Bila jadi mak-mak ni kita akan jadi super protective lain macam sikit lagi-lagi bila anak tak sihat and meragam kan? Takyah cakap orang lain la, aku sendiri kalau anak start temperature naik sikit or nampak hidung diorang da berair automatik sibuk ja duk mengoogle cari petua. Padahal rasanya dah ratus kali kot baca petua yang sama. Hehhh. Sapa sama dengan aku?


Credit to Google.
Hilang comel oiii sebab selsemaaaa


Nak-nak pulak underage kids especially yang below two ni bukan boleh simply bagi ubat selsema mahupun ubat batuk kan. Macam paeds aku sendiri, bila Aishah sakit like selsema ka batuk ka dia akan suruh aku makan lebih vitamin sebab Aishah still breastfeeding dengan aku kan.

And antara banyak-banyak rawatan alternative yang sering keluar di google adalah dengan melalui essential oils. Yalah, essential oils ni banyak kot benefit  nya. Bila dapat tau pulak Narinar Flutheraphy yang diblend atau diformulasikan dengan essential oils yang berkualiti seperti lavender, frankincense (gum arab), peppermint, lemon dengan minyak zaitun  serius aku sangat eksaited nak try dekat Aishah.



Si Aishah ni kalau selsema dia ni memang takes time betul la nak lega. Serius mak dia ni memang geram betul kalau tengok dia selsema. Nanti berhingusss ja....selebet anak i😂😂😂

Tapi sejak-sejak diperkenalkan dengan produk NARINAR ni mama depa ni boleh la tarik nafas lega. Satu sebab NARINAR punya produk ni berasaskan essential oils. You guys should know how obsessed I am with essential oils. Hahahah
Untuk masalah selsema dan batuk, NARINAR ada produk khas untuk masalah ni iaitu NARINAR FLUtheraphy. 



Ni lah dia NARINAR (FT) FLUtheraphy.


Kalau hampa nak tau, NARINAR FLUtheraphy ni menggunakan 100%  bahan semulajadi dan dibuat dengan tumbuhan-tumbuhan eksotik dan bebas dari bahan kimia berbahaya. Selain daripada menggunakan olive oil sebagai carrier oil, NARINAR FT juga mengandungi essential oils seperti lavender, pudina, lemon, frankincense (gam arab). Untuk pengetahuan korang, lavender ni bersifat antibacterial dan anti-iflamation which is good to cure those stuffy nose dan bertindak jugak sebagai penenang tubuh dan minda dalam erti kata lain membantu badan dan minda kita lebih releks. wah best kan. Kalau nak tau lavender adalah salah satu bau kesukaan kami satu family.

Essential oil seperti pudina atau mint juga bertindak sebagai antiviral dan ada aromanya segarnya tersendiri. Sebab tu, mint is widely used either in oral or inhalation. While in the other hands, lemon also play a role as antivirus which help to fight the infection. And the best part they also used frankincense or gam arab which is one of my essential oil favourite( yeah i got list of my favourite essential oils), kalau korang nak tau frankincense ni mampu meningkatkan daya ketahanan badan kita di samping bertindak  membantu melonggarkan kahak supaya baby senang nak muntah and keluarkan kahak tu sendri.

And korang mesti kena tau, cara macam mana nak gunakan NARINAR FT ni tau.

Untuk bayi yang selsema/ batuk:
1. Titiskan dua hingga emat titis NARINAR FLUtheraphy di tapak kakimenggunakan teknik Vitaflex, dada dan belakang badan. And jangan lupa calit nipis dekat hidung kalau hidung tersumbat.
2. Ulang setiap 15 minit hingga 30 minit untuk dua jam.
3. lakukan urutan lembut di T-zone anak kita(  Aishah kemain suka tau kalau buat ni)
4. Lakukan teknik urutan vitaflex; fokus kepada point sinus dan paru-paru.
5. Last but not least jangan lupa buat teknik percussion / cupping kat baby korang untuk longgarkan kahak and lendir.

Untuk baby yang demam:
1. lakukan teknik yang sama dengan di atas.
2. Titiskan satu hingga dua NARINAR FLUtheraphy di pelipat kaki dan tangan.
3. titiskan dua hingga empat NARINAR FLUtheraphy di sepanjang tulang belakang.


Lepas dah urut-urut dekat dada kemain selesa dia.


Selain dari selsema, masalah lain yang sering melanda baby kita mestilah perut depa kan. Ala normal la kan kalau angin ka, tapi kita as parents ni tak boleh la biarkan macam tu ja. Kesian kat depa ni, nak habaq sakit tak reti sudahnya menangis je lah reja nya. Ahhhh sudah. Nanti kita yang stress. But don't worry, kalau hampa nak tau NARINAR ada juga terapi khas untuk perut. Nama diberi Tummy Theraphy gitu, NARINAR (TT) Tummy Theraphy.


NARINAR (TT) TUMMY THERAPHY


Untuk NARINAR TT pula meggunakan ekstrak minyak pati aloevera, serai wangi, lemon dan juga pudina. Kesemua gabungan essential oils yang digunakan mampu melegakan kembung perut, sembelit dan cirit birit. And bau pun best okeh!

Korang tau tak teknik urutan untuk baby yang sakit perut ni?

Kalau dah tau bagus lah. Korang memang power! kalau yang tak tau, mai sini nak share skit cara-caranya tau.

Cara-cara:

1. Titiskan dua hingga empat NARINAR TT di perut dan urut lembut.
2. Untuk sembelit : Titiskan dua hingga empat NARINAR TT  dan urut mebulat ikut arah jam.
3. Untuk cirit-birit: Titiskan dua hingga empat NARINAR TT dan urut membulat melawan arah jam
4. Untuk yang mengalami ketidakselesaan perut, buat urutan sun&moon untuk kelegaan perut yang cepat.


Gendang gendut tali kecapi, selesa perut hati heppy



Untuk pengetahuan korang, selain NARINAR FT & NARINAR TT,  pihak Narinar ada juga satu lagi produk NARINAR ST (Sleep Theraphy).


NARINAR (ST) SLEEP THERAPHY.

Dah nama pun sleep theraphy kan, of course la untuk bagi tidur yang selesa kan untuk baby kita. Eh jangan cakap baby, mak pak baby pun tidur nyenyak tau bila bau ni. NARINAR ST ni mempunyai essential oils seperti lavender, epal hijau, oren, bunga chamomile dan juga bidara. Untuk NARINAR ST ni personally aku suka calitkan skit dekat dahi anak-anak aku masa diorang nak lena, eh aku pun sama jugak join letak sekali.

Tak cukup dengan tu, aku infused sekali dekat air purifier aku tu. Perghhhhh bau tenang satu bilik. Seadr-sedar dah bunyi jam loceng kejut Subuh tau. Nikmat sangat dapat tidur nyenyak macam tu tau.


Sedap bau dia. Satu bilik bau wangi!






Untuk pengetahuan korang, harga sebotol produk-produk NARINAR ni adalah RM59 yang mana bertahan sehingga sebulan which totally worth it. Korang kalau anak selsema ke, sakit perut ke, tak jerap tidur ka, TERAPIKAN JER DENGAN NARINAR ni.



Untuk dapatkan produk-produk NARINAR, korang bolehlah refer dekat sini:

Facebook : NARINAR

Instagram : Narinar.Malaysia

Website: www.narinar.com



Kali ni nak cerita pasal kedai BBQ Chicken dekat Auto City ni. Ni pun last week punya cerita la kan. Kebiasaannya hari Jumaat hari aku off day dari masak sebab hari tu biasanya aku submit semua order perabot-perabot yang customers order dekat aku. Oh ya, aku memang jual perabot Scandinavian di ig ya. Boleh follow ig aku: @scandi_scandu ya.

Dan macam biasa la bila Jumaat juga biasanya aku lebih suka chill dengan husband and anak-anak lepak-lepak makan. Well..spend quality time gitu. So untuk that time kami pilih yang dekat rumah ja, maka moh le ke BBQ Chicken ni. Ala aku tau soalan yang bermain kat kepala otak korang kan...halal ke dak kan...of course la HALAL. Check sendiri kat website dia ok!

Disebabkan dia antara yang baru buka dekat Auto City ni of course la memang tertarik sangat-sangat nak try kan. Since last year kot nak try tapi tak tertry try pun.

Konsep kedai ni kedai makanan Korea la ye. So ada la makanan-makanan Korea. Moh la tengok-tengok gambar ye.


Credit to google. 
Ni lah dia BBQ Chicken dekat Auto City ye. Memang luas n spacious ya.


Suka interior dia. Kedai pun selesa, spacious n bersih. 


Dah jom tengok nak makan apa ya.




Nak makan yang mana satu? Alamak tak reti pilih.


Nasib ada yang combo..so boleh rasa semua kan..




Ni pulak rice selection.


Pilih apa tu sayang....


Kesian anak mama dah lapaq sampai dah makan tangan sendiri😂😂😂

Jeng jeng jenggggg

Here comes the food......






  
Ni husband kita punya... apa grilled ntah. Ok la not bad. Ada nasi dengan seaweed, chicken grilled n vegies



Mushroom soup ni sedap! Creamy n thick!


Ni aku punya beef bulgogi. 



Beef bulgogi hot stone rice ni rasa dia pada aku so so saja. Maybe sebab aku tak pernah makan beef bulgogi dengan nasi ni..boipren lama i hyun bin ngn junki xpernah ajaq makan ni...so aku macam tak reti nak makan and bagi komen sedap ke tak. Selalu kalau makan bulgogi yang dekat Seoul Garden tu sedap je kan dengan salad tu. Who knows ada lagi sedap dari ni ka kan.




Ni yang quadruple combo tu. Ok la dapat rasa semua ayam goreng korea kan. Bagi aku yang ni sedap! Ada yang satu tu pedas nak mam. 

Masa penyediaan bagi aku nak kata lama tu x la lama sangat kan tapi Aishah pun boleh start buat perangai la kan. Sampai ada sorang apek kekwat ni muda lagi aku rasa dari aku duk kalih-kalih tengok bila Aishah duk bising tu. Dua tiga kali duk kalih tengok and buat muka aku terus angkat kepala tanya kenapa. Ekeleh kekwat nak mampus. Ni mesti sejenis kiasu ingat dunia ni dia yang punya saja n revolve around him saja. Jarang aku nak cari pasal dengan orang tapi kalau dah sampai annoying macam tu and kau taknak bising langsung pergi la makan dekat fine dining ok. Kecoh gila makan dekat BBQ Chicken je kotttt. Eh ter-bawang dan ter-halia pulak dekat sini. Maklumlah hangin-hangin banyak ni kena la makan halia lebih kan.

So orang-orang Penang kalau nak try rasa ayam-ayam goreng Korea tu hampa boleh la try makan dekat sini ya. Ayam goreng dia memang wonderful bak kata Bimbi....makanan-makanan lain tu hampa rasa la sendiri kena ngan tekak hampa ka dak. And please jangan tanya aku lagi HALAL ka dak tau..sebab aku dah mentioned awai-awai tadi kedai ni HALAL ya. Hampa was-was hampa punya pasaiiiii...hahahha

Cari alamat kat internet tak jumpa pulak. So aku petua ja lah ya. Hampa cari KFC Auto City, BBQ Chicken ni setentang ja dengan KFC and sebelah ja dengan Old Town White Coffee Auto City. 

Oklah...chowwww







Sedar tak sedar kadang kita terlupa masa mandi anak tu adalah masa diorang paling enjoy. Macam Adriana, she loves having her bath time. Seronok je tengok dia time dia mandi tu. Time mandi tu la nanti dia menyanyi lagu Frozen la, jadi Elsa la...menyanyi lagu Moana la..jadi Moana la with her English accent mat salleh celup dia tu.


Feeling-feeling tau anak kami yang sorang ni bila mama bagi green light mandi dalam bath tub!


She can spent 30-45 minutes having her me-time in her bath tub singing, playing with her imagination. Kadang-kadang tu selagi tak suruh keluar selagit u la dia duk mandi lama-lama. Seronok kot kan sejuk-sejuk tu. Ni mesti ikut perangai mama dai ni yang suka mandi lama-lama kalau jumpa bath tub. Sebab tu mama dia kalau nak check in hotel prefer yang ada bath tub, boleh letak bath bomb lepas tu berendam lama-lama sambil baca novel . Oh bahagia gila kot ber me time macam tu pun jadiklah. kahkah.


Like mother! Like daughter! Cap ibu dan anak gituuu


Selalu Adriana ni kalau berendam dalam bath tub memang i let her choose her soap to fill in her tub. Yes we have few soaps brand in the toilet. Most of the time she will choose Carrie Jr. Yelah, bukan anak je suka bau Carrie Jr ni kot, parents macam aku and lai aku pun suka tau bau Carrie Jr ni. Dah la dapat suprise toys kan. Lagi la budak-budak suka yolls,


banyak kan toys collection CArrie Jr ni kan. 

Kalau korang nak tau, sekarang ni anak-anak kita selalunya lebih terdedah kepada gajet, so it's important for us to expose them to the " real Sukan" . I mean by this way, salah satu cara untuk kita lebih rapat dengan anak-anak kita adalah dengan bersukan/ bermain bersama mereka.
Budak mana tak suka main kan? So let them enjoy their playtime, kita dulu pun pernah melalui fasa kanak-kanak yang happy dan penuh dengan playtime kan? Let the kids be kids. Don't force them to be an adult. 

Korang jangan lupa dapatkan Carrie Jr ni di pasar raya yang berdekatan dengan korang tau. And dont forget to collect all 6 figurines ya.






Credit to Google.


Haiiii guys....
Kali ni nak share skit travel tips bila travel dengan kids. Macam kami personally kalau travel memang angkut sekali anak-anak kami sebab kami takdak maid nak tinggai kan. Tak fair jugak kalau kami nak tinggaikan anak-anak kami yang stil kecik and tak boleh nak uruskan diri depa sendiri kat mak kami kan.

Kesian mak kami, bagi la maktok rest kan. But it doesn't give a right for me to critic those don't bring their kids while they're travelling. Well, kami kalau ada maid maybe kami pun nak jugak travel berdua dengan laki kami but at the tine being...angkut ja lah..mana tau nanti depa dah masuk duk hostel ka..time tu kami berjalan la berdua dengan laki kami pulak kan. So cut it short kita cerita la apa yang nak kena hangkut kalau travel dengan anak-anak ni kan.

Jom tengok barang-barang apa yang wajib kita bawak kalau travel dengan anak-anak ni:


Credit to mamonde.com

1. Pasport/mykid & tiket kapal terbang

Kalau travel keluar negara, jangan lupa pasport and mykids anak and kalau fly...jangan lupa tiket boarding korang. Sama juga kalau roadtrip naik bas ke,ketapi ka..jangan lupa tiket ye




2. Baju yang sesuai

Kalau pi negara 4 musim..time summer tak payah la beria-ria nak bawak coat bulu bagai kat anak ok. Tu namanya cempera. Pilih baju ikut kesesuaian.

3. Diapers

Pilih disposable diapers yang nipis; so far untuk next time punya trip for 10 days aku beli Fitti Gold Pants. Memang betul-betul jimat space sebab nipis gila. Korang yang ada bajet lebih boleh la beli offspring ke yg nipis gila tu. Aku bajet lebih xda. So aku opt for Fitti Gold pants je.
Buat kira-kira berapa keping kena  bawa
Contoh= 5 keping× 10 hari=50 keping
Spare= 10 keping in case of emergency.
Untuk diapers ni, kalau taknak makan space dekat dalam luggage...korang boleh la selit-selit dekat hand cary korang, 3 keping..hand cary laki korang 3 keping, hand cary anak korang 4 keping...and jangan lupa selit jugak dekat stroller bebeh 3 keping ke. Kat situ korang dah jimat space kat dalam luggage u olls.

Gambar from Google.
0.4cm je uolls. Memang nipis gila! Sep space. Bought this for travelling purpose this May!


4. Formula milk

Bagi anak korang yang minum fm, jangan lupa bawak satu kotak yang belum buka (sebab ada sesetengah negara yang quite strict dengan fm yang dah buka ni..mcm Aus tu). Masa kat Aus aku memang bawak sepeket kat Adriana dulu yang belum bukak. Yang dekat atas flight, aku letak ja dalam milk dispenser untuk habuan untuk dia minum dekat atas flight. Untuk Aishah nanti quite easy sebab takyah nak angkut FM dah sebab dia BF jer. Senang keja mama takyah nak angkut susu ni.

Pic credit to Google



5. Stroller/baby wearing

Asal ada nama anak kecik ko angkut jelah stroller tu. Bukan dia kira kgs pun dalam ko punya luggage tu. Baby wearing? Ko angkut jugak je..selit je kat stroller tu haaa. Macam aku tak larat nak baby wearing si Aishah ni sebab dia gedebab...sakit belakang aku walaupun pakai dah betul. Tolak dengan stroller ja senang. Ni dengan si kakak lagi. Memang ada dua strollers untuk anak berdua ni. Larat nak dukung salah sorang kalau dua-dua tidur time travel nanti. Jangan cari pasal wei. Boleh mengundang bad mood kalau kena berdukung. Nanti pak hang hijau...anak pun nak hijau jugak mengamuk kena paksa berjalan!


Credit to google
Bought one Mimosa Stroller origin from Spore and it's totally light and so cabin friendly. Will do the review bout this stroller soon. Adriana still using her Halford Lite Stroller which has been used almost 4 years+


6. Baby wipes

Need more explainations?


Credit to Google. 
Thanks to the inventor of wipe tissues! You are my hero!


7. Baby balm.

Bawak je. Kalau selsema takyah susah2 nak beli kan.

Credit to Google


8. Medicine

Sama juga macam kat atas. Ubat macam paracetamol, ventolin semua tu standby je.

9. Barang mandian baby

Yalah of course kena bawa khas untuk diorang sebab kulit diorang soft and gentle lagi. So kena la guna yang khas untuk diorang kan.

10. Baby blanket / sleeping bag.

Yang ada bawak baby tu sila la bawak baby blanket /sleeping bag ya. Kesian ke anak kalau sejuk tu lagi-lagi kalau travel time autumn/winter tu.


Credit to Google.


11. Small towels/ napkin

Senang kalau nak mandikan diorang guna ja towel kecik or napkin. Cepat kering pun cepat.


Credit to google.
Bawak la spare 2 helai. Banyak kegunaan ni.


12. Biscuits

Kalau nak travel jauh-jauh lagi-lagi nak roadtrips dinasihatkan beli biscuits supaya diorang tak boring kan. Bila depa kenyang, cepat skit lena

13. Baby food.

Baby food untuk baby yang start boleh makan macam Heinz tu ka. Seelok-eloknya beli yang dalam plastic pack so tak mudah pecah.


Credit to google.
Haa beli yang macam ni. Senang bawak travel.


14. Segala tooth brush and tooth paste.

Penting! Jangan lupa. Sebab aku la selalu lupa ni. End up selalu kena beli baru....membazirrrrr. sekarang ni spare siap-siap dalam bag travel diorang berdua. Senang!

Haaa tu ja lah. Anak aku tak pakai baby powder so xda la dalam list ni. Kalau anak kau pakai..kau listkan la sekali ya. Anak kau bukan anak aku. Ehhh.

Ok la chow sin chiiiii.

Adriana 5th Birthday!

in , , by Alia Farhan, 5:42 PM
Semalam 2nd of April 2018..genap Adriana 5 years. Dan disebabkan semalam adalah Isnin...so kami laki bini plan nak celebrate dekat rumah ja.

And semalam jugak la mintak laki den balik awai dari kerja because usually on Monday dia biasanya balik lewat to settle all those pending tasks...ye ke pending????

Back to the topics... kali ni kami pilih untuk celebrate dekat balcony sekangkang kera kami ja. Malas nak keluar sama. Masak pun yang simple-simple ja. Yang penting, we enjoy the moments together gitu ha.

Jom layan gambar la ye....


Suasana di balcony bila tutup lampu kalimantang. Kahkah


Blur pulekkk gambar ni. Tapi tak kira nak upload jugekkk.



Bila buka lampu kalimantang gini lah dia.


Ok dak mama depa setup? Boleh jadi event planner dak?


The foods!
The konsep was serving all dishes in the tiffin!


Nugets and fries (yang ni beli siap goreng kt Mydin..kahkah..kata pemalas kan)


Chicken salad. Popcorn chicken beli dekat Mydin siap goreng. Balik petik2 mexican spinach..potong tomato cherry dua..buh mayo..mix semua sekali and letak dalam chiller sat. Nak makan baru hidang.


Seafood aglio olio! Ni ja masak sendiri. Favourite anak2 ni.


Ni burger-burger yang beli dekat 7E siam ahad tu. Sebelah lagi yang hilang tu dah masuk perut kami laki bini dah




Birthday girl with her birthday's cake!


With her hadiah. Mama beli kt Hatyai. Minta siam tu balutkan, sekali dia balut guna newspaper ja. Elok jugak guna newspaper kalau dak dah selamat masa beli tu kot dah kena bukak kan. Awal-awal cakap mama papa tak beli hadiah pun. Dia cakap ok ja. Mama da masak sedap, hias cantik-cantik. Kakak suka dah. Tenkiu mama papa. Hahaha mama dia plak touchin oiii

Mai tengok video dia unboxing hadiah ni.


Kemain seronok dia kan. 
What matter she happy on her birthday.

Heppy birthday kakak
Semoga jadi anak yang solehah, hormati orang tua, sihat selalu, dan dibawah lindungan-Nya.

All of us love u kakak! 😍😍😍








Jom sahut cabaran!


Kulit berjerawat menjadi satu fobia tak kira la sama ada kaum wanita atau lelaki. Serius memang anti betul la kalau jerawat hinggap dekat muka.  Likeee ewwwwwww jerawat!

Antara faktor-faktor jerawat boleh hinggap ke muka adalah:
* hormon yang tidak seimbang ( nak period, pregnant dsb)
* pemakanan tidak seimbang
* salah makan
* tak cuci make up betul-betul
* rutin penjagaan muka
* salah pilih skin care
* salah pilih alat make up.

Tapi kalau aku masalah jerawat aku mostly sebab hormon..asal nak period ja mesti muka nanti naik jerawat dua tiga ketul. Arghhhh stress wei. Tambah stress makin berlumba-lumba dia nak keluar kan. 😑😑😑

Sebelum ni memang kalau jerawat keluar ja gigih la nak picit kan. Pastu nanti haa amik ada parut. Tapi kakau jenis yang jerawat batu tapi takdak mata tu lagi stress sebab takleh nak picit. Erghhhh😣😣😣

Tapi bila tau Eucerine ada produk yang bagus macam Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni yang boleh hilangkan jerawat dan blemish dalam masa 14 days terus rasa teruja nak cuba. 



Kalau korang nak tau Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni ada ingredients seperti:
- AHA, BHA dan PHA.
- 10% hydroxide acid
- agen pengelupasan seperti glycolic acid, salisilic acid dan gluconolactone yang effective.
- A.I innovation
- serta melindungi kelembapan dari hilang.




Selain dari membantu merawat masalah jerawat, Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni :
* 95% membantu masalah kulit berminyak.
* 94% mencegah cela dari timbul pada kulit kita.
* 94% mengurangkan bekas/kesan jerawat hitam
* 85% mengurangkan whiteheads.
* 83% mengurangkan blackheads.
* 81% mengurangkan jerawat batu/ radang.



From my experience, selalunya aku berjerawat bila time-time nak datang bulan/ period. Time tu meriah sangat especially dekat T zone aku ni la sebab most likely ni kawasan yang agak super oily. Fuhhhh stress takyah cakap lah kan.

Sebelum ni pernah juga aku cuba krim jerawat tapi end up dekat jerawat tu memang kecut TETAPIIIII JADI KERING AND PATCHY uollssss... oh no! Bila kering and patchy memang serius tak suka sebab nanti bila make up tak lawa kot! So aku jadi fobia jugak la nak pakai ubat-ubat jerawat ni.

Dengan Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni , masa first pakai dekat jerawat tu memang rasa pedih-pedih kot. Likeeee apa ni...apa niiii...tapi sat je lah. Tapi Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni dia mudah meresap dekat skin tau. And aku biasa pakai ni waktu malam sebelum tidur. Lepas basuh muka dengan cleanser, then aku buh toner, aku essence, then aku letak ni as treatment untuk kulit aku...untuk malam aku akan skip serum and moisturiser sebab aku nak apply Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni.

Korang tengok la hasilnya ya. Jangan cakap hakak tak umbrella korang pulak ye.



Meriah jerawats akak time ni uolls. Berlumba-lumba ya nak keluar! Nanti dia kita ajar skit...


Ni after 7 days usage tau. Jerawat da kurang!


Ni after 10 DAYS YE! YES TEN DAYS!!!
ingat kena tunggu sampai 14 days. Sekali 10 hari pun jerawat dah gone! Yahuuu.

Komen aku, bila pakai ni part jerawat tu memang kecut. Kulit tak kering kat kawasan jerawat tu, pastu muka makin kurang berminyak, whitehead pun memang kurang banyak sebab aku ni jenis banyak whiteheads and sejenis kaki korek whiteheads. Lani lega banyak bila belek muka whitehead pun dah tak nampak.

So suka ke idok????
Ehhh ajerrr gila tak suka!  Harus la mak suka noks.


So korang yang nak tau lebih lanjut pasal  Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni jangan lupa layari 

Web:  www.eucerin.my
Facebook: www.facebook.com/EucerinMY

Atau hampa boleh dapatkan di drugstores berhampiran dengan hampa ya.


© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS