Assalamualaikum hampa semua. 

Kali ni nak cerita pasal Burger & Lobster, Genting Highland. Dah lama gila pi. Tapi dari tak cerita langsung.. Baik aku jot down here and simpan buat kenangan kan. Kalau tak silap ni cerita tahun lepas bulan 8 or 9 macam tu la. Fuhh lama dah kan. Tapi xpa la better late than nevaaa gitu haaa. It was my second time actually. 


Dah tak payah nak pi London dah. Genting Highland pun hado ahh. 


Menu dia simple macam gini ja ha. 


Husband was choosing what to have that time. 


Lobsterssss... 


How it looks like in the restaurant. 


Gettin ready for the meal. 





Sedap.. The lobster ni macam ala2 masak masam manis like that. Ni makan dengan bread tu. Bread tu nanti cicah dengan kuah lobster ni pastu ngappp. 


Close up skit. 


Burger yang aku order. 


Nyumss





Request medium well. 


Aftermath. Hahahhahah. Dasyat dakkkk. 

My rating:
4.5/5.0

My comment:

1. Masakan untuk lobster dia sedap. Aku suka. 
2. Burger dia pun sedap. 

Akan repeat? 

Not sure. Sebab dah dua kali makan kan. Lagi pun bukannya dekat and bukannya murah. So dua kali pun dah OK kot. Yang penting kalau hampa mengidam nak makan Burger & Lobster tak gaduh la nak pi London dah pun.. Genting Highland pun hado noks. 




OK la kali ni aku nak cerita pasal satu mart kecik yang baru buka.. Kira betul2 dekat rumah aku ni... Satu block away ja cerita dia. Apa yang Bestnya mart ni adalah dia tak besar mana tapi cukup best untuk aku buat groceries shopping.



Paling aku teruja sayur2 and buah2 dia semua best2. I can get my fav fruits supplies non stop lepas ni... Passion fruit!

Jom meh aku nak tayang skit.


Ikan keli rm4+ Sekilo.. Apa ka gilanya😅



Ikan puyu pun ada. Sedap wei. 


Temenung frozen


Ni habuan nak bancuh buat coq udang OK apa. 

Jom tengok Barang2 lain pulak


Walaupun xbesaq.. Tpi aku suka sebab dia mcm memahami kehendak aku.. Kahkahhh 



Passion fruit aku ni Sekilo rm9 ja. 


Jom lah tengok harga sayur dia yang jurah2 ni

Pak choy 4 kupang ja banyak niii. Hahhaha


Tomato punya banyak 2 ringgit. 


Ni pun banyak kot.. Kedai aceh mau 2 ringgit. 


Ni pun banyak OK aku amik


Finally ada yg juai da kopek siap.. Senang reja akuuu


8 biji rm5. 


Ni ikan jenahak dia pun murah Sekilo rm26 ja.. Dapat la sekoq rm19+



Paling penting passion fruit aku murah noksss.... 


Esok rasa mcm nak buat asam pedas jenahak. 😍😍😍

Best gila sebab da ada yg dekat dengan rumah aku and aku xpayah nak pi jauh2 dah. Selesa la nak beli dalam ni.. Best sebab tak crowded sangat.. Susunan pun nice. 

Cuma satu ja yang tak best sebab aku dah nak pindah dah dri Juru ni ha.. Uwaaa... Sedihhh... 





JUALAN BUKU BIG BAD WOLF KEMBALI LAGI KE PULAU PINANG!
Jualan Buku kegemaran rakyat Malaysia membuat persinggahan ketujuh
dalam siri jelajahnya ke seluruh negara bagi memupuk minat membaca


BUKIT MERTAJAM, 18 JULAI 2019 – Susulan kejayaan besar Jualan Buku Big Bad Wolf di Gurney Paragon pada tahun lalu, Jualan Buku Big Bad Wolf kembali lagi ke Pulau Pinang pada 18 hingga 28 Julai 2018, bertempat di Mydin Mall Bukit Mertajam! Warga Pulau Pinang diseru agar tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Jualan Buku tersebut yang akan dibuka dari pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam selama 11 hari dan masuk adalah PERCUMA!

Dikenali kerana menawarkan diskaun menarik antara 75% hingga 95% berbanding dengan harga runcit yang disyorkan, Jualan Buku Big Bad Wolf akan menampilkan koleksi buku beraneka yang terdiri daripada genre yang berbeza. Dalam sepanjang tempoh Jualan Buku berkenaan, para pelanggan boleh mendapatkan buku-buku dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris dari judul-judul terlaris hinggalah novel remaja, buku kanak-kanak, kisah cinta, sains fiksyen, jenayah, thriller, buku perniagaan, seni dan reka bentuk, buku masakan dan banyak lagi.

“Berdasarkan pengalaman Jualan Buku Big Bad Wolf Pulau Pinang yang lalu dan juga dengan pembukaan cawangan BookXcess di Gurney Paragon pada awal tahun ini, kami mendapati bahawa masyarakat Pulau Pinang sememangnya gemar membaca buku dan sentiasa menyokong kami. Dengan itu, Pulau Pinang telah menjadi satu destinasi yang mesti kami lawati untuk Jualan Buku kami . Disamping itu, kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan serta maklum balas yang diberikan. Kini, kami kembali lagi dan untuk kali ini kami akan membawa Jualan Buku ini ke Seberang Perai,” kata Pengasas Jualan Buku Big Bad Wolf, Andrew Yap.

Sementara para pengunjung mempunyai pilihan beraneka jenis buku daripada pelbagai genre yang berbeza, ibu bapa yang hadir juga pasti akan berasa teruja kerana dapat menemukan buku-buku yang sesuai untuk si kecil mereka. Yakin bahawa minat membaca perlu dipupuk dari awal usia, Jualan Buku Big Bad Wolf turut menawarkan pelbagai pilihan buku kanak-kanak yang terdiri daripada buku aktiviti, buku mewarna, buku cerita dan banyak lagi.

Selain daripada buku-buku yang disediakan, para ibu bapa juga boleh mendapatkan Buku Ajaib yang turut dijual dengan potongan harga istimewa sepanjang tempoh Jualan Buku berkenaan dijalankan. Dengan menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) yang merevolusikan cara si kecil membaca, Jualan Buku ini akan menampilkan 13 judul menarik dengan kandungan yang terdiri daripada kisah teladan dan kisah dongeng terkenal. Disamping watak-watak yang “boleh dihidupkan”, buku-buku interaktif ini dapat membantu proses pembelajaran kanak-kanak di mana mereka boleh membaca, bermain dan belajar pada masa yang sama.

Selain daripada itu, Jualan Buku Big Bad Wolf di Pulau Pinang tahun ini turut menampilkan lebih daripada 40 penerbit tempatan seperti Kualiti Books, Sasbadi, PTS dan Pelangi yang sedia menawarkan buku-buku pendidikan pada harga yang istimewa. Turut ditawarkan di Jualan Buku berkenaan ialah judul-judul novel kegemaran rakyat Malaysia oleh Buku Fixi, Lejen Press, DuBook Press dan Iman Publication.


Berpegang teguh kepada kepercayaan bahawa setiap insan di dunia ini berhak untuk belajar, Jualan Buku Big Bad Wolf telah mengaktifkan sayap Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)  miliknya iaitu program Red Readerhood (RRH) menerusi hasil kerjasama dengan empat organisasi tempatan iaitu Teach For Malaysia, Persatuan Perlindungan Kanak-Kanak Pulau Pinang, Rumah Kanak-Kanak Salvation Army Pulau Pinang dan HOPE worldwide Pulau Pinang. Bagi memulakan program Red Readerhood ini, Jualan Buku Big Bad Wolf akan menyumbangkan 200 buah buku kepada kanak-kanak berusia antara 5 – 17 tahun di bawah jagaan organisasi-organisasi berkenaan. Para pengunjung juga dialu-alukan untuk turut menghulurkan bantuan dengan mengunjungi sudut Red Readerhood yang terletak berdekatan kaunter pembayaran dan boleh menyumbangkan buku mengikut pilihan masing – masing.

Sejak permulaannya pada tahun 2009, Jualan Buku Big Bad Wolf bertegas untuk meneruskan usahanya serta penjelajahannya ke seluruh dunia dengan membawakan buku-buku pada harga mampu milik. Tahun ini, Jualan Buku Big Bad Wolf telah berjaya menjelajah ke negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan akan membuat kemunculan di negeri-negeri lain seperti Terengganu dan banyak lagi sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk meraikan Jualan Ulang Tahun Ke-10 pada Disember tahun ini.

Selain daripada buku, para pelanggan juga boleh mendapatkan magnet serta lencana Big Bad Wolf di Jualan Buku berkenaan.

Untuk mendapatkan maklumat terkini harian, sila ikuti #BBWPENANG2019 di:
FACEBOOK: fb.com/bbwbooks
INSTAGRAM: @bigbadwolfbooks

Maklumat mengenai acara:

Jualan Buku Big Bad Wolf Pulau Pinang 2019

Tempat: Mydin Mall, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tempoh Jualan: 18 – 28 Julai 2019
Masa: 10:00 pagi – 12:00 tengah malam
Masuk adalah PERCUMA!

Assalamualaikum hampa semuaaaa
Sehat ka dak tuuuuuu... Ada dak kat sini org2 Penang or hampa yang plan nak mai bercuti di Penang dalam masa terdekat ni?
Kalau ada apa kata hampa try pi Buffet dinner dekat Royale Chulan Penang yang best ni.



Bertemakan The Asian Mash Up, Royale Chulan Penang membawakan hampa makanan2 fusion dari Asia. Nak tau apa yang ada dalam list makanan The Asian Mash Up ni? Jom kami nak tunjuk dekat hampa apa yang Royale Chulan Penang sedia kan untuk hampa.


Pencuci mulut




Aneka jenis kek


Pencuci mulut yang walaa


Yes pencuci mulut lagi guys. 


Lagi2 pencuci mulut. 


Here comes the menu2 utama:


Char kueytiaw | pasta sambal sotong 



Aneka nasi berperisa
Nasi tomato  | nasi beriyani | nasi dalca | nasi hujan panas



Aneka lauk pauk yang sedap2. 


Fuhh udang tuuu❤️❤️❤️


Kambing golekk... Fuhhhh


Seafoods... Nyummmyyy. 

Jom tengok selection dekat APPERTIZER pulak. 


Kangkong sotong tu win. Sedap okkk. 


Major loves for the salads selection. Makan pulak dengan seafood tu kan. Memang terbaikkkk. 

Let see, what I ate that nite. 



The plate that comes with my copyright content is mine dengan salads and kambing dekat tepi tu. Yang depan2 tu belongs to kak sha. Hhahaah. Buat kenduri la kami


Thanks Royale Chulan Penang for having me. 

For those interested to have dinner here, meh aku bagi tau details pasal dinner ni OK. 


Every Friday from 5th July 2019 onwards

Sri Tanjung Cafe
6.30 - 10.00pm
RM75.00 nett (adult), RM50.00 nett (senior/child)

1 senior eats for free with every 2 paying adults

Laman sesawang

Facebook

Instagram

UPDATE 

Bersempena bulan kemerdekaan ni, Royale Chulan Penang buat promotion cuma RM60 nett. 




So hampa tunggu apa lagi.. Jom la pakat ramai2 kita terjah Royale Chulan Penang guys. 






Assalamualaikum

Holaaa... Kali ni nak cerita sikit pasal resipi sup ayam cendawan ala siam yang mudah gila ni...


Sebab tajuk dia cendawan.. Cendawan kena meriah noks


Untuk sup ni.. Korang akan nampak dia macam tomyam.. A light tomyam la kan... Adriana pun ingat tomyam tadi masa balik dari sekolah.

Serius senang gila buat menda alah ni.. So jom la meh aku share bahan2 and cara buatnya.

Bahan-bahan :

1. Bawang besar and bawang putih untuk menumis.
2. Kiub ayam
3. Garam
4. Ayam (aku guna bahagian dada.. Potong la ikut suka mcm mana pun)
5. Fish ball
6. Filament ketam.
7. Cendawan enoki
8. Cendawan straw
9. Chilies flakes.
10. Setengah biji limau nipis.



Ni yang brand aku beli tu. Nak pakai chilies flakes biasa pun tarak hal. 

Cara-caranya:

1. Panas kan minyak Dan tumis bawang besar Dan bawang putih.
2. Masukkn air, ayam dan Kiub ayam.
3. Bila dah mendidih dan nampak ayam dah masak, masukkn cendawan tadi. Actually candawan tu ikut la hampa nak pakai cendawan apa pun. Sebab ada cendawan tu so aku pakai la cendawan tu kan. Oh jangan lupa Masukkan fish ball and filament ketam tu.. M
4. Masukkan garam, perah limau nipis Dan Masukkan chilies flakes tu. Chilies flakes tu aku beli yg brand dari siam tu. Dalam dia ada udang kering skit. So memang sedap gilos la menda alah tu. Chilies flakes ni la yang aku pakai untuk kueytiaw celop aku makan semalam tu.


Jemput makannnnn... Padan pulak dengan sambal tumis daging petaiii.. Fuhhh sedap gilos k... 

OK tu ja lah nak cerita.. Sennag ja kan. Biasanya Masakan siam ni main dua rasa ni la masam and pedas especially dia punya sup2 ni. So pandai2 la korang adjust k. 





Alang2 dah update blog meh la kita sekali harung buat pecutan update cepat2 kan. So dari KL sebelum balik ke Penang lepas ja dari Subang kami terus pelan2 drive nak balik ke Penang.

Plan asal nak pit stop dekat Ipoh tapi tak jadi sebab anak2 dua2 tengah lena time tu. So aku cakap la kat laki aku why not kita pit stop kat Tepeng. Dah lama tak pi Tepeng.. Lagi pun Teringin la nak makan Yong tau foo. Kan ada bila ntah aku update kat fb kata lapaq Yong tau foo depa pakat duk sruh aku pi tepeng makan. Ada ka patut kui 9 mlm sruh aku dari Penang ni pi tepeng nak makan... Siap tayang2 lagi tau gambaqqq... Amboiii.. Hahahha

Disebabkan itu maka dengan itu haruslah kami menuju ka medan selera bertemakan Yong tau foo di Bandar tepeng itu. Alaaa fames kot meden selera /astaka/food court dekat Balai Bomba Tepeng ni dengan Yong tau foo.. Kalau ada 20 kedai.. 20 20 kedai nanti juai Yong tau foo.. Hat mana satu sedap... Aku tak tau.. Janji Dapat bedai Yong tau foo.

Dan disebabkan aku laki bini bukan lah jenis semata2 nak tawaf 1 astaka nak tengok yang mana sedap. Tengok bukan boleh tau pun hat mana sedap kan. So kami stop dekat kedai2 yang awai kami sampai la. Tak koser la makjem nak Jalan merata woiii. Pungkoq aku dah la kebaih duk Lama2 dalam reta uiii.

So mari lah kita bantai saja yg mana2 pun.. Asai Yong tau foo sudehh...





Aku makan dekat kedai kakak ni. 


Sementara tunggu Yong tau foo sampai. Sempat la jejai otak2 ni. Kalau kt Melaka dulu sennag cari. Tak sangka kat tepeng berjodoh nak makan otak2 ni


Yeayyy dah sampai.. 


Banyak ni RM17. tak sure la murah ka mahai ka. OK kot sekali sekala. 


Licin aku bagi. Anak2 aku tak makan ni. Maybe agak pedas for both of them. Tapi untuk kami laki bini OK sedap ja.... Untuk depa dua kami order nasi putih n sup ayam. Oh ya dekat sini bukan juai Yong tau foo ja.. Macam makanan lain pun ada OK. So don't worry na. 

Sapa2 yang mai Tepeng tapi tak tau nak makan apa.. Boleh la try makan kat sini:

Pusat Penjaja Taiping

1930,Jalan Tupai, 
34000 Taiping, 
Perak



© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS