Menu simple tapi merecik hawauuuu

Untuk menu ni simple ja. Aku buat cara aku la kan.. Bukan la ikut recipe betul2 ayam Penyet ka apa ka. 
Ni pun ayam tu Guna air fryer ja. Senang keja aku. 

Recipe untuk ayam pun senang ja. 

Bahan-bahan:

Ayam... Aku suka Guna whole leg atau thigh atau drumstick
Kunyit hidup
Garam

Cara-cara:

1. Tumbuk kunyit hidup dan lumurkan dekat ayam. Jangan lupa lumurkan sekali dengan garam. 
2. Biar kan selama 30 minit. 
3.  Masukkan ke dalam air fryer. Dan spray sedikit minyak kat atas ayam tu. 

4.  Set kan suhu kepada 180 deg C dan set kan kepada 15 Minit. 


5.  Lepas 15 Minit, kalih ke bahagian lagi satu. 


6. Dah siap part ayam. Jom kita tengok part sambal ayam Penyet power rangers plak. 

Sambal Ayam Penyet power


Bahan-bahan:

Cili besar
Cili padi
Bawang besar
Bawang putih
Tomato
Belacan
Cuka
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara-cara:

1. 3/4 bahan-bahan di atas di blend Guna blender kasar. 
2. 1/4 bahan-bahan di atas ditumbuk kasar Guna lesung batu. 
3. Then dah siap satu kan sekali and letak cuka untuk perasa. Jangan lupa garam, gula dan serbuk perasa. 
4. Lepas tu, panas kan minyak dan masak sambal belacan tu. Masukkan air sedikit kalau terlampau pekat. 
5. Masak sampai pecah minyak. Dah siap. Boleh simpan untuk makan. Aku suka buat banyak2 sebab laki aku suka makan sambal belacan goreng ni... 

OK da siap. Dah lama x buat sambal belacan goreng ni. Nak kena buat stock la nanti..... 





Assalamualaikum

Dah lama x review pasal kedai makan kan. Yalah, disebabkan tak sihat sepanjang minggu lepas, ada Xmas Buffet review terpaksa tolak. Dah tak sehat kan, selera pun ke laut dalam kan. Rindu nak masak.. Rindu nak makan... Rindu nak ada selera makan dengan anak2. Tu la dia, bila sakit.. Habis nikmat hidup ni.

Actually dah lama peram, nak up kat blog tapi asyik krik2 ja kan... Bukan senang ok nak amik mood nk update blog bila dah ke laut dalam ni tau.

Kedai ni actually recommended by jiran kami, yaya sebab dia kata kat sini sizzling mee dia sempoi... Dah la lama gila x mkn sizzling mee oiiii... Mnjejes2 la nak rasa kan.


Ni lah kedai dia


Sizzling Mee dia
Nyummyyy


Mine... Sedapppp.. 
Letak plak cabai jeruk CKT.. Fuhhh lagi merecil hawauuu


Selain dari Sizzling Mee, depa ada gak juai char kueytiaw... Ada yang CKT special.. CKT sotong and CKT lamb chop. 


Well.. I'm not a fan of malay style CKT.. but this one... Rasa dia memang sedap. Cukup rasa semua OK. 
Laki aku ada order CKT lmab grill.. Tpi kami asing kan lamb grill tu dari CKT dia... Lamb grill dia tu sedap OK.. Lembut and juicy and tak over grill. Memang recommended sangat la. 




And yes... Depa ada jugak sate. My husband fav food.. Sate.. Sate dia sedap2 wei. Daging lembu lembut.. Lepas tu ada babat2 skit. 



Taknak kalah OK.. 10 ayam..10 daging lembu... 10 kambing... End up tak abih pun and terpaksa tapau bawak balik sebab kekenyangan sangat. Yang kat atas ni sate kambing.. Disebabkan kami tapau balik.. Esoknya tu pagi sarap dengan sate ni.. Panas kan dalam microwave sat.. Pastu ngap.. Still lembut and juicy.. Yang kambing ni padu gila rasa kambing dia. 



Tudia haaaa... Terbakooooo

Selain dari sizzling mee, char kueytiaw and sate... Kat sini ada gak juai nasi ayam. Tapi kami tak order pun la. Sebab Masing2 dah order dah ikut nak makan apa Masing2 kan. Maybe next time boleh try plak. Tengok Meja sebelah makan nasi ayam dia nampak macam sedap ja... 





Bagi hampa yang Teringin nak makan sizzling mee dia ka or Teringin nak rasa chat kuey tiaw dia.. Hampa boleh la try mai makan dekat sini OK... 

In Sha Allah sedap dan berpuasa hati. 

Untuk details :

Facebook : Kafe Budak Boss 


OK lah... Since da boring kt hospital asyik tidoq ja kan... And ni tengah duk neb gas pulak. So mari lah kita up satu entry untuk hari ni ya.

Kalau ikutkan plan Asal nak masuk ke Siam sebab nak beli beras etc. Tapi ntah macam mana kami laki bini rasa mcm malas plak nak masuk. Tanya Adriana nak pi Ke mana.. Dia cakap nak pi tempat sejuk. Yasss tempat sejuk mana lagi kan.. Tak Cameron.. Genting ja lah.. Tapi Genting tu aduh serba serbi mahal makanan dekat atas nuuu Haa. Baik la Cameron ja.

Kul 11.30 pagi decide nak pi Cameron Highland, pukul 12.30 baru kami gerak dari Penang. Memang unplanned gila2. Hotel pun tak book lagi time ni. Hahhahaha.

Cameron Highland ni tahun lepas rasa mcm tak pi. Kalau dak tiap2 tahun wajib naik ke sini. Tapi jarang la naik Time weekn... Selalu naik Time weekdays ja. But bila anak dah sekolah ni terpaksa la kan.


Mohon duduk diam2 ya kat belakang di cat seat Masing2. 


Mama jadi driver sat. 


Berkabusss yeayyy. Maksudnya kt atas sejuk gila la kannn... 

Finally sampai CH dalam pukul 4+ mcm tu. 


Besar2 kemain kan... Tapi sedih bila balik nak makan dekat hotel tengok half of it tak elok. Ni bukan beli yg murah OK. 


Budak2 la suka menda ni. 


Tengok si kakak tu.. Fav dia la stoberi choc ni. Adik dia tak suka Sgt stoberi sebab masam. Masa kt Perth hari tu ja dia makan stoberi sbb stoberi kt sana manis gilaaa... 


Scones.. Tak tau apa rasa sebab tak beli pun. 


Bergambor jap. 


Bergambor 4 beranak pulak. 


Nak kutip stoberi


Buah nya nanhado sangat... Bengkek betul aku. Ya lah kalau nak buat petik2 stoberi pun at least tinggal la buah yang semenggah skit kan. Ni haaa... Aduhh


Ni la kot paling elok aku rasa.. Buah Elok2 besar diorg (owner) kutip awal2 dlu


Ni kat luar kat tepi Jalan kat Kampung Taman Sedia tu. Geram aku part ni punya la BERLAMBAK stoberi yang Elok2 tak dikutip. Nak buat biz kutip stoberi is good. Tapi biaq la nampak ikhlas skit boleh takkkkk? 

Lepas da habis lepak kat Taman Sedia ni kami pun gerak nak ke hotel tapi sebelum tu singgah dulu makan steamboat. 



Sila jangan tamak ya. Ni aku order mushroom extra konon2 takut xckup. Sekali nahhhh.. X bersentuh pun.. Sayang ja





Not bad sos dia. Tapi laki aku kata sos steamboat jhonnys aku sedap lagi. Kahkahhhhh 


Makan dulu... 

Lepas makan ja steam boat dekat area Tanah Rata ni kami gerak ke Brinchang sebab kami book hotel dekat Brinchang. 

Kenapa tak stay Tanah Rata? Dah selalu sangat stay dekat area Tanah Rata. Kita Cuba la tempat lain pulak kan. And masa kami nak turun ke Brinchang tu Ya Allah jem dari arah Brinchang nak ke Tanah Rata tu. Masing2 nak ke pasar malam. Untuk orang macam kami yang tak suka crowded2 ni.. Memang pasar malam kat Tanah Rata tu tak koserrrr langsung la nak pi kannnn... 

And akhirnyaaaa.... 

Check in.... 



NOVA HIGHLANDS HOTEL dekat Brinchang. 

Nanti la sambung cita ya pasal hotel ni. Hotel ni not bad tapiiii...... 

Bersambung nanti



Positive Influenza

in , by Alia Farhan, 7:36 AM
Sebenarnya lately ni tersangatlah lemau nak update blog. Bertambah lemau lpas balik dari CH hari tu demam and tak sehat. Dah tak sehat..berlarutan sampai banyak hari pulak tu... Mula lah hati dah tak sedap.
Tak pernah rasa selsema n batuk seteruk tu.


Satu family pulak tu demam. Tapi yang positive influenza aku dengan Aishah ja. Tapi yang peliknya, aku kena influenza B n Aishah kena influenza A. And yes influenza A lagi teruk and kuat dari influenza B ya. And influenza A is known  as H1N1.


Tak pernah seumur hidup kena neb.. Tiba2 mai kena influenza ni terus kena neb. Yas ada bronchitis skit due to this influenza. 


Bosan oiiii. 


Kingdom of isolation.. And it's look like I'm the queen. 


Cepat la baik dik oiiii.. Mama dah ok niiii... Bday awak dah nak dekat... Nanti sehat kita pi tengok Frozen ya. 

Dari Sabtu hari tu admitted dekat Gleneagles Penang ni. Harap2 la ta kena admit lama kan. Dah lemau aku rasa ni... 

Len kali la aku cerita panjang lebar pasal kenangan kena influenza ni ya. 

Fuhhh lamanya tak update blog ni kan.
Dah bersawang2 dah ni... 
Tapi tu la better late than never kan... 
Kali ni nak cerita pasal satu apps best ni... Ada yang dah tau psal apps ni.. Ada yang tak tau pun kewujudan apps ni.



Nak share skit cara nak Dapat cashback balik bila shopping atau booking hotel atau ticket flight etc...
Cara dia mudah ja:


Download apps Shopback dekat play store, lepas tu click sini (  https://app.shopback.com/mys?raf=5okWb1) untuk  Dapat cash RM5 dalam account. 

Lepas tu setiap kali nak shopping, boleh bukak apps Shopback ni dan pi ke :

*shopee
* lazada
* althea
*hermo
* zalora
* agoda
*booking
*Traveloka
* Malaysia airlines
*klook
* Singapore airlines
* Qatar airways
* emirates
Etc


Banyak OK merchants yg join... 

Percentage of cashback depends dengan merchants yang hampa Guna untuk shopping


Nah... Semua buat thru dis app... Baru ha hari tu withdraw.. Ni dah ada cash lain plak... Kaching2 kan


Selamat mencuba shopping di Shopback and earn some money back

Yang Bestnya lagi contoh aku pengguna tegar Agoda kan... So aku Dapat 2 cashback. Dari Shopback Dapat.. Dari Agoda pun dapat.

Tengok kat atas tu berapa banyak dah Agoda cash yang aku kumpul. Cuma beza ya Agoda Cash ni aku xleh withdraw dalam bentuk cash.. Tapi kena spent amount tu utk stay kat mana2 hotel thru Agoda. And ada amount yang ada expiry date dia. And bg baru2 ni pun ada guna Agoda Cash utk stay dekat hotel.

So hampa jangan lupa ya install Shopback to win cashback OK. Nak Dapat RM5 dalam account free2 n buta2 ja sapa nak bagi kan.. Jangan lupa click dekat SINI
Haaa tu diaaa... Mai mood rajin nak blogging... Semua dia nak tapau... Alahhhh kasik la chance sat kannn... Time ni la nak rajin kan... Sambil2 dengaq lagu Backstreet Boys.. Solat Zohoq dah.. Tunggu satgi nak pi hantaq mengaji plak.. Sambil2 duk golek kita blogging la...

OK la nak cerita skit pasai bayam Brazil ni. Kalau hampa nak tau kat group fb yang kebun2 ni.. Ni antara pokok yang tengah fames la 2 3 tahun ni.. Satu sebab senang nak bela.. Lepas tu banyak khasiat dia pulak tu...



Jom tengok khasiat bayam Brazil ni:


  1. Melawan kanser
  2. Mengekalkan kesihatan mata
  3. Sumber vitamin K
  4. Menguatkan tulang
  5. Membantu menurunkan berat badan
  6. Meningkatkan sistem imuniti badan
  7. Membantu sistem penghadaman
  8. Mengelakkan daripada sembelit
  9. Membantu melancarkan darah
  10. Mencegah anemia
  11. Mengatasi masalah gusi
  12. Mutrisi yang baik untuk pembesaran
  13. Mengekalkan stamina
  14. Mengekalkan kesihatan mulut
  15. Mengikat kalsium
  16. Mencegah penuaan pramatang
  17. Mengekalkan kesihatan ibu mengandung
Selain dari banyak khasiat... Bayam Brazil ni jugak sedap di akan mentah atau buat masak. Kalau Tanya aku yang rajin masak ni. Aku prefer buat ulam or salad ja. Sedap sebab crunchy and tak berlendiaq. Aku ni tak suka sayoq yang berlendiaq ni. Prefer yang crunchy lagi. 



Antara salad Brazil yang aku buat. Paling sennag letak teloq rebuih.. Lepas tu bubuh kewpie dressing yang sesame tu.. Sedapppp


Haaa yang ni pulak campoq dengan daging salai... Crab stick.. N teloq rebuih.. Sedap gilos ok


Hat ni buat ulam ja. Sedap sebab crunchy!

Cara Tanam pun senang ja... Contoh macam aku yang suka buat ulam ni.. Lepas makan tu.. Jangan la pi buang batang dia. Hampa simpan la skit daun2 yang kecik tu... Lepas tu pi ja cucuk kat tanah... In Sha Allah kalau cucuk 5 batang.. Maybe 3 4 batang akan hidup yang lagi 1 2 tu kiok... Tu biasa la.. Tapi pokok dia... Memang senang la nak hidup cerita dia. 


Bayangkan aku beli dekat nursery aku bias api satu pasu ni ja... Dalam RM5 macam tu... Balik gunting2 amik daun.. Batang aku cucuk2 dekat pulak kat pasu lain... 
Sekarang ni tengok ada banyak mana.. 
FYI aku baru beli 2 minggu lepas ja.. Sebab pokok aku yang before2 ni mati sebab ada satu time tu pnas sangat and aku tak cara sangat ke pokok2 aku tum


Ni Haa banyak tak.. 


Ni pulak yang baru cucuk hari ni lepas lunch tadi. Daun buat ulam. Batang cucuk balik. 

Senang kan.. Jimat duit belanja dapoq. Untuk orang yang tak suka masak sayoq macam aku n yang prefer makan ulam.. Aku suggest hampa bela la bayam Brazil ni sebab sennag gila nak hidup OK... Dengan lani weather so London ni.. Lagi la senang nak keluaq daun membuak2 dia tu... 

OK lahh.. Chowww









© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS