Hai kalau dah nama pun manusia ni kita memang takleh nak lari la kan daei kerja membasuh pinggan-mangkuk. Yang lelaki tak payah la nak cakap kerja membasuh ni kerja perempuan saja ya. Aku sekeh kangggg. 

Selalu part membasuh ni memang aku cerewet skit la kan. Ya lah nak basuh pinggan ni kena la betul-betul cuci kan. Bukan asal boleh ja kan. Mana mahuu nya nanti kan. Tapi kadang-kadang sebab Adriana nak menolong jugak and sambil-sambil tu boleh la dia belajar jugak kan. 

Sebab tu part nak mencari sabun yang sesuai tu aku memang teliti sikit la kan. Salah satu kriteria tak menyebabkan kulit anak aku jadi menggelupas ka. Satu lagi mesti la bila cuci tu cepat bersih. Maksudnya tak perlu nak cuci and bilas banyak-banyak kali. Paham-paham la budak-budak kan. Kang takut tak cuci and bersabun pulak pinggan tu. 

And of course la nak bau yang best kan. Ada ka orang suka dishwashing liquid yang tak wangi? Tak feel kot. Basuh apa macam tu kan... 

Korang ada tak yang suka bau serai wangi and pandan? Ok kalau ada yang macam aku ni, nak cerita satu menda baik ni. Kalau korang nak tau Afy Haniff dah keluarkan sabun pencuci pinggan dari serai wangi dan pandan. Best ke idok???

Produk dari Afy Haniff ; 40 Days Dishwashing Liquid dan Plash Foaming Hand Wash. 

Kedua-dua variasi ni datang dengan kombinasi yang berbeza. Kombinasi pandan dengan lime dan serai wangi dengan lemon serius bau dia sedap sangat. 

Apa yang menariknya tentang produk ni, ia didatangkan dengan dua saiz berbeza iaitu 500ml dan 900ml. Pek 500ml mampu membasuh sebanyak 500 biji pinggam ; dan 900ml mampu membasuh sebanyak 1000 biji pinggan. Banyak kan? Harga untuk pek 500 ml berharga RM3.90 (SM) / RM4.10 (SS)  dan pek 900ml berharga RM5.90(SM)/RM6.10(SS). Murahkannnnn! 

Selain mempunyai bau yang best, dishwashing liquid dari Afy Haniff ni jugak sangat handal dalam menghilangkan kesan kotoran dan minyak. Dah la handal tanggalkan kesan kotoran, produk ni juga mudah dibilas dan sekaligus menjimatkan penggunaan air.

Sejenis tamak. Nak jugak kena guna dua-dua jenis sekaligus. Cantik ja kan warna merah hijau dia tu. 

Haa jadi mak-mak ni macam biasa la kalau kena hadap menda ni kan. Tambah ada anak-anak kecil. Jap-jap nak makan ja kejanya, so bila dah makan tu paham-paham lah kan. Mesti la nanti kena basuh. Kalau si kakak tu dah boleh harap dah basuh sendiri kalau yang adik tu... Ermmmm. Kalau ada si papa kat umah.. Memang papa pun basuh pinggan dia sendiri and kutip cuci apa yang ada dalam sinki untuk basuh. Ya lah, membasuh bukan keja hakiki mak-mak ja kan.

Macam aku personally suka dilute kan dulu 40 days dishwashing liquid ni macam ni. Then amik span and cuci semua pinggan and then bilas and keringkan dekat dish drainer tu. Dah setel kerja dalam sinki tu. Selain guna untuk cuci pinggan, jangan tak tau dalam sinki pun aku guna 40 Days Dishwashing Liquid dari Afy Haniff ni. 


Untuk produk hand wash ni, Afy Haniff telah mengeluarkan produk handwash dalam bentuk foaming hand wash. A good thing sebab bila ada keluar terus dalam bentuk foam, lagi jimat penggunaannya. Best ke idok? 

Untuk produk Plash Foaming Hand Wash ni, terdapat dua jenis iaitu Sakura dan Aloe Vera. Serious dua-dua bau ni aku suka sangat. Selain gentle on our skin, Plash ni juga sesuai untuk yang mempunyai masalah kulit sensitif. Haa korang yang ada masalah kulit sensitif wajib cuba Plash dari Afy Haniff ni tau. 

Kalau korang berminat nak dapatkan produk-produk Afy Haniff seperti 40 Days Dishwashing Liquid dan Plash Foaming Hand Wash, korang boleh la refer di bawah ni ya:

Dah senang nak dapatkan produk-produk Afy Haniff ni ya korang. So apa lagi cepat la dapatkan stok membasuh korang. 

Untuk maklumat lanjut jangan lupa check dekat sini :

Website

www.afyhaniff.com

Facebook

https://www.facebook.com/AFYconsumer/

Instagram

https://www.instagram.com/afyhaniff_consumer/







Hola...
Kali ni nak share satu lagi port baik untuk makan SHELL OUT ya kalau di Penang ni. Disamping harga terlajak murah.. Rasa pun OK Sedap!

Untuk pengetahuan hampa, Selera Tambun ni terletak di Tambun. Kalau dari KL (arah selatan), jangan lupa EXIT dekat TOL SIMPANG AMPAT. Sama la jugak kalau dari arah Utara pun.. Exit tol Simpang Ampat jugak.



Kedai dalam kampung ja uolls.

Apa yang bestnya dekat sini ada DUA SET SHELL OUT pada harga yang berbaloi. SET KECIL RM20... Boleh makan 2 - 3 orang bagi aku. SET BESAR RM30, boleh makan 4-5/6 orang makan bagi aku. Murah kan.
Bukan Shell Out ja yang ada. Ada lagi masakan-masakan lain macam udang lipan, ketam, ikan. Korang boleh pilih la nak masak apa kan.


Meh la tengok apa yang selalu kami order.




Stim udang lipan. Sedap sebab udang lipan ni kan isi dia manis gila kot.




Ketam masak cabai. Sedap jugak.



Last but not least.




Ni la yang SET BESAR ya. Banyak gila kan. Laki aku ni dia jenis spesis tamak. Kalau dia lapaq dia akan main order tanpa kewarasan. Dah cakap order yang kecik sudehhhh. Tapi taknak dengaq cakap kan.

Last sekali ada banyak yang tak habis. Bukan sekali ok, dua tiga kali perangai sewel dia ni keluaq kalau lapaq. At the end membaziaq. 😌😌😌

Aku ni pulak jenis tak boleh la haih tengok lauk2 tak habis membaziaq macam ni ha. So hampa kalau mai family macam kami yang ada dua anak ni... Order yang kecik sudahhhhh.....

Oh ya yang set ni ada 4 jenis masakan yang hampa boleh pilih. Antaranya:
1. 3 rasa (yang kami makan)
2. Black pepper
3. Masam manis
4. Masak lemak

Kami biasa go for 3 rasa ja. Tapi teringin jugak nak try yang masak lemak tu. Next time boleh la try yang tu pulak kan.


Cuba hampa kira total kami makan SHELL OUT dengan udang lipan and ketam tu berapa? RM90? RM80? salah.. Cuma RM75 ya. Puas makan sampai tak habis kan.


Time mengorder tu hengat dunia. Da makan termengah-mengah nak habiskan. Jenuh noks. Sampai sendat-sendat perut ni.
Nah hampa nak mai sini Waze kan ada.





Selamat menjamu selera bagi sapa yang nak try makan dekat sini.





Cakap pasal wangian ni, perempuan mahupun lelaki mesti suka kan bau-bau wangi. Kalau suka yang busuk-busuk ty memang g something wrong somewhere ni. Ada la tu putus wayar kat mana-mana kan.


Untuk pengetahuan hampa semua Althea telah membuat satu body mist dan berkolobrasi dengan Titi Kamal, selebriti terkenal di Indonesia. Wah ni bukan calang-calang ni. Sapa kalau tengok Ada Apa Dengan Cinta mesti kenal sapa Titi Kamal ni kan.




Althea X Titi Kamal.


Paling best Stay Fresh Body Sparkling Mist ni menggunakan:

  • Damask rose water fragrance - mengekalkan kelembapan kulit dan mengharumkan kulit dengan wangian lembut. 
  • Orange flower extract - megekalkan kesegaran wangian. 
  • Elder flower extract- menyejukkan kulit dan memberi wangian yang lembut. 


Bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan Stay Fresh Body Sparkling Mist.





Cara penggunaan:

Lepas mandi, korang sembur la dekat nadi-nadi korang macam dekat pergelangan tangan, tengkuk n etc.



Here some points where you can spray your mist so that the scents will last longer.


Apa yang bestnya dengan Stay Fresh Body Sparkling Mist ni adalah:
1. Size mudah dibawa ke mana-mana. Packaging 100ml ni senang nk selit dalam handbag.
2. Bau segar dan fresh.
3. Murah. Hanya RM35/100ml. Murah kan.

So korang yang nak try Althea Stay Fresh Sparkling Body Mist ni boleh la rujuk sini ya:


Facebook: Althea Malaysia

Instagram: Althea Korea


Hari tu masa upload gambaq masak asam ikan sebelah ni ada yg tanya macam mana buek nya kan. Actually nak buat dia kacang gila ok.. Sebabnya dia sama-sama level dengan masak kicap ja kacang dia. Hahahhaha

Kena pulak dengan ikan sebelah yang sedap tu Ya Allah.. Merecik sungguh la. Ada yang tak kenal ikan sebelah tu macam mana ka? Laki aku panggil ikan tapak kasut. Ntah hapa-hapa. Orang putih panggil ikan halibut. Haaa macam canggih bunyi omputih panggil kan. 

Sumber gambar dari Google. Ni jenis ikan sebelah yang aku beli la. Aku xda gambar sebab aku dah suruh apek tu siangkan and potong siap-siap dekat aku. Actually ada banyak jenis lagi ikan sebelah ni ada yang warna putih n etc. 

Sumber google. Ni antara salah satu jenis ikan sebelah. 

Kalau nak tau sejarah menarik pasal ikan sebelah ni, ikan sebelah ni adalah sisa makan Nabi Sulaiman AS. Nak dijadikan cerita Nabi Sulaiman tak sempat nak habiskan ikan yang telah dibakar baginda di tepi pantai ni. So baginda pun telah lepaskan ikan ni ke laut semula. Tapi dengan kuasa Allah, ikan tu hidup kembali dengan keadaan leper macam ni. Ni la bukti kekuasaan Allah kan. Kalau Dia berkehendakkan sesuatu. 

Hebat kan kekuasaan Allah ni. 

Sumber dari Google. Tengok mat salleh punya halibut. No wonder kat sana halibut ni kira hot jugak la. Salah satu sebab isi dia halus and manis ok. 

Teringat dulu kecik-kecik mak aku suka beli ikan sebelah ni sama ada yang warna putih atau hitam tu. Time tu ikan sebelah ni kira ikan orang tak makan la especially malay sebab bentuk dia yang pelik gitu kan. And harga dia pun antara ikan yang murah. Kalau mama aku beli.. Mesti dia beli banyak ikan ni dekat market borong sebab murah kan.. Anak pulak ramai sampai 4 orang. Gaji pun tak besar kan. Kalau ikan ni mama aku suka buat masak tauchu... Allah.. Sedapnya.. Rasa nak menangis bila kenang2 balik. Tapi aku tak buat lah tauchu sebab laki aku tak makan masak tauchu.. Mehh sangat kan. 

So sebab laku aku tak makan masak tauchu.. Marilah kita buat masak asam ja. Haa senang. Sedap pun sedap. Eiii tak makan jugak siapppp dia. Babab baru tauuuu. 

Masak asam ni pun kategori terlajak senang la. Kategori senang macam masak kicap jugak bagi aku. Hahahhaha. 


Bila aku upload gambaq ni ramai la yang cakap huuu sedapnya. And ada gak yang tak biasa makan and mintak resipi. So meh la japgi aku share resipi dia ni. Senang je kot. 


Intro dah panjang sangat kan. Jom lah aku share cara-cara buat masak asam ni ya. 

Bahan-bahan:

4 ketul ikan sebelah
Garam
Kunyit
Air asam jawa
Gula
Bawang besar
Bawang putih

Cara:

1. Goreng ikan sebelah dengan garam kunyit. Angkat dan toskan minyak.
2. Dalam belanga lain, tumis kan sedikit bawang besar and bawang putih.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masukkan garam dan gula, balance kan rasa masam dan manis.
5. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
6. Tutup api. Dah siap!

Ni kau buat dekat mak mentua kau kompem terus jadi menantu kesayangan. Dari tak sayang terus jadi sayang. Tak percaya cuba la buat. 

Nasi Ayam Nazir Cafe Penang

in , by Alia Farhan, 7:11 AM
Orang Penang kalau sebut ja Nazir Cafe mesti akan cakap.. Hmmmm nasi ayam dia padu baq hanggggg!!!

And yes... Aku kalau mai tang sini... Mesti tak order hat lain.. Mesti akan order nasi ayam dia ja. Haihhhh. Time type ni walaupun baru lepas makan, duk still terliur jugak. Aduiiii sedapnyaaaa!

Mesti akan order nasi ayam special.. Nasi lebih.. Ayam lebihhhh...

Ya. Kena order nasi lebih.. Ayam lebih ya. Kalau tak order lebih... Memang habis suap dekat anak ja ya. 


Serius sedap gila kot nasi ayam dia ni. Apa yang best kat nasi ayam ni adalah sambai n kicap dia tu. Tu yang membuatkan dia padu baq hanggggg. 

Kira kalau nak makan nasi ayam ja kami laki bini mesti akan mai ke sini. Tapi tu la kalau mai sini time lunch and dinner ka harap bersabaq lah ya. Sebab mesti full and sesak. Satu sebab susunan meja yang dekat-dekat buat rasa crowded la.

Tapi serve depa semua kt situ cepat la. Tu yang baguih. Satu lagi aku nak pesan kat yang nak pi makan kat situ.. Lepas makan kat situ cepat2 la mangkit kalau nampak orang duk tunggu nak duduk makan. Hampa duk berasa nak feeling2 bercinta candle light bagai kat dalam tu. Toyaaa sungguh.. Pang sedaih baru tau.

Nak romantik2 tengok muka hang aku.. Depan2 duk wassap 1 sama lain.. Baik hampa pi tang lain. Semak betui tengok yang jenis2 inconsiderate ni. Haihhh. Ti kena pang nayaa.

Credit to Penang Kini... 

Katanya Mat Dan pun dah sampai sini. Hampa kalau mai Penang.. And nasi kandaq is not ur kind of food sebab aku tau ada sesetengah tu rasis tak makan kat kedai mamak. Coiiii. Meh ka makan sini meh... 

Nazir Cafe 
Sunshine Square, 1, Jalan Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang


Kalau sebut Penang ni orang asyik cakap pasai nasi kandaq ja. So boringgggg...

Ingat kat Penang ni xdak makanan lain ka.....hahaahha

Selain terkenal dengan char kuey tiaw.. Penang ada satu lagi Kuey Tiaw Thng atau orang luaq panggil kuey tiaw sup la. Apa yang special kuey tiaw thng ni kuah sup dia crystal clear tau tapi penuh dengan rasa.

Antara tempat yang kami suka makan kuey tiaw thng ada lah dekat depan BJ Complex tu. Dekat kedai corner lot opposite dengan petrol pump dekat BJ Complex tu.

Kedai dia mcm stall dekat Kedai Mamak dekat situ. Biasanya bukak pukul 9mlm-9.30mlm. Berbaloi tunggu wei

Ni yang special with teloq gedek2

Close up!!!! 

Bila letak cabai dia... Perghhh lincin semangkuk. Semangkuk tak ckup siap paw yg anak2 punya lagi. Kahkah. Dasar sangat kan. Sedap uiii. 

So hampa kalau mai Penang tak payah nak nasik kandaq sangat lah. Lagi2 yang kena beratoq berliku2 tu. Kadang rasa hampeh and tak berbaloi kot.

Sekian saya melaporkan😋😋😋


© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS