Hai hampa kita bersambung dari Travelog Pak Bara: Day 1 ya. Nak perabih yang ni sebab nak update  travelog kat Perth pulak. Takut nanti lama-lama lupa pulak kan.
Untuk Day 2 ni, pagi tu masa bangun menda pertama yang kami cari adalah breakfast. Banyak ja kedai-kedai Islam yang jual breakfast di sekitar Pak Bara ni. Tapi as usual la bila kalut-kalit dengan anak-anak ni gambaq pun takdan nak amik. Hahhahah.
Kedai yang kami makan tu bertentangan dengan 7E Pak Bara. Senang nanti kot-kot hampa pi and nak cari ka. Menu pun banyak. Ada nasi lauk la, nasi kerabu la pulut dan macam-macam lagi. Aku as usual makan nasi kerabu and paw pulut mak aku. Huu sedap.
Lepas ja breakfast mak aku ajak balik ke chalet untuk memerut and relax sat before check out. Sebab kami nak terus keluar ja takmau rushing nak patah balik nak kena check out bagai kan. So best way terus check out ja.
Lepas check out tu terus kami ke market di Pak Bara. Jadi gila sat sebab murah gila weiiii. Habis aku borong stock ikan, sotong and daging dekat sana.








Lepas ja beli kat sini apa yang patut, mak aku ajak pi ke jetty yang depa duk bawak naik ikan tu. Kebetulan masa kami pi dah tak banyak ikan dah. Tapi dapat la jugak sotong-sotong yang kalau kat Malaysia ni sekilo RM30 tu dalam 140B lebih kurang RM15+ macam tu la kan.


Dekat jetty ni, depa tengah sorting setiap jenis makanan laut ni ikut jenis and size.


Yang ni tak silap aku dalam 80B macam tu. Apa lagi borong la mak aku sorang 2kg. Tu belum yang sotong besar tu ya.


Yang ikan-ikan kecil tu la ikan bilis uolls.
Lepas ja habis beli kat jetty ni. Kami pi pulak ke tempat pengeringan ikan bilis. Kalau dari tepi jalan tu boleh nampak bersepah-sepah tempat pengeringan tu. Hampa boleh mintak untuk beli la beberapa kilo. Aku beli 2kg mak aku beli 2 kg. 1kg dalam 120B saja ok. Dah la ikan bilis yang halus tu,kalau kat Malaysia tu mau la RM35+/kg. Apa ja yang murah kat Malaysia ni😂
Selesai ja shopping ikan dan segala binatang bagai tu maka kami pun bergerak la untuk balik ke Malaysia. Kami singgah makan dekat kedai-kedai kampung yang jual makan tengah hari. Sedap jugak lauk2 dia. As usual x tangkap pun gambaq sebab anak-anak tengah buat perangai sebab panas kan. Spesisss sangat tau. Kat Aussie kemain hampa seronok kan walaupun sejuk gedi..tak gaduh pun nak mengamuk kannnn..
By the time 3pm macam tu kami dah sampai dekat border untuk keluar dari Thailand.


Bordee post kat Wang Kelian lebih tenang kalau dibandingkan dengan Danok. Danok lebih serabut and lemaih perut😅
Sebelum tu mai tengok hasil belian kami di sana.


Sotong fresh. Sedap uiiii. Buat celup tepung tonyam semua. Adudu.


Daging kat sana sekilo 200B macam tu ikut jenis. Ikan pelara tu 60B , ikan nyoq-nyoq isi putih tu 20B saja. Kat Malaysia memang tak dapat la kan.



Best gila penuh peti ais. Semua ni tak sampai pun RM120. Murah kan....

Maka berakhir lah penggembaraan ke Pak Bara, rasa macam nak pi lagi ja sambil-sambil tu borong stock untuk rumah kan. Best jugak kan.
Bila ada anak-anak kecik ni salah satu cara nak enjoy cinema adalah dengan tengok cerita kartun. Yalah, masa bercinta and masa awal-awal kahwij dulu berdua ja pi tengok wayang. Tak payah nak pikir bab-bab cerita apa nak tengok. Rasa nak tengok ja terus book tiket and pi tengok.

Kami laki bini memang kaki cinema dari dulu-dulu dari zaman duk bercinta kat Melaka lagi. Weekend ja masa husband stil kerja kat Melaka, nanti mesti dia ajak tengok wayang. 

Bila dah ada anak ni kejung jugak la kan tak boleh nak semberono ja tengok cerita ikut taste kita. Nak tak nak kena ikut taste anak-anak. Eh tapi jangan tak tau kami laki bini dari zaman bercinta pun layan gak cerita kartun ni. Ingat lagi verita Despicable Me yang first pun kami layan kat cinema. Cute ja cerita tu. 

Sama la cerita Hotel Transylvania ni memang dari yang first lagi kami dah layan. Yang second tu tengok masa Adriana kecik lagi. And 3rd one ni tengok dengan Adriana n Aishah sekali.

Hotel Transylvania 3 kali ni mengisahkan Marvey nak bawak the whole family including the monster clan to a vacation. Ya lah, they run their own monster hotel tapi at the same time they feel bored with whole the hotel chores. 

So she booked a monster vacation( sea cruise), and in the other hand the cruise is owned by Van Helsing (hahaha..dis part is hillarious..kiranya Van Helsing ni musuh keturunan n zaman berzaman la). 

And nak dijadikan cerita Papa Drac zingggg dengan capten ni. Tapi capten ni pulak cucu cicit kepada Van Helsing...so kiranya macam cinta terhalang and dendam2 gitu jugak lah.

Well last-last macam biasa la, we can predict the ending what. They zinggg,and live happily ever after gituuu.


Korang yang ada anak-anak boleh la bawak tengok Hotel Transylvania 3 ni. Cerita dia best jugak and lawak.



Sekarang ni tengah outbreak HFMD kan. Start raya hari tu makin menjadi-jadi kejadian HFMD ni kan. Tengok stats hari tu kat Penang champion sekarang ni Selangor dah mendahului carta. Tipu la cakap tak kesah kan. Mesti la kesah lagi-lagi aku ada dua orang anak. 

From : Kementerian Kesihatan Malaysia fb page.

Mengikut pengalaman aku yang lepas masa Adriana kena HFMD tu(2 tahun lepas), nasib baik la dia xdak sampai kena ulser dalam mulut. She start with fever then tetiba naik merah-merah kat kaki and tangan. Time jadi tu masa kat KL masa amik kakak aku balik bertugas haji. 

Masa naik ja merah-merah tu aku terus curious eh takkan HFMD kot sebab naik nya dekat tangan and kaki. Bila kakak aku sampai and minta dia check kan kompem memang HFMD. So time tu kami bagi letak ubat tahan gatal dekat tempat yang merah-merah tu. Alhamdulillah dalam mulut dia takda ulser, kalau tak memang risau la sebab nanti dia taknak minum semua kan. 


Credit to  kpkesihatan.com

Plan asal nak stay kl beberapa hari tapi bila kompem ja Adriana kena HFMD terus laki aku dari Penang mai amik kami balik ke Penang. Esok nya terus pi jumpa paeds Adriana, Dr Cheah. Bila Dr Cheah check Adriana punya blister kira duk ada lagi and lucky her she just got a mild one..tak teruk la kiranya. Kalau teruk memang kena drip and warded la kan due to dehyration sebab tak ak minum ka apa ka. So dia bagi kami ubat tahan gatal and matikan virus tu. 

Yang paling aku ingat dia bagi Pottasium Permanganate (KMnO4) untuk bagi Adriana berendam dengan air tu for 10 minutes. Hahah. Memang KMnO4 tu berkesah gila wei. Sekejap ja blister dia kering and dia tak gatal-gatal. KMnO4 ni mak dia dulu buat main ja kat dalam lab tu. Hahahha.

Menda paling critical time anak-anak kena HFMD ni silalah kuarantin kan anak-anak kita di rumah. Plis ya jangan nak selfish sangat. Kalau yang hantar ke rumah babysitter ka taska ka tadika please make sure dia betul-betul recover baru hantar ya. Ni tak ada ja yang selfish gila anak tak recover lagi terus pi hantar sebab alasan takda cuti bagai. Please lah!

Untuk korang-korang yang nak ambil pendekatan pencegahan, korang bolehlah:

1. Kurangkan aktiviti di tempat-tempat awam especially supermarket, terutamanya kat trolley tu. Banyak virus dijumpai dekat situ.


Credit to Mr Google


2. Sentiasa cuci tangan kita dan anak-anak.

Credit to Kementerian Kesihatan Malaysia.


3. Sentiasa bawa hand sanitizer, paling senang kan.

Husband aku baru beli Antabax Hand sanitizer spray ni. Senang guna ni. Spray ja kat tangan, spray ja kt trolley, kt stroller, meja etc. Dah hilang sikit paranoid tu kan.


4. Jangan berkongsi makanan, pakaian, perkakasan dan juga minuman.

5. Pastikan lampin pakai buang diurus / dilupus dengan sebaiknya.

6. Tutup mulut bila batuk dan bersin.

Lastly, kita semua berperanan dalam mengelakkan anak kita dijangkiti dan menjangkiti orang lain. To those yang anak dia terkena HFMD ni, semoga dipermudahkan urusan kalian. Jangan lupa kuarantin anak-anak sebaik mungkin. 



Hai seperti yang sedia maklum aku nak share skit few items yang aku rasa BERBALOI untuk hampa beli di Eco Shop.

Satu sebab murah, satu lagi sebab kualiti pun not bad la...why pay more if you can get cheaper price at the same quality kan? Why bother why bother 💁‍♂️💁‍♂️💁‍♂️

Laundary detergent

Masa viral kat Fb tu kan aku pun macam ok ke? Ya lah ada yang borong buat stock sampai 10 botol macam tu kan. Being me yang suka sceptical skit, ok la why not try amik DUA dulu tengok macam mana perginya detergent ni. It turns out walaweh...this detergents smell so good. Bau macam kita hantar pergi dobi tu ha. Kena pulak bila on dryer kan..bila baru keluar dari dryer tu bau semerbak la rumah aku! Best...definitely will buy in bulk after dis. GREEDY MODE ON! This one comes in 500ml size!


Air Freshner

Aku angkut 5 terus. Masa pi balik ISNIN tu dah lincin wei. Masa aku pi jumaat lepas pun tinggal nyawa-nyawa ikan. BAU BEST. tak macam some sesetengah air freshner yang murah tu bila kita beli tu bau dia nan hadooo sangat tu...dis one macam yang hang beli yang rm9.90 tu. Bapak ah dengan RM9.90 aku tambah sekupang lagi aku dapat natang ni lima ketoi!


Hanger / penyangkut baju

Bila mana kedai-kedai lain da jual hanger yang kualiti paling brengset tetapi di Eco Shop jual RM2 untuk jenis yang tebai dan pinky minky apa salahnya beli 2 set. Ye dak?


Decoration items

Eh murah kot. Ni pun aku tengah buat projek untuk balcony aku. Lagi la selagi boleh sep aku sep la. Hajeee gilaa la RM2 ja item2 cenggini. Seppp duit aku!


Set pinggan mangkuk melamine

Eh aku pernah tengok dekat Jusco / Parkson pinggan melamine corak-corak macam gini sekeping RM19 tau. Memang tak kuasa la aku nak beli pinggan melamine RM19...mcam gini RM2 takpe. Ni pun nak pakai buat pi picnic ka apa ka. Eh aku kan romantic..so harus la picnic2 dengan set pinggan mangkuk sweet sweet sawit sawit macam gini.


Wallpaper sticker

Ni yang aku beli ni ala-ala bohemian / morocco style punya sticker untuk biasa orang letak kat dapor buat ala-ala tiles. Yang ni 1 bungkus tu ada 4 keping "tiles"/ corak. So all together aku guna 10 bungkus. Well still consider cheaper using other wallpaper. This one dia punya ukuran 13cm×13cm. So kalau ada yang berminat nak beli, korang ukur la siap-siap and decide berapa bungkus nak kena beli,  nanti pi sana takda la termenung nak beli berapa set pulak kan. Bare in mind keadaan membeli belah di Eco Shop adalah sangat crowded dan korang perlu bersesak-sesak dalam tu especially weekend. That's aku prefer pi time weekdays. This is the best thing about bein a workin mom at home. Hahahah


Susu pekat/ susu sejat

Well well dua hingget ja kot. Tempat lain of course la mahal kan. Paling murah pun pernah jumpa RM2.60..well kalau 60cent tu kalau beli 5 ketul dah berapa boleh sep kan.. so why not rite?


Sebenarnya banyak lagi la menda-menda yang berbaloi untuk beli kat Eco Shop tu macam pasu pokok yang plastic tu RM2 /3 pcs. Frame comel-comel tapi kat tempat aku ni dah takda sebab orang da sapu dulu. Pasu tu pun aku tak beli sebab tu tak tangkap gambar sebabnya berlambak-lambak dah pasu kat rumah aku ni kenn.

Memang cerita dia kalau masuk Eco Shop ni kata nak beli 1 barang ja nanti hang membongak je lah. Semua nak beli dalam ni...sebab pikiaq ala..dua hingget je pun...sekali masa nak bayaq..tet2..tet...lima puluh hingget...nah padan muka...masuk Eco Shop ni jangan mimpi nak set cuma nak beli 5 barang ja...ada ja yang nak beli.tu belum lagi anak2 nak paw mainan la alat tulis la.. ehh lupa nak cakap pensil warna pun RM2 weiiii...😁😁😁




Kali ni nak cerita pasal satu resipi yang menggiurkan. Sedap uiiii. Resipi ni asal dari Thailand.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara nak buat.


Bahan:

Kepah / lokan 1kg

1 biji cili besar

3 biji cili melaka

Tomato (aku guna tomato cherry 3 biji)

Gula merah / gula somtam / gula kabung

Namfla /kicap ikan

Air perahan limau


Cara-cara:


1. Rebus lokan /kepah sampai terbuka. Jangan lama sangat nanti kecut.

2. Untuk bahan-bahan air asam, tumbuk semua bahan dengan lesung batu. 

3. Then gaulkan air asam tu dengan lokan / kepah. Rasa apa yang patut, kalau tak cukup rasa tambah apa yang patut.


Dah siap. Senang ja kan. Aku meratah ja menda alah ni. Suami aku pun suka. Dia kata macam mamat siam yang viral dalam video tu buat. Macam-macam dia guna udang la sotong la. Nanti aku buat kerabu / air asam yang lain pulak


Daaa.

Holaaaaa
Sebelum start dengan Travelog Perth untuk kali ke dua izinkan daku share pasal Travelog Pak Bara terlebih dahulu.

Pak Bara ni adalah salah satu tempat di selatan Thai. Kalau kita dari Utara Malaysia ni nak senang ke Pak Bara masuk lah kot border Wang Kelian , Perlis.

Biasanya Pak Bara ni fames among tourist sebab kat sini la terletak jetty nak ke Koh Lipe. Yes, aku pernah cerita pasal aku pi Koh Lipe dekat sini.

Untuk pengetahuan hampa, biasanya untuk ke Thailand kami akan isi segala document untuk bawak masuk kereta dan insuran ke sana a day earlier. Boleh refer sini, aku ada cerita. Sebabnya rumah mak aku tak jauh pun dari border ya.

So biasanya mak aku akan uruskan a day earlier supaya nanti hari nak pi tu tak kalut. Boleh sampai border awai pagi and terus masuk ja. Kalau dak kena tunggu kedai-kedai yang uruskan insuran semua tu nanti lambat. Urus awai tak kalut.

Untuk entry Pak Bara ni, dari Jitra ke Wang Kelian tu rasa ada la dalam sejam lebih. Selesai saja urusan di border kami ambil keputusan untuk makan di Tan Yong Po atau nama Melayunya Tanjung Poh. Oh kat sini banyak ja orang Siam yang boleh dan fasih berbahasa Melayu sebab jarak dia dengan Malaysia tak jauh..malah banyak ja orang Islam dekat wilayah ni. Kalau di Danok, tu dalam kawasan Sadao. Kalau Pak Bara, Tan Yong Po ni pulak dalam kawasan Satun.

Dekat Tan Yong Po ni ada dua kedai tau, best sebab dua-dua kedai ni kat tepi laut. And jangan tak tau masih dapat coverage Celcom dekat sini.

Jom jamu mata dulu lah dengan gambar-gambar kat sekitar restoran dekat Tan Yong Po tu


Selesai makan maka kami teruskan perjalanan ke Pak Bara yang terletak lebih kurang 1 jam daru Tan Yong Po ni. Kat sini kami cari chalet untuk check in dan bermalam semalam di sini. Tujuan ke Pak Bara kali ni lebih kurang untuk food hunting ya.


Ni la kedai yang kami singgah makan. D food is nice.


Coconut ice cream ni makan time tengah panas rembang perghhh sedapnya...nikmat mana lah yang aku dustakan ye dak.


Ketam apa ntah


Sotong teloq masin. Lain dari yang kat Malaysia kan.


Kailan ikan masin


Kengsom ikan siakap

Udang goreng.


Daging bakaq. Masa sampai-sampai aku macam under estimate nampak macam biasa-biasa ja kan. Sekali perghhhh sedap nak mampus ok. Taste different from Danok punya. Sedap woi. Satu set tak cukup. Last-last kena tambah.


Total makan dekat sini tak sampai 1000B tak ingat exact berapa tapi wayyyy cheaperrrr la than Malaysia. Udang tu kat Malaysia amik da boleh menangis kot

Sambil makan sambil menikmati pemandangan alam.

Lawo nya lahai. Tu yang bukit depan tu katanya Langkawi. Dekat ja lahai. No wonder dapat coverage Celcom kat sini.


Adriana masa rambut panjang.


Aishah time ni pun rambut nan hado sangat. Hahahah

Lepas ja habis makan kat sini kami pun gerak la ke Pak Bara. Fuhhhh aku dah lena time tu. Sebab kenyang kan..baik aku lena. Nasib la ada mak aku untuk temankan en suami aku drive. Kahkah.


Sampai ja Pak Bara kami terus cari chalet untuk bermalam. 

Cantik kan. Aku suka tengok rumah-rumah orang Siam ni. Design depa lawa-lawa jugak la. Sory nama chalet aku tak tau sebab dalam bahasa Siam. Ni pujln boleh stay sini sebab mama aku pernah mai tidur dekat sini.

Kami ambil 2 chalet.


Bilik selesa la.

Ada tv kerusi semua. Ok la tu kan

Ada air mineral. Cuma xdak peti sejuk ja. Ok la kan. Setakat nak tidur ja kan. 


Toilet pun bersih and selesa.

Harga bilik tak silap aku dalam 800B macam tu la.

Ni dekat cafe dia. Masa kami mai check in tu air surut bhai. Sampai ke tengah. Hahahhaha.

So petang tu kami berehat dekat bilik ja sebab panas gila kot. Biasa la tepi pantai kan. Lepas ja Maghrib baru kami keluar cari makan.

Ni dekat dataran dekat Pak Bara ya. Makanan dia sedap-sedap and murah sangat-sangat.

Lepas ja makan and tapau apa yang patut kami serang 7 E pulak. Aku kan ada obsession dengan 7E kat sana. Kalau kat Msia takut nak masuk doh.

Burger-burger ni sedap ok especially yang shrimp tu..adudu betul.


Ni semua halal ya.

Collagen drink.

Borong-borong jangan tak borong

Nampak pun sedap je

Halal section

Sedar-sedar dah penuh bakul. Bahahhaha.

Geleng kepala laki aku tengok kelaku akh kalau masuk 7E sini. Fuhhhh.

Malam tu balik makan dekat bilik ja lah hasil tapau makanan-makanan kat dataran tu. 


Bersambung untuk next day ye.

 
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS