrogen. Keadaan lendir yang jernih dan lebih "watery" ni membantu sperma berenang ke sel ovum semasa telur dibebaskan dari ovari. 


Penting untuk mereka yang merancang untuk mengandung tau dan alert dengan cycle period masing-masing. Kadang-kadang ada orang period dia tak menantu... So you need to do your own judgment based on your servical mucus. Atau kalau nak senang, beli ovulation test kit. 


2. Deria bau sensitif. 

Time ovulation ni biasanya kaum hawa ni deria bau dia agak sensitif. Biasanya dia detect bau2 jantan la. Sebab tu tarikan nak mating orang kata. 



Time ni bau busuk pun cepat tangkap jugak. 😂😂😂
 

3. Sakit /Ngilu pada breast /payu dara. 

Ni memang tanda-tanda yang selalu terjadi la. Tiba-tiba ja rasa mengilu time-time tengah duk memasak la.. Tengah drive la. Dia punya ngilu and sakit tu kadang-kadang tak boleh bawak berbincang ya. 





4. Mittelschmerz atau sakit di bahagian bawah perut atau pinggul. 

Kadang-kadang out of nowhere mula2 sakit tek... Lepas tu diikuti dengan sakit pulak dibahagian bawah perut. Kompem2 lah ovulasi sedang berlaku. 

5. Terasa Sexy dan tertarik dengan pasangan. 

Biasa lah.. Time ovulasi ni... Adalah time dimana hormon estrogen memuncak. Time ni la nampak pasangan macam Chris Hemsworth... Kahkahhh... Tiberrr rasa semacam... Haaa... Time ni memang pantang dicuit la orang cakap ðŸĪŠðŸĪŠðŸĪŠ

6. Berasa mual-mual dan muntah. 

Ada sesetengah orang ada symptoms macam ni ya. Ada sesetengah tak rasa benda-benda ni. Macam aku kalau PMS tu ada potential jugak nak mual-mual dan muntah.. Mula la pikiaq eh mengandung ke...  ðŸ˜…😅😅


So dont get confused with our body.. But sometimes hell yeah we do.... 

Untuk yang plan nak mengandung, kena ambil tahu pasal waktu ovulasi ni. Penting untuk kita tau time subur kita ni ya. Bagi yang cuba mendapatkan zuriat dengan mengetahui tanda-tanda ovulasi ni... Aku doakan hampa dikurniakan zuriat yang sihat satu hari nanti. Aminnnnnn... 

All pictures credit to Google. 









 Rasa mcm lama gila tak update blog kan.. Lepas update yang kes maybank hari tu... Doa2 kan lah aku dapat balik ya duit aku tu.

Harap la dapat refund dalam masa yang terdekat ni. Duit tu la nak pakai beli brg2 harian. Huuu...

Kali ni nak cerita pasal resipi yang aku cilok sepanjang pemerhatian aku dari vlog-vlog vlogger korean dekat dalam youtube. Simple ja... Hampa pun boleh buat In Sha Allah.


Jom la kita tengok bahan-bahan yang digunakan and cara-caranya. 

Bahan-bahan :

Ayam bahagian dada yang dipotong
King oyster mushroom
4 ulas Bawang putih diketuk kasar
Setengah biji bawang holland
1 biji Cabai besar dipotong bulat2
3 biji cabai melaka dipotong bulat2
Garlic chilies flakes (aku pakai Signature brand... Pakai chilies flakes biasa pun boleh) 
Daun bawang dipotong panjang2
Sos tiram
Sedikit minyak bijan
Minyak untuk menumis
Garam
Maggi cukup rasa

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan sedikit bawang holland. Kacau-kacau sehingga naik bau dan masukkan chilies flakes. 
2. Kemudian masukkan ayam yang dipotong, masukkan sos tiram dan minyak bijan. 
3. Then masukkn cendawan, cabai besar, cabai melaka dan lain-lain lagi. 
4. Masak la sampai kesemua bahan dah masak, then perisakan dengan garam dan maggi cukup rasa. 
5. Dah siap semua boleh ceduk dan hidangkan lepas tu tabur la bijan. Baru korea mariiii... 


Simple ja.. Tapi sumpah sedap gila. Hahhahahha.... Lerve sangat masakan ni sebab sedap sangat-sangat. 

Ni dish pantas and tak tau nak masak apa boleh la try masak ni kan. 




 Assalamualaikum.....

Hari ni baru berkesemepatan nak update blog. Kali ni nak ceritakan pengalaman sendiri duit dalam account Maybank saya sendiri hilang! Tak pernah terpikiaq perkara macam ni boleh berlaku dekat diri sendiri. Selalu dengaq pengalaman orng ja. Kali ni jadi dekat diri sendiri.

Cerita dia Jumaat yang lepas, pada pukul 4.29 petang, aku dapat sms menyatakan Maybank crad aku telah digunakan untuk membuat pembelian bernila RM111 di UniPin SG. Time tu dah cuak ingat ada kesilapan, so terus log in dan tengok memang ada duit yang dipotong, walhal aku tak pernah buat pembelian dari situ. So aku terus nak pindahkan duit dari acc Myabnk ke account CIMB aku...malangnya sementara menunggu no TAC masuk..scammer/hackers ni dah berkali-kali buat transaksi dengan nilai yang sama. And menyebabkan transaksi aku nk pindahkan ke CIMB gagal sebab baki duit yang dah tally dengan jumlah aku nak pindahkan. Memang mngigil time tu. Sumpah aku rasa mcm dalam Money Heist bila part hackers duk buat reja godam acc orang tu. 



Tengok si celaka ni buat kerja! 
Ni bukan manusia ni.. Ni babi! 


Terus aku kol Maybank untuk BLOCK acc bla bla...By the time nk verified accc bla2 dalam masa 10 minutes...si celaka ni dah buat sebnyak 16 transaksi yang setiap nilai adalah RM111 dan total adalah RM1776. Persoalan aku sekarang ni, macam mana si celaka ni boleh gunakan kad aku tanpa ada MSOS code masuk ke dalam sms aku untuk verified  transaction seperti sebelum-sebelum ni? Ni soalan aku kepada Maybank? sedangkan aku nak pindahkan duit di Maybank2u pun kena tunggu no tac num punya lama. Sedangkan si celaka ni boleh guna kad aku tak sampai selang seminit tanpa gunakan MSOS code yang menjadi kewajipan untuk Maybank hantar ke pengguna sebelum membuat mana-mana transaksi menggunakan debit card untuk online transaction. Tu soalan yang paling utama pihak Maybank kena jawab!

Aku tak boleh brain macam mana dalam masa 10 minutes 16 transaksi haram ni dibuat dengan tanpa menggunakan mana-mana kod keselamatan yang perlu dihantar kepada pengguna account/ kad debit tu. Adakah sesenang tu, system keselamatan Maybank senang digodam? Atau adakah seseorang dalam Maybank yang menjadi dalang menjual maklumat / data pengguna kepada  pihak ketiga...atau ada orang "dalam" sendiri yang boleh buat and overide system without giving MSOS code and then boleh buat transaksi haram macam ni? Tolong lahhhhh....


Bila kena macam ni terus aku rasa teruk gila security system tang Maybank pakai. Baru berkira-kira nak bukak current account dekat maybank untuk company aku...Terus cancel la bila macam ni pergi dia. So bila jadi macam ni, soalan aku...duit2 aku akan dapat balik tak? Duit aku yang kena curi tu dilindungi PIDM tak seperti mana yang digebang-gebangkan. Aku taknak cakap banyak..aku nak duit aku ja balik..RM1776 tu bukan amount yang sikit untuk orang macam aku!!!! 


Banyak orang tanya aku..apa tindakan Maybank? Maybank suruh aku isi Dispute Form untuk menyatakan transaksi tu semua bukan aku buat. So lepas tu diorang akan bukak investigation. Dalam masa 45-60 days untuk tengok macam mana. Sekarang ni, aku dah bagitau dah celaka ni guna duit aku untuk beli apa ntah kat UniPin SG babi tu...orang kata UniPin SG ni gamers punya port! So sekarang ni aku harap Maybank dah boleh alert la kot apakes orang nak beli sampai 16x ..tak ka rasa suspicious oiiiiiii....


Sumpah bila jadi macam ni..it's a wake up call for me lah...langsung dah rasa tak percaya and selamat lagi rasa bila duit dekat bank tu...apa jadah duit /kad aku orang lain boleh senang-senang kebas. And ko cakap security system ko canggih..beli berjuta-juta system tu...ya Sumpah kalau kes aku ni tak setel, memang aku akan tutup terus account aku dekat Maybank. 


Aku harap korang-korang yang mana ada simpan duit dekat bank tu be alert sama...bukan nak takutkan ya...aku pun tak pernah terpikiaq menda ni akan jadi kat aku. tapi jadi jugak!!!! it safe to keep some of your cash with you...in case macam aku ni...ni duit belanja harian aku.....memang aku simpan dalam bank sebab aku suka cashless...tapi bila jadi macam ni..ntah la rasa dah tak relevan dah nak cashless bagai sangat..last2 memang cashless habis sampai duit aku pun lesap!


SATU JA AKU NAK CAKAP...AKU HARAP PIHAK MAYBANK BERTANGGUNGJAWAB ATAS MASALAH AKU NI!!!!!! MACAM MANA HAMPA BOLEH MEMBENARKAN TRANSAKSI ONLINE MENGGUNAKAN DEBIT KAD AKU TANPA MSOS CODE DIHANTAR KE NUM TELEFON AKU UNTUK VERIFICATIONS!!!! DAN SEBANYAK 16 TRANSAKSI DIBUAT DALAM MASA HANYA 10 MINIT!!!! YOU BETTER HAVE THE CONCRETE REASON HOW IT HAPPENED!!!

*****aku akan update this matter from time to time...and aku harap sangat duit aku dapat balik!!! and Maybank pun dapat memberikan kerjasama...sebab aku memang to be honest suka guna Maybank sebab user friendly. Tapi tu la bila jadi macam ni sumpah aku paranoid. 

Antara kegemaran aku adalah makanan Chinese. Aku memang suka sangat sebab Chinese food ni selalunya flavourful sangat. Antara masakan Chinese yang aku suka Sichuan. Kalau dulu suka sangat tengok Iron Chef yang Chinese tu.. Dia suka masak Sichuan dishes yabg menarik sangat. Antaranya yang aku ingat Mopu Tofu. 

Lepas tu.. Masa kerja dekat kilang. Cafe dekat kilang pulak selalu ada Chinese Foor section..so antara Chinese Food yang ada adalah Mopu Tofu ni. Memang selalu la aku amik ni for lunch. 



Silky soft n flavorful ❤️❤️❤️


Bahan-bahan:

Daging cincang
Bawang putih yang dicincang
Bawang besar dipotong dadu
Halia sebesar ibu jari ditumbuk
Chilies flakes
Japanese soft tofu 
Minyak untuk menumis
Garam
Meggi cukup rasa
Daun bawang untuk garnishing
Fried minced garlic *xnak letak pun xpa.


Kena guna Japanese soft tofu baru sedap. 


Ni pulak crushed chilies or chilies flakes yg aku guna. Memang best guna ni... Biasa kalau aku masuk siam aku angkut ni banyak2.. But memandangkan borders are still closing... Beli la dekat Tesco ya. 

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumus bawang putih, bawang besar dan halia
2. Dah wangi bau garlic n onion tu masukkan daging cincang dan chilies flakes...
3. Goreng hingga air daging dah kering.. Then masukkan japanese soft tofu. 
4. Then masak jap Japanese soft tofu tu agak2 dah masak bolehlah perasakan dengan garam dan serbuk perasa. 
5. Da siap boleh la angkat dan garnishing dengan daun bawang n garlic goreng tu. Tak nak letak garlic.. Boleh ja letak bawang goreng....


My favourite... Tak sia2 duk tengok Iron Chef dulu2... 


Makan nasi dengam dia saja dah cukup dah... Memang sedap gila.. Ecah suka sangat lauk Mopu Tofu ni. Menambah2 nasi dia. Oh ya.. Buat ni kalau boleh jangan guna tauhu /tokua biasa tu.. Sebab rasa dia tak sama... Kena guna Japanese Soft Tofu gak... 

Apa pun.. Selamat mencuba... 







 


Fobia kalau tengok ni kannnn... 

Aku yakin ramai gila kaum perempuan dekat sini yang annoying gila dengan bekas minyak yang melekat dekat bekas tupperware /tipuware tu kan....

Jangan la pulak ada yang terus lempaq ja bekas tipuware tu dalam tong sampah... Kesian dekat alam sekitar kita ni.. Kalau asyik hampa dump ja bekas2 plastik tu.... Kan dah cakap plastik tu amik masa 500 years untuk degrade.. Hampa da mereput dekat dalam sana pun dia tak reput2 lagi cik oiiiii

What you need to do just masukkan your liquid dishwasher  dengan sesudu garan kecil... 



And then masukkan air and rendam skit bekas dengan air. 


Then amik sponge gosok2 skit.... Then done.... Sekaliiiiiiiiii basuh and bilasss ja dah clean and clear........ 


Sumpah hassle free... Xpayah nak struggle rinse dengan ayaq panas la apa bagai macam selalu2 duk buat. Ni sekali gosok manja2 pun dah keluaq.. Actually masa rendam tu pun boleh nampak minyak-minyak tu dah tanggal. Bila gosok dengan sponge /net tu pun takdak la melekat bagai dekat sponge/net. Oh aku prefer pkai cleaning net tu sebab lagi senang... 

So lepas ni jangan buang dah ok segala2 tipuware ni... Kalau nak dispose jugak.. Make sure cuci elok2... Then Letak dekat tong plastik yang recycle tu.. Jangan discard dekat waste yang biasa tu ok... It's our responsible to take care our earth. 




I hope this tip will help for those havin trouble with this 😉

Random stuff

by Alia Farhan, 5:28 AM

 

I've been out of ideas... What to rant here... Whenever i'm trying to come out with new content/post here.... I keep on asking.... Is blogging still relevant to this moving foward social media. Do people stil read blogs?

N if people does read blogs.. N Why d hell PR stil dont want to pay bloggers a good deal n rather paying high to bbnu in IG.. bla bla bla?

I'm not goin to rant about PR in this post...i'd done that in my ig /fb before how some PR had been taking advantage of bloggers for their free marketing n think that we bloggers are free loaders n hope for free stuffs n free meals... Hell no! Dont make me start.... 🙄🙄🙄

It's so kayyyyy... I'm not goin to rant it here... I'm not sure what's my readers like me to write about? Travel story? It sucks... We are stuck at home due to this Covid....i dont think people would love to read that in this situation. Erghhhh.. Buat sakit hati ja kan orang yang menulis ni nak mngingat moment2 best berjalan-jalan ke sana ke sini... 

I don't know... My contents are kinda mess up... I guess that's what lifestyle blogger do right? We share any thing that we love to our readers.... U nak recipe.. I share u here... Normally... Whenever I up my cooking dejat fb... People will normally ask for the recipe... So cepat2 i kena update blog with that recipe and shared with them... So from there i can gain traffic. Acah2 sangat kan.... 

And yes.....i have up and down during blogging... Who doesn't right? But i hope it wont stop me in future.... 

And i hope everybody will be OK during this pandemic... I know it is hard for some us who dealing with job crisis... Business struggles... Health issues n etc... But I hope after the rain.. There will be  rainbow for us. I'm missin my mom so bad... Erghhhh.... Everybody is struggling with their emotions. Keep on fighting! 




Take care ❤️









© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS