Nk update laju2 sebab takut nanti lupa nak update blog... Hahahhaha.. Macam apa ja.. Seminggu ni bz n kelaut sangat nk blogging.. Ampun dan maaf ya blogku....



Ni lah dia daging cincang pedas bersama terung... Nama melayu dia... 

Sedap dan simple sangat nak buat dia... 
Dekat rumah ni sentiasa ada stock daging cincang tesco tu... Senang nak masak anything yang simple... Boleh guna tu ja.. 

Jom lah tengok bahan-bahan dia ya... 

Bahan-bahan:

Daging cincang
Bawang putih yang dicincang
Bawang besar dipotong dadu
Chilies flakes
Terung dipotong bulat dan dipotong lagi half macam dalam gambar 
Minyak untuk menumis
Garam
Meggi cukup rasa
Daun bawang untuk garnishing
Fried minced garlic *xnak letak pun xpa. 


Aku pkai chilies flakes ni.. Ada udang kering siap.. Nak guna chilies flakes biasa pun boleh ja... Yang ni boleh beli dekat tesco ya. 



Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumus bawang putih dan bawang besar. 
2. Dah wangi bau garlic n onion tu masukkan daging cincang dan chilies flakes... 
3. Goreng hingga air daging dah kering.. Then masukkan terung. 
4. Boleh perasakan dengan garam dan serbuk perasa. 
5. Da siap boleh la angkat dan garnishing dengan daun bawang n garlic goreng tu. Tak nak letak garlic.. Boleh ja letak bawang goreng.... 

Dah siap.... Anak aku Adriana suka sangat masakan macam ni... Dia makan lauk ni ja dengan nasi. Lauk lain dah tak pandang dah.... 

Selamat mencuba semua. 


Tadaaaa... 


Makan dengan sup ayam... 
Sedap! 






Khasiat Bunga Telang

by Alia Farhan, 9:57 PM

Tahukah anda.. Bunga telang atau nama saintifiknya Clitoria ternatea diambil sempena bentuknya yang seakan-akan woman's genital (clitoris). 🤣 🤣 🤣 


Ramai tanya aku.. Boleh makan ka bunga dia.. Rasa apa? 

Sebenarnya. Nak kata ada rasa tu xda pun..tpi best sebab crunchy n khasiat dia tu.... Jom lah baca khasiat-khasiat bunga telang ni.... Kaum wanita sangat2 digalakkan consume bunga telang ni. 


Manfaat Bunga Telang (Clitoria ternatea) @ Bunga Nasi Kerabu


Khasiat perubatan


Bunga kacang telang mempunyai bentuk organ luaran seksual wanita, maka nama latin dari genus ‘Clitoria’ , diambil dari perkataan ‘clitoris’ . Dalam beberapa bahasa (Tamil, Malayalam) bunga kacang telang dinamakan ‘kerang’ yang juga mempunyai bentuk organ seksual wanita. Oleh kerana mempunyai kesamaan bahagian tubuh manusia, tanaman ini dikatakan mempunyai pengaruhi kepada sistem pembiakan manusia. Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit seksual, seperti ketidaksuburan, gonore, mengendalikan kitaran menstruasi (haid), dan juga sebagai afrodisiak. Amalan ini dicatatkan dalam sebuah kepercayaan kuno dicatat dalam Doktrin Signatures.


Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.


Manfaat lain Bunga Telang.


1.Menyuburkan rambut

Kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.


2. Mengurangkan sakit kepala

Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh pesakit.


3. Merawat ulser mulut.

Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut. 


4. Insomnia

Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia. 


5.Mengubati bisul

Daun pokok ini yang dihancurkan dan ditampal pada bisul atau jerawat dapat merawat masalah tersebut. 


6.Melawaskan kencing

Akar digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap. Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap. 


7.Membersihkan mata

Bunga dan daun kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah. 


Buat ulam ajorrr. 


8.Perbaiki haid wanita

Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid. 


9.Merangsang memori dan kebijaksanaan

Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.


10.Pewarna makanan dan fabrik

Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila. Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut (bertindak sebagai nila)


11. Sebagai detox

Teh herba bunga telang dapat hilang kan racing dalam sistem PENCERNAAN.  Amik 2 3 kuntum bunga rendam air panas dan minum boleh ltk madu atau tambah limau nipis buat air biru bertukar menjadi purple!



Ni sebab pakai brown sugar... Perah lemon skit jadi warna pink blush. Lawo kannn


12. Mengubati batuk

Akar bunga telang dpt ubati batuk dan asma


13. Ubati bronchitis

Rebus 30-60grm Akar telang dengan 4gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1gelas 2kali waktu pagi dan malam. 


14. Mencuci darah

Darah kotor penyebab jerawat dan bisul. Minum air rebusan Akar telang dipercayai mampu cuci darah


15. Ubati sakit telinga

Ambil daun telang ramas dalam air campur garam sapu pd telinga yang sakit.


Boleh juga dimakan bunga telang. Campur kan dalam telur dan masak seperti telur dadar atau celup tepung pun sedap!


Kredit : knor khalid


**************************




Banyakkan khasiat bunga telang ni. Nak tanam pun tak susah.. Penjagaan pun senang ja... Rugi kalau tak tanam dekat rumah hampa... Aku tanam dekat balcony pun subur elok ja... Lagi petik bunga dia.. Lagi banyak keluar bunga baru...



Cantikkan lapis2 dia tu... In love sangat tengok ❤️❤️❤️

So lepas ni boleh la pakat2 tanam dekat rumah.. Boleh buat air bunga telang utk anak2.. Bagus untuk otak. Buat ulam pun best ❤️❤️❤️




 Hari tu ada cerita kan pasal Lush Fresh Handmade Cosmetics baru bukak dekat Gurney Paragon. So hari ni nak cerita skit apa yang aku beli hari tu... Aku ada beli shampoo and conditioner bar untuk aku.

To be honest... Aku shampoo rambut almost everyday or every another day depending how my hair condition that day. I have no clue how on earth people boleh mandi tak basah rambut everyday or only shampoo their hair once or twice per week 🤷‍♀️🤷‍♀️🤷‍♀️

Macam muka kita.. Rambut kita pun perlukan penjagaan yang sempurna. Means... Kita kena selali cuci n bersihkan kulit kepala kita. Masalah utama kita rambut gugur semua tu bermula dari scalp kita. Kalau scalp kita oily or kering... Mula la macam2 masalah timbul.

Macam aku.. Masalah utama aku lepas pi scan and buat treatment dekat hair salon n spa... Memang scalp aku oily... So suggestion dari pakar.. Aku kena shampoo rambut everyday or every another day.. Kalau tak nanti kulit kepala aku nanti akan gatal2 sebab minyak tu dah cover kulit kepala aku and nanti mula la rambut aku start gugur.

And yes... Can you imagine... How much shampoo n conditioner i need per month? 😅

So masa pi dekat Lush Fresh Handmade Cosmetics minggu lepas.. Aku ada tanya... Berapa lama aku boleh guna per bar ni... And ikut kata salesgirl tu... 1 bar is equal or up to 80 washes... While the conditioner bar pulak more than that.  So after buat calculation.. Ada la dekat 5 to 6 months boleh bertahan.. So why not give it a try..Sebab banyak review pun macam best and bagus ja.. 


My first ever shampoo n conditioner bars from Lush Fresh Handmade Cosmetics. Sebelum2 ni banyak beli soap bar dia tu ja. 


Shampoo bar ingredients. 
Aku amik shampoo bar yang ni sebab salesgirl tu cakap boleh bagi volume dekat rambut kita. I liokkkeee


Conditioner bar ingredients. 

So based on experience tu... So far pakai seminggu ni da 4x kot... Memang best la..kita lather skit dekat rambut dah banyak gila buih keluar and cuci2 sampai scalp and rambut semua. Memang rasa la scalp tu bersih lepas cuci dengan dia walaupun kita macam guna skit ja. 

Lepas da habis bilas dengan air tu... Guna pulak conditioner bar dekat hujung2 untuk lembutkan rambut.. And pastu biar jap dalam 3 minit macam tu sambil-sambil cuci2 muka or gosok gigi.. Lepas tu bilas... 

Lepas rambut da kering semua tu... Memang rasa la rambut lebih bervolume... Yes aku jenis rambut tebal.. Tapi tu la sebab rambut aku jenis straight... Aku suka rambut nampak ber volume macam ala2 Anzalna tu... 


Credit to Google. 

Memang lepas shampoo n pakai conditioner tu boleh rasa la no more boring straight n flat hair gituhhhh... Ikat rambut pun boleh rasa rambut tu tebai... 




And rambut luruh tu biasa la.. Mesti ada.. Tapi xla sebanyak dulu2 masa tak scan scalp and tau apa masalah scalp aku ni... So..korang yang ada masalah rambut tu.. Cuba2 la pi scan scalp or try la cuci & shampoo rambut everyday. Kalau kulit muka kita pun kita cuci and wash dengan cleanser sehari 2 x... Takkan kulit kepala n rambut kita yang tertutup especially those yg hijabis ni lagi la terpekup ja rambut tu... Nanti xdan tua rambut dah luruh habis... 

Ingat rambut tu 👑 wanita... Even kita bertudung pun.. Kat rumah.. Rambut kita tu untuk laki kita tengok... Takkan la nak biaq rambut kita kat rumah macam hantu kak limah kan... 


Credit to Google. 

Kak limah kem salam dekat sapa2 yang tak suka shampoo rambut and take rambut for granted.. Dia kata Hello Geng... 

So kesimpulan dia.... Memang aku suka sangat shampoo and conditioner bars from Lush Fresh Handmade Cosmetics ni.. Pada aku memang berbaloi la beli. Sebab shampoo biasa tu sat ja hbis kalau dengan aku.. Hahahhah. 











Me Familia

in , , by Alia Farhan, 10:30 AM

 Tak tau la apa masalah aku lately ni.. Asyik susah ja nak lelap malam2.. Padahal badan dan penat gila ni.. Tapi i just can shut off for a while. Penat lah macam ni😔😔😔

Since i can't sleep... I need to do something useful... Yeah i know its not good to spend my late nite using phone to update the blog... But here i am... Erghhhh

So here we goes.... I just want to upload some of me familia members photos here. My blog literally part of my life... N i would love to keep some wonderful moments here. At least when my girls grown up in future.. They will look at my blog and know how much their mama n papa love them. 


My two mini-on me


Kakak, showing off her playdoh auntie anne


While Aishah on the other hand making some Famos Amos i guess 😂😂😂


Miss having nasi daun pisang with them. Cepatlah hbis PKPB ni


Hate - love relationship with this guy ❤️


Kakak with her braided hair. 


Ecah with her telakung. She looks like a Pakistani 😂😂😂


Kakak asked me to curl her hair... 


Sory hubsie... Nampak tangan ja.. 


The girls collapsed... Mama n papa boleh borak2 without distractions. 🤣🤣🤣

That's all for today.. N now lapaq nak mampus... How on earth aku nak tdoq ni.... 

Psss... Can u guy share apa nak buat eh... Untuk bagi cepat lelap... Penat lah macam ni... Kadang2 tak boleh nak lena... But my body is damn tired... I need my sleep! 


 


Ni masakan dinner semalam.... 
Buat pumpkin soup + garlic bread + squid ink pasta ja. 

Kali ni nak share cerita pasal pumpkin soup. Yang stail orang putih buat tu..... 
First time makan pumpkin soup ni dekat Mizi Bistro.. Sedap sangt pumpkin soup dia. So kali ni kita buat sendiri ja lah kan. Bahan-bahan pun simple and mudah-mudah ja. 

Jom la kita tengok bahan-bahan and caranya ya. 

Bahan-bahan

Sedikit minyak untuk menumis
9 ulas garlic 
2 biji bawang besar
Setengah biji labu (size sederhana kecil) 
Kiub ayam
Santan /cream
Garam
Gula 
Black pepper

Cara-caranya...

1. Panaskan sedikit minyak dah tumis bawang putih dan bawang besar yang telah dipotong tadi. 
2. Biar sampai naik bau barulah masukkan labu dan masukkan air sama paras dengan labu dan masukkan Kiub ayam. 
3. Biarkan sehingga mendidih dan tutup api. 
4. Boleh guna hand mixer untuk blend bahan-bahan dalam periuk tadi atau pindahkan ke dalam blender dan blend. 
5. Lepas tu boleh panaskan balik dengan api dan perasakan dengan garam dan black pepper.
6. Last step boleh masukkan santan /cream. Aku xdak cream so aku guna ja santan... Santan is nice also what.... 
7. Dah pekat elok macam yang kita nakkan.. Boleh la tutup api.... 

It's done.... 


Acah2 sangat last finishing dengan letak santan skit dekat atas dia😂😂😂
Masak dalam cast iron pot senang... Dari atas stove sampai ke hidang pkai pot yang sama ja... 


Cicah dengan garlic bread memang sedap oiiiii.... Xdak garlic bread... Guna roti gardenia pun da sedap namatiiii... Ok la.. Puji diri sendiri... 

Korang tak percaya try la buat... Next time aku nak buat dengan butternut squash plak.. Mesti lagi sedap.. Nyumss nyummms








Addiction.... Beli emas

in , by Alia Farhan, 7:13 PM

 Ada orang suka beli handbag... Beli kereta mewah.. Tukaq2...Ada orang suka beli high end make up... Ada yang suka deco n ubah deco rumah setahun 5x...and ada macam2 lagi perangai...lain manusia. Lain kesukaan dia...

I used to like beli hi end make up dekat sephora.. Ya lah.... High end la untuk aku kalau beli dekat Sephora kan.. Tapi xla level2 Yves St Lauren ka Gucci ka CD punya make up la.. Setakat Fenty Beauty.. Nars.. Ja lah level2 aku beli dulu.... 

As time pass by.... Here I am...i'm no longer obsessed with make up anymore.... Hang duk kat rumah ja... Beli sebotoi foundation Fenty Beauty tu tak mengkala nak habis....

Dah bila tak gila dengan make up... Dah pulak gila dengan beli emas.... Ehhh ni dah lama gila.. Hari tu Pandora.. Dah habis kumpul sampai 2 bracelets aku stop... Shopping Pandora dekat Oz best la sebab murah.. Balik2 Msia da xminat dah nak beli kt Pandora Malaysia ni.

So kampoi la duk kumpul untuk bangle Gdora pulak. Sampai la dah penuh.. And then stop..until baru2 ni aku pi trade in yg bangle tu utk buat bracelets Gdora untuk diri aku....

So bila guna bracelet ni rupanya banyak lagi ruang kosong... So apa lagi🤣🤣🤣 kena la tambah lagi  ruang kosong yang ada. Hahahhaha. 



Ada hari suka pakai 1 bead..ada hari suka pakai semua... Ada hari 2 3 beads da cukup...  Seronok pkai Gdora ni sebab boleh pakai ikut mood kita. 


Ni pun sama la... Simple2 ja lah... 
Mmg sejenis mcm ni... 

Bukan tak suka yang tebal-tebak tu... Ok ja... Ada jugak macam tu.. Tapi kalau yang tu mostly my husband la bagi. Aku suka ja. pakai la rotate2 kan. Anggap la yang husband beli ka apa  sebagai pelaburan di masa hadapan. 😝😝😝😝😝


Comel dooh... 


Still need to find fund to complete this bracelet. Slowly but surely.... 

Bagi yang nak start beli bracelet Gdora untuk kumpul buat aset... Start skit2... Jangan terus nak beli penuhkan terus. Emas ni kita anggap pelaburan untuk masa depan. Nabi pun dah kata hujung2 zaman ni... Perak dan emas akan jadi matawang kita balik. Tengok sekarang ni sudah la.. Satgi2 online banking crash la apa la.. Seram jugak. Tak dapat bayang tiba2 bangun2 pagi esok.. Duit dalam bank dah yilek sebab bank da crash... 
Shhhhhh betul kan kalau jadi.... 

Nak beli emas.. Tak payah extreme terus nak beli yg tebal-tebal and berat2 tu. Beli kecil-kecil pun xpa macam cincin yang ringan-ringan tu... Ni kalau nak buat simpanan la kan... Lainlah kalau memang kaya gila.. The sokayyy la nk beli tebal 20-50g terus sekali beli. 

Jom la celik emas bersama-sama. 













© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS