Decor and Moving Out

in , by Alia Farhan, 11:07 AM
It was so emotional decision ever to make. Moving out to the place I call home almost 9 years is going to be an emotional process for me...

As I done some packing some stuff which still a lot to do.. I have gone through all this emotional feeling. God, I love this place. This is the place where I start my life alone... Balik kerja duduk sorang2... Dah kawen duduk dengan laki dekat sini. Bila da beranak.. Balik dari berpantang duduk dekat sini.. Anak2 me besaq dekat sini. Anak2 start merangkak dekat rumah ni.. Brjalan dekat rumah ni..


Biar tak besar... But everything within the reach❤️❤️❤️
This was taken in Syawal month 2019...


I'm not gonna hide this emotion as I was attached to this house a lot. This is not just a house... I called it home... Because there is no place like home.. Pi la tdoq hotel 5 bintang mana pun.. But the mattress in d world belong at our own home... That's the feeling me n my husband have after a long journey. Balik2 sampai rumah after a long journey... Assalamualaikum.... Fuhhhh no place like home🏑🏑🏑

I'm gonna keep the memories of living here in my blog... So bila nanti dah tua2 boleh tengok balik and remembering all those sweet memories we had here.  Haishhhh... I'd been so emotional about this house. I hope the future tenants can take care of this house.


My current decor October 2019.


In her room.. Which apparently she never sleep in... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Nnt rindu dekat sudut ni.. 


Selalu feeling2 kuruih bila tgkap Gambaq dekat sini.. Hahahha


Tempat melayan anak2 nak picnic kat balcony.. Hahhah


Kenangan Ecah dekat rumah ni.. 


Dapoq tempat mencurah kasih sayang kepada keluarga tersayang. 

Rumah ni la jugak saksi aku pernah burnt out masa reja dulu... Tak boleh tdoq almost every night.. Tengah2 malam duk mncuci rumah.. Kemas rumah.. Deco rumah sampai 3 - 4 pagi... Gila time tu stress.. Rasa kalau biaq Lama2 lagi boleh me larat sampai depressed aku rasa kalau tak ambil keputusan untuk resigned. 

Fuhhh macam2 kenangan dekat rumah ni... 
OK la taknak panjang2 nanti aku yang lagi emo mnjadi2 sebab nak pindah ni. 













Assalamualaikum... 

Lama pulak tak cerita pasal menu-menu yang aku selalu la jugak masak selain kari kari kari dan kari ulang sampai lebam. Hahhaha 

Aku paling suka makan asam pedas Melaka ni sebab dia ada rasa yang aku suka.. Pedas, masak dan manis.. Lepas tu dengan aroma dari daun kesum dengan bunga jantan tu... Fuhhh marvelous gila... Wallahhh gitohhhh...



Kalau orang belah2 utara ni asam pedas kami tu jenis yang rebus2 tu.. Aku kurengg skit.. Biasa yang utara tu kami akan buat jenis ikan or keladi la yang paling femes. Aku suka jenis tumis yang Melaka style ni lagi. Hahahha. Derhaka sangat uiii orang Kedah ni.. Tapi apa pun nak buat asam pedas melaka ni tak lah susah mana bagi aku. Ni cara aku la... Maybe lain orang lain cara dia... 

Ni cara aku la ya.. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara2 nak buat ya.. 


Bahan-bahan:

Ayam ketul.. Aku suka bahagia 2 tulang tak suka isi
3 suduibu sambal
Sekeping asam keping / air asam jawa
Bunga kantan
Daun kesum
Garam
Gula
Serbuk perasa



Cara-cara:

1. Panaskan minyak, dan masukkan 3 sudu ibu sambal dan masukkan asam keping/ air asam jawa.
2. Kemudian tambah air patut padan and masukkan daun kesum.
3. Then masukkan ayam and last sekali masukkan bunga kantan.
4. Perasakan ikut taste bud korang sebab aku guna ibu sambal, rasa da ada sikit2 so aku tambah garam gula semua tu sikit2 ja nak bagi balance rasa pedas masam manis tu.

Dah siap. Senang ja kannnn... 


Assalamualaikum


Credit to Google 


Macam semua orang tau.. Rambut adalah mahkota wanita. Aku pun antara salah seorang yang sangat2 mementingkan penjagaan rambut ni.


(Credit to Google) 
Ada ka yang bangun pagi rambut mngerbang macam ni? Hahahha


Ya kalau dulu aku suka rambut aku yang tebal and panjang ni. Tapi bila umoq dah meningkat ni mula la rambut gugur la.. Beruban la.. Paling teruk kalau bercabang... NO NO NO...

Paling aku stress bila tengok lantai rumah banyak gila dengan rambut. Erghhhhh tak boleh akuuu... Paling drastic keputusan aku buat tahun ni adalah potong rambut aku...


(Credit to Google) 
Dari rambut panjang n layered mcm ni... Aku potong mcm kat bawah ni


(Credit to Google) 
Paling drastic n paling cute.. Hahahahha
Nak jaga pun senang.. Shampoo n conditioner pun x pakai banyak. Selamat duit. 


(Credit to Google) 
Sebenaqnya stail jugak rambut pendek tak pendek sangat ni kan... 


(Credit to Google) 
Aku kalau bukak tudung macam ni lahh. Auchhhh. 

And untuk rambut beruban... Sebab kan rambut aku ni warna dark brown tak brown.. Bila kena cahaya Acah2 brunette macam rambut anak2 aku.. So bila dah tua2 ni makin senang beruban.. Arghhhh lagi satu stressssss... 



Rambut Si Aishah... Dia ada wavy hair that I wish I had.. Haha




Rambut Si Adriana.. Si kakak... 
Yes semua menurun ikut warna rambut aku... Tapi yg ni betul2 ikut sbijik.. Warna rambut.. Straight.. Lebat... 

Rambut warna ni la dulu masa masuk sek menengah kena keji sebab kata dye rambut kan... Truth is... Xpernah pun dye rambut masa sekolah Dulu2... 

Cuma lani bila da tua2 rambut makin kurang Black pigment and cepat jadi grey hair iaitu uban.. Stress gila.. Ada masa kalau banyak sangat uban aku akan stress and start cabut... Lepas tu makin meriah n rancak depa duk kluaq.. Lepas tu aku geram.. Aku inai kan rambut aku.. So bayangkan makin merah la rambut aku. Memang dari dark brown nampak brunette terus. Hahaha. 

So bila lepas inai kan rambut, yang aku perasan rambut akan makin sihat and bersinar. Shining gitu.. Lepas tu kurang gugur.... Lepas tu boleh la feeling Adele Sambil mnyanyi Rolling In The Deep gitohhhh.... 

Teringin nak ada rambut hitam bersinar. Tapi orang cakap tak elok inai kan warna hitam kan. Sebab ada khilaf kata menyerupai Yahudi yang suka warna kan rambut depa warna hitam. Wallahualam. Aku ni inai kan rambut sebab geram oii tengok uban tu.. Lepas tu laki aku tak beruban.. Aku pulak uban berlambak2. 


Hampa pulak macam mana... Apa stail n Gaya rambut yang hampa suka? Kita walaupun berhijab..tapi rambut kena jaga naa.. Rugi laa kalau hijab elok.. Tapi rambut kepammmm, lepiaq.. Mengerbang n berminyak... Tak gituhhh sisthur2 sekaliannnn..... 

Aku guna inai apa untuk warna kan uban aku tu? Aku guna inai yang serbuk tu.. So far memang rambut aku yang dark brown ni memang jadi brunette. Hahhaha.. 


(Credit to Google) 
Ni lah warna rambut aku sekarang. Serius bukan pakai any hair dye ya. Memang pakai inai. Maybe senang jadi warna ni sebab rambut aku tak hitam sangat macam rambut orang2 lain... 

So peribahasa rambut sama hitam.. Hati lain2 tu tak applicable untuk aku ya... Hahhaha... 


Disebabkan aku tak boleh pi tengok Joker sebab tak sesuai bawak anak2 kan... So aku kena juga ubati kekecewaan aku dengan tengok cerita Maleficent 2 : Mistress of Evil ni. Wajib kena pi sebab aku memang tertunggu2 nak tengok Angelina Jolie dalam cerita ni.

Tapi tak tau la bongek mana la pi share spoiler lepas sehari keluaq.. Perangai jangan nak pun*** sangat boleh dakkkk... Kalau ya pun nak glamer n nak orang reshare.. Hang tggu at least 2 minggu keluaq ka boleh dak syaitonnnn....haishhhh kan da makan makiii....heee geram pulak aku... Dah la cerita in details... Syaiton sangat... 


The evil mom or the evil mom in law? 


Walaupun dah tau secara details melalui spoiler tu... Aku tetap kagum dengan cerita Maleficent 2 : Mistress of Evil ni. Cerita dia tersangat lah cantik bagi aku... Sampai aku rasa nak sangat2 pi ke Moors tu... 


Jawline dia ni.. Tajam sungguh 

Macam biasa la Angelina Jolie ni kalau tak lawa bukan nama dia Angelina Jolie la kan. Cantikkk hooiii minah ni.. Girl crush tahap diabetes ni... Part paling sedih aku rasa part anak dia tak percaya dengan dia.. Ya lah.. Hampa tau kan macam mana Maleficent ni sikit punya Sayang dekat Aurora ni kan. 


Ni yang Maleficent 1st..part yang dia syuh2 suruh Aurora jangan ikut dia tu.. So chomels.. 


Aku siap pesan kat Adriana lagi.. Adriana kalau duk buat galak macam ni nanti mama tenyeh cabai kat kakak tau. 🀣🀣🀣
Geram aku tengok kegatalan Aurora dalam ni.... 


Battle of moms-sie...


Eiii punya jahat macam Firaun perangai. 


Tapi siot ja lah.. Sepanjang cerita ni main aku boleh tau apa nak jadi lepas ni.. Lepas ni.. Sebab apa.. Sebab spoiler terlondeh habis tu la... Kojaq sapa bagi spoiler terlondeh habis tu.. Eiii geram betui aku... 





Cantiknya Moors ni


Apa pun overall aku bagi cerita ni 5 bintang la sebab best gila... Cuma aku tak puaih hati Aurora tu awatttttttttt... Gataiiii sangatttt... Eiiiiii gerammmm... 

Apa pun.. Cerita ni bagi aku antara WAJIB tonton untuk 2019 ni... 

Now aku tak sabaq nak tengok Frozen 2 setelah tengok trailer dia sebelum tengok Maleficent 2 : Mistress of Evil tu... 

Pesanan aku kat yang suka duk buat2 spoiler terlondeh habihhhh tu.. Duk diam bolehhhh dakkkkkkkkkk







Bila aku upload Gambaq nasi goreng stail arwah tok aku.. Ramai pulak yang cakap waaa sedapnya.. Ni buktinya simplicity at its best gitohhhh.

Ni la nasi goreng yang arwah tok aku selalu masak kat kami adik beradik dulu2. Yes kami me besaq arwah tok yang bela sebab mama n abah reja kan. So anything yang tok masak adalah yang tersedap.. Sama la jugak kalau mama masak. Cuma ayaq tangan Masing2 tetap tak sama kan.

Aku ni serius paling benci kalau nasi goreng yang aku order kt kedai jenis2 yang letak sos.. Lepas tu pakej dengan kicap pulak.. Tak pun hitam berkicap ja.. Memang aku pangkah.. Tpi ada satu nasi goreng kicap yang kt dunia ni aku suka.. Kat Kedai Kak Lia.. Nasi goreng dia walaupun kicap sedap gilaaa.

Aku grown up dengan nasi goreng arwah tok aku yang simple macam ni or kalau semalam tu ada lebih2 isi ikan.. Ada la isi ikan dalam tu. But this one is d best. Sama macam mak aku.. Nasi goreng mak aku pun spesis tak pakai kicap and sos.. Sebab tu aku agak anti nasi goreng kicap and sos ni kecuali nasi goreng kerang Kak Lia.. Hahahha.. Kak Lia senyummm skittt😜

And kalau aku pi kedai2 tomyam pun kalau lapaq nak makan nasi goreng.. Mesti order nsi goreng kampung or nasi goreng ikan masin ja.. Kalau Teringin nak makan daging merah.. Memang xkan order nasi goreng daging merah.. Mesti akan order nasi goreng kampung.. Daging merah 1..haaaa giteww.

Long intro pulak kannnn..
Sebab ada yang Tanya resipi kan...
Gambaq pun tak proper.. Tapi takpa lah kan..
Sebagai kenangan gak di sebalik cerita nasi goreng orang Dulu2 ni. Jom tengok bahan-bahan and cara-cara dia.

Bahan-bahan :

Ikan bilis.. Lagi banyak lagi sedap
2 biji Bawang besar dipotong nipis
5 ulas bawang putih dipotong nipis
5 biji Cabai kering.. Potong serong
Nasi sejuk
Garam
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sampai nampak agak ranggup. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cabai kering. Goreng/ saute sampai Masing2 nampak layu/masak/kekuningan.
2. Then masukkan nasi sejuk dan perasakan dengan garam and serbuk perasa. Goreng la basi tu sampai nasi dia agak ranggup. Sebab aku suka nasi tu rasa ranggup skit.

Dah siapp... Memang simple2 gini ja nasi goreng tok aku. Tapi boleh menambah2 oii.



Hai semua...

Ada peminat ikan keli dak dekat sini? Kalau ada.. Meh sini high five sikit. Sedap kan.. Buat la goreng garing ka.. Bakar ka.. Masak berlado ka.. Masak lemak ka.. Gulai ka.. Fuhhhh semua sedappp Ya Allah


Credit to Google


Part makan memang suka.. Tapi part nak bersiang, nak hilangkan Lendir and hanyir dia tu aduhhh leceh betul kan... Haihhhhh

Sebenaqnya ada banyak gila tips nak buang lendiaq n hanyiaq ikan keli ni. Tapi bagi aku ni la yang paling berkenan gila2. Berkesan dan senang gila.

Tapi cara ni hampa kena plan la skit meal hampa. Contoh bila hampa beli ikan keli ni, bukan terus nak masak la2 tu jugak. Sebab cara aku ni berkesan kalau hampa guna untuk masak keesokkan hari nya.

Cara dia mudah ja. Lepas ja hampa beli tak payah Cuci2.. Terus bawak masuk dalam peti ice kat bahagia beku tu.


Ni seketul bawak keluaq dia dari freeser. Biar dia defrost sendiri. 


Ni lepas bawak keluaq dari plstik. Tak nampak lendiaq dia tu pun. Serius lepas aku beli ni aku tak cuci apa langsung tau.  Memang penuh dengan darah n lendiaq2 dia tu. 


Dah lepas cuci Perut semua tu. Elok ja kan. 

Serious method ni paling senang. Aku tak suka Guna asam ka apa ka.. Nanti bila terover rendam guna asam tu nanti kulit dia yang hitam tu macam luntur2 jadi warna putih. Lepas tu isi dia jadi macam lenyiaq2 or jadi macam pelik semalam. Sebab tu suka buat macam ni ja. 

Ada tak hampa yang guna kedah ni jugak? 





© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS