Ada sapa2 yang plan nak mai bercuti ke Penang bulan 3 nanti? Kalau ada.. Meh kita nak suggest kan satu tempat ni...

Prangin Canal atau Sia Boey atau nama penuh dia Sia Boey Urban Archaeological Park yang terletak di tengah-tengah Georgetown ni.

Baru-baru ni kami sempat singgah lepas dinner di luaq. Selama ni selalu passed by ja sebab naik kereta agak susah nak parking. Masa kami pi malam kan.. So lagi cantik sebab ada lantern warna warni dekat situ.

Ajommmm la tengok dulu gambaq2 yang kami captured malam tu ya. 


Time ni baru lepas hujan. Kalau mai siang-siang dekat kawasan ni agak banyak kereta and susah gila nak parking. And kalau mai time siang.. Memang hangittt laaa. 


Shantikkkk kannnn... 


Ada juga taman permainan untuk budak2 main. 


Cantik tempat ni. Kat depan tu ada satu pokok besaq gila. Tapi aku tak berani la nak lalu pi ke situ sebab malam kan. Tapi serious kalau siang mesti lawa dekat pokok tu sebab dja besaq2 and macam redup-redup gitu ha. 


Credit to travel2penang.org

Cantik kan pokok tu... Tapi bila mlam takut la jugak. Hahhahaha


Cantik kan. Dengan banggunan ala2 herritage kat depan tu.



Kalau malam minggu ni mesti penuh kan. 


Ecah spotted there. 



Port melepak. 



Ni la canal  yang ada ikan kap tu. 



Cantik sangat. 



 (credit to Foursquare) 

Ni la antara tapak peninggalan yang tua di Penang ni. Hence the name is Sia Boey Urban Archaeological Park. 

Serious hampa kena mai tang sini...sebab lawa gila. Yang suka tangkap2 gambaq ni.. Aku suggest hampa mai dekat2 senja. Rasa shoot time tu lawa gak. Boleh capture time siang nak ke malam. Kalau mai tengah2 hari tu ketibas bhaiii. 

Kepada yang nak mai ke sini.. Sila la waze ke:


Sia Boey Urban Archaeological Park

50, Jalan Dr Lim Chwee Leong,
 George Town,
 10100 George Town, 
Pulau Pinang






Assalamualaikum and Haluuuuuu semuaaa....sehat ke tu? Minggu ni tak berapa banyak update blog... Rasa kelam kabut skit sebab asyik ke sana ke mari nak setelkan urusan pindah rumah. Kemas barang dekat rumah Juru.. Then angkut bawak skit2 pi ke rumah baru. Nampak mcm ni ja.. Tapi ampun penat Ya Allah.

Ok tapi sebenaqnya bukan nak cerita pasal pindah rumah. Ni nak cerita pasal satu buffet baru dekat Golden Sands Resort Penang, Kampung Buffet nama diberi. Serious masa lalu dekat makanan2 buffet ni memang duk beristigfar banyak2 sebab bau dia auwww. Tengok pun menggiurkan.

Sebelum start sesi review, kami geng2 blogger ada satu sesi tying sarung /batik. Sesuai la dengan theme Buffet Kampung kan. And sebagai seorang peminat kain batik.. Of course la aku sangat teruja kan.


Aku ikat batik aku cenggini ja lah.. Takkan nak angkat baju and ikat depan2 orang dengan nampak perut kan. Hahahhah. Buruk sangat aih perangaiiiiii. 


Siap kena cat walk lagi. Model plus size.. Jangan carut ok. Ashley Graham tu mcm aku la 😉


Dengan pemenang nya Oppa Barry Teh. 


Lepas tu kita tengok demo masak asam pedas ikan merah by our Chef Rizal. Aduh menjejes air lioq aku time ni. Lepas ja habis demo memasak dari Chef Rizal, maka bermula lah sesi tangkap gambaq makanan-makanan.

Jom lah kita tengok makanan-makanan yang disediakan. 


Nasi beriyani udang. 


Nasi tomato


Nasi kukus daun pandan. 


Stir fried beef with celery



Itik masak hijau




Asam pedas ikan pari dan bendi. 



Mee goreng basah bersama makanan laut 


Udang Masak lemak cili padi bersama nenas


Roast lamb stew with garlic and rosemary. 



Ayam rendang minang. 


Sayur goreng campur dan cendawan kembang. 


Cold items | salad. 


Varieties of salads dressing. 


Kerabu - kerabu sotong, kerabu ikan bilis, kerabu taugeh. 
Sambal belacan | budu | cencalok


Ikan masin 


Keropok


Noodles section. 


Pasemboq corner


And jom kita tengok part desserts pulak. 


Sedapnya. 


Pudding. Dah macam sabun2 yang aku buat dah


Aneka kuih muih


Cheese cake


Kuih sagu.. My favourite 


ABC corner / cendol corner. 



Fruit corner

And dekat bahagian luaq Garden Cafe ni.. Ada disediakan juga hidangan2 bakar / grill macam kambing guling /golek, ayam pasu, ikan bakar, grill seafood. 


Chef Rizal bersama kambing guling nya. 


Ikan bakar nyum2


Ayam pasu... Sedap! 


Selain daripada tu.. Kalau hampa stay dekar hotel ni.. Or makan dekat sini... Kalau hampa jumpa Pak Cik ni.. Boleh la mintak kacang dekat pakcik ni.. Free of charge saja. 


Selain tu.. Boleh jugak ambil angin laut bila mai sini.. Tengok2 kawasan sekitar resort ni. Best.. Pool dia semua best and kids friendly sangat. Tak tau la bila nak boleh stay dekat sini and do review bout staying at this hotel. 


Last but not least... Bergambaq dengan Chef Rizal. 


Untuk hampa yang nak cuba Kampung Buffet yang berteraskan sajian dari Kedah ni.. Jangan lupa mai makan dekat sini ok. 

Harga dan details adalah seperti berikut :

Dewasa : RM119

Kanak-kanak : RM59

Hari : Setiap Hari Jumaat

Masa : 6.30pm-10.30pm

Untuk tempahan jangan lupa untuk buat tempahan directly kepada Golden Sands Resort Penang di +6048861911


**************

Kelaparan terus lepas habis update pasal review ni. Teringat dekat ayam pasu dia... Masak lemak udang dia.. Aduhhhhh lapaqqqq

Thank you Golden Sands Resort Penang for inviting me to review this awesome buffet. 























Sebut pasal McDonald ja mesti dah sinonim dengan burger-burger dia yang sedap tu. Aduhhh tiberrr teringin nak makan burger GCB yang sedap tu.


Credit to McDonalds website


But lately ni selain dari ada burger yang best2. McD dah came out dengan ayam goreng yang sedap. Serius aku suka Spicy Ayam Goreng Mcdonald tu. Lagi2 kalau dapat bahagian thigh. Fuhh rasa rempah pedas dia yang sedap tu sampai ke isi dia. I liokkkee sangat2.


Credit to minimeinsights.com


And baru-baru ni sempat la rasa dia punya Salted Caramel & Chocolate Pie. Aduhhhhh sedappp and tersangat favourite. Last year dah ada kan. Ni rasa mcm limited time only kan. Selain dari pie dia... Cake dekat bahagian McCafe dia tu pun sedap-sedap ok.


Credit to Mcdonald website. 

Sedapnya niii. Favourite ok. 


And now McDonald buat hal lagi.... Dia bawak keluaq Spicy Chicken McNuggets pulak dahhhhh. Aduiiii mesti sedap ni. Aku xdan lagi nak rasa. Almaklumlah diet kan. Tapi bab2 pedas sedap ni memang susah skit nak tolak. Nak berbincang apatah lagi kan.


Credit to McDonalds website


Katanya ada dua size yang berbeza.. Dalam 6 pieces dan 20 pieces. Yang 6 pieces tu cuma RM9.43 and 20 pieces tu berharga RM23.58. Kalau beli 20 pieces tu boleh buat challenge kan... Hahahaha.. Ramai2 tengok sapa boleh makan banyak piece. Ko mampu?


Credit to @meemalee (Instagram)


Aku dah teruja gila nak rasa and makan dengan anak-anak aku. Depa dua-dua suka makan pedas - pedas ni. Tapi ok tak pedas dia untuk budak-budak ya? Risau pulak kang sakit perut budak-budak ni.

Macam biasa la dah duduk dekat Penang ni.. Nak-nak pulau ni... Nak start enjin reta pun rasa baloq gila. Dengan nak angkut dua-dua orang ni. Nak perosoh sorang-sorang dekat carseat lagi kan. Belum lagi cerita hadap jem. Yang dekat sekentut pun rasa jauh gila wei.

So the best solution kita order online ja lah. Tak perlu dah nak serabut-serabut dengan anak-anak buat perangai dekat dalam kereta. Bergaduh tu takyah cerita la. Sampai kadang-kadang tu terganggu kita nak bawak kereta. Order online sudehhhhhh. No more hassle.  Sakit kepala pun xdak.


Credit to pymnt.com


Untungnya hidup zaman-zaman ada food delivery ni kan. Kalau dulu memang bercinta la. Bagitau dekat mak hari ni. Tengok la hujung minggu kot baru dapat. Ok lah hampa... Aku nak order food delivery online ja. Sebab hari ni aku malas gila nak masak. Rasa nak makan Spicy Chicken McNuggets by McDonald's ni.

Korang makan apa tengah hari ni? Ajommmmm try McDonald's Spicy Chicken McNuggets ni koranggggg.

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS