Tak sedar dag tengah bulan 4 dah and tak lama lagi dah nak masuk bulan posa oiiii. Sat sangat rasa jarak tu kan. Macam biasa la bila dah dekat nak puasa dekat blog pun akan ada review utk Ramadan Buffet la kan. And kali ni tak lain tak bukan dekat Lexis Suites Penang.

Cerita dia baru ja check out dari Lexis Suites Penang, keesokkannya tu pulak pi review buffet ramadan depa pulak. Sapa nak baca pasal review bilik dekat Lexis Suites Penang boleh baca dekat SINI

Untuk tahun ni, tema tahun ni adalah BAZAAR RAMADAN, AUTHENTIC MALAY AND ARABIC CUISINE. 




Lexis Suites Penang menawarkan lebih kurang 100 jenis juadah berbuka sempena Ramadan yang bakal menjelang tak lama lagi. Baik hidangan tempatan dan antarabangsa seperti pelbagai jenis ulaman, kerabu, kuih-muih, lauk-pauk masakan Melayu, hidangan sashimi, suo gearbox, nasi Arab seperti Nasi mendy, kebab Dan kambing golek dan tak ketinggalan juga kuih raya. 

Nak cerita pasal juadah yang ditawarkan ni banyak gila kot. Kalau nak buat list sampai 100 tu memang haiii lebam la jari-jari aku nak type kt fon ni ha. (oh well.. Aku sejenis manusia update blog thru fon saja ya) 

Jom la jamu mata hampa dengan gambar-gambar juadah yang disediakan. Minta maaf kalau ada yang tengok gambar time tengah puasa.   Mohon jangan dicarutkan diri ku ini ya. 


Aneka ulaman, sambal Dan macam-macam lagi. 


Pulut kuning, lemang, putu mayung dan putu poring. 


Aneka kurma, kerabu Dan gado-gado


Selection of fruits. 


Bahagian lauk pauk Melayu. 


Aneka lauk pauk Melayu


Aneka lauk pauk Melayu


Ayam tandoori, chapati  ekor lembu bakar, mee udang


Mee udang corner. 


Pencuci mulut. 


Japanese Corner. Ada sashimi, tako, sushi, oden. 


Bubur lambuk. Sedap gila hokey Bubur lambuk depa ni. Sate pun sedap. 


Kambing golek and sup gearbox. 


Arabic corner. Nasi kabsah, nasi mandi Dan kebab. 


Kambing golek menu wajib ada dekat Lexis Suites Penang ni ya. 



Aneka kuih muih. 


Terliur pulak tengok dessert dia. 


Aneka kuih raya. 



Air pun meriah. 


And paling win this gulai kawah anak lobster. 



Thank you Lexis Suites Penang for having us. 



My first round. 


Penuh meja. 


Lexis Suites Penang akan mula menghidangkan buffet Ramadan bermula dari 6 May 2019 hingga 5 Jun 2019 dari pukul 7pm - 11pm. Fuhh lama kan. Selalunya buffet Ramadan ni last call selalunya pukul 10 kot. Tapi kat Lexis Suites Penang ni extra 1 hr OK. 

And don't worry dekat Lexis Suites Penang ni surau ada kat tingkat 3 OK. So senang la kita nak perform solat Maghrib kan. Sapa  kata bukak posa kt luaq takleh nak solat kan. No excuse to that. 

Harga untuk Ramadan Buffet ni adalah RM98 nett untuk dewasa Dan RM68 untuk kanak-kanak / warga emas. Tapi kalau hampa nak murah jangan lupa opt for early bird vouchers. Harga untuk early bird cuma RM60 nett per adukt Dan RM48 nett per child / senior citizen. Dapat jimat banyak tu wei. Untuk yang early bird promo ni hampa kena beli awai2 ya.. Start dari sekarang sampai 20hb April SAHAJA ya. Diulang sampai 20 April SAHAJA. Jngan lupa guna QR CODE yang ada dekat bawah ni Dan key in promo code LSPRAMADHAN1



Kalau hampa terlepas untuk beli yang early bird ni, hampa boleh beli untuk harga RM80 nett per adult dan RM68 per kid/senior citizen dari 21th April til 5th of May 2019. Still boleh jimat jugak kan. Voucher boleh digunakan sepanjang bulan Ramadan ya. And setiap RM2 hasil jualan vouchers ni akan disumbangkan dinrumah anak yatim yang dipilih. 

And tak kurang juga Lexis Suites Penang  ada juga buat untuk Hari Raya Celebration pads 5th-6th June untuk buffet lunch bermula dari pukul 12.00pm-3.00pm. Harga untuk Hari Raya. Celebration lunch buffet adalah RM89 nett per adult Dan RM60 per kid/senior citizen. 

Good news for in house guests, untuk Ramadan Buffet kornag boleh Dapat harga  RM80 nett per adult Dan RM58 nett per kid/senior citizen. Manakala for Hari Raya Celebration lunch buffet , in house guest entitled untuk Dapat price RM68 nett per adult Dan RM50 nett per kid / senior citizen. 

For enquiries and reservations, jangan lupa contact 04-628 2888 or email to 
reservations@lexissuitespenang.com / fbc@lexissuitespenang.com

Lexis Suites Penang  
28, Jalan Datuk Kumbar, 
11920 Bayan Lepas, 
Pulau Pinang
04-6282888





Since we had promised Adriana to bring her to the hotel for her birthday celebration. So here we are. And kebetulan sekolah dia cuti hari Isnin.. Sebab cuti ganti.. Sabtu tu ada hari sukan kan. Balik dari Hari Sukan.  Terus pi ke kelas ganti kumon. Kes demam tak pi ke kumon.

Balik dari kumon. Kemas-kemas pulak untuk pi ke Lexis Suites Penang. Dekat-dekat ja lah bercutinya lagi.

Pukul 3.30 petang kami gerak dari Juru. Poyo kan. Mentang-mentang ka dekat kan. Masa sampai ke Lexis Suites Penang kami naik la parking dekat atas. Selalu kalau mai review pun tak pernah la aku park kat ataih kan. Ni haa full house wei.

Nasib la aku booking awai. Sebab satu aku guna voucher yang VVIP yang husband aku sign up dekat Lexis Penang ni. So ada la dapat 3 keping FREE STAY at premium pool suites ya. Dekat Lexis Suites Penang ni ada 2 rooms types which are Premium pool suites dengan Executive pool suites. Untuk Premium Pool Suites ni hampa akan dapat bilik yang FULL SEAVIEW ya.

While untuk Executive Pool Suite pulak akan dapat PARTIAL SEAVIEW.  But stil nampak view laut and boleh jugak ferfeeling ok.

So jom lah aku tunjuk dulu gmbar dalam bilik dia macam mana ok.


Dari pintu masuk akan nampak ni dulu ya. 


Coffee and tea corner la kan. 


Tea banyak pilihan. .aku sukaaa



Dari kopi kornerr tadi nampak la bilik dia. 


Dia pun kemain nak koya2 habis  


Toilet dia


Toilet macam besa ja ada pancoq semua. And being typical Meleis.. Mesti la toilet kena basah kennn. Aku stil don't get d idea how toilet dekat Fremantle Market yang banyak gila orang keluaq masuk yang takdak satu pancoq tu bersih and paling penting tak hancing wei. Sekali dengan aku la main selet2 dengan wet tissues. 😆😆😆



Ni dari toilet tadi nak ke shower /bath tub kat hujung tuu haa. 


Koya sat depan cermin



Ok la. Macam biasa typical hotel mewah.



Bath tub ni win.. Aku mmg menitik beratkan kehadiran bath tub kalau nak pilih hotel. Mak nak me time oii


Very the bommm


Haa ni view dari shower /bath tub room tu. Haramisss besaq dari bilik masterbedroom rumah aku😆😆😆



Hotel mewah takdak ni kira lekeh la kan. 


Fuyooo screen tv kt dalam dinding. Perak buihhh sat tak pernah tengok lagi. Kahkah


View blik dari pintu balcony



View balcony dari bilik. 




Dah lapaq kan. Sebelum mandi kita makan dulu bekal. Aku masak nasi minyak dengan kari udang fav laki aku. Rakus semua kelaparan.


Cantik viewwww..  


Masa untuk berendam


Seronok la dua orang budak ni. 


Yang sorang ni sat naik atas. Sat nak masuk pool balik. 

Pics dekat pool ni semua were taken sebelum aku dapat tau tok aku meninggal. Terdiam sat aku dalam pool tu sorang2. 

Ralat dalam hati sebab aku cakap nak kol tapi aku tak kol tok. One of the reason sebab aku tak tau nak cakap apa dengan tok. Satu sebab aku memang tak rapat sangat dengan tok. Tapi aku ada la pay visit masa ujung bulan 2 tu. Tipu la kalau cakap tak sedih. Sedih kot sebab tok kan. Mak arwah abah aku. Of course aku terasa jugak. 

Whatever it is, she's in a good hands now. May Allah grant her Jannah. 


Al Fatihah. 

After dapat message tu malam tu kami terus gerak balik ke Kedah. And lepas habis urusan pengebumian kami terus balik ke Lexis. Malam tu pulak Aishah demam panas. Aduhhhh. Kesian dia. 

So untuk breakfast buffet kt Lexis Suites Penang memang aku tak rasa la ok ka dak sebab aku cover balik tdoq aku yang tak cukup sebab Aishah asyik2 terjaga malam tu. Laki aku ngn Adriana ja pi makan kat bawah. Aku nak tdoq. Breakfast don't care. 

Tapi mengikut track record aku duk mai review dengan Lexis Suites Penang  makan depa selalunya tak menghampakan. Cuma dari segi makanan apa yang disediakan tu aku tak tau la kan ok ka dak ka. 

Komen aku tentang bilik kat Lexis Suites Penang ni adalah:

1. Bilik spacious nak mampoih. 2 katil queen size. Kalau anak ramai hampa bawak toto pi bentang kat bilik sebelah.  .read-->laluan in between toilet nak pi ke shower /bath tub. Gila spacious kot. 
2. Pool dia seronok la sebab privacy kan. Hari last aku buat gila konon2 nak rendam2 kaki ja kan.. Sekali aku buat gila terjun dengan baju kelawaqqqqqq. Kahkah. Sapa nak mai halau hang kalau hang nak bogel sekalipun..hang bayaq untuk privacy hang kan. 
3. Pool dia agak kecik untuk keluarga yang mempunyai umat yang ramai. Kami anak 2 pun laki bini masuk rasa macam sesak dah pool ni. Lepas tu masa aku duk feeling2 mandi ngan baju kelawaq sambil apungkan bdan tu tengok2 dah kena hujung pool. Tolak pi tengah skit. Pap satgi kena lagi dinding pool. Hehhhhhh sakit. Pulak hati akuuu. Tak boleh nak compared dengan Lexis kt PD sana sebab x pernah stay kat sana. 
4. Bath tub dia best. Best sebab bentuk dia lain dari bath tub hotel2 yang aku pernah li sebelum ni. Feeling2 mcm Adele bila duk berendam dalam tu. 

Hmmm tu ja lah kot. 

Eh satu lagi.. Sounds proof dia mcn xberapa ok skit. Aku boleh dengaq orang kt koridor duk berjalan2 and sembang2. So hampa-hampa yang suka duk buat aksi2 teruk tu kalau boleh jangan la duk buat sound pelik2 sangat. Takut satgi orang kat luaq dengaq pulak. Satgi tak pasai2 viral kat Penang Kini. 

Sapa nak pi try Lexis Suites Penang ,aku rekemen hampa mai la tang ni. Best jugak. Asyik duk Ferringhi pun semak gak sana. Sini ok la outskirt la skit. Tapi best jugak. 


Lexis Suites Penang, 
28, Jalan Teluk Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang
04-628 2888

Adriana is now SIX

in , by Alia Farhan, 9:16 AM
Pejam celik pejam celik. Tanggal 2 hb April hari tu genap la usia puteri sulung kesayangan kami Adriana Arissa. Tapi tepat pukul 12 malam boleh pulak dia muntah.
Memang start sehari sebelum tu nampak dah sign2 dia nak demam. Muka da merah.. Lepas tu kejap2 hacummmm.


Tak sangka pulak sambut birthday dia dengan muntah and demam. Dah plan awal beli kek untuk dia celebrate dekat sekolah tapi dah dia demam... Rest dulu la kat rumah elok2


Birthday girl tak lalu makan nasi.. So she requested to have pizza. So apa lagi order la dominos pizza.  Our fav pizza kan.  Then selit la beli kek  ni sekali kat dia. 



Sat ja dah 6 tahun anak kesayangan kami ni. Rasa mcm baru ja mengandung.. Pastu beranak dia.. Tengok dia besar ayam dekat Tesco. Nak pegang pun takut-takut haih. Miracle kan. Terima kasih Allah kepada segala nikmat yang Kau berikan kepada kami.


Tak cukup dengan Adriana ja demam. Aku pun sama naik demam panas hari yang sama. Nasib baik la ada mama aku or maktok diorang ni. So Ecah dapat la mama aku tengok-tengokkan sat.


Plan awai nak celebrate la dekat Adam's Kitchen tapi sebab dah dua orang demam. So kita cancel la plan. Postpone la celebrate kan.


Dalam demam-demam boleh dia tanya mama ngan papa taknak celebrate birthday kakak ka... Hahhahaha.


Esoknya dia dah ok kitaorang bagi la dia pi ke sekolah and celebrate her birthday with her friends.


  Tq cikgu sudi hantaq gambaq Adriana.


Malamnya celebrate dekat Bread History dekat RNR Juru tu.






Papa punya. 



Mama punya. Anak2 punya lupa nak tangkap gambaq. Maktok makan roti n kek ja. My mom mmg makan berat shari sekali saja. 



Thank u papa belanja kami semua makan. Semoga murah lagi rezeki papa. Aminnn


Untuk anak mama Adriana Arissa. Semoga membesar dengan sihat. Sentiasa dalam lindungan Allah dan semoga menjadi anak yang menyenangkan hati mama dan papa and jadi orang yang berguna kepada agama dan orang lain. 

DIY kolam di rumah

by Alia Farhan, 8:25 PM
Ok lah. Hari ni nak share skit.

Aku terjumpa ni dekat fb ada orang share and orang yang share tu pun jumpa dari fb orang lain. So kalau tuan empunya gmbar ni baca ni minta halalkan ya. Semoga perkongsian ni bermanfaat kepada orang-orang lain yang minat nak buat kolam tapi dengan bajet yang minimal.

All u nid is this water tank!



Tampal waterproof wallpaper ke dalam tu? 😘😘😘

Cover dengan buat stand kayu tepi-tepi dia


Amcam?



Siap dah. Kalau aku.. Nak me time lepas bath bomb seketul there u go.

Best gila mcm ni kannnnnn. 

So korang yang rumah landed and plan nak ada 1 boleh la buat mcm ni kan. Tapi kalau dapat tank yang jenis segi empat tepat tu lagi best kan.... 


© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS