Assalamualaikum 

Tak lama ja lagi dah nak raya haji. Tiba-tiba jadi sedih bila tengok kes Covid 19 dekat Malaysia ni meningkat balik. Dah lupa ka kita sengsara kena MCO hari tu😩😩😩
Dah lupa ka kita perit jerih terpaksa berkurung di rumah.. Dah lupa ka kita banyak orang yang kehilangan pekerjaan bila kita terpaksa MCO to fight Covid 19 before? 

Sighhhhhh.... 
Sedih time nak raya la macam-macam nak jadi 😞😞😞 kita belum menang guys... 

But dont worry..... 

Walaupun nak Hari Raya Haji tak lama lagi kita stil boleh celebrate lagi kan. Aku nak puji jugak sebab Shangri-la Rasa Sayang Resort & Spa Penang sanggup buat Hari Raya Haji Takeaway untuk kita. Remember we still in MCO technically... PKPP kan... Dengan meningkatnya case day by day lately ni... Langkah yang diambil Shangri-la Rasa Sayang Resort & Spa Penang ni harus dipuji. 

Basically for Hari Raya Haji Takeaway ni ada 3 jenis ya, menu raya dihidangkan dengan nasi briyani dalam buah kelapa  + acar timun  + papadom. Then boleh pilih antara 3 pilihan lauk :

Ayam Masak Merah @ RM 80 nett
Lamb Masala @ RM 98 nett
Beef Rendang @ RM 98 nett
(Sesuai untuk 2 orang )



Hari Raya Haji Takeaway ni bermula dari 27 - 31 Julai 2020. Untuk tempahan hampa boleh whatsapp 0184090460. Dan tempahan harus dibuat dari 10 pagi hinggan 6 petang, 24 ours before ya. And pick up boleh dibuat di  Rasa Sayang Resort Garden Wing lobby. 

 
Cantik kotak nya punnnn.. Gerammmm ja tengok haa.. Exclusive as usual la kalau dekat Shangri-la Rasa Sayang Resort & Spa ni. 


Sedap sangat nasi beriyani dia ni. Kami pilih beriyani lamb.. Isi kambing pun banyak jugak untuk 2 orang makan. Berebut2 jugak lah kami 4 beranak makan. Yalah... 3 orang baru lepas swimming dekat bawah. Naik-naik mandi.. Terus bedal nasi beriyani kambing ni. Licin lah uolss... Kuah masala dia sangat la sedap. Anak-anak kami Adriana n Aishah  tu suka sangat kuah masala depa buat. Memang marvellous betul. 

 

Hampa kalau Raya Haji ni pening2 nak makan apa. Nak masak apa... Apa kata ordee ja dekat Shangri-la Rasa Sayang Resort & Spa Penang ni. Tak gaduh dah nak pening2. Sedap pun sedap ok... 



❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

For more details:


Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa


Tel :+604-8888888

Address : Jalan Batu Ferringhi, Batu Feringgi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Website : https://www.shangri-la.com/en/penang/rasasayangresort/

Facebook : https://www.facebook.com/rasasayangresort/

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
To all readers, 

Stay safe....kita belum menang.. Jaga diri.. Jaga keluarga kita... 
Together we fight Covid 19
❤️❤️❤️❤️



Adudu.... 
Stress pikiaq - pikiaw balik mengenangkan ke mana perginya 4 helai seluaq Levi's aku. Dah la 3 tu baru and tak pakai lagi😒😒😒

Ni kes masa pindah tu tak tau dah kat mana letak dia. Yang pasti letak dalam plastik yg vacuum tu. Tapi ntah ke mana. 

2 yang baru tu satu beli kat Perth.. 1 lagi beli hujung tahun lepas kt Sandakan hari tu. Pepaham la size macam aku ni limited nak dapat pun certain design ja yang ada.

Biasa aku amik straight or boot cut ja la kalau Levi's ni. Cutting lain tak sesuai dengan aku. Yang beli dekat Perth tu ada satu offer dari $59 jadi $24.50 sebab less 50%..yang satu lagi $59.. Bayangkan darab 3 baru berapa jaaaaaa. Kat Malaysia harga boleh pitammm. Dapat ja size terus grab tak cakap banyak. Esok pi Busselton pakai jeans baru. Hahahha.

Banyak-banyak jeans aku pakai... Levi's ni sedap la... Xdak la bila dah lama2 pakai meleweh ka macam sesetengah brand tu kan... Dia makin sedappp ja.

Ni pun sedih gila wei.. Yang duk lenjan 2 helai ni macam dah old school gila dah. Tu tak leh jadi kena beli gak satu untuk ganti2 n gilir2. 


Pantas grabbbbbbb and balikkkk. Nasib la kan bila rumah dekat ja dengan mall. 


Yasss gemuk... Sebab tu payah nam cari size. Ni pun bersyukur ada size. Harap2 la jumpa balik Levi's aku yang M.I.A tu 😞😞😞

Ahhhh mulaaaaaaa laaa stress pikiaq tang mana last nampak seluaq tu. Kalau nak kata terbuang tak logic. Sebab aku check one by one kot before buang apa2 kan. Memang kompem terletak dekat mana-mana ni kan... 

Haihhh 
Sighhhhhh
~~~



Makeover Laundry Area

in , by Alia Farhan, 11:01 PM
Assalamualaikum 

Sambil2 tengah keringkan mat yang besar gedabak dekat self service laundry ni boleh la kita update blog kan...

Actually dekat rumah aku ni.. Ada ruang kecik untuk laundry... Dan disebabkan aku tak guna balcony aku as tempat sidai baju... Maka dengan itu... Aku harus ada ruang laundry yang smart gitu. Smart tu sebab aku guna dryer and tak payah nak sidai2 sangat dah.

Sebelum ni dekat rumah lama ruang balcony aku lagi  besar dari rumah sekarang ni. Tanam pokok pun... Boleh lagi nak sidai2 baju.. Rumah skrg ni balcony halus ja... Nak letak penyidai pun hmmmmm.

Sebab tu semua dry dengan dryer ja. Biar lah balcony aku tu penuh dengan pokok2 ja... Dari last time lagi aku ada cerita aku guna 2 in 1 washer/dryer LG.  Yang loading dia 8/4kg..means..8kg wash loading.. And 4 kg drying loading...which is quite small drying load for our family la kan. 

Dah la jenis 2 in 1 washer dryer ni concept dryer dia condenser.. Condenser ni amik masa skit drying dia.. Xsama mcm guna venting dryer. Aku ada cerita dekat sini

So masa awal bulan 3 tu aku decide dengan husband aku untuk beli venting dryer utk add on lagi n stack dekat atas washer dryer kami tu... Kami beli dekat Lazada ja.. Sebab lebih murah berbanding beli dekat kedai. 

And kami pilih yang ada free stacking kit. Yes stacking kit penting ya.. Xboleh simply buh atas dia without buh stacking kit ya. Takut lama2 nanti slip on or dryer korg lama2 rosak sebab vibration dr washer. 

Kawasan laundry dekat rumah aku ni pun kecik ja. Dekat sini la letak cleaning things. Vacuum, steam mop, penyapu.. Etc... Memang cramp la cerita dia. Tak tau nak minimize mcm mana lagi dah. Takkan nak letak mop dalam bilik ya dak? πŸ˜…


Asal keadaan laundry area rumah aku mcm ni la.. Tapi ni rumah jiran yang tak diduduki lagi. Basically bila x renovate lagi macam ni la dia. 

Macam rumah aku.. Dekat area ni laki aku dah letak sliding window semua... So dia jadi ruang tertutup and ada privacy la kan... 


Yassss.. Crowded kan... Nak buat macam mana... Dah rumah memang kecik... Xkan nak letak semua cleaning tools ni dalam bilik pulak kan.. Lagi buruk rupa dia. 

Yang dekat depan pintu tu aku letak rack hyllis ikea yang kecik tu dekat depan pintu. Dekat situ la letak bawang2.. Dekat situ letak baju2 busuk dalam bakul sebelum basuh baju... 

Dekat rack lerberg kuning tepi pintu pulak letak barang2 cleaning.. Lundry detergents.. Multi purpose cleaning solution.. Etc.. Memang fully occupied bak kata org tua2. Biasa la rumah burung kan... 

Bila dah biasa pakai dryer ni.. Memang rasa sedap ber dryer  ja lah.. Baju pun wangi.. Takdak la bau kepam ka apa.. The best thing about using dryer baju crispy n smells sooooo gewdddd... 


Paling best bila baju kluar2 dari dryer ni panas2... Pastuuuuuuu wangiiiii n bau fresh sangat.... 

Part ni dah best... Part melipat and nak susun masuk ke dalam almari masing2 tu stil bercinta. Tambah baju anak2 yang kecik tu. Baru anak dua pun baju dah banyak kena basuh.. Hahhahahah. 

Oh lupa nak habaq.. Guna dryer venting type ni cepat kering ya... Tapi dia consume letrik lebih la dari yang condenser type tu... 

So sapa yang ada ruang terhad ka.. Boleh la consider utk beli dryer ni.. Aku beli Toshiba 7kg...memang berbaloi la... 

Ok la.. Chowww... 



Sebut Penang ja da sinonim la dengan kari kan... Actually dekat belah utara ni kami memang geng2 kari... Atau orang utara panggil gulai. Kalau dekat utara ni gulai dia kari la. And tak silap aku setiap negeri gulai dia lain2 kan... 

Tapi kalau dekat utara ni pun ada dua jenis gulai.. Gulai with santan n gulai without santan... Biasanya yang without santan tu kari mamak la kan. Macam aku mrmang prefer makan kari mamak ni... And aku pun jenis suka masak kari mamak. 

Ok enuf with all those introduction.. Disebabkan blog ni pun dah bersawang... So mari lah kita update kat mana port kari sembilang BEST IN D WORLD! 

TARAAAAA.... 

DEKAT SINI YAAA 

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️



Terletak di Kuala Juru ya. 


Kedai ni dekat dalam ceruk-ceruk kampung ya. Memang kalau orang tak tau akan tak tau la ada kedai yang sedap dekat ceruk kampung macam ni. 

Aku paling suka kari semilang dia... Goreng kapis dia.. Ayam kicap dia. Tapi kali ni aku tak order la banyak2 sebab aku 3 beranak ja yang makan kan. So kita order pun yang menu penting la kan. 



Tara kari sembilang. Aku request kat Kak Laila nak bahagian ekoq dengan isi kat badan tu. 



Ayam goreng tu sebab Adriana nak. Sedap ayam goreng nya pun. 



Pakej nasi kari dia mai dengan hat ni sekali... haroiiii...kena plak tuang toyu manis skit.. Perghhhh nalerkeee... 


Untuk makanan dekat sini memang tekak aku approved la.. Kamon la tekak aku ni dia punya cerewets ni kalah Gordon Ramsay tauuuu. Kalau setakat biasa2 bukan level tekak aku approved memang aku tak rekemen la kan. 

Dekat sini... Goreng2 dia pun sedap.. Contoh macam nasi goreng ayam dia sedap.. Nasi goreng daging dia sedap.. Kueytiaw goreng pun sedap.. Bihun.. Mee goreng pun sedap. Sennag cita banyakkk la yang sedap nya haa. 

Sekali lagiiiii.... 

Aku nak tayang.. MUST EAT DEKAT SINI tak lain tak bukannnnn.... 


Aduiiii terlioq pulak tengok malam2 macam ni... Aduuuuuuuuuiiiiii

Hampa yang nak tau location kat mana.. Hampa kol la number kat dalam gmbaq kt atas tu.. Tanya minta pedoman kedai tang mana... Aku malas nak explain panjiang lebiaqqq... Cuma nak habaq hari AHAD depa KATUP.... 

Oh ya lupa nak habaq..lauk2 ni dimasak dengan penuh kasih sayang... Hampa request baru Kak Laila masak ok.. Cuma hari Jumaat ja depa sedia masak lauk2 ready made sebab hari tu biasanya ada geng2 kilang pi semayang jumaat berdekatan dengan kedai dia.. So untuk mengelakkan jemm dia bahagian order.. Kak lela telah biat lauk ready made.. But don't wory stil sedap jugakkk haaa... 

Ok la tu ja nak cerita... Sapa tekak premium macam aku boleh la pi try makan tang sini...

Babai







Hari Ahad lepas kami satu family berkesempatan la spend time together keluar dalam fasa new normal fasa PKPP ni...

Ya la... Sebelum ni papa diorang ni asyik terperap ja dekat rumah dengan kami 3 beranak. Seminggu sebelum raya tu dapat arahan dah nak kena start jalan kerja lepas raya. So start ja a week after raya memang everyday la laki aku keja ja... Sabtu Ahad pun kerja... 

So xleh jadi ni... Kena mogok la 3 beranak kami ni. Hahhahahha. Last2 Ahad hari tu..laki aku bagi order from home ja lah. Ater dari muka da putih macam dulu2 dah macam mat terap dah kalernya.  Ke sana ke sini tengok kerja-kerja yang jalan serentak kan.

So kami plan nak ke Gurney Plaza.. So kakak awal-awal habaq nak makan nasi dengan kari.. Nampak nau dah lama mama xbuat kari ehhhπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

So dah alang-alang nak ke Gurney Plaza.. Mesti la makan dekat Nasi Kandaq Raffee kesukaan kami kan. Sekali tudiennn ramai jugak duk beratoq. Ok cancel. Tak jadi. So aku ajak la laki aku makan dekat nasi daun pisang dekat Sri Ananda Bahwan tu. Kebetulan otw tadi lalu situ gak.

To be honest this is my first time makan dekat situ. So meluncur la kami kona pi balik dekat area nak ke Jalan Kebun Bunga tu untuk ke Sri Ananda Bahwan ni. 

First impression aku terhadap kedai ni.. Bersih.. Persekitaran dia cun n cosy. Si kakak kata apa papa ni.. Bukan bawak mai kefai makan... Ni bawak mai makan kenduri.. Kahhhhhkahhhh... 

Dia ada banyak cawangan tau... Tapi yang dekat sini dia macam cosy sebab banyak pokok2.. Tau2 la jalan nak pi ke Kebun Bunga tu kan redup ja.... 

So laki aku la order kan nak makan apa kan. Of course la nak makan nasi daun pisang kan. 


So here we are... 


Sebelum nasi sampai.. Kami order vadai dulu makan.. Pembuka selera.. Kahkah .. Sedap bila cicah dengan kuah hijau tum ada rasa pedas2 macam cabai melaka skit. Tapi tak sure yang lain2 tu rasa apa. Tapi sedap la. 




The rice banyak la kan for those yang tengah diet suku2 separuh ni kan😬😬😬


Berselera semua orang kan. Maklum lah Indian food ni dekat di hati kami. It's in d blood orang kata πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

My husband ordered ayam masala.. Ayam goreng.. Kambing masala.. Fried cauliflower.. Sayur kubis.. 
So bila order nasi daun pisang..dia akan mai set macam atas daun pisang tu dengan kuah yang 3 serangkai tu. Agak frust sebab peria goreng dah habis ya😒



Cantik pulak belas ni.. Suka aku.... 


Ni cabai kering India ni sedap. Dia ada rasa masin2 skit. Aku memang suka. Dari first time makan dekat Tajuddin Hussain lagi dah jatuh cinta. 


Budak ni kemain lagi kan. Makan sendiri ok. Kalau tak asyik pekena suruh mama suap ja. 


Kakak makan licin.. Adik pun sama. Both of them memang suka. Tanya sedap tak.. Both of them cakap sedap. 


Last but not least manisan /laddu... 
Yang hijau tu sedap.. Pistachio tak silap. Kalau biasa aku suka makan yang warna putih rasa susu2 sedap gila dekat Lil India. Dekat dengan Tajuddin Hussain tu.. Tapi yang warna putih tu aku tak berapa suka sangat kalau dekat sini. Maybe sebab ada add kn kacang ka apa ka aku xsure. But the green one is good. 


Bagi yang takut2 nak pi makan tang ni sebab status dia... Dont worry.. Kami nak habaq depa CERTIFIED HALAL BY JAKIM  naaa... 


So hampa yang nak rasa makanan pure India boleh la cuba makan tang ni. Another kedai yang pure Indian n kena dengan selera aku adalah Tajuddin Hussain. Dia punya kari tu perghhh nalerke... Belum lagi lepas makan nasi.. Minum pulak rassammmm... Aduhhhhh sedapnya. 

Lupa pulak aku nak minum Rassam dekat sini. 

For those yang nak cuba makan Nasi Daun Pisang ni boleh la ke :

Sri Ananda Bahwan Garden Cafe, 

225, Jalan Macalister, 
10450 George Town, Pulau Pinang







Durian ialah buah yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Di samping manfaat makan durian yang hangat diperkatakan, ada juga efek makan durian yang ramai tidak sedar!

Buah ini amat digemari kena isinya yang manis dan lemak berkrim.

Tapi, apabila makan durian mesti anda terfikirkan tentang semua mitos yang berkisar tentang raja buah ini bukan? Ada macam-macam pantang larang kalau berkenaan makan durian.

Tapi, yang lebih penting lagi ada ke kebaikan makan durian? Sejauh manakah kebenaran semua mitos ini? Boleh percaya ke?

Kalau anda nak tahu lebih lanjut, jom, ikuti artikel kami di bawah.

Mitos 1: Jangan makan durian dengan alkohol. Boleh bawa maut!




Durian ialah buah yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Di samping manfaat makan durian yang hangat diperkatakan, ada juga efek makan durian yang ramai tidak sedar!

Buah ini amat digemari kena isinya yang manis dan lemak berkrim.

Tapi, apabila makan durian mesti anda terfikirkan tentang Mitos ini sudah lama berlegar-legar dalam kalangan pemakan durian yang tegar. Tapi, betul ke makan durian dengan arak boleh menyebabkan kematian?

Durian mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi. Makanan yang kaya dengan karbohidrat mengandungi banyak fiber yang tidak dapat diuraikan oleh badan.

Walaupun fiber bagus untuk kesihatan, terlampau banyak serat juga akan membuatkan anda rasa kembung perut. Ini merupakan salah satu keburukan makan durian secara berlebihan!

Samalah seperti minuman beralkohol seperti arak. Minum arak dan makan durian boleh menyebabkan perut anda rasa tak selesa.

Anda mungkin akan alami kembung perut, tapi tak adalah sampai membawa maut!

Mitos 2: Makan durian bersama buah sejuk seperti manggis

Dalam perubatan moden, tidak ada istilah mengenai buah sejuk ataupun panas. Malah, kenyataan ini langsung tidak disokong oleh kajian saintifik.

Manggis dan durian selalunya berbuah dalam musim yang sama. Mungkin mitos ini timbul untuk mengelakkan orang ramai daripada membazir.

Yelah, kalau semua orang nak makan durian, siapa nak makan manggis?

Mitos 3: Durian mempunyai kolesterol yang tinggi

Berita baik untuk penggemar durian. Antara kebaikan makan durian ialah buah ini tidak mempunyai sebarang kolesterol! Tapi, jangan keliru antara kolesterol dan karbohidrat ya!

Ddurian mengandungi karbohidrat LDL (low density carbohydrate), sejenis karbohidrat yang baik untuk jantung.

Namun, durian masih lagi mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi.

Jadi, individu yang mempunyai kencing manis dan sakit jantung jangan makan terlalu banyak durian ya! Efek makan durian kepada anda mungkin buruk.

Mitos 4: Tingkatkan libido seks antara manfaat makan durian

Jangan tertipu ya! Tidak ada sebarang kajian yang boleh membuktikan bahawa durian boleh tingkatkan libido seks seseorang.

Tetapi, ada juga kebaikan makan durian tau!

Ada kajian yang membuktikan bahawa durian boleh mengurangkan stres dan membantu anda untuk tidur.

Durian mempunyai sejenis asid amino yang bernama tryptophan – asid amino yang boleh menaikkan kadar serotonin dan melatonin di dalam badan.

Dua hormon ini dapat membantu anda untuk kurangkan stres dan juga tidur dengan lebih lena!

Mitos 5: Tak boleh ambil durian dan juga kopi pada masa yang sama!

Mitos bahawa durian tidak dapat dimakan bersama-sama kopi juga adalah tidak benar sama sekali.

Makan durian bersama minuman apapun tidak akan menyebabkan seseorang itu sakit jantung.

Sakit jantung merupakan satu penyakit yang berlaku akibat daripada tabiat pemakanan seseorang. Oleh itu, jika individu tersebut selalu mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat, maka lebih mudahlah untuk dia menghidap sakit jantung.

Walaupun ada banyak kebaikan makan durian yang kaya dengan vitamin dan mineral ini, anda tetap harus berjaga-jaga supaya tidak terlebih makan.

Mitos 6: Makan durian banyak-banyak boleh akibatkan demam dan batuk

Ini merupakan satu lagi mitos yang awal-awal lagi perlu disangkal.

Tidak ada sebarang kaitan antara makan buah durian dengan demam atau batuk. Makan durian secara berlebihan mungkin boleh buatkan anda rasa kembung perut, tetapi bukannya demam!

Secara saintifik, mungkin makan durian boleh meningkatkan sedikit suhu badan. Tetapi itu tidak bermakna ia akan menyebabkan batuk ataupun demam!

Mitos 7: Makan durian dengan susu pun tak boleh?

Sama seperti makan durian bersama dengan alkohol, susu juga mempunyai kadar fiber dan karbohidrat yang tinggi.

Minum susu secara berlebihan pun boleh sebabkan kembung perut, apatah lagi minum susu sambil makan durian!

Ada banyak kebaikan makan durian sebenarnya!


Durian merupakan buah yang sangat berkhasiat. Banyak manfaat makan durian, setanding dengan gelarannya sebagai raja buah.

Walau bagaimanapun, itu bukan alasan anda boleh makan durian dengan banyak ya! Ada banyak juga efek makan durian.

Dalam apa jua keadaan, beringatlah supaya mengambil makanan dalam keadaan sederhana. Amalkan panduan pemakanan sukusukuseparuh yang disarankan kerajaan.

Jika anda rasa tidak selesa selepas makan terlalu banyak durian, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor di klinik yang berdekatan ya!

Artikel kredit : Hello Doktor

 

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS