Sebut ja pasai makanan favourite Malaysians.. Mesti macam2 terlintas dalam hati kita kan. Ada yang akan sebut nasi lemak la, nasi kerabu la, char kueytiawa, nasi kandaq la dan bermacam-macam lagi.

Bila sebut pasal makanan-makanan tertentu, mulalah akan terbayang Negeri-Negeri tertentu. Contohnya nasi kandar yang sinonim di Penang dan nasi kerabu di Kelantan.

Jom kita tengok senarai makanan favourite Malaysian yang kita semua suka secara amnya.

1. Nasi Lemak




Credit to Google 


Sebut ja nasi lemak... Mesti terbayang rasa lemak santan yang umphhh pada nasi lemak tu kan.... Dia punya lemak tu.. Bercampur pulak dengan sambal tumis yang padu, ikan bilis goreng dan teloq rebuihhhhhh... Perghhhhh sedapnya.... Lagi pulak kalau ada rendang ayam. Perghhh bestnyaaa aaa. And kadang-kadang setiap Negeri.. Ada stail nasi lemak masing-masing.. Contohnya nasi lemak kedah Kuning sinonim dengan Nasi Lemak Kedah. And paling best.. U can enjoy nasi lemak tak kira la untuk breakfast ka lunch ka dinner or even supper. Hahahah.. Well.. Malaysians guys😎

2. Nasi Kandar



Sebut nasi kandar ja... Mesti sinonim dengan Penang kan. Dapat pulak kuah banjir dan campoq yang best-best.... Perghhhhh... Kena pulak dengan kurma kambing ka... Ayam masak Rose ka... Daging masak hitam ka. Adoiii menjejes ayaq lioq niiii.... Apa taknya.. Kalau dekat Penang ni... Boleh pilih nak makan nasi kandaq dekat mana.. Bersepah2 n macam-macam pilihan ada.

3. Char Kueytiaw


The Chinese version
Credit to Google


The Malay version
Credit to Google 




Sebut saja char kueytiaw... This is another dish that sounds familiar with Penang. Yada yadaaa... I know Penang is the food heaven or food galore... Believe me... Having char kueytiaw in Penang is the best. Tak kesah la char kueytiaw chinese yang kering tu ka... Or jenis yang berkuah "Malay" style tu ka.. Both have their own fans... Arghhhh sedapnya char kueytiaw... Definitely one of my favourite especially the chinese style one....


4. Laksa


Credit to D'laksa


Laksaaaaaaaaa... Sebut ja laksa.. Satu Malaysia mesti cakap.. Wahhh laksa is d bestttttt... My favourites are definitely Laksa Penang, Laksa Kedah and Laksa Sarawak. Aduhhhhhh I'm salivating right now. Laksa Penang or asam laksa is known for thoer savoury taste... Masam Masam gituhhhh but yet delicious. While being Kedahan... I'm grown-up to this laksa.. So surely cannot be derhaka one. But Laksa Sarawak kkkk is my love at my first bite/taste. Oh no... Now I miss Laksa Sarawak so much.

5. Satay


Credit to Google 


Ada ka yang tak suka satay? Kalau tak suka tu macam pelik ja kan... My all time favourite kunyah2 food. Satay kambing and satay Perut is my all time favourite. Sedapnya.. Dapat pulak kuah kacang yang padu and sedap... Memang terangkatlah kan.. Lepas tu jangan lupa makan dengan timun dan bawang... Fuhhhh merecik!

6.  Ikan bakar


Credit to Google 


Ikan Bakar ni salah satu makanan yang sesuai dimakan oleh orang yang nak diet macam aku ni. Kahkah... Diet sangattttt kannnnn... Lepas tu Dapat pulak dengan air asam power.... Pi ke laut apaaa diet diaaaa.... Dapat ulam skit... Fuhhhhhhh hilangggg diet.

7. Ayam percik




Sejenis ayam bakar kesukaran aku secara total. Sebab aku suka ada rasa lemak2 santan yang dimasak bersama ayam tu sebelum ayam tu dipanggang dengan kuah percik dia tu. Sedap sangat. Lagi2 kalau bulan Ramadan.. Wajib buat kalau bulan puasa OK.

8. Asam pedas



Sebutla asam pedas ayam ka asam pedas ikan ka asam pedas daging tetel ka.. Semua favourite sangat uiiii. 6 tahun duk dekat Melaka.. Mesti la asam pedas adalah salah satu hidangan utama dekat Negeri Hang Tuah kan. Aduhhh tiba-tiba teringat dekat asam pedas ikan jenahak. Sedapnya kalau dapat dengan telur masin kannnnn... Sapa suka asam pedas angkat tangan oiii😘. Rasa madam madam pedas dan manis tu memang mengundang air liur melelehkan bila teringat keenakkan dia.

9. Sambal udang.


Credit to ordersaja.com


Sambal itself is my favourite... And combo with the prawn... Definitely da bombbbb. Memang favourite sangat-sangat la kan. Tambah-tambah kalau ada petai...lagi la padu rasa dia kannnn... Makan nasi mau me a bah tiga pinggan tak sedaq mak mentua lalu dekat belakang oi.

10. Murtabak



Pic credit to Google. 

Wajib beli kalau ke pasar malam or bazaar Ramadan. Sapa sama macam aku? Sedap kalau dapat yang jenis letak ayam/daging banyak tu. Sanggup bayar lebih kalau dia letak daging tu lebih. Paling sedap kalau makan dengan jeruk bawang yang warna merah tu. Sedap nya... Yess orang utara memang suka murtabak dengan bawang tu... Jarang la layan dengan kuah kari tu...


Best kan semua makanan kat Malaysia ni.. Tapi kadang2 jadi tak berapa best sebab banyak faktor yang tak best.. Contohnya kekangan masa dan macam-macam faktor lagi. Lagi best kalau ada orang tolong deliver makanan-makanan yang Sedap macam ni kat kita kan. Sebab tu aku suka order makanan-makanan best dekat  food delivery, Food Panda . Dengan adanya Food Panda aku dapat menikmati makanan-makanan sedap di rumah tanpa perlu keluaq rumah rendah jem.. Kena isi minyak.. Bersesak2 di kedai, pasar malam... Cari parking lagi.. Dengan nak hadap kerenah anak-anak lagi kan...

Order saja dengan Food Panda... Setel masalah semua.... Tak payah nk pening-pening. Install saja apps dekat fon.. Lepas tu order saja. Tengok-tengok dah sampai depan rumah. Allahu... Nikmat mana yang aku dustakan ye dak?

Jap nak usha Food Panda dekat Sandakan ni. Rasa malas pulak nak keluar dari hotel ni pi beli makanan... Chowww







Assalamualaikum....

Tanggal 28 Nov Maka genap la usia Aishah Arissa 3 tahun. Kesian kan yang beranak hujung tahun ni... Baru masuk 3 tahun, lepas 2 bulan kena pi sekolah.. Kahkahhhhh


Eiiii macam tak puas lagi gomoi budak ni tengok dah besaq... 


Tengok dia duduk macam mana... Like a boss's OK... Ni masa birthday dia hari tu..... Shari lepas discharged dari kena influenza hari tu. 

Sebenarnya plan sempena birthday dia nak check in hotel. Nasib la pilih kt Agoda yang boleh cancel tu kan. Dalam pada duk demam on off sebelum kena admit tu aku decide nak cancel sebab duk nampak harapan stinggi gunung nak kena admit kan. Nasib awal2 dah cancel sebab plan nya nak check in sehari sebelum birthday dia. Huhu. Tapi xpa lah.. Dapat discharged pun dah satu Rahmat dah. 5 hari kena tahan kt Gleneagles rasa boringggg n lemau sangattttt. So syukur Alhamdulillah. Plannya awai2 nak masuk pulau sebab nak tengok tadika untuk dia tahun depan. Hahhahaha... Sekali lepas pi tengok tadika terus pi ke rumah baru... Saja letak barang skit2. 

And then apa lagi ajak la papa diorang ni tengok Frozen II n celebrate birthday dia ni. Pikiaq punya pikiaq nak celebrate kat mana.. Last2 kami decide nak celebrate dekat Irama Dining la kan sebab cita Frozen II kul 9.15 malam tiket dia. 

Sebab apa Irama Dining menjadi pilihan kami laki bini.. Dah tentu la sebab suasana dia yang best and makanan dia yang kompem2 sedap2 belaka tu... Aduhhhh.. Makanan dia memang xleh move on la sis.... 


Birthday girl dah hilang bam2 dia. 


Suka suasana dekat Irama Dining ni. Releks ja.. 


Tenkiu papa belanja kami semua makan. 



Jom la tengok kami order apa... 


Ni aku punya... Aku order yang dalam set tu. Tapi nasi aku request nak nasi ulam. Aku amik pais baramuda.. Sedap weh puas hati dengan set ni. 


Ni laki aku punya.. Dia order beef rendang. Sedap wehs.. Serius memang sedap. Tak sangka daging dia sebanyak and sebesaq tu kan. Daging pun lembut and juicy sangat rasa la segala rempah2 rendang tu. Sedap! 


Ni pulak yang adik ipaq aku order.. Dia order msak lemak tempoyak udang. Udang dia banyak OK n besaq2 pulak tu. And depa pakai udang laut na bukan udang bela tu OK.. So bagi aku kena la dengan harga dia.. Udang laut ni kalau hampa pi beli pun mau Sekilo duk ada rm65+. 


Sambai hijau petai. Saja aku order asing. Rasa dia tak pedas sangat. Kalau pedas lagi... Mesti lagi sedap la untuk aku yang gila pedas ni. 


Nyummehhhhh. 

Budak2 makan apa? Depa tu apa lagi.. Pasta.. Pasta... Tapi aku suap la jugak ecah dengan nasi aku kan... Sedap tengok dia makan. Dah ada selera balik dah. 

Lepas dah makan semua... Kami memang mintak lava kek untuk birthday Aishah. Beli yang besaq2 pun membaziaq ja.. Bukan habis makan pun kan. 


Birthday kek untuk Aishah dis year. 



Semoga Aishah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah dan menenangkan hati mama dan papa... And semoga Aishah sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Mama, papa n kakak semua Sayang sangat dekat Aishah Pot2. 


Lepas ja habis makan dekat Irama Dining... Kami pun terus gerak ke First Avenue untuk tengok Frozen II... Nanti kita review ehh pasal Frozen II









Menu simple tapi merecik hawauuuu

Untuk menu ni simple ja. Aku buat cara aku la kan.. Bukan la ikut recipe betul2 ayam Penyet ka apa ka. 
Ni pun ayam tu Guna air fryer ja. Senang keja aku. 

Recipe untuk ayam pun senang ja. 

Bahan-bahan:

Ayam... Aku suka Guna whole leg atau thigh atau drumstick
Kunyit hidup
Garam

Cara-cara:

1. Tumbuk kunyit hidup dan lumurkan dekat ayam. Jangan lupa lumurkan sekali dengan garam. 
2. Biar kan selama 30 minit. 
3.  Masukkan ke dalam air fryer. Dan spray sedikit minyak kat atas ayam tu. 

4.  Set kan suhu kepada 180 deg C dan set kan kepada 15 Minit. 


5.  Lepas 15 Minit, kalih ke bahagian lagi satu. 


6. Dah siap part ayam. Jom kita tengok part sambal ayam Penyet power rangers plak. 

Sambal Ayam Penyet power


Bahan-bahan:

Cili besar
Cili padi
Bawang besar
Bawang putih
Tomato
Belacan
Cuka
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara-cara:

1. 3/4 bahan-bahan di atas di blend Guna blender kasar. 
2. 1/4 bahan-bahan di atas ditumbuk kasar Guna lesung batu. 
3. Then dah siap satu kan sekali and letak cuka untuk perasa. Jangan lupa garam, gula dan serbuk perasa. 
4. Lepas tu, panas kan minyak dan masak sambal belacan tu. Masukkan air sedikit kalau terlampau pekat. 
5. Masak sampai pecah minyak. Dah siap. Boleh simpan untuk makan. Aku suka buat banyak2 sebab laki aku suka makan sambal belacan goreng ni... 

OK da siap. Dah lama x buat sambal belacan goreng ni. Nak kena buat stock la nanti..... 





Assalamualaikum

Dah lama x review pasal kedai makan kan. Yalah, disebabkan tak sihat sepanjang minggu lepas, ada Xmas Buffet review terpaksa tolak. Dah tak sehat kan, selera pun ke laut dalam kan. Rindu nak masak.. Rindu nak makan... Rindu nak ada selera makan dengan anak2. Tu la dia, bila sakit.. Habis nikmat hidup ni.

Actually dah lama peram, nak up kat blog tapi asyik krik2 ja kan... Bukan senang ok nak amik mood nk update blog bila dah ke laut dalam ni tau.

Kedai ni actually recommended by jiran kami, yaya sebab dia kata kat sini sizzling mee dia sempoi... Dah la lama gila x mkn sizzling mee oiiii... Mnjejes2 la nak rasa kan.


Ni lah kedai dia


Sizzling Mee dia
Nyummyyy


Mine... Sedapppp.. 
Letak plak cabai jeruk CKT.. Fuhhh lagi merecil hawauuu


Selain dari Sizzling Mee, depa ada gak juai char kueytiaw... Ada yang CKT special.. CKT sotong and CKT lamb chop. 


Well.. I'm not a fan of malay style CKT.. but this one... Rasa dia memang sedap. Cukup rasa semua OK. 
Laki aku ada order CKT lmab grill.. Tpi kami asing kan lamb grill tu dari CKT dia... Lamb grill dia tu sedap OK.. Lembut and juicy and tak over grill. Memang recommended sangat la. 




And yes... Depa ada jugak sate. My husband fav food.. Sate.. Sate dia sedap2 wei. Daging lembu lembut.. Lepas tu ada babat2 skit. 



Taknak kalah OK.. 10 ayam..10 daging lembu... 10 kambing... End up tak abih pun and terpaksa tapau bawak balik sebab kekenyangan sangat. Yang kat atas ni sate kambing.. Disebabkan kami tapau balik.. Esoknya tu pagi sarap dengan sate ni.. Panas kan dalam microwave sat.. Pastu ngap.. Still lembut and juicy.. Yang kambing ni padu gila rasa kambing dia. 



Tudia haaaa... Terbakooooo

Selain dari sizzling mee, char kueytiaw and sate... Kat sini ada gak juai nasi ayam. Tapi kami tak order pun la. Sebab Masing2 dah order dah ikut nak makan apa Masing2 kan. Maybe next time boleh try plak. Tengok Meja sebelah makan nasi ayam dia nampak macam sedap ja... 





Bagi hampa yang Teringin nak makan sizzling mee dia ka or Teringin nak rasa chat kuey tiaw dia.. Hampa boleh la try mai makan dekat sini OK... 

In Sha Allah sedap dan berpuasa hati. 

Untuk details :

Facebook : Kafe Budak Boss 


OK lah... Since da boring kt hospital asyik tidoq ja kan... And ni tengah duk neb gas pulak. So mari lah kita up satu entry untuk hari ni ya.

Kalau ikutkan plan Asal nak masuk ke Siam sebab nak beli beras etc. Tapi ntah macam mana kami laki bini rasa mcm malas plak nak masuk. Tanya Adriana nak pi Ke mana.. Dia cakap nak pi tempat sejuk. Yasss tempat sejuk mana lagi kan.. Tak Cameron.. Genting ja lah.. Tapi Genting tu aduh serba serbi mahal makanan dekat atas nuuu Haa. Baik la Cameron ja.

Kul 11.30 pagi decide nak pi Cameron Highland, pukul 12.30 baru kami gerak dari Penang. Memang unplanned gila2. Hotel pun tak book lagi time ni. Hahhahaha.

Cameron Highland ni tahun lepas rasa mcm tak pi. Kalau dak tiap2 tahun wajib naik ke sini. Tapi jarang la naik Time weekn... Selalu naik Time weekdays ja. But bila anak dah sekolah ni terpaksa la kan.


Mohon duduk diam2 ya kat belakang di cat seat Masing2. 


Mama jadi driver sat. 


Berkabusss yeayyy. Maksudnya kt atas sejuk gila la kannn... 

Finally sampai CH dalam pukul 4+ mcm tu. 


Besar2 kemain kan... Tapi sedih bila balik nak makan dekat hotel tengok half of it tak elok. Ni bukan beli yg murah OK. 


Budak2 la suka menda ni. 


Tengok si kakak tu.. Fav dia la stoberi choc ni. Adik dia tak suka Sgt stoberi sebab masam. Masa kt Perth hari tu ja dia makan stoberi sbb stoberi kt sana manis gilaaa... 


Scones.. Tak tau apa rasa sebab tak beli pun. 


Bergambor jap. 


Bergambor 4 beranak pulak. 


Nak kutip stoberi


Buah nya nanhado sangat... Bengkek betul aku. Ya lah kalau nak buat petik2 stoberi pun at least tinggal la buah yang semenggah skit kan. Ni haaa... Aduhh


Ni la kot paling elok aku rasa.. Buah Elok2 besar diorg (owner) kutip awal2 dlu


Ni kat luar kat tepi Jalan kat Kampung Taman Sedia tu. Geram aku part ni punya la BERLAMBAK stoberi yang Elok2 tak dikutip. Nak buat biz kutip stoberi is good. Tapi biaq la nampak ikhlas skit boleh takkkkk? 

Lepas da habis lepak kat Taman Sedia ni kami pun gerak nak ke hotel tapi sebelum tu singgah dulu makan steamboat. 



Sila jangan tamak ya. Ni aku order mushroom extra konon2 takut xckup. Sekali nahhhh.. X bersentuh pun.. Sayang ja





Not bad sos dia. Tapi laki aku kata sos steamboat jhonnys aku sedap lagi. Kahkahhhhh 


Makan dulu... 

Lepas makan ja steam boat dekat area Tanah Rata ni kami gerak ke Brinchang sebab kami book hotel dekat Brinchang. 

Kenapa tak stay Tanah Rata? Dah selalu sangat stay dekat area Tanah Rata. Kita Cuba la tempat lain pulak kan. And masa kami nak turun ke Brinchang tu Ya Allah jem dari arah Brinchang nak ke Tanah Rata tu. Masing2 nak ke pasar malam. Untuk orang macam kami yang tak suka crowded2 ni.. Memang pasar malam kat Tanah Rata tu tak koserrrr langsung la nak pi kannnn... 

And akhirnyaaaa.... 

Check in.... 



NOVA HIGHLANDS HOTEL dekat Brinchang. 

Nanti la sambung cita ya pasal hotel ni. Hotel ni not bad tapiiii...... 

Bersambung nanti



Positive Influenza

in , by Alia Farhan, 7:36 AM
Sebenarnya lately ni tersangatlah lemau nak update blog. Bertambah lemau lpas balik dari CH hari tu demam and tak sehat. Dah tak sehat..berlarutan sampai banyak hari pulak tu... Mula lah hati dah tak sedap.
Tak pernah rasa selsema n batuk seteruk tu.


Satu family pulak tu demam. Tapi yang positive influenza aku dengan Aishah ja. Tapi yang peliknya, aku kena influenza B n Aishah kena influenza A. And yes influenza A lagi teruk and kuat dari influenza B ya. And influenza A is known  as H1N1.


Tak pernah seumur hidup kena neb.. Tiba2 mai kena influenza ni terus kena neb. Yas ada bronchitis skit due to this influenza. 


Bosan oiiii. 


Kingdom of isolation.. And it's look like I'm the queen. 


Cepat la baik dik oiiii.. Mama dah ok niiii... Bday awak dah nak dekat... Nanti sehat kita pi tengok Frozen ya. 

Dari Sabtu hari tu admitted dekat Gleneagles Penang ni. Harap2 la ta kena admit lama kan. Dah lemau aku rasa ni... 

Len kali la aku cerita panjang lebar pasal kenangan kena influenza ni ya. 

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS