Ada rumah landed..kelebihan dia kita ada tanah untuk bercucuk tanam. Tapi kalau tak guna peluang yang ada pun tak guna jugak kan. Kalau serai pun kena beli dekat kedai.. Rumah sendiri laman penuh dengan lalang pun xguna gak kan? Ehhhh

And tak bermakna jugak kalau duduk rumah burung mcm apartment.. Kondo mahupun flat tak boleh bercucuk tanam kan... Kita ada pilihan untuk tanam atau tak. Ada orang prefer balcony dengan pokok2 hiasan.. Aku prefee ada pokok hiasan dah jugak pokok2 yang aku boleh buat makan. Konsep aku.. #ediblegarden n #growyourownfood.

Untuk pengetahuan hampa.. Aku dari rumah lama kt Juru lagi duk bercucuk tanam dekat balcony. Memang gardening is my therapy.

So jom lah kita tengok pokok-pokok yang sesuai ditanam di balcony.

1. Bayam brazil.



Sekarang ni trending orang pakat tanam Bayam Brazil dek sebab mudah tanam and hidup. Selain tu... Bayam brazil ni jugak sedap and mudah membiak. Aku selalu makan buat ulam ja. Crunchy!



2.  Thai basils(selasih) / sweet basils


Thai basils


Ni pokok favourite aku actually untuk mengulam. Kalau masak pun suka gak letak dia. Sebab sedapppppp..best gilaa aroma dia. And pokok selasih ni kan baik untuk kesihatan dalaman wanita katanya. Orang siam suka makan ni buat ulam n rencah masakan depa.


Sweet basils 


Sweet basils pulak terkenal dalam masakan Barat esp pasta. Boleh buat pesto umtuk pasta. Sedap jugak...


3. Ketumbar jawa /cullantro


Culantro


Ketunbar jawa ni adik beradik ketumbar biasa tu. Tapi bentuk dia totally different. Kalau ketumbar biasa nama omputih dia cilantro... Ketumbar jawa ni nama dia cullantro. Fames dekat mexico, vietnam and Thailand sana sebab depa banyak guna dalam masakan depa. Aku suka lagi cullantro ni dari cilantro sebab pokok dia ni serius senang jaga and tahan lasak compare to cilantro. Cilantro nak tunggu tumbuh daei benih berjanggut.. Nak tanam dari akar yang beli kat kedai pun asyik mampus ja.

4. Kangkung


Kangkung


Ni pun kategori senang yakmat nak bela. Tak banyak songeh.. Sedap pun sedap. Dapat hasil pun cepat. Dalam sebulan boleh dapat hasil dah.


5. Cili



Ni pun antara yang boleh tanam dia balcony. Yang aku tanam ni yang campak dari benih cili kering tu. Naik elok gak. Cuma musim sekarang ni..bena suka la munculkan diri sebab hujan kan. Aku cukup benci dengan bena ni. Kalau dapat memang aku penyet2 kan ja. 😝

6. Tomato





Tak kira la tomaro biasa ka tomato cherry ka. Dua2 pun boleh. Cuma tomato ni telan baja mcm hantu raya. Kena selalu baja dia kalau nak buah elok n banyak.

7. Terung



Ni pun ada dekat balcony aku. Hahhahaha. Senang. Aku memang suka makan terungm so basically aku tanam apa yang aku suka makan.

8. Bayam



Yang ni pun sama macam kangkung. Senang hidup. Cepat dapat hasil. Nak cahaya yang cukup.

9. Bunga telang



Selain bunga yang cantik sebagai hiasan, bunga dia boleh gak dijadikan teh dan pewarna untuk nasi kerabu dan kuih muih. And ada yang makan kacang dia buat sayur mcm kacang pis tu.

10. Kacang panjang renek



Sama macam kacang panjang. Tapi pokok kacang panjang renek tu menjalar. Boleh tanam dalam pasu ja. Kena cara jaga.. Baja, air and cahaya... Meriah la buah dia.

11. Daun bawang



Amik ja bawang-bawang dalam stock korang yang da start berdaun tu.. Cucuk ja dalam pasu. Naik la nanti. Takpun.. Balance2 beli daun bawang tu.. Amik yang ada bawang dia tu cucuk dalam tanah.

12. Bawang.


Dari 2 butir beranak jadi 4 butir semuanya😍


Pernah letak bawang merah yang kecil tu yang asalnya ada dua butir bergabung tu dalam pasu. Tengok2 keluar bawang baru. Dari 2 butir bercantum, jadi 4 butir. Hahahha. So basically boleh la tanam u ols.

13. Daun keledek.



Daun keledek ni of course la mcm kangkung gak. Mudah jaga. Mudah jugak dapat hasil. Celur buat ulam.. Bestttt

14. Pudina /mint



Pudina ni asalkan dapat cahaya under shade skit. Tanah lembab skit.. Meriah la dia...

15. Kesum



Ni pun tanaman yang sesuai ditanam di balcony. Especially under shades. Kena pastikan tanah sentiasa basah untuk bagi pokok subur. Nak buat asam pedas ka laksa ka.. Boleh petik dari balcony saja.

16. Rosemary


Kanan sekali rosemary kesayanganku. 


Rosemary ni sukakan cahaya matahari dan keadaan yang kering. Means rosemary ni tak boleh over watering. Kalau over watering memang boleh mati. Aku memang suka bau rosemary ni sebab wangi. Kadang2 kalau migraine or sakit kepala serang memang  tuju  ke balcony utk amik daun rosemary.. Patahkan and cium2 daun dia. Surprisingly it works for me. Lega skit sakit kepala yang berdenyut2 tu.

And of course la rosemary ni paling best guna untuk marinate ayam, kambing dan daging lembu... Perghhhhh merecikkkk

17. Selom


Daun selom buat ulam sedap.. Buat kerabu pun sedap. 


Senang hidup. Cuma perlukan tanah yang lembab... Boleh tuai untuk buat ulam dan kerabu! Aku baru start semai daun selom ni. Harap2 lepas ni boleh makan ulam baru. 😘

18. Cuban oregano


Yang ni variegated cuban oregano


Cuban oregano ni sangat la mudah jagam tak banyak songeh dan menpunyai daya survival yang tinggi. Nak biakkan pun senang. Patahkan skit batang dia n cucuk dekat tanah.. Dah dapat pokok baru.

Selain dar senang hidup.. Bau cuban oregao ni sama dengan oregano yang biasa tu. Cuba oregano ni mempunyai anti viral properties... And sesuai diamalkan secara alami untuk healing selsema dan sakit tekak. Buat letak dalam air teh o mcm mint and minum.. Walahh sedap uiii. Selain dari buat minum, cuban oregano ni boleh gak dicincang halus dan diletak dalam perapan ayam, kambing dan lembu. Sedappp uiii.. Aroma terus umphhh

19. Cekur


Daun dah tua 😝


Cekur ni antara tumbuhan yang mudah jaga jugak. Taknak panas sangat. Cekur ni ada ubi dia. Kalau ubi dah banyak.. Boleh pindahkan ke dalam pasu baru untuk dibiakkan. Aku suka makan daun muda dia buat ulam. Ubi dia pun sedap buat ulam. Kalau orang Jawo suka buat masak cekur.

20.  Lobak putih


Ni aku tengok dekat group kebun dekat Fb ada orang tanam dalam botol ja. So aku pun nak mencuba nasib


Ni aku baru repot dalam botol ada isi tanah and cocopeat. 

And masa aku baca yang dekat Fb tu.. Dia cakap lobak putih yang dia tanam tu bukan direct sun... Bawah net hitam tu... So aku pun ingin mencuba nasib.. Mana tau menjadi. Nanti aku update hasil ya.

So... Banyak kan list pokok2 yang hampa boleh tanam dekat balcony kan. Especially those yang tinggal rumah burung macam aku ni kan. Bak kata pepatah.. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Bagi yang baru nak start mencuba bercucuk tanam, boleh la mencuba tanam pokok2 yang senang macam daun bawang ka.. Thai basils ka.. Bayam brazil ka.. Lepas tu boleh la upgrade ke pokok2 yang agak susah macam tomato ka.

Tapi yang paling penting, due to limited space... Tanam yang korang makan ja. Kalau tak berapa sangat makan bendi macam aku ni.. Tak payah la tanam. Macam aku suka gila ulan thai basils... So memang aku tanam banyak pasu untuk aku buat ulam almost everyday.

So tu ja lah.. Nak kongsi dengan korang semua pokok2 sayur  yang boleh ditanam di balcony rumah.

Selamat bercucuk tanam ya.




Hellooo hampa semuaaaa... Musim2 MCO/PKP ni... Ada yang baru berjinak2 nak jadi online seller kan? Ya lah.. Ada yang nak cuba untuk meniaga online.. Tapi tak tau nak mula kat mana....

Nak buat website perniagaan sendiri cost dia bukan sikit ya. Makan cost yang besar jugak tau. Kali ni nak share sikit pasal PG Mall.



Apa PG Mall tu?PG Mall merupakan portal laman sesawang membeli-belah(online shopping) yang memudahkan seller dan buyer.

Antara kategori Produk yang dipasarkan di PG  Mall adalah:

  • barangan keperluan ibu dan anak
  • keperluan dapur (groceries)
  • perkhidmatan dan seminar
  • kelengkapan rumah dan dekorasi
  • fesyen
  • peralatan sukan
  • pelancongan dan penginapan
  • produk kesihatan
  • produk kecantikan 
  • produk eletrik , elektronik dan IT dan lain-lain

Kenapa korang kena sertai PG Mall untuk jual produk korang?

  • PG Mall, www.pgmall.my, adalah Malaysia no 1 Ecommerce.
  • established since 2017.
  • salah satu-satunya local E-commerce platform dari Malaysia.
  • ada database 1000000 customers (and still growing) di negara-negara  Asia Tenggara.
  • the only platfrom yang menggunakan kemudahan major e-wallet seperti (Maybank QR Pay, Touch N Go e-wallet, Boost, GrabPay, Alipay n etc)
  • PG Mall ada in house MIS team yang boleh menolong sellers untuk boost marketing to do various creative  store campaigns.
  • PG Mall juga mempunyai strong supportive group of customers base untuk promote seller dalam PG Mall di dalam network dan social media on their shopping experience.
  • PG Mall juga menjangkakan 10000 orang peniaga akan join mereka pada tahun ini.
  • tiada cas dikenakan untuk seller mengiklankan barang mereka di PG Mall. 
  • Merchants yang terlibat juga disupport oleh regular creative campaign yang bergabung dengan partners with different e-wallets dan banks setiap bulan untuk drive both sales and traffic to the stores.
  • PG Mall juga integrated dengan SelluSeller, EasyStore, iStoreiSend , urStore, tresGo, Etailer Gateaway, Red Dino. Sellers are using these service providers, PG Mall strongly welcomes u onboards as PG Mall already integrated with this partners
  • PG Mall also been working with all courier services untuk memudahkan urusan  delivery untuk seller di PG Mall.



Menarik bukan? Aku suka sebab platform PG Mall ni lengkap dengan major e-wallet yang kita selalu guna sekarang ni. Sebab biasa kalau guna e-wallet ni kita akan dapat cashback balik. Tu yang paling seronok tu..as customer la..aku memang suka guna platform e-wallet ni. And of course la aku rasa kemudahan e-wallet yang sync dengan portal online shop mcm PG Mall ni adalah satu advantage untuk pembeli tegar online macam aku ni. So korang yang memang berniaga online ni tak salah kalau aku cakap...harus menggunakan platform PG Mall ni sebagai platform untuk korang menyebarkan lagi business online korang.

Jom korang sign up sebagai seller PG Mall seller.pgmall.my ya.

About PG Mall:

Web :www.pgmall.my
Facebook: www.facebook.com/PGMallOfficial
Instagram: www.instagram.com/PGMall.my

Haiiii semua... Sehat ke tuuuu duk rumah2 time MCO ni? Mesti ada time rasa boringgggg gilaaaa kannn.. Golek2 sana sini... Golekkk lagi smapai kadang2 rasa macam aduiii nak cakap dengan dinding dahhhh.... Hahhahhaha... Oklah kali ni nak share pasal mommies bloggers yang korang patut follow.


Credit to Google 



Sebabnya dari korang boring boleh jugak baca-baca and dapat input dari 25 orang mummy bloggers yang aku akan cakapkan ni.


Credit to Google



1. Siti Awadah

www.sitiawa.com

Ni la kak long kawasan ya. Kak Awa ni lah founder Bite consultant. And bawah Kak Awa ni la aku banyak belajar pasal SEO and memang sangatlah pro bab2 blogging ni. Nak berguru pasal SEO ka boleh la follow Kak Awa.


2. Nor Azlina Mohd Ali

www.ehbelogaku.com

Kalau hampa suka memasak, suka baking ka memang wajib la follow Ina sebab Ina bab memasak ka bab bakng ka memang pro. Aku suka tengok dia share pasal resipi-resipi semua tu. Nampak mudah untuk kita follow.

3. Khalisah Hazrina.

www.khalisahazrina.com

Lisa ni antara work from home mom macam aku jugak. Suka baca tips parenting dari Lisa. Wajib kena follow ok!


4. Mimi Azirah

www.mimiazirah.com

Dak Mimi ni memang terkenal dengan pinkish2 dia. Aku suka follow dia sebab bahasa Dak Mimi ni guna pun kena dengan jiwa aku. Dak Mimi banyak share pasal lifestyle n etc. Seronok baca wei!


5. Fadzi Razak

www.fadzirazak.com

Fadzi ni aku paling suka tengok gambar-gambar dia captured dekat ig ka dekat blog ka..semua lawa-lawa. Niche blog Fadzi more to lifestyle. Seronok baca perkongsian Fadzi pasal parenting, pasal photography and macam-macam lagi.


6. Azlina Alin

www.azlinaalin.com

Kak Alin ni aku dah lama follow dia. Suka sebab dia seorang working mom yang sangat bagus dalam membahagikan masa antara kerjaya dengan anak-anak. Memang seronok baca perkongsian kak alin pasal parenting and macam-macam lagi.



7. Maria Fridz

www.mariafirdz.com

Blogger Maria adalah seorng pendidik anak bangsa dan emak kepada 4 orang cahaya mata.Suka baca perkongsian blogger Maria ni. Well u know cikgu2 kan ayat-ayat depa sangat sedap didengari. Tak macam aku kadang2 kuat merapu.


8.  Fiza Izawa


www.fizaizawa.com

Blogger Fiza Izawa banyak berkongsi oerihal lifestyle,travel, resipi dan event.  Macam2 perkongsian yang kita boleh dapat dari post Blogger Fiza Izawa ni


9. Shalimar Yusuf

www.shalimaryusof.com

Blogger Shalimar banyak berkongsi menu-menu menarik sepanjang PKP/MCO ni..korang kalau takda idea boleh la pi cilok resipi-resipi dia.  Mana tau lepas tu terus ada idea nak masak apa ka.



10. Ape Kinah

 www.apekinah.com

Blogger Kinah ni antara blogger yang banyak berkongsi hal-hal kecantikan. Suka baca review pasal produk kecantikan dekat blog dia. Bahasa dia simple dan mudah difahami. Wajib follow untuk hampa tau pasai produk kecantikan yang best-best sekarang.

11. Kisah Si Diary

www.kisahsidiary.com

Blogger Kak eda ni merupakan blogger dari JDT.  Kak eda banyak share pasal anak-anak dia, travel , tips produk review dan macam-macam lagi. Wajib tau untuk hampa semua follow Kak Eda ni.



12. Fiza Rahman

www.fizarahman.com

Kak fiza merupakan seorang working mom kepada 4 orang anak.  Kak Fiza banyak cerita pasal lifestyle, resipi, anak-anak dan review. Suka baca apa yang Kak Fiza coretkan. banyak benda boleh belajar dari perkongsian Kak Fiza ni.


13. Yati Zul

www.yatizul.com

Blogger Cahaya Hayati adalah antara mummy blogger yang aktif dari 2010 lagi. Blogger Cahaya Hayati ni ber niche lifestyle dan banyak kongsi benda-benda menarik. Ada part parenting, ada part resipi, ada part agama...seronok baca. Wajib hampa follow na..



Credit to Google 



14. Shahada Fauzi

www.shahadafauzi

Suka baca celoteh Ciksha ni dekat fb. Blogger Ciksha ni selain daei blogger, dia juga adalah freelance designer untuk blog. so hampa yang baru nak berjinak dengan blog and naak design blog boleh la ontact Ciksha ya.



15. Ummi Zarra

www.ummizarra.com

 Blogger Ummi Zarra ni merupakan seorang pendidik. Dalam blognya, Ummi Zarra banyak berkongsi resipi-resipi menarik yang boleh mak-mak sekalian cuba.

16. Kak Gojes

www.kakgojes.com

Blogger yang berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah. Merupakan blogger yang aktif berblogging dan memounyai hobi membaca novel. Sapa kaki novel..boleh la baca follow kak gojes ya


17. Eswati Azni

www.modernmummythingy.com

Blogger Kak Azni ni ku suka betul tengok gambar-gambar dia. Lepas tu Kak Azni ni sangat lah awet muda. Suka tengok style Kak Azni ni. Vogue sangat. Korang wajib follow ok.


18. Mrs Liez


www.mrsliez.com

Blogger Liez ni banyak share resipi- resipi menarik. Selain dari tu dia banyak jugak share pasal parenting and maam-macam tips. Best baca blog liez ni.


19. Umi Fuzy


www.iamfuzy.com

Kak Fuzy ni kira orang lama jugak dalam dunia blogging ni. Banyak jugak event yang Kak Fuzy rajin join. Memang salute dengan Kak Fuzy ni.




20. Aida Hanafiah

www.adianiez.com

Kak Aida ni salah seorang blogger yang bekerjaya and tak silap dalam bidang undang-undang jugak.  Suka sebab blog Kak Aida banyak share psal parenting and lifestyle. Seronok baca. Mak2 kan memang macam ni.


21. Shamiera Osment

www.shamieraosment.com

Medium bahasa yang Shamiera gunakan adalah English. Suka dan kagum dengan orang yang blogging in English ni. Aku  pulak biasanya suka camour-campur.But i love reading someone using English as their medium esp kalau blogger tu blogger Melayu.

22. Zaidalifah Aisheteru

www.bondezaidalifah.com

Panggilan untuk Blogger Zaidalifah ni Bonde! kita suka baca blog Bonde sebab Bonde. Sebab bila baca blog Bonde rasa mcm mak2 kita gak bahasa lembut Bonde tu. I love u Bonde!


23. Junaidah Mohit

www.ajumohit.com

Belia lebih mesra dengan panggilan Aju. Seorang mummy yang bekerja di PUNB. Korang nak tau pasal pelaburan boleh la tanya Aju. hehehe


24. Mrs Pip

www.mrspip.com

Mrs Pip ni blogger dai Sabah juga. Seorang ex engineer seperti aku yang ambil keputusan to become fulltime housewife. Seronok baca ceriat Mrs Pip ni ya.


25. Marshaliza

www.marshaliza.com

Marsha, merupakan seorang guru dan menetap di perak. Suka baca blog Marsha ni sebab dia banyak cerita pasal lifestyle and event larian yang dia join. Yang suka join larian boleh la follow Marsha. Selain tu, Marsha ada juga cerita pasal kesihatan dan merupakan SID Shaklee yang sah.


Credit to Google 

Jom hampa semua.... Kita pakat2 follow mommies bloggers yang aku cakap kat atas ni.... 




Assalamualaikum...

Kali ni nak share resipi Macaroni Goreng Philip Pressure Cooker. Untuk resipi ni.. Xperlu rebus dulu ya macaroni tu.

Nak buat dia less than 15 minutes dah boleh makan. Memang senang buat dia. Campak2 dalam Philip Pressure Cooker lepas tu siap. Memang beli Philip Pressure Cooker ni kira berbaloi2 la sebabnya dah macam-macam benda masak dalam ni.

Ok la without further due.. Jom kita share bahan-bahan dan cara nak masak macaroni goreng ni guna Philip Pressure Cooker.

Bahan-bahan:

Ayam dipotong dadu /ayam cincang/daging cincang
Meatball dibelah2
Bawang untuk menumis
Carrot dipotong panjang
2 sudu cili paste
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
Macaroni
Garam
Meggi cukup rasa


Cara-caranya:

1. Untuk menumis.. Tekan mode Bake - CHICKEN. Masukkan minyak untuk menumis, tunggu minyak panas dan tumiskan bawang.
2. Bila dah pot makin panas dan bawang dah naik bau, boleh masukkan cili paste, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kacau-kacau.
3. Then masukkan isi ayam dan meatball. Jangan lupa masukkan carrot. Perasakan dengan garam, meggi cukup rasa.
4. Last sekali masukkan macaroni yang belum direbus dan masukkan air. Air level dia lebih skit sahaja dari macaroni.


5. Off kan BAKE mode, tekan MODE STEAM dan Tekan Keep Pressure Time dan tekan dekat MIN sampai la 6 minutes. Jangan lupa KNOB set dekat SEAL
6. Then jangan lupa tekan button START.
7. Lepas da siap and bunyi tettt.. Boleh la off mode warm dah release pressure, pulas KNOB dekat VENT(guna sudu untuk tolak knob.. Jaga2... Steam panas akan keluar).
8. Boleh bukak penutup dan kacau-kacau macaroni.


Kacau-kacau skit. Da siap boleh makan. 



Laku keras ni. Hari tu buat untuk minum petang.. Licin woo.. Ni buat untuk moreh pun kompem laku keras ni. 

Selamat mencuba. 




Ya Allah... Lama dah peram post ni. Sebenarnya post ni da siap seminggu lepas birthday Adriana.. Tak tau macam mana boleh lupa nak publish. Aduhaiiii. Apa la nak jadik ni.

Hishhhh.... Tapi nak cerita jugak. Actually masa birthday Adriana 2 April yang lepas kami celebrate dekat rumah la of course sebab da start MCO kan. Takkan nak celebrate dekat kedai makan pulak kan.

Kebetulan Olive Tree Hotel yang terletak tak jauh dari rumah kami ni buat food delivery.. Apa lagi.. Terus la plan dengan husband buat2 tak ingat and konon2 takdak ecelebration la kat dia sebab cakap nak buat macam mana kak.. Musim2 covid ni.. Kita kena duk rumah ja xleh celebrate pi mana2... Dah pasrah da Si Adriana tu...

Sekali haaaaa... Datang la food delivery dari Olive Tree Hotel ni. Nak buat tempahan oun senang ja. Xpayah susah... Boleh buat online semua dekat website depa. Hampa boleh buat tempahan dekat SINI.

Jom tengok apa kami order masa nak celebrate bday Adriana hari tu.







Tudiaaa haaa. Banyak dak kami order.... 


Kita transfer pi pinggan lawa.. Kata nak celebrate kannn... 


Buffalo chicken wing


Haaa terus mood nak ber epiii beday tu mai


Heppy la bday girl dapat celebrate jugak bday dia.


Tq Selah Cafe for this amazing dishes. 

Kalau nak tau ada kagi menu2 lain.. Hampa boleh tengok dekat menu dekat bawah ni... 






For more infos:
Olive Tree Hotel
76, Jalan Mahsuri,
11950 Bayan Lepas,
Penang
Tel : +604 - 637 7777









Malas nak masak untuk berbuka? Tak boleh buka puasa dekat luar macam selalu? Bungkus je... Berbuka di rumah ja kawan2. Best jugak kan makan dekat rumah. Kalau pening2 nak bungkus dekat mana... Boleh la try bungkus makanan dari Royale Chulan Penang. This is the first year hotel-hotel buat takeaway during Ramadan untuk kita berbuka. 

So why not kita ambil kesempatan ni untik cuba masakan dari Royale Chulan Penang. Royale Chulan Penang antara salah satu hotel yang provide takeaway sempena Ramadan untuk kita berbuka. Lauk dia especially masakan Melayu memang tiptop. Pendek kata memang marvelous lah. 

Jom tengok set yang ada and harga setiap set ya. 


SET A
RM45 for 2 pax
RM80 for 4 pax

SET B
RM108 for 6 pax
RM200 for 8 pax

SET C
RM300 for 10 pax

Jom tengok poster dekat bawah untuk tau lebih lanjut pasal Set A, Set B, Set C dan tak lupa jugak hidangan Ala Carte. 





Tak boleh tahan gulai daging batang pisang tu... Oh mak aihhhh.. Sedapnyaaaaa... 
Macam nak kena cuba jugak sekali niiiiiii.. Favourite sangat tuuuu... 

Bagi yang nak order boleh la berbuat demikian dengan:

- Call or WhatsApp 016-3303408 or call +604-2598888 ext 8910
Sertakan : 
1. Nama
2. Alamat
3. Tarikh pick up
4. Menu  dan Quantity

Order mestilah dibuat 6 jam lebih awal

Bayaran : Instant  Transfer 
Affin Bank
101070012325
Boustead Weld Quay Sdn Bhd

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

For more information :
Royale Chulan Penang
1&2, Pengkalan Weld, 
Georgetown 10300,
Penang.
Tel : +604-259 8888
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS