Hai hampa..pejam celik pejam celik dah cuti sekolah kan. Sat ja da nak masuk bulan 12. Ya Allah sat ja rasa kan. Macam baru ja masuk 2018. Then tetiba here we go dah masuk hujung tahun. Pfttt. Tapi takpa...as long as masa masa yang berlalu kita isi dengan menda-menda berfaedah dengan yang tersayang kira ok lah kan.
So what's your planning for this whole end year holidays? I bet some of us will take this oppurtunity to refresh and retreat themselves before starting the whole new year at 2019 right? If you happen to come to Penang somewhere around Christmas, I would like to suggest you guys to try a Christmas Buffet from The Wembley St Giles Premier Hotel in Penang.
Untuk memeriahkan countdown to Christmas, The Wembley St Giles Premier Hotel telah menyediakan "international cuisine". With the theme of Mystical White Wonderland, there are lavish buffet sprrad at the Wembley's Cafe with Roast Turket with Sage, Giblet Gravy, Roasted Chestnut etc. Can you imagine how delicious are the buffet spread. Ok lah tak nak cakap banyak, jom la aku jamu mata korang dengan buffet spread yang best gila dekat sini ok.

Untuk menyemarakkan perayaan Christmas, Christmas carollers of The Boy's Brigade akan menyayikan lagu-lagu sempena perayaan Christmas di lobi hotel dan di Wembley's Cafe bermula dari pukul 7.30 malam.
Berikut harga bagi Chritmas Buffet mengikut hari dan tema:

White Neverland Christmas Buffet Dinner
23 December 2018 (Sunday)
6.30pm - 9.45pm
RM117 nett (Adult)
RM58 nett (Child)
RM82 nett (Senior Citizen)

Mystical White Wonderland Eve Dinner
24 December 2018 (Monday)
6.30pm - 9.45pm
RM140 nett (Adult)
RM70 nett (Child)

Christmas Day Buffet Lunch
25 December 2018 (Tuesday)
12.00pm - 3pm
RM67 nett (Adult)
RM33 nett (Child)
RM47 nett (Senior Citizen)

Christmas Day Buffet Dinner
25 December 2018 (Tuesday)
6.30pm - 9.45pm
RM117 nett (Adult)
RM58 nett (Child)
RM82 nett (Senior Citizen)


Antara signature dishes yang ditawarkan di Wembley's Cafe adalah Slipper Lobster, Snow Crab Leg, Roasted Turkey with Cranberry  Sauce and Glazed Sweet Potatoes, Brussel Sprouts, Pecan Pie, Sashimi , Meringue Tart etc.
Ok lah apa pun tak mau cakap banyak-banyak, jom jamu mata hampa tengok hidangan-hidangan yang disediakan di Wembley's Cafe ni.

Rasa macam Mystical sangat dengan lampu-lampu ni kan.

Serius sebab banyak sangat hidangan rasa rambang mata tak tau nak makan yang mana satu. Hahahah.
Look at all those wonderful desserts. Ah sedapnya uolls.










Colorful right? Cant decide which one to choose.


Siakap tu sedap kot! Ahh semua sedap la.


Terliur tengok  cheesey mussels tu. Sedap nya.




Meatball la kepah la lamb la salmon la. Banyak choice kot.


Sedap! My fav especially those smoked duck!


Varieties of sushi!


Moi fav sashimi. I ate the tuna and salmon like nobody business ok.


My husband favourite, idako!


The sate taste so good!

Mai tengok apa aku amik untuk suami and anak-anak.


Lots of sahimis and oysters for me and my husband. Love food we call this😍😍😍


My favourite, the cheesy mussel. Sedap kot.


Took this idako for my husband.

Here come the best part, save d best for the last. The dessert part. Yahuuu





I personally dont really like macaron sebab terlalu manis. But HELLOOOOO, macaron dekat sini sedap kot and tak manis sangat. The filling also good. Sedap gila kot. I can eat more than 2 kot. Kalau tak separuh pun payah nak habis.
Banyak kan makan. Semua sedap-sedap. Aiyooo payah nak diet macam ni sebab buffet sedap-sedap kan.


Thank you Wembley for inviting me.
Korang yang tak tau nak wat apa cuti time Christmas nanti boleh la try buffet dekat sini ya. Aku dengan suami aku memang jenis food hunting kalau time-time festive season ni. Time makan ni la kita create memories tau dengan yang tersayang Tapi hampa jangan lupa book tau.

St Giles Wembley Hotel Penang
183, Jalan Magazine, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

For reservation, call 04-259 8123
Email wcafe.swpg@stgiles-hotels.com

Haiiii hampaa semua. Pejam celik pejam celik dah tengah bulan 11 kan...pastu bulan 12...pastu dah nak masuk 2019. Wah cepatnya masa berlalu kan. So dah plan ke mana-mana ka cuti bulan 12 nanti. Biasanya kalau orang yang bkerja tu bulan 12 tu selalunya time kena clear leave kan takut dah tak boleh carry foward ke depan. Hahahha. Tak kurang jugak yang takdak leave macam aku dulu-dulu tetap jugak amik unpaid leave untuk retreat diri hujung-hujung tahun sebelum nak start all over the whole new year kan. Hahhaha. Kemain sangat.

So korang da plan ka nak bercuti ke mana? Aku bercuti dekat-dekat ja awal bulan 12 nanti. Tapi tempat aku nak pi ni dah pernah share dah kat blog sebelum-sebelum ni. Tempatnya panas terik..tepi pantai yang indah. So seharusnya sun bathing is the must gitu. Tapi tu la bila cakap pasal sun bathing nanti ramai orang takut burn. 

Aku ok ja sebab aku tak risau sangat pasal sun burn ka apa sebab aku awal-awal lagi dah ada precaution and prevention "tool" gitu haa. Tak lain tak bukan, dengan the new ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY ni...aku dah tak perlu risau muka terbakar and merah ok.

Credit to Althea

Sebab Althea Petal Velvet Sunaway ni adalah SPF50, PA+++ . So there is no reason for me to hide from the sun. Afterall tak guna kalau pi bercuti tepi pantai tapi takleh menikmati pemandangan cantik tepi pantai kan.

Looks cute in thia cute pouch rite?

Antara sebab kenapa aku suka Althea Petal Velvet Sunaway ni sebabnya, BAU dia. Bau dia bau bunga damask rose kot. Serius WANGI! selalukan bau sunblock ni kan satu macam punya busuk. Which i totally hate it! Tapi dengan Althea Petal Velvet Sunaway ni aku suka sangat bau dia. Ahhh tak sabarnya nak tempek banyak-banyak nanti. 

Bau bunga rose damask! Sapa tak suka kan!

Another best part is produk ni mempunyai hyaluronic acid yang mampu menghalang dehydration pada kulit kita. Ehhh mesti la suka kan. Dah terdedah dengan cahaya terik pun kulit tak kering and rentung. Best ke tak best tu? Selain dari tu dalam formulation produk ni ada gak letak geranium oil to give a radiant boost to our skin dan juga untuk heal acne! Ahh gila combo terbaik ni. 

Credit to Althea.


Selalu biasanya kalau kita pakai sunblock kan..kita akan notice our skin akan appear macam white-ish layer gitu kan. But dengan Althea Petal Velvet Sunaway ni takdak tau. Sebabnya Althea ni takguna chemical based UV filter sebab tu la takdak white-ish coating layering dekat our skin gitu. Ni pun antara sebab kenapa aku pilih Althea Petal Velvet Sunaway ni. 

Credit to Althea. This one selalu terjadi kan kalau pakai another brand of sunscreen/ sunblock.

Mari kita test dekat skin aku sendiri.

Taraaa. No white-ish appearance kan. 


And kalau hampa nak tau, Althea Petal Velvet Sunaway ni adalah poduk dari Althea sendiri dan dihasilkan di Korea. Well Korean cosmetics and skincare ni harap maklum dah kan the whole world da recognised their expertise in these two. 

So kalau hampa-hampa nak beli Althea Petal Velvet Sunaway ni hampa jangan lupa dapatkan di Althea. Harga dia cuma RM43, tapu lani depa tengah buat offer in SET beli Petal Velvet Sunaway ni dengan Petal Velvet Powder cuma RM53.10 ok. Kalau tak Petal Velvet Sunaway ni saja dah RM43, Petal Velvet Powder pulak RM16/RM17. Dah boleh jimat dekat situ.

And dont worry Althea tengah baik hati buat free shipping untuk semua product dari Althea Exclusive. Jangan lupa guna code PBSHIP.

And untuk Petal Velvet Powder tu korang boleh pilih nak yang mana 1. Ada 3 jenis yang berbeza tau. 

From left to right: warm beige | pink lavender | transculent.

1. Petal Velvet Powder - Transculent / RM16

2. Petal Velvet Powder - Warm Beige / RM16

3. Petal Velvet Powder - Pink Lavender ( Limited Edition) /RM17


The colors.

The finishing after applying to skin.

Benefits of using Althea Petal Velvet Powder are: 

Credit to Althea.


So hampa cepat-cepat la dapatkan Althea most wanted products ni tau, Petal Velvet Sunaway and Powder. Boleh dapatkan di:


 Althea Website 


And hampa jangan lupa download apps Althea dekat Playstore for Adroid user untuk ios user hampa pun boleh download jugak ok. Tapi sory aku lupa ios panggil apa. Kahkah. Orang xpernah ios gini la dia. 

 


Sapa sini penggemar cerita Korea? Mesti selalu tengok depa punya la suka makan depa punya ayam goreng tu kan. Adudu. Nampak sedap gils kot kan. Kalau dekat Malaysia ni biasanya banyak jugak kedai makanan korea yang buat ayam goreng korea yang ala2 macam ayam goreng bersira ni kan. Tapi of course la mahal jugak harga dia.

So sebagai seorang yang teringin sangat nak makan...time tu kat umah pulak kan...ehh xkuasaaa la den nak pi ke kedai korea semata-mata nak makan ayam goreng ni kan.

So apa lagi bikin sendiri ja lah kan. Ayam goreng yang tesco ready to fry da ada. So moh la kita try buek sendiri yo. Hahhahaha


Bahan-bahan:

Ayam goreng Tesco bahagian drummets & wings (ready to fry) ...kalau korang takda korang kena la prepare dulu bahan untuk bancuhan tepung goreng ayam tu. Aku da skipped part ni ya.

1 sudu Paste gohjujang (halal one..beli dekat Shopee ja)

1 sudu Cili sos

1 sudu Tomato sos

1 sudu Kicap

1 sudu madu

1 sudu minyak bijan

1 sudu gula merah

1 sudu tepung jagung..jangan lupa bancuh siap-siap.

1 sudu bijan

Daun bawang yang dah dipotong.


Cara-caranya:


1. Goreng ayam sampai masak dan ketepikan. Jangan lupa toss minyak dekat ayam tu.

2. Dalam periuk dalam masukkan sedikit air dan campur semua bahan-bahan tadi. Renih kesemua tadi dan lastly masukkan bancuhan tepung jagung.

3. Masukkan ayam goreng kedalam sos/ paste yang dah disediakan tadi. Pastikan semua bahagian ayam bersalut.

4. Hidangkan di pinggan. Jangan lupa taburkan bijan dan daun bawang. Tapi rumah aku dah habis bijan so aku tabur ja lah daun bawang. 

Ready to eat. Senang ja kan! Bukan susah mana pun. Ni kalau makan dekat kedai korea ni siap la duit ko. Hahahhaha. Nanti nak try buat another version plak kan. 

Sedap jugak for first timer ni buat kan. Eh terpuji diri sendiri pulak dah. Kalau ada bijan bukan najib ya mesti lagi sedap gils kot. Naik rasa dia! Resioi

Aishah Arissa

in , by Alia Farhan, 11:39 AM
Ok la..kali ni nak cerita skit pasal my little one yang not so little ni. Kisah anak nombor 2 ni unik skit bagi aku.

Tengok muka dia tu. Ada ja nak buat akal dia tu. Haih gerammmmm.

Teringat masa pregnant kan Si Aishah ni dugaan mornoon sickness tu sama ja dengan kakak dia jugak. Memang terlantar jugak la kat katil. Hahahha. Nasib baik time tu Adriana hantar dekat rumah tokmama dia. Dapat la mama depa ni terlantar dan terdampar bagaikan dugong di atas katil haaa.
Tapi time ni mengandung dia ni la husband ajak mengandung ke oversea time tu. Hahahha. Dia cakap..B u survey tiket pergi Korea b....
Ahhh sudahhhh aku xnak pi Korea! Aku nak pi Perth. Dari mengandung Adriana lagi aku mengidam nak pi Perth gara-gara tengok cerita Adam Hawa yang Aaron Aziz n Nad Nisa berlakon tu. Teringin nak makan fish n chip kat Fremantle tu. Kahkah! Kemain mngidam kannnn. Nasib la ko!
Alhamdulillah masa pregnant kali kedua ni rezeki laki aku lebih sikit so dapat la bawak aku pi lepas mengidam aku nak makan fish n chip dekat Perth masa tu. Kahkah. Beli tiket bulan 5 masa tu Malindo baru buka routes ke Perth, ujung bulan 8 fly. Masa tu perut da 5 bulan+. Berlari macam orang gila dalam KLIA sebab terlepas flight. Siot je Malindo..nasib depa ganti balik tiket sebab tu memang salah depa. Ohoi!
Tapi kan masa sepanjang kt Perth tu kemain Aishah behave dalam perut. Sekali sekala ja dia tendang bila lapar. Balik Malaysia kemain dia berguling-guling sakan....ehhhh kemainnnnnnn ehhhh. Mengadaaaaa....


Muka nak buat inar conteng muka mama dia.
And masa pregnant si Aishah la kena gdm. Tapi semua diet control la. Takda la sampai kena cucuk insulin kan. Tapi masa 36w tu aku da standby balik Jitra dah sebab takut terberanak pulak kang. Sekali scan dekat sana baby dah 4kg. So takleh bertanggung lagi aku kena elective cser sebab history aku pun yg first cser kan. Depa takut kalau induce high risks for both.
Maka berderai lah air mata aku sebab kena elective cser wei. Takyah cakap la kecewa dia macam mana kan. Tapi xpa lah demi anak kan..mak mana yang sanggup amik risiko untuk tak dengar cakap pakar kan.


Membesar dengan sihat bagaikan juara!
Alhamdulillah tanggal 28hb Nov 2016 maka lahirlah Aishah pot2 kami melihat dunia melakui tingkap. Uhuk2. 3.96kg lil not so little baby girl was born. Adoi masa  first time pegang Aishah Ya Allah dalam hati debab nya kau dikkkkkkkkkk!!! Dah macam kakak dia masa baby 2 bulan. Kahkah.
Dah besar ni takyah cakap la, makin kuat makan. Kuat menjerit. Kuat mengarah kakak dia. Kuat bossy. Tak heran orang langsung. Orang marah ka apa ka dia wat perangai dekkk dia tu ja. Haihhh urut dada dengan perangai dia ni. Belum lagi dia tarik rambut kakak dia. Tumbuk kakak dia...penampaq kakak dia. Kakak dia tu dah la keding. Kesian si kakak banyak beralah dengan si pot2 debab ni.


Kena marah dengan papa dia. Tengok dia buat muka macam mana. Hahahhahaha. Geram rasa nak penyek-penyek ja tengok muka cute dia buat ni.
Tapi kadang-kadang mai angin kus2 si kakak, mau dia balas balik la jugak sambil mulut membebel-bebel. Hahaha.


Time tak bergaduh..baik macam ni la. Kalau time bergaduh nanti yang si kecik tu tarik rambut kakak dia la. Haihhhh pitam dengan debab ni.
Tapi tu la Aishah. Perangai anak numbor dua aku. Kalau tengok berdasarkan pemerhatian aku...anak numbor 2 ni dia ada "perangai" dia yang tersendiri. Kawan aku cakap perangai pelik ni biasa ada dekat anak num 2 ja. And aku rasa semua ni betul gak. Sebab kakak aku pun ada gak perangai pelik dia tu..anak sedara aku yang no 2 tu pun ada perangai dia tersendiri jugak and sama jugak dengan anak-anak no 2 yang lain yang aku pernah jumpa. Bak kata orang, anak no 2 ni kena urut dada sikit. Hahhah
Tapi takpa lah. Macam mana pun tetap anak yang kita sayang ye dak. Walaupun kuat makan. Lepas tu bila makan taknak orang suap and nak suap sendiri..lepas tu comots...lepas tu bushuk mashammm pun tetap la mama sayang Si Aishah Pot2 ni.


Tengok. Makan laksa pun nak makan sendiri ok! Berlagak xmau kalah punya budak. Geram ja. Habis baju dia kena kuah laksa. Bila kiss dia habis bau ikan/ kuah laksa kat dia ni.
Tapu tu la bila anak-anak dah tidur ni mula lah teringat gelagat masing-masing. Bila diorang ligat bermain boleh pening dengaq bergaduh. Bila dua-dua dah tidoq. Haihhh sunyi sepi rumah jadinya.
Ok la..till then...Aishah if u read this masa u besar nanti ...tolong lah jangan buat perangai pelik-pelik sangat. Kalau tak jangan harap la mama tak tokak pipi debab u tu. Hahahhaha
Hai hampa semua. Nak tanya ni, ada dak sapa-sapa kat sini suka skip breakfast? Haa banyak yang bagi alasan tak suka breakfast sebab nanti perut sebu la apa la kan. Pernah dak dengaq pepatah mengatakan Breakfast Like A King. Haaa KING gituuuu. Sebab apa King sebab breakfast ni tersangatlah penting untuk permulaan hari kita. Sebab tu kalau orang yang diet breakfast tak boleh tinggai tau. 


Antara kebaikkan breakfast ni adalah:
1. Memastikan metabolisme badan pada tahap optimum.
Selepas bangun dari tidur, perut kita telah kosong selama lebih kurang 10 jam. Jika kita tidak sarapan, dan skip terus ke makan tengah hari, perut kita kosong lebih dari 12 jam. Ini akan menyebabkan otak menghantar signal untuk menurunkan metabolism badan. Dan apabila kita makan tengah hari, badan kita berada dalam mode berehat, jadi apa yang kita makan waktu tengah hari itu tidak dibakar dengan efektif, ini akan menyebabkan penghasilan lemak dalam badan.
2. Mengelakkan kita makan secara berlebihan pada waktu lunch dan dinner.
Apabila perut kita kosong, kita akan mengambil makanan lebih dari keperluan kita. Ini mennyebabkan kita sukar menurunkan berat badan.
3. Membekalkan tenaga.
Dengan mengambil sarapan pagi, kita memberi badan kita tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Kerja kita akan lebih produktif dan lebih fokus dengan apa yang kita lakukan.
4. Membentuk pemakanan kita sepanjang hari.
 Menurut satu kajian, sarapan pagi mempengaruhi tabiat permakanan seharian kita. Jika kita mengambil makanan yang tidak sihat, kita akan cenderung untuk mengamalkan tabiat permakanan yang tidak sihat sepanjang hari. Sarapan juga membantu menurunkan berat badan.
Sumber : Coachturunberat.
Okay, so korang dah tau kan kepentingan breakfast ni kan? Tapi  nak tanya sikit kalau breakfast selalunya korang makan apa? Aku basically kalau breakfast memang suka makan heavy sikit, macam nasi lemak ka nasi goreng ka..depends. Tapi aku jarang sekali amik menda-menda macam roti canai sebab kalori roti canai tu sikit lagi nak bersamaan dengan sebungkus nasi lemak yang basic. So I rather save my calories from eating menda yang bagi aku celah gigi macam roti canai ni untuk save makan menda yang heavy and dapat tahan perut aku ni lama sikit. Bak kata orang Kedah, bagi kejap perut sikit ha. Untuk orang macam aku ni, roti canai sekeping tak cukup ya. 2 keping baru onz, sebab tu la suka mencekik nasi lemak or nasi goreng lagi. hahah
Pernah tengok tak macam mana orang Korea breakfast? Yang tu lagi aku kagum sangat-sangat sebab dia dah level #breakfastlikeakinggoal gitu haa. Gila noks, Macam-macam ada. 
"Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain2. Dengan erti kata lain, susu adalah sumber yang mudah untuk memperoleh protein yang berkualiti tinggi," katanya.
Tan seterusnya menjelaskan: "Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan kita untuk kegunaan  masa depan. Ini bermakna kita bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita".
"Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah," katanya.
  • Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik;
  • Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif;
  • Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;
  • Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein;
  • Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.



pic from Google

persoalannya, kau mampu nak breakfast healthy macam gini haaaa?

Disebabkan tahu diri ni tak mampu nak breakfast se healthy orang Korea maka aku kena cari alternatif lain untuk mulakan hari aku dengan kuat. Salah satu caranya dengan pengambilan susu semasa breakfast. Untuk susu, pilihan aku adalah Dutch Lady UHT Milk, semstinya fullcream la kan sebab aku memang suka yang full cream. antara kebaikkan susu Dutch Lady UHT ni menurut Pakar Pemakanan dari Dutch Lady Malaysia, Tan Huey Ghee adalah: "Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita. Anda boleh katakan bahawa protein adalah nutrien penting yang menyelenggara serta  memelihara badan kita supaya berfungsi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian".




Jom tengok Dutch Lady Breakfast Challenge yang aku join untuk kempen #strongstart dari Dutch Lady Malaysia ni.


DAY 1: segelas Dutch Lady UHT Milk bersama breakfast kegemaran, nasi lemak.


DAY 2: segelas Dutch Lady UHT Milk bersama masi goreng kampung.


DAY 3:  segelas Dutch Lady UHT Milk bersama coco crunch.



DAY4 : segelas Dutch Lady UHT Milk bersama nasi goreng pedas.




DAY 5 : segelas Dutch Lady UHT Milk bersama honey cornflakes.



Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:



Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my.

Actually malas nak share sebab rasa macam simple. Malu la jugak nanti orang kata eleh kari teloq pun nak share ka? Hahahhaha. Tapi tu la since ada yang tanya kan...kita share ja lah ye.

Actually dah lama tak makan kari teloq pecag macam ni. Ni antara favourite arwah abah. Saja la nak bagi cucu-cucu dia rasa macam mana rasa kari favourite tokwan depa. Walaupun tak pernah kenai tokwan depa, at least kita kena ceritakan something about tokwan depa so that literally they will know something about arwah.

Ok la..berbalik kepada cerita kari teloq pecah ni. Ada orang prefer kari teloq rebuih, macam aku prefer yang macam ni walaupun jarang gila masak and makan ni. Sekali sekala kena ajaq anak-anak makan menda-menda simple macam ni supaya tak la kalau kena duduk hostel meraung tak nak makan kari teloq ka apa ka kan.

Intro da panjang... jom lah kita tengok bahan-bahan dan cara-caranya:


Bahan-bahan:

Bawang besar sbiji.

Bawang putih 3 or 4 ulas.

Daun karipole

Rempah kari daging+ikan

Serbuk cabai

Air asam jawa

Bunga rawang+kayu manis

Telur (ikut la berapa biji hampa nak)

Garam

Serbuk perasa

Tomato* taknak letak pun xpa..ni optional ja

Cabai melaka * taknak letak pun xpa..ni optional ja


Cara-cara:

1. Bawang besar+bawang putih diblend. Tinggalkan skit untuk potong halus untuk menumis.

2. Panaskan minyak dah tumis bawang merah dan putih yang dirincik tadi dengan bunga lawang dan kayu manis. Ha jangan lupa daun karipole sekali. Tumis sampai naik bau.

3. Masukkan bahan-bahan yang dibelnd tadi dengan rempah kari dan serbuk cabai. Masak sampai rempah nampak garing dah agak pecah minyak. 

4. Kemudian masukkan air asam jawa and air skit. Tunggu sampai pekat and masukkan garam dan serbuk perasa. And masukkan tomato dan cabai melaka.

5. Telur pecahkan satu-satu ke dalam mangkuk then lepaskan ke dalam kuah kari yang menggelegak tu. Sampai la berapa biji telor yang hampa nak. Jangan kacau telur-telur tu. Biar ja. Dah nampak mengeras baru kacau-kacau skit.

6. Sedia dihidang. Ada orang suka kuah yang pekat. Ada yang suka cair. Korang pandai-pandai la adjust ikut tekak korang. Aku suka pekat sebab suka nak cicah dengan roti nanti.

Ok la..senang ja kan..tak susah pun...remoah nak masuk banyak mana pun ikut suka korang. Nak rasa kari tu kuat buh la banyak..tu je. Pandai-pandai la korang adjust

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS