Assalamualaikum

Ada kat sini yang suka makan spaghetti aglio olio? Kalau makan dekat kedai.. Boleh tahan harga paling murah berbelas-belas ringgit. Kalau ada udang skit mau capai RM20+ kan.. Nak jimat.. Masak sendi4i dekat rumah kan. Remember 2020 ni misi nak jimat cermat gitohhhh. Poyo tak poyo takkkkk? Hahahahha.

So baru2 ni aku ada pi review satu hotel baru dekat hotel ni.. Nama hotel tu The Prestige Hotel. Ya Allah aglio olio dia simple ja wei... Tapi dia punya sedap tu kalau muka aku mcm komodo dah lama aku tambah 3x hari tu. Tapi sebab aku taraf2 iguana ja 🤣🤣🤣.. Maka aku tambah la 2x aglio olio dia.

So dari semalam plan nak buat bekal si Kakak ke sekolah aglio olio ja sebab senangkan. Kebetulan tadi aku intermittent fasting. So buat semua main agak2 ja garam dia semua. Pukul 3 tadi makan ehhh tak sangka sedapppp. Hahahhaha





Apa pun nak buat dia senang ja.. Bahan2 pun simple ja.. So apa lagi jom la kita tengok bahan2 and cara nak buat dia.

Bahan-bahan:

Spaghetti (rebus&toss mcm biasa la kan)
Bawang putih 1 labu(dicincang-lagi banyak lagi sedap)
Bawang holland potong dadu
2 ketul Sosej daging Ramly
Ayam bahagian dada.. Potong dadu
Shitake mushroom
Serbuk perasa /kiub ayam
Cherry tomato
Garam
Minyak untuk menumis
Chili flakes.. Aku pkai brand HEXA sebab tak pedas sangat macam yang aku beli dekat siam tu.

Cara-cara:

1. Rebus spaghetti macam biasa la kan letak minyak n garam skit. Masak sampai ala dente. Dah masak toss kan
2. Panaskan minyak. Minyak kena lebihkan hence the name is olio... Saute bawang holland.. Bawang putih.. Dah nampak kuning and naik bau.. Masukkan cendawan... Masukkan chilies flakes. Kacau2 sampai warna dia capai standard yang hampa nak.. Aku suka ada warna merah2 n nampak chilies flakes banyak2 so memang aku letak chilies flakes tu banyak2 la kan. Kacau sampai nampak chilies flakes nampak agak garing ya anak2. And boleh perasakan time ni ya. Garam.. Serbuk perasa/chicken stock. Agak2 la ikut taste hampa.
3.  Lepas tu masukkan ayam dan sosej yang da dipotong.  Lepas tu masukkan air sikit ya. Ni pun ikut la banyak mana hampa rebus spaghetti hampa. Jangan banyak sangat air ni. Function dia nak bagi sebati bahan2 tadi dengan spaghetti hampa ja.
4. Then boleh masukkan spaghetti and gaul serata dengan olio yang hampa  buat tadi. Dan lastly masukkan cherry tomatoes yang dibelah dua....
5. Ok dah siap. Boleh makan dah...

Keywords dia kat sini nak buat aglio olio kena guna minyak agak banyak ya anak2 sesuai dengan nama dia spaghetti minyak ya anak2... Lepas tu garlic kena banyak... Bahan2 lain pun be generous la. Nak sedap letak la banyak2.

Dah tu ja.. Senang ja kannnnn...
Boleh buat sendiri ja kat umah lepas ni...



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 31 Disember 2019 berkaitan situasi semasa jangkitan influenza di Malaysia. Berdasarkan trend yang direkodkan daripada aktiviti survelan kadar konsultasi kes influenza like-illness (ILI) dan kadar kemasukan pesakit ke wad dengan severe acute respiratory infection (SARI) melibatkan beberapa lokasi sentinel dikenalpasti dari seluruh negara, terdapat sedikit peningkatan kes ILI dan SARI semenjak pertengahan bulan Disember 2019. Namun begitu, peningkatan yang direkodkan masih berada dalam julat normal dan hampir sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Manakala, analisa oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap virus influenza yang dikesan daripada aktiviti survelan ini tidak menunjukkan sebarang tanda ianya telah mengalami mutasi sehingga mencetuskan kemunculan virus influenza yang baru (novel virus).

Susulan daripada kenyataan akhbar tersebut, KKM ingin menasihatkan mengenai langkah yang perlu diambil dalam mengendalikan pesakit terutamanya di kalangan kanak-kanak di bawah 5 tahun seperti berikut:
  • Jika terdapat keperluan, gunalah ubat paracetamol mengikut dos yang tepat, di samping mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan badan dengan tuala basah (tepid sponging);
  • Elakkan daripada memberi ubat Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs (NSAIDS) untuk mengurangkan demam kerana terdapat bukti klinikal yang menunjukkan penggunaannya boleh meningkatkan risiko komplikasi jangkitan influenza seperti radang otak di kalangan kanak-kanak;
  • Memastikan pesakit minum secukupnya supaya kekal terhidrat; dan
  • Sila bawa pesakit tersebut berjumpa doktor dengan segera sekiranya demam tidak berkurangan atau mempunyai gejala penyakit influenza seperti demam selsema atau flu, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.



Selain itu, sebagai langkah pencegahan penularan jangkitan influenza pula, KKM ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, mengamalkan adab batuk yang baik dan cara hidup sihat. Orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi khususnya adalah digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara. Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza adalah dinasihatkan untuk mengamalkan perkara berikut:
  • Berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan ramai. Sekiranya perlu ke tempat awam, mereka dinasihatkan untuk memakai penutup hidung dan mulut (face mask) dengan betul bagi mengelakkan penularan jangkitan melalui titisan pernafasan;
  • Menutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Seterusnya, tisu yang telah digunakan perlu dibuang dengan segera ke dalam tong sampah;
  • Mengelakkan dari berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan sebagainya dengan individu yang lain;
  • Segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk / sakit tekak yang berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

4 JANUARI 2020


Credit to : kpkkesihat.com
 *****************************************
Aku terpanggil untuk share pasal ni sebab aku pun pernah kena Influenza.. Seksa dia.. Sakit dia.. Allah ja yang tau... Semoga sharing dapat alertkan kita as parents
For those yang nak tau pengalaman aku terkena influenza ni.. Boleha baca di SINI
Nak cerita sebab pengalaman aku dengan anak aku Aishah positive influenza and dua-dua kena warded dekat Gleneagles masa hujung2 bulan Nov tahun lepas. Memang rasa horror gila time tu. Lagi2 dah banyak bulan aku dengaq influenza outbreak ni.

Semuanya start lepas balik dari Cameron Highland. Time kat Cameron Highland Aishah dah tunjuk sign2 tak sehat. Muntah la batuk2 la. Aku time tu ok lagi. Cuma start bila aku balik tu... Badan aku start rasa debar2 and macam nak panas. So i guess the temperature difference yang buat aku macam tu.


Gejala-gejala influenza


Tapi masuk hari kedua aku da start batuk and selsema. Aishah pulak dah start demam on OFF. Aku pulak makin lama makin tak ketahuan dah. Batuk makin manjadi... Selsema sampai ketat hidung and tak boleh nak bernafas. Nak tdur memang kena bernafas kot mulut la. Sampai satu peringkat tu batuk teruk gila2 sampai level2 terkencing2... Memang terus kena pakai pad 42cm la cita dia. Gila horror nak mati!

Sepanjang 5 hari tu aku sakit kepala sampai asyik terlentang ja atas katil. Rumah tunggang langgang xyah cerita la... Sama la dengan Ecah.. On off demam dia. Kesian kt mek tu.  Sampai la masuk hari ke 5 aku dah tak tahan cakap laki aku.. Nak pi check kalau esk tak ok gak. Memang time tu xdak tanda2 nak ok lgsg.

Esoknya lepas ja Adriana balik dari orientasi untuk darjah 1 dia kat sekolah... Terus kami pi ke Gleneagles. Masa tu hari Sabtu.. Dah tentu2 kena pi ke Emergency. Lepas ja masuk dekat wad emergency tu terus kena neb. Ecah plak kena standby dah sebab demam gak. Laki aku pun time tu demam gak... Yang tak demam time tu cuma Adriana sorang ja. Kesian laki aku sampai bp dia naik.



Tak pernah2 kena neb oiii. 

Aku plak kat dalam blik kat emergency tu kena tahan sementara nurse cari blik untuk aku dengan Aishah. Lama gak la menunggu tu. Sebelum kena neb tu darah kena amik.. Lepas tu sample hingus pun kena amik untuk test influenza.. Sakit oiii jolok hidung tuuuu... Nasib tak tertendang doc yang amik tu...bila result keluaq.. Aku positive Influneza B... While Ecah Influenza A atau dalam bahasa mudah dia H1N1... virus ecah lagi kuat dari aku... Bayangkan dia kena tu.. Sedih aku tengok...


Ni type of influenza. 


Dah dapat bilik 2 orang untuk kami dua beranak... Setelah berjam2 menunggu. Terima kasih la dekat Sister yang tolong  kami dua beranak dapatkan bilik.


Acah jek ni duk sorang2.. 


Hakikat dia berhimpit la dengan mek ni. 


Selama 5 hari jugak kami 2 beranak kena berkampung di Gleneagles. Lega dapat bilik yang selesa untuk kami dua beranak.

Masa warded tu memang ubat makan tak berenti la. Anti viral tamiflu kena makan sehari sekali. Lepas tu drip antibiotic.. Lepas tu neb.. Lepas tu ubat selsema.. Lepas tu ubat kahak... Memang teruk la effect dia dekat respiratory.


Ni antara ubat yang membantu. 


Kesian debab mama ni


Manja gila ngan papa dia. 


Yass gedik kann... 
Bagi chance la


ISOLATION haaa
😅😅😅


Ni tahap cemuih ni.. Laki aku mai.. Aku mintak dia tolong jaga Aishah.. Aku turun bawah me time sat mat bawah ni minum ayaq... Cemuihhh gila duk hospital Allah ja yang tau. 

Lepas berkampung selama 5 hari 4 malam dekat sana.. Maka dapat lah kami pulang ke rumah. Serius la memang seksanya Allah saja yang tau. And aku harap dah tak kena lagi dah menda ni dekat seluruh keluarga aku. And lepas ni memang nak kena amik influenza jab untuk anak2 la yearly. 

Terbaru pun KKM ada keluarkan amaran baru pasal influenza outbreak ni. 

Ni pesan dari seorang doctor

"Ministry of health’s notification to the public that the influenza this time is serious. Prevention method is to keep your throat moist, do not let your throat dry up. Thus do not hold your thirst because once your membrane in your throat is dried, the virus will invade into your body within 10 mins. Drink 50-80cc warm water, 30-50cc for kids, according to age. Everytime u feel your throat is dry, do not wait, keep water in hand. Do not drink plenty at one time as it doesn’t help, instead continue to keep throat moist. Till end of March, do not go to crowded places, wear mask as needed especially in train or public transportation. Avoid fried or spicy food and load up vitamin C
The symptoms/ description are
1.repeated high fever
2.prolonged coughing after fever 
3. Children are prone 
4. Adults usually feel uneasy, headache and mainly respiratory related
5: highly contagious"






Sebut pasal Penang ja semua duk nasi kandaq nasi kandaq.... Dah mcm official food kat penang ni adalah nasi kandaq plak kan. Well actually banyak ja makanan lain yang best dan sedap dekat Penang ni selain nasi kandaq ya.

And tak semua orang yang mai berjalan dekat penang ni suka makan nasi kandaq ya. Kalau hampa jenis ni... Hampa boleh la mai try makan nasi lemak ni dekat Penang kalau hampa mai berjalan2 kat Penang ni.

Orang Penang maybe da familiar dengan Nasi Lemak Liverpool yang terletak di Batu Lanchang ni.



Lauk yang ada untuk nasi lemak ni ada macam2 jenis gak. Tapi yang paling best sambal dia pedas2 manis. And kena dengan tekak aku ni. Bagi aku.. Sambal yang sedap adalah sambal yang rasa dia balance pedas dengan manis dia tu. And sambal dekat Nasi Lemak Liverpool ni memenuhi piawaian tekak aku.


Ok la banyak jugak kan. Datang2 tengok ada sambal ikan masin terus karennnn. Hahahha



And paling best... Ada ayam goreng panas2 ya. Tengok ambil lauk tak beragak kan. Dengan sambal ikan masinnya. Teloq rebus nya.. Ayam dia sekoq kerat 4 ya. Ini share dengan Ecah ya. Suka gila sambal ikan masin dia. Sedap! 


Penuh dengan segala Liverpool kat dalam dia. Peminat Liverpool kot tuan kedai ni. 




Ni kat dalam kedai dia. 
Biasa aku lepak makan dekat luar ja. Sebab macam best skit. Tapi yang bongok nya stil ada lagi yang pi isap rokok.. Tpi cover2 lain. Eiii geram plak akuuuu. 



Selain dari nasi lemak..ada juga stall2 lain yang jual macam bihun sup ni.. Pastu ada char kueytiaw and beberapa lagi kedai. 


Dia kat bawah flat dekat Batu Lanchang, Jelutong ja. Dekar tepi jalan utama gak la. 

Kalau hampa nak try.. Boleh la waze cari Nasi Lemak Liverpool na

Atau pun ni alamat dia

92, Jalan Tan Sru Teh Eww Lim, 
11600 George Town, 
Penang













Baru2 ni Ahad yang lepas kami berpeluang lepak and chill anak-beranak di Daboba Lip Sin, salah satu branch baru Daboba di Lip Sin, Taman Pekaka.

Best la kan sebab dekat ja dengan rumah baru. Boleh la jadi port lepak kami anak beranak lepas ni.

Paling best sebab kat sini takdak masalah nak parking ya... Sebab parking senang nk  cari.. Xdak la struggle nak cari parking ya. Paham2 la dekat pulau ni macam mana kan... Nak cari parking tu satu masalah besar jugak ya.



Ecah kata huarghhhh. Itu bunyi Hulk dik. 

Bila melangkah masuk ja ke dalam ni.. Terus rasa best gila.. Tertarik dengan design loft yang diketengahkan Daboba Lip Sin ni. 


Memang pandai buat konsep industrial loft. I liokkee. 

Industrial concept. I lioke. Spacious and kedudukan tempat order dan pick up agak jauh.. Senang orang takda la bersesak2 di satu tempat yang sama kan. 

Jom nak order apa ya. 


Signature harus la kena order kan 


Ah sudahhhh rambang mata sudehhh


Alamak apoooo ni Haa cute plak botoi nyaa 


Banyak ya jenis topping. Tak reti plak nak pilih. Kalau rasa tak reti nak ni.. Boleh ja Tanya diorang yang recommended and best seller. Nanti boleh la hampa try yang tu kan. 


While waiting for our drinks. 



Taraaa... Sampai sudehhhh. Sorang satuuuu🤭🤭🤭


Brown sugar boba


Green tea milk honey golden pearl. 


 Mango Frappe ( mango +yogurt) 
Moi fav


Fruity grape smoothie. Sedap gak


Her favourite.. Aiyok adik.. Minum la banyak2 nanti buncit lagi


Ni kakak punya favourite. Dia suka sebab dia kata rasa grape.. Lepas tu kacau dengan atas tu yogurt... Sedapnya lahai.. Lpas tu macam ada grape chunks dalam tu. Memang thumbs up kakak kata. 


Ni pulak favourite aku. Atas tu yang warna putih tu yogurt. Rasa mcm Greek yogurt yang aku suka gila kat Bunbury Market tu. Nak minum.. Hampa kacau dia bagi sebati dengan mango frappe tu. Lepas tu minum.. Walah.. Sedapnya... Rasa macam minum ayaq yogurt dekat Bunbury Market wei. Dalam dia mango chunks... Sedap wei... 



Seronok jugak me lepak dekat sini. Dan2 aku sruh laki aku buat loft kat dalam bilik kami.. Bajet macam tinggi ja kan. 



Hampa kalau nak lepak Daboba 
Boleh la mai kat Taman Pekaka ni. Senang nak buat port lepak dengan family n kawan-kawan. 



Bangguna Lip Sin, 
2-G-2, Lebuh Pekaka, 
11700 Gelugor, 
Penang


Bangunan Lip Sin, 2-G-2, Lebuh Pekaka 1, Taman Pekaka, 11700 Gelugor, Penang












Heppy 2020

in , by Alia Farhan, 2:50 AM


Dah masuk 2nd January 2020. So tak terlambat kan aku nak ucap heppy 2020. Semoga tahun ni kita semua semakin berwawasan dan lebih bertamadun.


Credit to Google 


Asal 2020 ja kereta terbang... Kereta terbang... Boringgggggg.... But look what our country had achieved la kan....kita tak capai lagi taraf negara maju.. But sebagai negara membangun.. We are doing good. So applause... (Gaya sajat) 🤭🤭🤭

Asyik camdek kereta terbang ja kan... Kita semua ni baru kuat kuasa kan penggunaan car seat dah mengamuk. Yang mana anak2 ramai tu aku paham la.. Lagi2 dengan kereta yang limited space. Bagi yang anak2 bawah 3 orang ni... Pun bukan main nak marah. Aku tak paham kenapa nak kena marah ya Menda2 baik macam ni? Dah kerajaan bagi pengecualian untuk yang anak2 ramai cakap kerajaan xni la nu la.. Hishhh xpaham aku... Benda bukan immediately umum tahun lepas ya.. From 2018 da announce kot. But biasa la.. Last2 minute jugak dia nak bising. 🙄

Baru umumkan No STRAW.. NO PLASTIC bag pun dah melalak macam tak cukup tanah. Tak kesian ke dekat penyu2 n umang2 kat laut ada yang terlekat straw kat hidung.. Ada umang2 yang duk dalam tipuware2 kecik. Nak ke cucu cicit keta tak kenal apa tu penyu? Eh itu pun kalau tak kiamat lagi la kan. 😔

So instead of asking what the government can do for us... Let us  ask ourselves... What we can do for the country... And for our future. Yes.. Menteri banggang tetap lah akan mnjadi banggang forever. Tapi kenapa kita pun taknak kalah berlawan kebanggangan dengan mereka kan.

So jom lah kita jadi orang yang lebih berwawasan, bertamadun Dan tidak menjadi lebih banggang di masa2 akan datang. This is self reminder to myself also. Sebab kita biasanya tend to do stupid things without using our brain at the first place. 🤭🤭🤭

OK la... Cya soon
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS