Holaaaaa
Sebelum start dengan Travelog Perth untuk kali ke dua izinkan daku share pasal Travelog Pak Bara terlebih dahulu.

Pak Bara ni adalah salah satu tempat di selatan Thai. Kalau kita dari Utara Malaysia ni nak senang ke Pak Bara masuk lah kot border Wang Kelian , Perlis.

Biasanya Pak Bara ni fames among tourist sebab kat sini la terletak jetty nak ke Koh Lipe. Yes, aku pernah cerita pasal aku pi Koh Lipe dekat sini.

Untuk pengetahuan hampa, biasanya untuk ke Thailand kami akan isi segala document untuk bawak masuk kereta dan insuran ke sana a day earlier. Boleh refer sini, aku ada cerita. Sebabnya rumah mak aku tak jauh pun dari border ya.

So biasanya mak aku akan uruskan a day earlier supaya nanti hari nak pi tu tak kalut. Boleh sampai border awai pagi and terus masuk ja. Kalau dak kena tunggu kedai-kedai yang uruskan insuran semua tu nanti lambat. Urus awai tak kalut.

Untuk entry Pak Bara ni, dari Jitra ke Wang Kelian tu rasa ada la dalam sejam lebih. Selesai saja urusan di border kami ambil keputusan untuk makan di Tan Yong Po atau nama Melayunya Tanjung Poh. Oh kat sini banyak ja orang Siam yang boleh dan fasih berbahasa Melayu sebab jarak dia dengan Malaysia tak jauh..malah banyak ja orang Islam dekat wilayah ni. Kalau di Danok, tu dalam kawasan Sadao. Kalau Pak Bara, Tan Yong Po ni pulak dalam kawasan Satun.

Dekat Tan Yong Po ni ada dua kedai tau, best sebab dua-dua kedai ni kat tepi laut. And jangan tak tau masih dapat coverage Celcom dekat sini.

Jom jamu mata dulu lah dengan gambar-gambar kat sekitar restoran dekat Tan Yong Po tu


Selesai makan maka kami teruskan perjalanan ke Pak Bara yang terletak lebih kurang 1 jam daru Tan Yong Po ni. Kat sini kami cari chalet untuk check in dan bermalam semalam di sini. Tujuan ke Pak Bara kali ni lebih kurang untuk food hunting ya.


Ni la kedai yang kami singgah makan. D food is nice.


Coconut ice cream ni makan time tengah panas rembang perghhh sedapnya...nikmat mana lah yang aku dustakan ye dak.


Ketam apa ntah


Sotong teloq masin. Lain dari yang kat Malaysia kan.


Kailan ikan masin


Kengsom ikan siakap

Udang goreng.


Daging bakaq. Masa sampai-sampai aku macam under estimate nampak macam biasa-biasa ja kan. Sekali perghhhh sedap nak mampus ok. Taste different from Danok punya. Sedap woi. Satu set tak cukup. Last-last kena tambah.


Total makan dekat sini tak sampai 1000B tak ingat exact berapa tapi wayyyy cheaperrrr la than Malaysia. Udang tu kat Malaysia amik da boleh menangis kot

Sambil makan sambil menikmati pemandangan alam.

Lawo nya lahai. Tu yang bukit depan tu katanya Langkawi. Dekat ja lahai. No wonder dapat coverage Celcom kat sini.


Adriana masa rambut panjang.


Aishah time ni pun rambut nan hado sangat. Hahahah

Lepas ja habis makan kat sini kami pun gerak la ke Pak Bara. Fuhhhh aku dah lena time tu. Sebab kenyang kan..baik aku lena. Nasib la ada mak aku untuk temankan en suami aku drive. Kahkah.


Sampai ja Pak Bara kami terus cari chalet untuk bermalam. 

Cantik kan. Aku suka tengok rumah-rumah orang Siam ni. Design depa lawa-lawa jugak la. Sory nama chalet aku tak tau sebab dalam bahasa Siam. Ni pujln boleh stay sini sebab mama aku pernah mai tidur dekat sini.

Kami ambil 2 chalet.


Bilik selesa la.

Ada tv kerusi semua. Ok la tu kan

Ada air mineral. Cuma xdak peti sejuk ja. Ok la kan. Setakat nak tidur ja kan. 


Toilet pun bersih and selesa.

Harga bilik tak silap aku dalam 800B macam tu la.

Ni dekat cafe dia. Masa kami mai check in tu air surut bhai. Sampai ke tengah. Hahahhaha.

So petang tu kami berehat dekat bilik ja sebab panas gila kot. Biasa la tepi pantai kan. Lepas ja Maghrib baru kami keluar cari makan.

Ni dekat dataran dekat Pak Bara ya. Makanan dia sedap-sedap and murah sangat-sangat.

Lepas ja makan and tapau apa yang patut kami serang 7 E pulak. Aku kan ada obsession dengan 7E kat sana. Kalau kat Msia takut nak masuk doh.

Burger-burger ni sedap ok especially yang shrimp tu..adudu betul.


Ni semua halal ya.

Collagen drink.

Borong-borong jangan tak borong

Nampak pun sedap je

Halal section

Sedar-sedar dah penuh bakul. Bahahhaha.

Geleng kepala laki aku tengok kelaku akh kalau masuk 7E sini. Fuhhhh.

Malam tu balik makan dekat bilik ja lah hasil tapau makanan-makanan kat dataran tu. 


Bersambung untuk next day ye.

 

Birthday treat

in , by Alia Farhan, 7:02 PM
Hai..saja nak share pasal birthday treat masa birthday hari tu.
Walaupun birthday awal bulan hari tu..and now da nak hujung bulan pun kan..tapi xpa lah kan...
Kira halal la kan..janji ber update.

This year birthday jatuh lagi on weekdays. Huuu biasa la kalau dah nama pun weekdays mesti la sadis skit kan sambutannya.

My birthday is on 3rd July , Tuesday tapi masa 2nd July tu dalam pukul 11 malam macam tu aku baru nak lenakan Aishah ntah tetiba laki aku ngan Si Adriana masuk bawak kek and mnyanyi lagu birthday. Aku cakap eh belum lagi laa... tapi laki aku cakap kena celebrate and ucap awal sebab esok kakak sekolah. Hahahah sadis gila.





Amcam?cun tak kek i? Thank you husband for this cake!

Then keesokan malamnya masa birthday aku tu En Suami ajak dinner dekat Tao Cuisine. Tengah-tengah lapar kan memang sedap la kan nak melantak banyak-banyak kan. Huhuhu. Jom jamu mata ja lah.

















Overall memang Tao Cuisine ni favourite place untuk kami empat beranak. Konsep dekat sini ala carte buffet. Boleh order and diorang buat and makan la sampai lebam. Tapi jangan membazir, kalau tak habis 100g kena cas RM50 uolls. Hahhaha

Yang nak details pasal TAO CUISINE ni boleh la CLICK SINI 

Special thanks to my husband sebab sudi bawak kami semua makan2. Thanks kepada mama yang melahirkan acik ke dunia ni. Thanks jugak arwah abah yang sentiasa manjakan acik. Thanks kepada adik beradik yang sentiasa ada tak kira apa juga keadaan. To anak-anak tq sebab menceriakan hari mama. I'm blessed to have wonderful people around me. God bless u all. Lots of love from me😍😍😍

"Semalam jalan-jalan pergi kedai elektrik ternampak satu poster 'identify your electricity usage'. Jadi, gigih aku merajinkan diri untuk infografikkan poster tu semula. Penggunaan elektrik mengikut jumlah watt yang terhasil oleh sesebuah peralatan elektrik. Gunakanlah dengan bijak."

Sumber: Mohd Rizal Razak

**** credit to above mentioned people. Aku upload ni sebab nak pinned dekat blog aku. So senang lepas ni kalau aku nak beli barang electric aku boleh refer kat sini ja


Air cond ni aku rasa pengunaan dia pun depends jugak dengan berapa suhu/temperature kita tetapkan betul tak? Kalau memanjang sokmo setting dekat 16 deg C or 18 deg C memang ke laut la bil hang. Kalau boleh maintain at 24-25deg C. Kalau dekat temperature tu tak sejuk maksudnya hampa kena panggil orang mai cuci and do some maintenance to hampa punya ekon..nescaya nanti sejuk la ekon hampa.


Ni 24hrs ON kan. Baru tau rate dalam macam ni. Lepas ni kena check pulak berapa yang Cuckoo punya.




Yes. I'm using front loading washer/ dryer. Nanti nak kena check berapa W. So far bil letrik xdak la tinggi sangat bila on Dryer pun.


Beza banyak ye. Tapi tu la dengan washer dryer aku ni tak rasa sangat. Maybe sebab ada setting yang dekat washer aku yang boleh shorten the period kot. 



Wah LED 1 sen per hour. Baru tau jenis2 screen mempengaruhi electricity.




Kat rumah ni anak-anak ja mandi pakai water heater. Makpak nya jarang gila guna heater ni kecuali tengah  "winter"


Nanti plan nak beli philip steam generator iron..pun nak kena check yang ni


Buat sementara ni guna yg ni la untuk iron baju si kakak pi sekolah


Selalu guna pun 2 3.minit. Baru tau pengunaan dia dalam banyak ni untuk sejam.

Dah tu yang banyak-banyak tu amenda eh? Kikikiki. The best way nak jimatkan eletrik kalau tak guna barang-barang eletric tu cabut terus plug. Bagi yang takda plug untuk dicabut macam air cond or heater yang mostly electician akan buat suis ja terus sekarang ni, jangan lupa OFF kan suis tu. 

Kalau nak tau pasal penjimatan eletrik korang boleh baca dekat sini

Yang paling penting,apa benda pun cari yang energy saving and GREEN TECHNOLOGY. In Sha Allah ada dia punya penjimatan eletric dekat situ.


© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS