Assalamualaikum

Kali nak cerita pasal pengalaman join
#HondaBloggersTestDrivePNG2019. Satu pengalaman baru untuk aku to be frank. Selalunya dapat jemputan untuk review makanan ja kan. Kali ni something different pulak. Kali ni berpeluang untuk test drive kereta Honda pujaan ramai umat manusia di Malaysia. Kenapa aku kata ramai? Sebab ya Honda adalah pilihan pertama untuk kereta-kereta import Di Malaysia OK. Ni terbukti setelah Honda nearly hit their 900k sales for their third quarter this year. Bravo Honda! As one of their user, I'm pretty sure that I know the strength of Honda's cars. 




Untuk pengetahuan hampa semua, kami berpeluang untuk drive Honda Civic, Honda CR-V dan Honda HR-V. Bagi aku ke tiga-tiga kereta ni mempunyai kekuatan masing-masing. 

Untuk test drive kali ni kami berpeluang untuk mencuba ketiga-tiga kereta ni di sekitar Pulau Pinang. Bermula di Iconic City kami bergerak ke Eco World di Batu Kawan, seterusnya ke Balik Pulau untuk mencuba pengalaman test drive di kawasan Balik Pulau yang jalannya agak mencabar. 




Pengalaman pertama aku adalah dengan Honda Civic yang bagi aku sangat Sporty dan Chic sangat. Aku suka design Honda Civic ni. And as one of the Civic's user.. Aku sangat impress dengan technology Honda. Ya bayangkan lah aku memang pakai Honda Civic.. Tapi yang lama lah kan...


Civic ketam aku panggil. Comel😍



Dengan kak El Darwena.. Partner test drive hari tu. 

Paling aku perak buih adalah handbreak dia. Aku punya handbreak still yang batang kena tarik prakk tu ya. But this one tekan macam power window. Apo? Hahhaha Perak sangat aku hari tu. Eh tu belum lagi berenti dekat traffic light hang tak payah sibuk2 change to N gear. Push button BREAK HOLD sudehhhh. Dia tolong break kan kt korang. Nak jalan tekan  minyak... Haa giteww... Ehh terasa batak di situ😝




As usual la kan.. Civic ni memang terkena di kalangan kaki2 kereta. Eh memang design Civic ni dari dulu kegilaan ramai Mamat2 keta kan.


Ni masa salah satu activity masa unloading barang dekat boot n load dekat competitors.. The same spec gitu la. 


Ni loading ke kereta competitor... Patung tu xmuat.. So dah kena bawak masuk la dekat dalam. Huhuhu.. Civic win jugak dekat boot ni. 






Kereta kedua yang di test drive hari tu. 


Kereta kedua yang telah di test drive oleh aku adalah CR-V. bayangkan turn aku bawak CR-V adalah dari Balik Pulau ke area Karpal Singh melalui Air Hitam and of course la kena lalu Paya Terubong. Dalam hati oh no... Seriauuu weiii. Dah la reta besaq.. Aku mana pernah drive reta besaq2 ni. Adui la seram wei serammmm. Tapi selamba ja lah test drive kan. Surprisingly aku takdak la rasa kekok ka apa masa drive CR-V tu.


Tengok jalan tu. Boleh tahan kan.. Nasib la bawak Honda. 
Handling pun smooth ja... Kalau nak tau CR-V tu kira hi spec SUV Honda la kan. Untuk model yang aku bawak ni 1.5L Vtec Turbo Charged kata kauuuu. Masa drive tu syiok ja.. Rasa tinggi and macam bawak bas.. Hahahhaha



Special features.. Adaptive cruise control



Luasss.. Tak payah berebut2 nak letak ayaq tealive ni. 


Walaupun 1.5L Vtech Turbo Charged, tapi serius CR-V ni bagi aku power. Paham2 la Jalan dekat Balik Pulau and Paya Terubong tu macam mana kan. Bukit nya... Masa naik bukit... Tak rasa CR-V ni under power dengan engine 1.5L nya kan. Ya lah.. Turbo charged kot. So memang lah power. Takdak la rasa mengaum2 masa nak panjat bukit tu kan. I'm so impressed! Honda guarantee this CR-V 1.5L Vtec Turbo Charge is equal to 2.4L engine. And energy consumption pulak adalah 7.0L/100km. Aiyoo maaa... Very energy efficient kan which qualifies CR-V  as energy efficient vehicles(EEV) .



Antara salah satu yang aku suka pasal CR-V ni adalah teknologi Honda Sensing dia tu. What is Honda Sensing? Meh la aku share skit apa yang gempak sangat dengan Honda Sensing ni Haa.




Honda Sensing ni adalah Next generation technology yang make use of radar and camera to reduce immitant danger n collision. Kiranya Honda Sensing ni nak minimise kan risk of bahaya n accident la untuk pengguna dia. Yang ni applicable untuk 1.5L Vtec Turbo Charge ya. 






Ada satu time tu masa aku drive CR-V ni ada satu moto ni dekat la sebelah kiri aku. Sekali stereng aku vibrate and ada bunyi beep2. Haa gitewww canggihhh. 






Ni adalah salah satu features yang ada dekat Honda Sensing ni. Bila hampa bagi signal belah kiri dia akan terpapar dekat screen ni untuk tengok blind spot. Belah kanan takda ya sebab selalunya belah kanan memang kita akan nampak and alert. 


Untuk increase fuel efficiency usage ha gituuuu. 


Design boot dia takyah cakap la memang besaq and spacious dia. Bayangkan this CR-V can fit 2 medium size luggages and one big size luggage, one big size coleman cool storage dan macam2 jenis bag lagi. This one without baring kan seat dekat passenger belakang tu OK.


Boleh set ikut ketinggian. So xdak la yang rendah tu kena lompat untuk katup pintu boot ni. 


Masa test drive ni kami ada aktiviti loading and unloading barang ke dalam kereta Honda dan load barang ke dalam kereta competitors... Ternyata ke tiga2 jenis kereta yang aku test drive ni mempunya spacious boot compared to their competitors. Yang ni compared by level2 la kan.


Tengok load kt dlm CR-V boot tu. 


Gila banyak kan boleh muat dalam CR-V ni. Aku jatuh chenta teruk dengan CR-V ni. Hauuauauua



Ni comparison dengan boot kereta competitor ya. Alamak luggage satu dah tak muat. Yang coleman cool storage tu lagi la tak muat dah nak sumbat. 


And kereta terakhir yang di test drive oleh aku adalah HR-V Hybrid. Macam yang semua tau la kan kalau sebut hybrid ja mesti kita tau jimat minyak kan. Tapi aku duk la ingat HR-V ni hybrid dia yang jenis hang kena pi duk plug in charge apa ke menda dekat Station ka apa ka. Sekali bukan. Eh kalau bukan macam mana dia charging. Untuk HR-V ni, dia akan auto charging masa hampa Guna break hampa. Or masa tengah jam dalam keadaan static or unmobile dia akan charging bateri tu. And FYI, full tank HR-V Hybrid ni boleh pakai pi balik Penang-Kl. Wala weiiiii. Gila jimat noksss. Design pun cantik bagi aku HR-V ni. Dia tak la besaq mcm CR-V kan. Sesuai la sweet2 perempuan pun boleh bawak kan. So awek cun macam aku ni pun sesuai la nak pakai macam ni kan.

Ni antara features yang ada dekat HR-V hybrid ni.






Mechanisms how their engine works... 




Kiranya bila hampa bawak HR-V ni dekat dia punya ni akan changing color bila Hijau Eco(battery) mode.. Biru (engine) mode.. Merah (sport) mode...


Ni Haa tengah charging battery tu. Nampak tak jadi warna biru.. Dekat sini la yang nanti change color tu. 



Ni gear shifting dekat dalam HR-V Hybrid. 



Yang paling best hybrid ni, dia punya warranty untuk bateri adalah 8 years ok. So no issue la kalau hampa takut ada masalah dengan battery dia ka apa ka. Adik aku kata takut nanti after 8 years problem ka.. Susah pomen luaq nak buat.. Bagi aku.. Aku percaya.. Teknologi ni manusia akan sentiasa upgrade. So by the time I years tu aku rasa pomen2 kat luaq pun dah up to date dah giteww Haa.. Inginia kapai terbang ni suka pikiaq jauh2 sangat derrrrr.

And part paling penting untuk aku ni adalah boot. Untuk HR-V Hybrid ni boot dia spacious jugak. Walaupun bukan lah sebesar Cr-v tapi tetap besar dari competitor lain dalam range yang sama.


Ni boot HR-V ya. Spacious kan. Aku suka gila keta yang boot besaq ni. 

So dalam ketiga2 kereta ni hampa rasa aku paling suka kereta mana???!!! 



Ramai yang aku Tanya kat Fb hari tu jawab mesti Civic kan. To be frank... Aku suka ketiga2 nya. Handling ketiga2 kereta ni smooth and stunning as usual kan. Nama pun Honda. Memang smooth ka handling dia. Kalau duit banyak tiga2 nak amik. Hahahha. Taknak kalah OK. 


Tapiiii kalau la ada rezeki lebih.. Aku suka and nak CR-V sebab features yang ada dekat CR-V tu. Dengan safety aspectnya. 



Pilihan hatiku selaku perempuan sasa abad ini. 



Tapi kalau tak Dapat CR-V, HR-V hybrid pun dah ok bagi aku. Aku ni sebab dah ada 2 kereta sedan. So aku memang taknak dah la kereta sedan. Sebab tu I will go for SUV. Sebab memang aku suka SUV pun. Dan yang paling penting bagi aku kena selesa la kan. Boot kena besaq. Lagi pulak ada anak2 kecik ni stroller lagi. Eh macam2 la nak sumbat. And mana tau nak tambah anak ka nanti. Ehhhh... And yang paling penting kat bahagian back passenger ni room leg dia ada more space. 


Selesa wei duk kat belakang ni. 

Oh lupa nak habaq.. The new Civic yang akan launch dalam masa sebulan lagi akan mai dengan technology Honda Sensing yang ada dekat CR-V pujaan hatiku. So sabaq sat sapa yang nak beli Civic. Hampa tunggu beli hat baru nahhh. 


Tapi tu la.. Berangan memang indah kannn... Kalau ada duit semua indah kannnn.. Betui dakkkk? Tapi lagi indah kalau menang kereta free dari Honda! 
Sapa takmau kan? 

Kalau hampa nak tau, Honda akan memberi 9 buah kereta Honda kepada hampa-hampa yang bertuah atau mungkin bagi dekat aku sebab aku bertuah. Ehhh. *Finger crossing.  Honda bersama Tealive, Unifi dan Syok akan bersama memberi kepada hampa yang bertuah pelbagai jenis kereta Honda. Cara dia pun mudah sajia hampa. 



Jom sama2 check out cara nak menang kereta Honda 








Cara nak menang di Honda Authorised Dealer. 



Jangan lupa cari car emblem macam kat atas ni.. 

Kalau dengan Tealive pun senang jugak OK... 



Macam mana nak menang?
Beli any tealive drink, snap pic dengan minuman hampa dekat standee, complete the caption and hantaq wassap dekat depa.
Kamon guys.. Easy peasy kannnn... Who knows u could be the lucky one? Or perhaps me the lucky one.. Ehhh



Dengan Syok hampa boleh menang Honda City! 



Cara dia senang sajiaaa

Download apps @syok dan isi segala details yang diminta... Lepas tu jangan lupa habaq kat depa pasai pa hampa nak menang kereta Honda dan jadi bangsa H. 

Jangan lupa isi  borang dekat sini ⤵️⤵️⤵️ https://en.syok.my/win/syok-ing-honda-giveaway

And jangan lupa habaq tau habaq kat depa psaipa hampa nak menang kereta Honda. Untung sabut timbui Dapat la Honda City buta2 n pree2 ja...
Takkan hampa takmau kot. 

And for Unifi Users. 


This one is for Unifi user. Untung lah korang. Aku xdak unifi sebab rumah aku selebet cable unifi pun xnak lalu. Ahhh benci ahhhh. So yang ada Unifi jangan lupa join OK. HR-V kot.. Takkan takmau. Ahhh Sayang miss the chance for HR-V wei aku niii.. 


Semoga aku adalah salah seorang dari mereka yang bertuah untuk menang kereta dari Honda ni. 9 Pemenang bertuah akan dapat salah satu merata dari model Jazz,City,City Hybrid, BR-V, HR-V Hybrid, Civic, Accord dan CR-V. ohoiii syiok ya kalau menang kannnn


For more details mengenai kempen 'Road to 900000th unit Milestone campaign', jangan lupa check out dekat sini

Website:

Facebook:





Credit to Spineuniverse.com

Dah banyak hari aku duk sakit pinggang. Paling kritikal sebab hari Rabu hari tu pi KL balik hari sebab ziarah sedara laki aku mninggal dekat KL. Yala, sebab duduk dalam kereta ja dah berapa jam. Lepas tu pulak ada duk duduk kat lantai. Posturr badan pulak tak betui. Bila bangun tu Ya Allah... Rasa macam nak menangis weiii 😭😭😭 Allahu sakitnya.

Semalam bed rest pun macam tak bed rest kan. Biasa lah anak2 kecik memang la mcm tu. Sat2 nak makan la apa la. Laki pulak kena la pi tengok kerja kan semalam. Hari ni Jumaat baru berkesempatan untuk pi jumpa orthopaedic dekat Gleneagles Penang ni.

Lama dah sepatutnya pi jumpa doc kan. Tapi sebab takut punya psal. Bertahan ja. Seram bila baca pasal slip disc. Seram bila baca operation pasal slip disc and all that. Omaigod... Omaigod.. Takut nya 😅

Sampai ja dekat counter untuk registration outpatient tu miss tu Tanya nak jumpa doc mana.. Terus minta ortho yang tak ramai que patients dia. So dia miss tu bagi aku appointment untuk jumpa Dr Khoo ni.

Bila masuk jumpa Dr Khoo tu aku explain la bla bla bla. So dia minta aku baring untuk dia check dekat tempat dia sakit tu. Start dari tulang belakang sampai ke tulang dekat pinggang nak ke tulang ekoq tu. Adoiii.. Mengerang aku bila sampai dekat pinggang tu.

Lepas dia tekan2 tu dia cakap probably macam bukan slip disc. Sebab aku ada point dekat tempat tertentu aku sakit. Dia minta untuk tekan tempat yang sakit tu and suruh aku releks sebab dia nak bagi muscle aku releks. Sebab lani muscle aku yang sakit. Muscle spasm katanya. Ada dua points dia tekan tadi. Mula2 rasa macam nak terajang ja. Lepas tu Lama2 aku rasa muscle aku dah releks dah. Kiranya dekat dua points yang aku sakit tu. Dia tekan dekat tempat yang sama tu dalam 1 minit mcm tu la. Lepas ja tu, dia suruh aku bangun. And surprisingly aku dah tak rasa sakit hazab kebedah macam yang aku rasa sebelum2 ni.

Rasa macam ringan and free from pain gitu. And totally it works for me. So duduk la balik dekat kerusi tu and doc tu explain kat aku pasal muscle spasm ni. Kiranya aku lega la jugak sebab dia cakap simptom ni bukan simptom slip disc. If slip disc you akan sakit kaki and tak boleh brjalan dah. And you akan sakit dekat bahagian pinggul kiri kanan yang saya tekan tadi tu.

Dia ada Tanya gak aku amik ubat apa.. Aku just amik Panadol Extend for these few days so dia cakap aku dah extend kena makan Celebrex or Arcoxia dah. So he prescribed and asked me to buy at outside pharmacy. Dia kata kalau dekat sini mahal. Huwaaa... Sbijik macam Dr Cheah paeds anak2 aku. Kalau dah ada ubat tak prescribed dah ubat tu.

And Dr Khoo pun suggest aku untuk beli roller/massage ball untuk tekan point tu kalau your husband not around. He even show me how to use the ball and tekan macam mana. Siap suruh beli dekat Lazada ja. Hahhahaha. And satu lagi dia suggest untuk Guna yang patch panas yang selalu orang Guna untuk reduce inflammation dekat muscle. Ala yang jenis panas tu.

And dia cakap if tak OK gak after buat utk releks kan muscle tu... Then mai balik clinic dia.. Dia akan arrange for Xray or MRI. If not.. Then no need.

But Alhamdulillah at least his answer actually ease what I've been thinking this past few years. Takut oiiii. Semua takut. Takut nak jumpa doctor. Takut kalau betul slip disc.. Haihhh semua la. Baca plak risk operation slip disc semua tu lagi buat aku risau to the max.


Pic credit to above Web. 

Scary kot kalau betul benda ni. Ni kira kalau product ni.. Kira defect la😅
Risk masa operation pun high jugak😬


Credit to Mr Google. 

Hat ni yang apa aku kena. 
Duduk serba tak kena. 

Ni antara apa yang aku cari kat YouTube macam mana nk reduce muscle spasms dekat lower back. 




So ni lani lepas ni kalau jadi lagi boleh la try ni and buat. 


Ni la roller ball untuk tekan dekat point yang sakit tu. Dr Khoo suruh beli kat Lazada ja. Huhu. Thanks Dr. 


Atau pun Guna heat patch macam ni untuk reduce pain. 

So lepas ni kena standby la heat patch lplllpp n}pppppp} Apapuni and beli roller ball tu untuk Guna bila muscle spasm menyerang. 

Apapun, Alhamdulillah la Harap2 la dengan apa yang Dr Khoo ni ajar aku. Aku tak payah la lagi nak tanggung sakit yang dasyat ni. Orang yang tak pernah kena mesti kata ala sakit pinggang ja pun... Aku pernah beberapa kali kena sampai tak boleh nak bangun dari katil. Terpaksa jatuh kan badan dekat lantai dri katil and bangun slow2 Sambil tahan sakit. Lepas tu duk pegang perabot habis sebab nak support punya la sakit time tu. Painkiller biasa tak Jalan time tu.. Memang suruh laki aku beli Arcoxia kat farmasi time tu. Dapat tu lega lah skit. Tapi yalah.. Sampai bila nak depends dengan ubat kuat macam tu. At least bila da tau alternative and punca tu lega la juga kan. One of the main reason aku pernah accident and jatuh from moto. So impact dia memang sampai sekarang kdang2 rasa mngilu dekat tulang pinggang tu kalau tengah baring then Aishah mai duduk ka. Ya Allah memang serius seram. Another thing is my weight la kan. Dah gemuk ni of course la it is one of the main reason kan. Baru ja nak IF dah kena sakit pinggang ni.. Tak berani la nak IF2 sangat ni sebab kena telan painkiller kan. Huhuhu. 

Another way nak kurang kan gejala sakit belakang sebab muscle spasm ni adalah dengan reduce weight la kan. Rasa macam nak kena puasa direct for the whole year kecuali time period ja kot baru la berat ni boleh kurang kan😂😂😂. And aku ada tnya gak any supplement u would like to suggest me to take. Dia cakap actually for this no supplement but u can take calcium pill to ensure ur bones are healthy. Tapi aku ingat dulu masa mngandung orang cakap kalau selalu cramp kaki sebab tak cukup calcium kan? So lepas ni marilah kita amalkan Ostematrix Shaklee balik ya. 

So for those yang suffering back pain or lower back pain yang terlampau teruk. Pergi pak check. Consult with the specialist. Jangan assume sakit hang sama dengan aku. You need the expert to examine you. Aku just cerita kan pengalaman aku ja. So for those yang ada sakit tu cepat2 la jumpa doctor. It will be easier to know the condition and to know how to overcome it in future rather than worrying like me before. Bongok betul la rasa. Huhuhu. 

Ni pun tadi lepas mandi I asked my husband to put some hot cream... I'm using Mustajab and then press at the points yang aku sakit tu. Sedap ja rasa lepas tu. Alhamdulillah sebab dah Dapat solutions sedikit sebanyak to overcome this problem. 

OK la.. Tu aja nak cerita. Tidur malam ni taj payah la nak amik painkiller sebab rasa way much more better than before kan. 


Ni la Dr Khoo yang rawat aku. Tenkiu Dr Khoo. Hampa orang Penang kalau sakit belakang ka sakit tulang belulang ka. Boleh la try pi kt Dr Khoo kat Gleneagles Penang ni. Kat Gleneagles Penang ada 8 orang Doctor Specialist dalam Orthopaedic ni siap ada sub specialist Masing2. 

Bye semua. Take care. 










Dah lama duk cari nak tengok cerita ni. Sekali baru perasan dah ada kt Netflix. So apa lagi. Marilah kita menontonnnnn.

Cerita ni biasa lah dalam genre romantic comedy. Best jugak. Not bad. Lawak2 Pastu ada musical skit kan. Sesuai la dengan aku yang suka tengok cerita santai2 ja ni. Dah 3 series ni malas nk tengok cita2 yang membebankan otak ni.



Cerita ni mengisahkan Natalie yang berbadan gempal/gemuk macam aku ni yang bkerja sebagai arkitek. Macam biasa la stigma selalu kalau orang gemuk/x cantik ni macam x deserve la appreciation gitu. Selalu dianggap coffee lady la apa la... Natalie ni tak percaya la dengan romantic love story ni. Kiranya semua tu semua sampahhhhh and tak wujud pun.



Sampai la satu hari tu dia pengsan sebab terhantuk kepala dia dekat besi masa kena rompak dekat subway. So start dari situ dia wake up to a different new world. No more New York smell shity. Pendek kata dia sedaq dia macam duk ada kat the whole new world la.. Macam dalam love story love and dia watak utama dalam cerita tu.


Dah la masa dia kat dunia love2 tu siap Liam Hemsworth tangkap syiok dekat dia. Pastu kawan baik dia yang laki yang selama ni duk syiok kat dia.. Yg selalu kena friend one dengan dia tanpa dia sedaq plak bercinta dengan Priyanka Chopra. And start dari situ la dia mula sedaq something.



Biasa la. Kalau kt real world tu. Orang gemuk and tak lawa ni biasanya selalu akan ditindas. Dah ditindas orang under estimate pulak hang punya qualifications. Shit betui. Apa ingat orang gemuk ni tak pandai and tak layak ka nak ni.. Ehhh emo pulakkkk.

Nak tau last dia macam mana.. Hampa kena tengok lah naa. Best cerita ni. Si Rebel Wilson ni punya baju lawa2 dalam cerita ni walaupun dia kategori plus size tapi baju dia serius lawa2... Aku suka tengok baju2 dia dalam cita tu.. Pastu si Liam Hemsworth ni pulak first time aku tengok dia berlakon. Duk pikiaq macam mana la dia ni boleh kawen dengan si Pelik Miley Cyprus tu. Tapi aku suka lagi abam dia Si Chris Hemsworth tu... Auwwww Thor kesayangan😍

Rating:

4.5 / 5.0

Haaa Disebabkan this few days duk sakit pinggang. Sat rasa macam nak patah pinggang.. Sat rasa macam nak putuih pinggang.. Sat rasa macam sengai2 ubi pinggang ni.. Aiyayai.. So kena la banyak2 bawak bed rest ya.

Tapi dah nama pun ada anak2 kan. Si kakak pulak cuti sebab jerebu. Sat2 mama kakak lapaq.. Sejam sekali OK kakak lapaqqqq.. Mama kakak lapaqqqq sangat2 🙄🙄🙄

Mama hang macam nak tercabut urat pinggang bila anak nak macam. Esok la baru pi check sebab esok papa tak busy sangat. Elok nak bed rest adik pulakkkk... Mama yakkkkkkkk. Alahai... Lemah mama sebab nak kena bongkok... Itu yang paling lemah sebab itu yang paling sakit. Semayang memang semayang duduk la cita dia.

Masak? Masak gak tpi yang simple2 la. Tadi lunch beli ja. Petang goreng nugget dengan karipap Guna air fryer ja. Senang hati omak hnag ni. Malam setelah puas berpikiaq nak masak apa. So teringat lah resipi yang pernah tengok dekat utube ni untuk travel.

Ada mat salleh ni masak spaghetti dia dump semua dalam mini rice cooker ja. Senang hidup aku nanti travel nak buatcm tu gak.

Jom tengok bahan-bahan dia.


Tomato 2 biji
Paste cili blend 2 sudu
Bolognese suace
Ayam cincang/daging cincang2.. Aku guna isi burger ja sebab tu ja yang ada
Bawang besar
Bawang putih
Minyak untuk menumis
Mixed herbs
Spaghetti
Garam
Kiub ayam
Gula

Cara-cara dia pulak kena ada rice cooker la ya.

1. Tekan button COOK dekat rice cooker masing-masing. Panas kan minyak untuk menu is bawang besar yang da didadu dengan garlic yang dah di "crushed".
2. Biar bahan2 tumis tu naik bau, then masukkan 2 sudu cili blend tu. Then masukkan bolognese sauce tu and masukkan daging/ayam cincang tu. Aku tak a so aku guna ja daging burger.
3. Jangan lupa masukkan sekali tomato yang da dipotong2. Aku suka ada rasa serat2 tomato tu sebab tu aku letak jugak tomato fresh.
4. Masukkan air then masukkan spaghetti. Spaghetti tu jangan lupa patah kan dua. Kalau tak memang tak muat la nak masuk kan.


5. Make sure button masih COOK bukan WARM ya. And biar kan spaghetti tu masak. And jangan lupa tutup periuk ni dengan tudung dia ya.
6. Once bila da turn tu WARM tu korang boleh la perasaan dia dengan letak segala perasa and mixed herbs tu...



It's doneee bak kata Eina Azman

Eh macam  tak nampak plak. Hee nampak ke idakk tuuu. 


Rasa? Sedap la.. Cara campak2. Tak payah nk buang masa rebus bagai dah. Campak ja terus. Lepas tu siap. 

Dah sakit pinggang ni malas nau aku nak kecah2 dapoq tu. Paham2 la bila mnum is buat2 kuah macam gini nanti meletop2 la eh malas akuu nak mengemas bagai. 

Campak2 ja terus dalam ni. Siappp. 





Actually dah banyak kali dah makan kat sini kalau nak pi kl ka mana ka. Tapiiii sebab ya selalu pi time hari cuti.. So penuh la dengan umat and aku tak sempat pun nak pi usha2 apa yang ada. Selalunya laki aku ja yang duk pi beli lauk semua. Aku duk ngan dua orang mek ni.

Kali ni sebab pi time weekday so lapang la aku nak jalan2 cuci mata sat pun. Kalau weekn tak lalu tengok crowd dia weiiii

Jom kita Cuci2 mata dlu apa ada.


Ni kat stall yang jual lauk2 berkuah etc tu. 


Laki aku rambang mata leww teww. 


Gulai Kambing umbut pisang


Aku dah ambil macam dekat bahagian bakar-bakar sekali jumpa patin tempoyak favourite aku ni. Huwaaa stress. 


Rebung tu pun fav😭


Terung berlado


Ni aku tak ingat dah apa. 


Sambal tempoyak 😍


Harga OK la bagi aku. 


Kerabu oiiii. Tapi dah amik macam dah. 




Ni pulak kat sudut bakar-bakar






Ada macam2 kan.. So memang kat sini dah rambang mata gila. 
Serius semua nampak sedap2. 

Jom tengok kami amik apa ok



Basically kat sini. Hampa pilih nak apa.. Lepas tu buh la dalam dulang ni. 


Nyumsss 


Kambing salai bakar


Masak lemak telor itik


Fav! 


Ikan talapia bakar masak lemak. 


Ayam Kampung bakar. 


Gulai kambing umbut pisang and nasi bamboo. Sedapppp. 

Overall bagi aku memang sedap la lauk2 dia. Kena ngn tekak aku yang kekampungan ni. Kalau tak sedap takkan la repeat makan berkali-kali kat sini kan. 


Hampa kalau nk pi time weekend memang ramai la. And maybe kena parking jauh skit la. And maybe jugak kena berdepan dengan perokok2 yang cacat otaknya and takda adab main smoking ja. Budusss betul jenuh beruk matyeh ni.. 

Apa pun kalau nak pi jangan lupa exit dekat Sungkai kalau dari Tol Plus Utara-Selatan tu. 


Nasi Bamboo Sungai Klah
Kampung Buloh Telor, 
35600 Sungai, 
Perak
0175167592




Actually hari ni dan semalam aku kena lower back pain. Eh aku rasa dari hari Ahad malam. Ni kira nak masuk hari ketiga. Tadi ingat nak beli ja makanan kat luar. Tapi memandangkan aku kena makan ubat n lagi sakit aku nak kena bangun berdiri banyak kali dari kereta untuk beli makanan semua tu. Maka struggle la masak walaupun tengah tahan sakit. Sapu lah krim Mustajab penuh pinggang oiii.

Bila dah siap masak Dapat la makan nasi and makan ubat cepat2. Dengan harapan sakit go away. Ni rasa OK skit bila baring dekat katil and bed rest. Tapi karang nak bangun dari katil dia punya sakit tu mmg boleh menangis😩


Senang nak buat. Janji sedap ja



Sebab da sakit.. Nak cepat. Masak yang simple2 ja lah janji sedap kan. Daging bawak keluar dari freeser terus Guna microwave set untuk defrost. Kalau nak tunggu defrost sendiri memang tak makan la aku.

Lepas 10minit defrost daging.. Mostly part daging dah tak kejung dengan ais. So da boleh potong and bila dengan air bagi hilang ais2 tu skit. Jom lah tengok bahan-bahan dan cara aku buat daging goreng kunyit yang sedap dan simple ni.

Bahan-bahan:

Daging.. Potong lawan urat.. Kalau tak keras
Bawang besar
Bawang putih
Cabai melaka.. Aku letak ja sebijik2 macam tu.. Nak makan tenyeh sendiri
Cabai besar.. Potong la serong2 skit.
Kacang buncis
Daun bawang
Serbuk Kunyit
Garam
Serbuk perasa
Gula
Sedikit lada hitam kasar

Cara-caranya:

1. Panas kan minyak. Bila nampak minyak dah start panas masukkan daging yang da dipotong tadi dan masukkan serbuk kunyit sekali.
2. Goreng seketika sampai keluar semua air daging sampai la air daging tu kering. Then masukkan air skit.
3. Biaq sampai air tu kering and masukkan bawang besar yang dipotong.
4. Then masukkan bawang putih, cabai melaka dan cabai besar td.
5. Jangan lupa perasaan dengan garam, serbuk perasa dan gula.
6. Sebelum tutup api masukkan kacang buncis dan goreng kejap. Then last sebelum tutup api masukkan daun bawang dan kacau sekata. Time ni boleh letak skit lada hitam yang kasar2 tu.
7. Dah siap untuk dihidangkan. Kalau suka berkuah. Letak air skit. Macam aku ikut mood. This time nak makan yang tak berkuah sangat. Cukup lah minyak yang dari goreng daging tadi tu.


Macam ni da sedap. Siap terus makan dengan nasi and makan ubat. 

And lepas tu kalut pulak pi amik Adriana dekat sekolah tadi. Now nak bed rest sbb taknak banyak gerak since pinggang ni sakit kan. Ni pun ok skit sebad dah makan ubat. Rasa nak ja bedrest jap kat hospital tapi tu la. Nanti anak2 dengan husband kesian pulak. 😔😔😔

Ada tak yang ada masalah sakit pinggang yang kronik? Aku risau la nak pi check tapi dalam masa yang sama tak tahan sangat skit ni. Ni dah kali ke berapa dah kena ni. 😔😔😔



© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS