Hai...
Dah lama menyepi dari blog sendiri..sebuk apa pun tak tau aihhhh...hahahha. buat ramai ja orang Penang kata.
So kali ni nak cerita pasal transformation balcony. Sebelum ni balcony ni ada la pokok2 jugak tapi tak banyak. Sebelum renovate buat dapoq and husband aku tukaq tiles dekat balcony and letak rumput carpet dekat wall tu memang penuh gak la dengan pokok. Masa balik2 dari berpantang..terkejut jugak aku habis pokok2 aku dia clear.haihhhh. tapi xpa. I will start again.
Mula-mula husband aku da bising jangan letam banyak2 pokok dah. Dia tak tau ke bini dia ni degil. Hahahah. Alaaa kasik chance la aku salurkan hobi belai2 pokok dekat balcony kan. Dari aku duk join makcik2 bawang bergosip tak tentu hala kan dekat taman permainan kat  bawah tu. Baik lah aku layan pokok2 aku ni. Hahhahaha
So jom tengok transformation from A to Z ok.


Kosong...kira aku tanam yang basic-basic yang aku suka makan la. Piping tu husband aku buat untuk aku tadah air untuk siram pokok dari air yang mai dari compressor air cond. 


Haa seronok la pokok2 aku dapat air tadahan ni kan.


Step by step aku tambah and ubah skit-skit. Rak ni aku beli untuk letak pokok-pokok aku. Yang renek2 la. Rak ni dari Ikea..rak Hyllis namanya.. sapa rajin boleh cat dulu. Tapi aku tak rajin so aku tak cat. Lagipun nak biar nampak ala-ala industrial. Hahahha


Slow-slow aku tambah sikit-sikit. Meja hitam tu asalnya meja Ikea yang outdoor tu tapi laki aku cat hitam. Sekarang ni bila lama-lama cat tu ada tertanggal skit. So dah jadi ala-ala rustic skit. Kerusi tu pun aku beli untuk letak dekat balcony. Seronok wei layan stegram kat situ sambil-sambil kena angin petang(kalau ada angin la kan)


Pastu aku ubah kerusi tu ke sini sebab nak dekat dengan meja la katakan. Ala biasa la orang yang suka deco and bajet2 ID ni memang suka suki ubah sana ubah sini. Sapa yang kena sampuk dengan saka deco ni tau la peel nya kan.


Lepas tu bawak plak rack ikea kecik yang warna putih tu keluar untuk letak pokok2 kecik. Kira ada ja pertambahan dia. Hahahha. Laki aku dah geleng kepala dah. Hahahah. Mesti dia pun malas nak layan. Tapi dia melayan je lah asalkan aku xbuat menda2 bodoh membawang dsb dengan makcik2 bawang dekat bawah tu.


Yang ni pulak dekat another side. Aku letak rack ikea Lergerg yang kecik 2 tier tu dekat sini. Memang rak-rak Ikea ni tahan lasak sebab tu aku berani letak kat balcony ni.


Adriana la paling heppy bila aku buat cantik2 balcony ni. Last time ada celebrate birthday dia dekat sini. Boleh tengok entry ni untuk yang nak idea untuk celebrate birthday anak dekat balcony. 


Dapat juga jadi port untuk acah2 outdoor picnic and breakfast dekat luar rumah. Hahhaha.


Pagi weekn breakfast dekat sini amik mood sikit. Tapi macam biasa la ruang adalah limited la dekat balcony kami ni. But so far antara ruang heppy untuk aku sebab dekat sini la aku melepaskan tension aku. Kat sini jugak la aku belai2 pokok..releks2 main stegram..kahkah. lepas ni who knows buat bbq pulak ke kan...
Memang nak transform ni aku buat sikit2 dulu la. Part by part. Sebab aku beli sikit-sikit dulu. Amik ilham sana sini sinun. Oklah kan dari dulu-dulu tu. Sendu ya amat.
Ok lah..chow cin cauuuu
Holaaa...lama tak bersiaran. Rasa lembs betul jari-jari ni nak menaip sepatah dua kata. Haaa giteww. Bukan writer's block pun tapi kesibukkan melanda al maklum lah baru lepas raya haji kan. Pastu cuti sekolah pulak. Bila cuti sekolah mama pun sebuk jadi mak singa| tarzan| jungle book | mak kepada Mowgli! Hakhak.
Ok la kita bersambung terus la ya dari entry yang dulu k. Kalau ikut iti asal hari kedua nak ke Lancelin Sand Dunes dengan The Pinnacles tapi disebabkan hujan plan kami berubah. So kami mengambil keputusan untuk jalan-jalan di sekitar Perth sahaja. Ya lah last time mai ke Perth banyak shoot keluar dari Perth sampai tak sempat pun nak jalan-jalan di Perth. Kali ni kita banyak main dekat Perth gitewwww haa.
So lepas ja breakfast dekat hotel (hotel sediakan simple breakfast macam bread & cereals), maka kami pun gerak la ke Fremantle or lebih dikenali sebagai Freo di kalangan Perth peeps. Fremantle ni adalah port atau pelabuhan terbesar di Western Australia. Dari Scarborough Beach ke Freo.tak jauh mana sebab dua-dua dekat tepi pantai ada la dalam 20minutes macam tu. So sepanjang dari Scarborough Beach to Freo, memang akan lalu coastal road. Aduhhhh cantik wei. Pagi-pagi dah nampak laut terbentang luas dan biru di depan mata. Tenang ja rasa!


Sampai ja di Freo kami terus ke E Shed untuk membeli souvenier apa yang patut kan. Kat sini ada 2 kedai souvenier, satu kedai Uncle Simon , Megabes satu lagi Aussin (owned by Indonesian). Korang compared sendiri la yang mana murah kan. Sebab ada sini murah..sana mahal skit. Tapi kedai Uncle Simon Megabes da tutup ya dekat Eshed, last bulan 5 hari tu diorang operate dekat Eshed and diorang fully operate dekat Fremantle Market. So korang kalau nak ke Megabes lepas ni boleh ja terus ke Fremantle Market. Open daily, tak macam kat Eshed ni hanya buka time weekend saja.






Ni souvenier yang aku beli untuk self reward. Pesan Uncle Simon dekat aku..buy something nice for yourself first. You yourself should get the reward first for your achievement to come all the way to other country. Dia pun ada cerita pasal masa dia start migrate ke Perth dulu. Memang inspiring la kan. Bestnya kalau dapat idea nak buat bisnes apa kat Perth tu kan.

Lepas ja setel shopping apa yang patut kat sini masing-masing perut dah lapar gila kan so kami pun terjah la untuk makan di sini. Jangan tak tau kat dalam ni ada HALAL food tau. Korang boleh makan kt kedai TEMASEK ni. Makanan sedap...food portion is quite big. Makan kenyang-kenyang senang nak jalan kan.



Then jalan-jalan sikit kat area Freo and terus ke Kaili's for their famous Fish N Chip. Makan ramai-ramai berebut-rebut sedap gilos kot lagi-lagi pulak sejuk-sejuk kat luar tum bit beware of seagull ok. Kalau korang biar makanan korang nanti habis la dia mai makan n hampa gigit jari la nanti kan.


Anak-anak dara we'ols.


Adudu sedapnya ingat balik. Yang prawn cocktail dia tu sedap gila kot.


Maktok dengan cucu-cucunya.




Jangan lupa mai makan Fish n Chip kat Freo ni na. Boleh pilih nak makan kt Cicerello or Kailis. Aku suka dua2. Hahahhah



The girls.


Time ni da start mendung. Right after that start hujan dah.


Lepas ja makan kat Kailis kami ingat nak tangkap la gambar kat area Freo dulu tapi sebabkan hujan kami pun ke next destination iaitu Watertown Factory Outlet. Gila kemain lagi second day duit da habis beli souvenier dengan shopping kat sini. Sampai lupa la nak bergambar dekat sini.
Tapi yang pasti murah gila la..mak aku beli kasut Adidas kt sini dalam $33 ja. Laki aku beli kasut New Balance pun $55 ja. Laki aku kan susah nak cari kasut kat Malaysia sebab kaki size orang2 Aussie sangat. Aku beli Levi's pun offer half price dari $60..so aku angkut yang half price dengan yang $60 tu satu...kat Malaysia nak dapat Levi's RM180 jangan harap la.


Hasil cekauan dia Fossil Outlet. Memang murah gila lah.
Ada juga beli tshirt Cotton On Kids dekat budak-bidak ni tapi tu la masa aku pi tu choice da tak banyak. Baik kat Design Village Outlet lagi banyak  choice.
Lepas ja sesi menghabiskan duit di sini kami pun pi ke Kings Park untuk makan bekal makanan kami. Untuk bekal nya aku cuma masak sambal udang(paste sambal dah bawak dari Malaysia, udang size XXL beli di Spudshed malam sebelum tu 1kg $15), rebus telur dan sambal hijau mak aku dari sini qnd nasi of course la kan. Syahdu wei sejuk-sejuk makan menghadap pemandangan Perth CBD dari sini.



My bubbly daughter!



Bff goal. Berguling sakan mak2 budak kat padang ni. Adriana da macam nustan dah..berguling2 macam tenggiling pun ada dah. Mentang2 la hijauuuu and sejukkkk ja kannnn.. cuba kat Malaysia dia pun xkoserrr..


Mama with Anena n Nuna.


Bikoi sisterhood!


Adik beradik Bikoi.


Selesai bergolek-golek kat padang maka jom cari port nak makan pulak.


Sapa tengol Rahsia Hati Perempuan mesti perasan pondok ni ada masa part Mika kena tolak dengan Ari pakai wheelchair tu kan. Haa kat sini la kami berhenti makan and lepak sat.
Dari pondok tempat kami makan tu boleh nampak view-view ni.


 Sebelum gelap.


Breathtaking Perth view.














View Perth CBD at night from Kings Park

Lepas makan kat sini and lepak2 and menikmati view dekat sini sat maka kami pun gerak la balik ke hotel untuk berehat. Esoknya nak meneruskan perjalanan jauh ke Busselton pulak.

Ok la stay tune naaa.
Untuk entry first day di perth boleh refer SINI,  Travelog Perth (Western Australia) -Day 1

Untuk tempat-tempat Instagrammable di Perth Western Australia jangan lupa baca di SINI,  instagrammable place wajib pi di Perth/ Western Australia 
Hai hampa....
Tengah watpa tu? Tengah planning nak jalan-jalan hujung tahun ni ke? Or plan nak bawak anak-anak ke mana-mana masa cuti hujung tahun nanti? Apa kata korang terjah ke Singapore. Sebenarnya dalam banyak-banyak neighbourhood country, Singapore adalah antara negara yang aku tak pernah sampai lagi. Hukhuk.
Teringin jugak tapi harus lah plan betul-betul kan nak ke mana kalau di Singapore. Kalau hampa nak tau banyak gila attraction dekat Singapore sekarang ni....sebab tu la orang kata SEEING is BELIEVING...SEEngapore,for a roaring good time gitu haaa.
Jom tengok tempat-tempat menarik yang hampa harus terjah kalau ke Singapore...
1. Universal Studio Singapore


Pretty sure this is among the top list must visit in Singapore kan....aku pun kalau ke Singapore nanti memang 1st spot is here. Well biasa lah, tak Singapore la kalau tak ke Universal Studio nya kan.
2. Marina Bay Sands


Fuh..pernah tengok dekat Discovery Channel untuk pembinaan Marina Bay Sands ni betul-betul kagum dengan cara kerja dan technology yang diorang pakai untuk dirikan Mega Building macam ni. Macam-macam cabaran antaranya kawasan pembinaan yang berselut dan sebagainya. And of course kalau aku pi, ni antara dalam bucket list di sana. Marina Bays Sands ni terdiri daripada resort dan pusat membeli-belah dengan terusan mengalir melaluinya. Selain daripada itu, terdapat jugak Artscience Museum dan Marina Bay Sands Skypark dan terdapat infinity pool di Marina Bay Sands Skypark di mana hanya tetamu hotel sahaja dibenarkan untuk mandi dan menikmati pemandangan seluruh Singapore dari atas ini.
3. Gardens By The Bay


Kalau sekali tengok mesti akan teringat pada cerita Avatar! This is what this gardens remind me to. Selain daripada tumbuhan yang menarik dan menyegarkan, terdapat juga air terjun yang tersembunyi di dalam ni yang berada di dalam Cloud Forest Dome. Menarik kan? Ada unsur-unsur futuritik dan nature under one roof. The architects and engineers of this mega project should received a major credit for this amazing building concept! 
4. Singapore Flyers


Dikenali juga as Singapore Ferris Wheel, korang yang tak menginap di Marina Bay Sands boleh la tengok pemandangan keseluruhan Singapore dari sini. This giant ferris wheel  stands 165m and mempunyai diameter sebesar 150m menjadikannya the world tallest Giant Observation Wheel. Wowwww.....
5. Merlion Park.


Kalau dah ke Singapore tak lengkap kan kalau yak bergambar dengan Merlion Park ni. Located at the heart of Singapore, One Fullerton near Singapore Central Bussiness District (CBD). Must say this is the most favourite spot for the tourist in Singapore kannnn. 
6. Orchard Road.



Well known spot for the shopaholics. I must say this is the best spot for the shopaholics. Lucky me, I'm not that shopaholic. Hahhahaha....
7. Chinatown, Little India and Arab Road


Ni antara tarikan di Singapore. Kalau sempat jangan lupa singgah ke sini. And of course dekat sini boleh cari more street food kan.
Dan yang paling penting kalau nak ke SEEngapore for the roaring good time ni hampa mesti la nak kena beli tiket flight ke sana kan. But don't worry, now dengan Traveloka hampa boleh book ticket ke Singapore dengan RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore. Cara dia mudah saja, hampa kena buat tempahan menggunakan Traveloka melalui laman web atau applikasi dengan kupon GOSG. 
Dan untuk pengetahuan hampa, hampa boleh book hotel dengan 20% off di Singapore. Untuk membuat tempahan dan discount untuk ke Singapore ni korang jangan lupa check out Traveloka Promotion ke SEEngapore di laman web atau app Traveloka. Gila lah kalau tak grab promo macam ni kan. Dapat jimat banyak kot.

Untuk membuat tempahan melalui Traveloka, antara syarat-syarat yang hampa kena alert adalah:
  1.  Promosi RM50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID sahaja
  2. Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod    " GOSG" sewaktu pembayaran.
  3. Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal dalam senarai hotel yang terlibat.
  4. Tempoh tempahan adalah dari 1 September hingga 30 September 2018
  5. Tempoh perjalanan: ANYTIME korang! ANYTIME!
Antara sebab kenapa aku suka tempah melalui Traveloka adalah disebabkan:
  • Traveloka adalah pakar dalam perjalanan dan percutian. Means that, hampa bukan kata boleh rancang itinerary hampa dengan booking ticket flight(melalui lost penerbangan yang Traveloka sediakan) saja tapi boleh jugak book hotel sepanjang percutian hampa nanti. So kalau nak pi bercuti ke Singapore jangan lupa tempah dengan Traveloka tau.
  • Traveloka ni dikira sebagai one stop travel app yang menawarkan kemudahan perjalanan dan percutian hampa ke Singapore. 
  • Tak payah nak pening-pening booking flight kat app lain..booking hotel kat app lain. Kan dah senang keja hampaaaa....
So tunggu apa lagi, jom kita grab promo SEEngapore For  A Roaring Good Time ni!
Salam 

Hai hampa semua.

Kali ni nak share pasal satu resipi mudah untuk homemade sosej ayam. Nak beli sosej yang siap selalu sangat pun tak bagus kan. So apa kata buat ja sendiri. Mudah pun mudah kan... yang penting xda bahan-bahan tak elok dalam tu kan.

Bahan-bahan:

Ayam bahagian fillet(potong kecil-kecil)

Bawang besar (potong dadu)

Garlic 6 ulas( crushed)

Cendawan(aku guna king oyster)

Garam bukit

Stock ayam

Paprika powder

Dried Mixed herbs

Tepung ubi

Telur sebiji

Air sejuk 1/3 cawan

Cara-caranya:

1. Potong isi ayam kecik supaya senang nak blend dengan food processor. 

2. Campur semua bahan, then blend guna blender or food processor. Aku guna food processor ja sebab dah ada. Senang skit nak keluarkan nanti.


3. Masukkan isi ke dalam mould sosej. Oh ya mould ni silicone ya so it safe untuk kita kukus ya

.

4. Then kukus selama 20 minit.

5. Unmould dan sejukkan. Nak goreng pun boleh lepas tu.

6. Aku goreng skit. The rest sejukkan dan frozen kan. Nak nanti keluarkan and goreng.

Sukatan yang betul-betul tu xda. Ko pandai2 la main agak. Sebab aku ni jenis main agak ja tau. Janji jadi. 

Kalau korang ada yang tertanya-tanya kat mana nak beli mould sausage ni..boleh la jenguk instagram : scandi_scandu ya. Depa ada juai kat sana tau

Senang ada menda alah ni.. nak buat kepok lekor pon boleh ni..hahahah

Hellooo hampa semua...

Hari tu ada up gambar mekap kelam kabut nak ke hospital last week sebab suami kita jatuh moto ada kereta banggang kt jalan pegi bukak pintu luas2 tak tengok luaq..bumm kena laki aku...haihhh..tolongla korang2 yang bawak kereta tu please consider orang lain sama...lucky my husband cuma jatuh terhentak saja. But still kesian kt dia sebab still sakit kan. Orang lain yang punya salah..orang lain yang tanggung sakit.

Ok ni gambar nya. Ada orang kata pelolesss...yes peloles elok awak sebab kita tengah pakai mask ni tetiba husband kol kata dia jatuh and ada kat spital. Terus mak tenangkan pikiran sebab dia kata dia ok..tapi as bini yang baik hati da sayangkan lakinya harus lah aku pun pergi bersama-sama anak2 ku ke hospital untuk ketemu dengan laki ku. 

Eh panjangnya mukadimah. Sebenarnya nak cerita pasal My Product Co punya beauty masks ni. Ok serius best gila kot pakai ni.

Kalau hampa nak tau My Product Co ni ada 3 jenis masks tau. Antaranya adalah :

  1. Ginger Gold hydrogel mask
  2. Red Ginseng gold hydrogel mask
  3. Rice sheet mask.

Tapi kalau hampa nak tau yang terrr paling bestnya mask-mask ni bebas dari 8 bahan kimia berbahaya sepertu Formaldehyde, paraben, sulfate amine, mineral oil, benzyl alcohol, silicone, coal tar dyes dan aminal-derived ingredients and paling oenting sekali dermatology tested naa. Dan untuk pengetahuan hamoa semua, My Beauty Mask ni ada 12.5ppm (part per million) which equal to 99.9% gold  sebagai anti oksidan dan berfungsi sebagai mencegah penuaan kulit. Best ke bestttt???

Ok la jom go thru one by one ok.

1. Ginger gold hydrogel mask.

Ok this is my first time using ginger mask. Sebelum ni tak pernah pun guna ginger dekat muka. Turns out my skin feel so fresh n supple n super toing toing after the used. And ni juga adalah pengalaman pertama aku guna hydrogel mask, so tak tau pun yang hydrogel ni cepat terkoyak. Selalu pakai hydrogel mask dekat mata n lip sajia. So u guys need to be extra careful when u guys want to put on ur face. Paling selamat baring and letakkan dekat muka ya.


2. Red ginseng gold hydrogel mask.


Selain mempunyai khasiat untuk kulit, red ginseng juga terkenal dengan kandungan anti oksidan nya. And ada juga studies yang mengatakan red ginseng dapat menstabilkan hormon wanita. No womder la masa pakai ni rasa tenang ja walaupun bau dia agak kuat but it still ok for my nose. Well actually i like herbals n spices smells so this smell is ok for me.

Bau dia me relax kan aku. Sedap ja layan perasan sebelum dapat kol my husband jatuh moto. Pffttt.

Lepas dapat kol from my husband sempat lagi amik gmbar after using it.

Right after using this mask..dap all the essence to my skin and use some serum..then applied my foundation, blusher n lip matte. And there u go!

3. Rice sheet mask.

Macam biasa la kan sebut pasal rice sheet mask korang pun tau kan khasiat beras untuk kulit kan. Selain mencerahkan kulit, beras juga dapat memutihkan kulit disamping memberi kelembapan kepada kulit. And yang ni dalam bentuk sheet. So bentuk sheet ni macam biasa la kan senang skit nak apply.

Nampak basah tu? Aku memang pattern mask apa-apa pun sebelum pakai mesti letak dekat dalam freeser dulu bagi sejuk. Masa pakai tu perghhh nikmat jaaa. 

Perghhh sejuk-sejuk letak kat muka memang best la kan...korang tak nak rasa ka apa yang aku rasa lani????


Harga untuk mask ni adalah

  • Ginger Gold Hydrogel Mask-RM100/5pcs
  • Red Ginseng Gold Hydrogel Mask-RM100/5pcs
  • Rice Sheet Mask-RM28/3pcs.

Kalau hampa  nak tau dengan lebih lanjut lagi or kalau hampa nak beli beauty mask dari My Product Co ni jangan lupa tau check dekat sini www.myproductco.com atau check instagram depa www.instagram.com/myproductco

Bagi pengantin yang nak.make up...sebelum mak andam start make up korang..cuba la pakai ni dulu tau...In Sha Allah ur skin n make up akan jadi sangat glowing tauuuuu....

Ok lets syantikkk uollss..

Babai.my


© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS