Baru2 ni masa pi ke Tesco untuk beli barang2 rumah... Salah satu bahagian wajib pi adalah dekat bahagian frozen food dia. Benda yabg dicari tak lain xbukan nugget tempura Tesco yang sedap tu. Tapi frust sebab dah habis.. Huwaaaa...

So kita jengok la skit kat bahagian pizza tu. Hari tu tengok fb ada org share kata not bad... So moh ler kita tengok not bad ka idak pizza tesco ni haaa... 

Harga dia RM9.99..Tapi sebab ada discount jadi la RM8.99 saja. So kita beli la dua. Nak beli lebih2 kang penuh petu sejuk rumah aku ni. So ajommmm lahhh kita pilih2 skit.. Ada 4 jenis tak silap. Tak ingat la apa... Aku beli yang pepperoni dengan chicken mushroom. 

Untuk ni aku share experience aku.... Jom lah tengok aku punya ni... 


Pepperoni 


Ok la.. Ok laa... 


Cheese dia sendu skit. Padan la dengan harga kan... 


Aku topup cheese dengan basils leave.... Bakaq guna tefal pan ja.


Dah xdak rupa pepperoni pizza dah.. Hahahhahah.... 


Rasa dia ok la.. Not that bad. Padan la dengan harga dia... Nak sedap gila pi beli Dominos la kann.... Hahhahaha... Oh sebelum bakaq tu aku buh skit sos cili..tekak melayu kan.. Nak pedas skit... 

Overall.... 

Ok la not bad... Boleh improvise ikut tekak n citarasa kita kan... Kalau nak beli kt pizza hut ka dominos ka da berapa kan.... 
Kalau nak buat sendiri from scratch bercinta la jugak kan.. Memang x koser la nak buat pizza crust/base bagai ni.. Lain la kalau guna wraps ka roti ja ka buat pizza budus2 tu... Hahhahaha

Ok lah.. Nak tdoq ni... Gud nite


















Ada sapa2 kat sini pernah makan Loh She Fun? Atau laksa pendek goreng ni? Kalau dalam bahasa Cina depa panggil ni mee ekor tikus. 

If you wonder how does it taste like? Rasa dia macam kueytiaw jugak sebab buat dengan tepung beras sama macam kueytiaw jugak. 


Pic credit to Google. 

Haaa ni la rupa dia sebelum masak ya. 

Nak buat dia pun senang ja.. Xla susah mana pun... Buat sendiri makan puas skit kan.... Actually macam tak pernah jumpa Melayu jual loh shee fun ni... So nak taknak kena buat sendiri la kan. Nasibla ada halal laksa pendek ni orang jual dekat Tesco haa. 

Ok lah... Jom nak share skit macam mana nak buat and bahan-bahan dia. 

Bahan-bahan:

Laksa pendek 
Sedikit minyak untuk menumis
2 biji Telur 
*2 sudu besar cili paste
*1 sudu besar garlic paste
*1 sudu besar onion paste
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap pekat 
Sedikit kicap manis
Sedikit minyak bijan
Serbuk cukup rasa 
Udang
Taugeh
Kucai /daun bawang

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dan tumis  bahan-bahan bertanda * sehingga naik bau. 
2. Sambil-sambil kacau tu tambahkan sedikit air dan masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan minyak bijan. 
3. Bila nampak dah ni boleh pecahkan telur dan kacau2 bagi nampak lawa. 
4. Lepas tu boleh masukkan laksa pendek dan sebatikan dengan kuah yang dibuat tadi. Kalau nampak tak bersalut lagi, boleh tambahkan air dan kicap pekat. 
4. Bila kuah tu dah salut semua bahagian, boleh la letak sedikit serbuk cukup rasa. 
5. Then boleh la letak udang, taugeh dan kucai. Kacau2 bagi rata terus tutup api. Jangan terlalu lama sangat goreng.. Sebaiknya lepas dah masuk udang.. Taugeh dan kucai tu dalam 2 dah boleh tutup api. Baru la udang tu xkecut sangat.. Taugeh still crunchy gituhhhhh.... Baru la sedappp kannn... 


Haa tengok tu.. Taugeh pun nampak crunchy ja.. Aku memang suka letak taugeh banyak2.. Kalau yang tak suka taugeh tu xpayah letak. 


Ehhhh terliur sudahhh tengok loh shee fun ni.... Resipi yang sama aku guna kalau buat char kueytiaw version chinese yg kering tu... Sedap... Korang cuba lah ya. 😊😊😊




 Hari Jumaat lepas... Malam tu tibehhhhh lapaq nak makan nasi dalca pulak. Tapi time tu dah lewat pulak... Nak harapkan Nasi Dalca Rahim memang jawab dia kuah pun dah takdak cerita dia.

So laki aku cakap.. Jom try dekat Kassim Mustafa.. Depa kata dah surr balik... Aku pun lupa when was the last time i ate there. Hahhahaha. 

And here we go again.... Yang penting tak payah la nak que punya panjang macam orang gila ya. Tengok lauk2 dia surrrr karewaleee.... Hahhahaha


Ok dalam ni.. Lauk dalca dia sampai lambat skit. To be honest... Dalca dia ok ka tak ceroi sangat macam ada sesetengah kedai tu buat kan. 

Untuk malam tu.. Laki aku amik ayam kari bahagian dada... Kurma kambing dua ketul.. Ayam goreng seketul... Dalca.. Sayur kubis.. Dengan sambal nyok.... To be honest... Aku rasa after penambahbaikkan rasa dia setelah mengalami zaman kejatuhan... Bagi aku rasa dia da improved a lot....maybe sebab aku prefer kari dia yang lebih pekat n pedas2 skit... And sambai nyoq yang lebih pedas... I dunno... Tapi tu tekak aku la kan... 

Untuk orang-orang luaq yang tertanya2 nasi dalca tu apa... Sama dak dengan nasi kandaq ka dak ka... Dia tak sama dengan nasi kandaq.. Sebab nasi kandaq tu nasi biasa... Yang ni nasi minyak... Lauk tu lebih kurang sama ja lah.. Kena makan dengan dalca baru la jadi nasi dalca kan.... 

Apa pun... Aku rasa Nasi Dalca dekat Kassim Mustafa dah kembali surrrr...... 

Kalau hampa nak pi try boleh la ke 

Kassim Mustafa Nasi Dalca, 

Chulia Street, 

10200 Georgetown, 


Penang


Kat Penang ni bukan sekadaq nasi kandaq ja tau yang best... Nasi Dalca pun wajib orang luaq cuba.... So lepas PKPB  ni kalau sapa2 nak mai Penang menghilangkan duka lara xleh pi mana2 time PKPB ni boleh la mai makan tang sini. Kita support our local food okeh... 






 Assalamualaikum....


Have you heard about Lush Handmade Cosmetics? I used to obsessed with their products. Back then, all need to preorder from PS from overseas. And my first time to Perth, went to Hay St to Lush.. Just for sake to buy their Honey I Wash The Kids soap, which is their bestseller.

Well i'm homemade soap maker...so haruslah i'll go gugu haha... To see their products. 😂😂😂

So last Saturday, went to Gurney Paragon just to bring my kid to have their chocolate fix at Salon Du 🍫 and otw to the cafe... I stumble with this new shop.... Wahhhhh.... LUSH IN PENANG NOW! wehuuuu.. Harus masuk lah kan...


Credit from Google. 

Here's the photos from Lush Handmade Cosmetics, Gurney Paragon Penang. 







Lip care products







Body care... Body butter.. Bla bla


My kids geram with their bath bombs... 


The mermaid bath bombs! 


Bombb again! 

Lupa nak tangkap gambaq yang section soaps dia.. Best dekat sini dia da potong siap kat kita dalam 100g mcm tu... Kalau masa kt Perth dulu nak baru depa potong and timbang berapa harga dia. Macam ni paling rendah 100g/RM45..Rasa macam lebih kurang harga beli dekat Aus jugak la. 


Their hair care products! 



What i bought for myself. 


Taraaa.. Their hair care products... 
Shampoo bar n conditioner bar! 

Nanti kita review naa best ke idok shampoo bar dengan conditioner bar dia tu.... 

Ok la.. Sesiapa yang nak beli Lush products.. Kalau hampa kat Penang boleh la pi ke Gurney Paragon ya. 




 Sedih lagi sekali kena hadap PKPB ni.. Haihhh laaa... Tapi tu la.. Tiap2 kali announced.. Kompius boleh buat apa.. N tak boleh buat apa kan time PKPB ni... Baru tarik nafas lega bila kat rumah hari tu xkena PKPB masa announced dekat Mukim 12 tu.. Sekali semalam kena SEMUA NEGERI KECUALI KELANTAN, PERLIS DAN PAHANG JA. 


Jom la kita tengok apa yang BOLEH /TAK BOLEH BUAT masa PKPB ni... 





Aduhaiiii.. Bertabahlah hati... Banyak benda plan tahun ni.. Tapi banyak jugak tak boleh buat... Baru2 ni spend duit untuk camping.. Sebab nk bg anak2 biasa dengan nature.. Sekali... Haihhhh.. Bertabah lah hati... 

Aku bukan boleh benda2 macam ni.. Nanti mulah trigger anxiety aku... Walaupun xla teruk.. Tapi tu la sedikit sebanyak tu memperngaruhi emosi aku jugak la.. 

Semoga cepat2 la semua ni berakhir... Penat otak. Penat emosi.. Penat kesemua rasanya😔😔😔




Sebut ja dekorasi rumah mesti ramai yang terbayang-bayang gedung perabot dan kelengkapan rumah Ikea kan? Yalah.. Boleh kata sumber rujukan juga kalau ke Ikea showroom tu. Macam-macam dekorasi menarik yang Ikea tawarkan sesuai dengan konsep dekorasi yang bersesuaian dengan citarasa kita.

Sebenarnya ada macam-macam jenis /konsep dekor dekat dunia ni. Kalau nak cerita satu entry ja tak cukup ni.. Kena la buat part by part ok. Untuk kali ni meh nak cerita dulu konsep-konsep berikut:


Scandinavian / Nordic

Agak terkenal di Malaysia ni sebab pernah boom dekat showroom Ikea... And semua rumah yang buat konsep Scandinavian /Nordic ni rumah dah sama copy macam Ikea.

Banyak bermain dengan warna putih dan hitam atau monochrome.. Kalau ada warna pun.. Ada la tambahan satu warna kecil saja.











Farmhouse Decor 

Berkonsepkan /bertemakan rumah ladang di desa-desa negara barat. Konsep Farmhouse antara konsep yang makin menarik minat peminat decor di Malaysia. Biasanya banyak peminat Scandinavian/ Nordic sekarang berubah arah ke decor Farmhouse. Antara element yang fames dan wajib ada untuk peminat decor Farmhouse ni adalah wainscoating dan terbaru plank. 






Bohemian Decor

Biasanya bohemian decor ni tak begitu digemari oleh orang Malaysia melalui pemerhatian aku. Mungkin disebabkan decor bohemian yang banyak bermain dengan warna mengakibatkan geng2 monochrome sakit mata dan menggambarkan decor bohemian ni adalah decor yang serabut dan sarat.. Sebenarnya ini lah kelainan decor bohemian sebab "u can't find the same piece of decor at other person home like u do.. Even u have the same boho taste"... Ahhh gituhhh... 

And bohemian decor ni pun ada macam-macam sub bawah dia.. Ada Boho-Nordic, Boho Chic decor, electic Boho, Mexican Bohemian, Morrocan Bohemian, Oriental Boho n etc. Basically, bohemian decor has no limits. 


Eclectic! 













Mid Century Decor

Mid century decor ni adalah konsep decor berinspirasikan decor pada 1940 an.. Tapi masih mempunyai peminat sehingga kini. Mid century ni pun banyak main element kaler and kayu tetapi mempunyai perhiasan yang minimum. Mid century decor is timeless and classy. 





I love this kitchen scheme! 
The wood is so me!!!!! 

(all of photos above credit to Google) 

And mai nak tunjuk my home decor pulak... 










So can you guess what is my decor style? 
I must say i'm into eclectic boho n mid century decor. 


So, what is your home decor style/concept? Hampa suka konsep decor macam mana ya? 




















© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS