Ok lah kali ni nak cerita pasal kari salmon yang aku buat yang menjadi pojaan hati anak-anak kat umah ni. Laki aku? Dia tu susah skit nak puji aku masak. Kalau sedap tu dia tambah, kalau tak kena tekak dia dia tak tambah. 

First time buat kari mcm ni masa kat Perth tahun lepas. Tapi time tu kira tipu sebab bawak paste segera kan. Time travel tu bawak kari paste Mak Nyonya. Sedap wei mudah reja. Lepas ja ikan dalam tu.. Siap. Travel kita masak yang simple2 ja lah kan. Itu la gunanya mini rice cooker time travel noks. 

Masa kat Perth tu buat kari guna trout(beli dekat  tapi aku rasa trout dengan salmon ni spesis yang sama ja kot. Rasa pun sama ja kot. Lemak2 gitu ha. Bila buat kari makan plak time lapaq2 tengah travel and sejuk2 tu.. Ahh berebut2 noksss. Sampai gambaq pun takdan amik oi. Raplahhhh. 


Sempat amik gambaq before masak kari trout dekat Perth hari tu. Ni beli dekat Spudshed Innaloo. Sama ja kan dengan salmon. Rasa pun sama ja. Sapa pi Perth nak late night shopping boleh pi kat Spudshed ni. Kami ni pi sebab Coles tutup awai on weekend hari tu. Murah gila oiii salmon ni baru $15.


Bahan-bahan:

 ikan salmon 2 blok ( 1 block tu potong lagi 3 sebab dia kan ada mcm part dekat perut tu)

Haa paham tak yang part dekat perut tu potong gak. 
Gambaq credit to Tesco online. Zaman bila 0% gst ni. Kahkah

3 sudu serbuk kari ikan (aku suka guna Babas sebab sedap)
1 sudu kecil serbuk cili 
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar halba campur
2 sudu besar minyak masak
2 biji bawang besar & 6 ulas bawang putih utk diblend
1 biji bawang merah& 3 ulas bawang putih (hiris nipis untuk tumis)
1/2 sudu asam jawa Adabi.
1 tangkai daun kari
Garam
Pak aji

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan halba campur, daun kari dan bawang merah&putih yang da dihilis halus tadi.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang da diblend dengan serbuk kari , serbuk cili dan serbuk jintan manis. Jangan lupa kacau sampai naik bau dan masukkan air.
3. Then masukkan asam jawa tadi and kacau-kacau.
4. Agak-agak rempah dah masak dan pecah minyak baru la masukkan garam pak aji.
5. Bagi kuah kari korang menggelegak then masukkan isi salmon . 
6. Jangan masak lama sangat isi salmon tu ya. Takut nanti isi dia hancur pulak.
7. Kalau nak masukkan cabai besaq ka bendi ka boleh la masukkan sekali masa masukkan ikan tadi.
8. Da siap n boleh tutup api dah. Sedia untuk dihidangkan dah.




Hampa yang nak cuba boleh cuba tau. Sedap gila wei salmon buat kari. Kalau kakak aku dia suka kepala salmon tu buat kari. Macam aku kenot go sangat kepala salmon tu sebab terlampau berlemak. Sikit2 ok. Banyak2 nanti melugai. Macam yang isi ni ok. Just nice sebab ada isi and rasa lemak-lemak skit kan.

Selamat mencuba na. 

Kali ni nak cerita satu lagi port makan dekat Penang ni. Tapi ni area seberang la ya bukan pulau. Ala2 kafe hipstur jugak.

Biasa kalau tak tau nak masak apa and baloq liat... Aku akan ajak husband aku makan dekat luaq. So kebetulan memang dari hari tu nak try sini tapi dia tutup pulak time tu kan. 

So masa kami nak makan luar tu kebetulan kedai ni bukak... So apa lagi.. Moh la kita try.. Sedap ke idokkk. 

Jom la tengok apa yang patut. 

Sedap nampak red velvet ni😍


Teringin nak rasa scones dia tu. Next timr boleh cuba la

Environment. 

Main course

Sandwiches dia banyak choice. I lioke. 

Waitin for d food. 

Seronok la dapat choc cake kan

Mine. Chicken cordon bleu. Sedap jugak

Husband sandwich. Boleh pilih roti nak macam mana. Ada banyak choices. Dia pilih croissant sebab bini dia suka croissant. Sedap lembut ja croissant dia tu. 

Aglio olio pasta. Sedap but a but oily. Other than dat sedap dah. 

Ordered pizza for Adriana but end up dia tak makan sebab pizza ni pedas for her. 

Next time kalau makan kat sini lagi nak try menu lain pulak. And for sure nk try coffee dia. Nampak macam best ja. 

Oklah.. Hampa yang tak tau nak lepak mana boleh la try pi makan dekat sini na. 

96 Teko

Prominence, G-11, 

Condominium, 

Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Penang

Rasanya dalam bulan 11 tahun lepas ada makan-makan dekat Halab ni sebab baru bukak kan dekat Penang ni. So apa lagi family aku dengan family adik suami aku.. Kami pi la serang untuk try apa yang bestnya di sini kan.
Location Halab ni terletak dekat Chulia Street yang mana jalan dia agak sesak dan semak. Dan susah nak parking. Disebabkan tu kami decide untuk guna perkhidmatan Mula. Macam ala2 Grab jugak la. Tapi ni ada pakai MPV besar. So muat la kami 2 family kan.
Rupa restoran Halab masa waktu malam
Ada sediakan breakfast, lunch and dinner.

Cosy kan...
Dah nama pun kedai arab kan... Tengok la menu2 nya di bawah.. Part of it la... 





So aku pun poyo lah order salad la lamb shawarma la... 
While waiting for the food


Here comes the foods


Mine salad.


Mine lamb shawarma


Foodies.
Ok nasi beriyani and mandy dia sedap gila. Aku rasa2 macam tu ja nasi dia tapi ok memang sedap. Tekak aku boleh terima. Selalu aku makanan arab ni tak berapa sangat sebab kering kan. Tapi ni ok pulak. 
Overall... Aku rasa this place is nice. Food is good also. So aku rasa kalau orang yang prefer nak lepak2 and releks boleh la mai makan tang ni sebab environment dia best kot. Aku sukaaa😍😍😍


Hampa yang nak pi Halab boleh set dekat waze ja terus. Atau search;

Halab Penang

381 Chulia Street, 
10200 George Town, 
Penang
Malaysia
Yehaaaa.. Bersambung balik Travelog WA ni ok. Untuk hari kelima ni, dari Margaret River (Busselton) ni kami akan balik semula ke Perth and stay balik di Indian Ocean Hotel di Scarborough Beach.
Untuk pengetahuan hampa, hari kelima kami di Western Australia ni adalah birthday suami aku bersamaan dengan 9th May 2018. Yes masuk dalam sejarah Malaysia yang kerajaan Malaysia bertukar pada election on 9th May ni. Best birthday gift ever suami aku kata. Aku bagi beg Coach pun xbest mcm ni katanya. Gigih aku sembunyi2 beg coach tu dalam luggage aku semata-mata nak bagi kat sini ok.
And yes kami tak mengundi pada hari tu sebabnya semuanya dah bayar ok. Kereta sewa, rumah dekat Busselton, flight tickets sebelum ni dah pernah reschedule dengan AA. nak reschedule lagi.. Aduh... Duit yang dah bayar semua2 tu kalau burn.. Lagi terbakaq hati ni. I blamed Najib for this sebab buat election betul2 rapat time nak bulan puasa. Kahkah. We dont expecting that election will be that date by the way. Well.. Najib kalah. Dats the most important thing. Hahhaha.
So back to the story, untuk hari ni awal2 pagi kami dah breakfast di rumah. Makanan pun da siap masak untuk travel balik ke Perth nanti. Lepas ja breakfast memang rasa berat hati gila nak tinggalkan rumah idaman aku kat Busselton ni. Kahkah. Sempat bergambar habis satu rumah untuk kenangan terakhir kan.


I want a house like this! Exactly like this. Takmau rumah 2 3 tingkat. Nak setingkat tapi macam ni! Kahkah



Will miss this house!


Lepas ja check out kami terus gerak ke Yallingup untuk ke Canal Rocks. Yallingup ni kira ni kira kawasan tepi laut la ya. Actually dekat Yallingup ni ada Sugarloaf yang fames gak kat sini tapi sebab kami nak kena berkejar ke Mandurah so kami kena pilih salah satu.. Sama ada Sugarloaf atau Canal Rock. Takleh nak tamak pilih dua2 ok. Kena pilih satu ja bak kata laki aku... So aku buat keputusan untuk ke Canal Rocks ja. Tapi Alhamdulillah la view dia cantik gila kot.. . Malas nak ulas panjang2 korang tengok sendiri la ya view kat sini.



Biruuuu kannnn laut dengan langit tu... Arghhh rindu nak mam...


Laki aku ngn anak2 aku tak sporting time ni. Yes laki aku jenis pemalas nak tangkap gmbaq. Seteressss makjemmmm.


Me n mom


Selfie sedasss




Main pasir budak2 bertiga ni.




Jalan menuju ke Canal Rocks.



Breathtaking view.


Okeh lawaaaa gilaaa okehhhhhh....
Ombak kat belakang akan bertembung dengan ombak kat depan yg aku tangkap gambar ni. Kalau ombak tu terlalu kuat memang boleh lencun la. But masa kami oi tu setakat small splash ja la. Xdak la basah lencun pun.






Tengok video ni. Cun dakkkk


Lepas ja sesi bergambar dekat Canal Rocks ni kami meneruskan perjalanan untuk balik ke Perth. Tapi sebelum sampai ke Perth kami akan singgah ke Madurah. Apa lah ertinya ke Perth kalau tak ke Mandurah ye dak.
Half way perjalanan singgah sat kat petrol pump to kosongkan pundi kencing masing-masing and I decided to drive sebab husband aku pun nampak macam mengantuk ja. Well driving dekat Ausie boleh rasa nak hantuk kepala dekat stereng tau sebab dia punya speed limit untuk jalan yang clear pun kadang-kadang 70km/hr. Like seriously? Yesss serious shit.... So sebab tu lah selaku pemandu yang berhemah kami sewa gps ja from Aries.. Sebab senang nanti kalau over limit nanti gps akan alert kan hang.. TING TING TING TING!!! dari kena bayar AUD300.. baik bawak shopping ye dak. Kakak akau n kawan2 dia pernah kena 5 saman masa kat Sydney n Melbourne dulu. Hahahha. Saman sampai Malaysia ya. Tak bayaq.. No more entry to Ausie gitohhh.


Nak bagi tak mengantuk.. Wajib minum ni kalau pi Ausie ok. Actually banyak gila ayaq kopi depa yg sedap2.. Aku yang bukan coffee lover pun suka kopi depa ni. Kena ngan tekak aku.
Since this is our second time to Perth, my husband and I decided not to join the cruise but suddenly Adriana nak jugak2 naik cruise tu.. Nak tengok dolphin katanya. Yalah.. Geng dia Nuna naik.. Takkan dia xnaik kan. So terpaksa la kitaorang pun naik sekali.

So masa kat sini best la cruise tengok kawasan rumah orang kaya-kaya. Rumah dekat dekat canal la katakan. Dekat setiap rumah ada bot berlabuh. Dolphin main depan rumah. Ko hadooo???

Gambar aku kat sini tak da ya sebab bateri aku dah tahap king kong dah. Lepas tu aku kena pegang Aishah ja memanjang takut kang terjun dia kat situ serammn pulakk kan. So celah mana nak tangkap gambaq nya. Lagipun da penat satu hal  kannn. So Ecah grumpy dengan mak2 dia pun grumpy laaa...
Tapi kalau hampa nak tengok detail pasal Mandurah boleh la baca dekat SINI. ni entry masa aku first time ke Perth in 2016. Tak banyak berubah pun Mandurah ni. Sama jek.


Kemain Anena n Nuna ni kan. Dah la dua2 pakai helmet. Hahhaha

So after the cruising session.. Kami pun lepak la makan churos dekat San Churos Chocolatier dekat Mandurah tu. Macam biasa... Churos dia tak menghampakan. Sedap nak mampuihhh oiii



Sedap uiiii


Orang lain tunjuk jari kena ink kan.. Kami tunjuk jari cicah cekelat. Okbaiii.. Mengundang kecaman betul lah.
Lepas makan-makan Churos maka kami pun gerak balik ke Perth. Perjalanan dalam lebib kurang 1hr plus jugak la sebab bertembung dengan orang balik kerja kan. Tapi xdak la jem macam kat Malaysia pun. Still smooth ja.
Sampai ja kat Indian Ocean Hotel.. Kami pun masing-masing kelaparan balik. Ya lah.. Makan churos je kot.. Mana ada singgah makan ka apa ka. Nasib baik kat hotel tu memang ada microwave so apa lagi panaskan ja lah makanan-makanan yang dah masak dekat Busselton tu. Kenyang perut. Maka masing-masing duk kelebet fon nak tunggu keputusan election.
Nebes mak kat Perth time tu pukul 12 tak kluar lagi results oiiii. Dah la Perth ni kul 8 tu dah macam pukul 11 dah nak oi.. Bayangkan kul 2 pagi kat Perth aku tak tidoq2 lagi sebab tertunggu2 result election. Dah la esok nak ke Pinnacles dengan Lancelin lagi. Ahhhh sudahhhh.
Time tu dah menyumpah seranah Najib berbakoi2 dah. Kahkah. Sory Jib.
Oklah.. Cerita pasal Day 5 pun dah habis. So nanti aku sambung lagi ok....

Nak share jugak dekat sini as memories jan. Supaya nanti-nanti kalau dah tua boleh baca lagi kat blog cerita psai anak2 kan. Ya lah... Fasa depa membesar ni lah fasa nak collect memories dengan depa kan.
Tanggal 28th November yang lepas,genaplah usia Aishah dua tahun. Teringat lagi berderai2 air mata bila tau nak kena elective cser sebab baby besaq. Wuwu... Tapi takpa lah everything dah passed by kan. Alhamdulillah she's a big girl now.
Untuk birthday yang kedua ni, kami celebrate among kami anak beranak ja. Last year pun sambut makan kat kedai makan ja pun. Tak meriah macam birthday kakak dia yang 1st..siap ada birthday party lagi. Sebenarnya last year tak sempat nak plan apa2 since my late fil tengah sakit time tu.

So this year kami plan la special skit for her. Kang nanti besaq cakap mama ngn papa tak sayang dia pulak kennn. Untuk birthday dia kami just check in dekat hotel dekat Penang ni jugak ja. Kami booked dekat Agoda dalam 2 weeks before her birthday.


Birthday girl happy la kennn dapat balloons banyak2 macam tu kennn.
Alhamdulillah la dapat spent masa untuk kami 4 beranak dekat Lone Pine Hotel Penang ni dengan selesanya. Actually plan untuk stay di sini as birthday celebration Aishah pun agak last minute jugak la. Last minute booked dekat Agoda. Dah booked lupa plak nk remark request for birthday cake... Then terpaksa contacted hotel directly untuk request for cake. Nasib semua berjalan lancarkan.


So apapun, misi nak celebrate birthday Aishah kirany berjaya lah. Kami anak beranak pun enjoy la staycation for birthday celebration si Aishah ni.


Look at her face. My cheeky little bam2 girl.


Kakak yang excited lebih for her sister'd birthday.


Bagi budak-budak ni melayan makan kek dekat balcony.


Cewah. Enjoy nampak ya. Sampai tak ajak mama n papa pun.


Ni dia dah start boring. Selamba dia angkut semua balloon humban dalam bath tub dekat balcony ni. Kahkah. Perangai sangat ko ni dikkk.
Petang tu lepas dah lepak2 sat kat bilik... Kami pun turun la anak-beranak untuk mandi kat pool dia. Best jugak time ni dekat Lone Pine Hotel ni tak ramai orang. So kolam tu tak la sesak macam kebanyakkan swimming pool hotel dekat Penang ni. Azab betul la kalau mandi swimming pool ramai-ramai orang ni kan. Tak leh nak enjoy.


Haa mak pun boleh ferfeeling orang hado2 nan hado sat. Kahkah.
Balik dari swimming pool ingatkan budak-budak ni nak pengsan sekali buat aktiviti coloring pulak dua beradik ni. Lantak korang lah janji jangan bergaduh memekik2 sudah.

Nasib baik la si kakak bawak buku coloring. So xda la diorang boring kat dalam hotel kan.
Malam tu kami pi dinner dekat kedai tomyam depan Hard Rock Hotel and Bayview Beach Penang tu.. Kira in between la.. Memang opposite la dua2 hotel ni. Kalau hampa mai Penang and happen to stay around here.. Boleh try dekat kedai ni. Ni kali ke 3 kami makan dekat sini.
Dia tepi sungai belah kanan tau. Aku personally suka dis kedai berbanding dengan yang kiri tu. Tapi ikut masing-masing la kan. Tekak tak sama.


Dua beranak ni memang kamceng. Kadang-kadang berbulu ja aku dengan mek ni. Bila papa ada.. Terus tak pandang mama dia dah. Memang anak manja papa dia. Memang sebijik macam aku dengan arwah abah aku dulu. Eh tapi Aishah pun kemain gak kuat nak berebut papa dia dari kakak dia. Ahhh berebut la korang. Takda ka yang berebut nak mama ni uiiiii.


Tq booskur belanja kami anak beranak makan n taja hotel. Kahkah. Moga2 murah rezeki U sebab selalu belanja anak bini. Dengan ucapan....belanja beg jurulatih lagi bulehhh dakkkk...



Siakap 3 rasa. Ok la not bad. Tapi aku rasa siakap steam lemon dia lagi sedap kot.


Ni ja lah gambaq makanan yang sempat tangkap. Malas nak tangkap banyak2 sebab Ecah dah buat perangai tengok makanan depan mata pastu laki aku dah buat mukaaa.... Loserr la u ni asyik tangkap gambaq makanan ja. Kahkah. Pedulik aaah. Another menu yang aku suggest untuk hampa cuba kat sini adalah kerabu daging dia tau. Sebab rasa dia sedap sangat hokey.
Eh ni review makan ka.. Nak cerita pasai birthday anak ni.... Ehhh
Itu lah dia cerita birthday Aishah pada bulan lepas. Sory Ecah mama update birthday Ecah kat blog lambat gila. Mama lemau bulan ni kita asyik berjalan sajia. Kahkah. Mood blog pun ke laut gila.
Lone Pine Hotel best ke idak? Kalau nak tau kena stay tune untuk baca lah kan....next time pulak aku update pasak Lone Pine Hotel ok.



© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS