Hai hampa. Bertemu kembali untuk sambungan Travelog Phuket ni. Untuk Day 3 kami mengambil keputusan untuk ambil tour guide. Sebenarnya kami malas nak drive nak-nak pulak ada certain place susah nak dapat parking kan.

Untuk tour guide ni, kami amik 2 bijik van yang selesa nak mampus. Yalah kami kan ada 4 family semuanya so kena la ambil 2 biji kan. Untuk 2 biji van ni charge untuk 8hrs tour dalam 3000B macam tu.


Selesa gila kot dalam ni.


Adriana n d bon2


Antara tempat yang kami lawati adalah Phuket Shooting Range (ala tempat menembak-menembak tu ) , kilang / kedai jual cashew , ladang lebah& madu , Phuket Germs , makan di restoran Muslim yang sedap gilos , tempat beli tshirt dan sourvenir dan tempat naik gajah.

Untuk yang tembak menembak ni only the boys and old boys (pak2 budak yang kertu) ja yang excited. Kami mak2 ni duk lepak2 minum-minum ja sambil bergossip. Tambah pulak dengan hujan2 time tu,aku rasa tarik selimut dekat hotel lagi bagus. Tak larat menguap tunggu bapak-bapak budak duk menembak.

Pengerusi bapak-bapak budak score.



Haaa tempat kedua yang dekat tempat cashew ni best. Best sebab ada tester boleh rasa-rasa. Tapi bein Malaysian kan..alang-alang da rasa...wajib kena rasa semua kan. Dah la macam-macam flavor duk ada. Tau-tau kenyang ja lepas rasa semua sample tu. Sedap wei. Rasa kalau da sedap harus lah membeli kan. Ntah kena rasuk apa ntah membeli tak ingat dunia. Dekat rm120+ jugak kot. Aku syiak masa duk rasa sample tu dah kena jampi and pukau supaya beli kot. Kahkah. Mahal ke murah? Bagi aku mahal. Ntah kenapa aku yang selalu berfikiran rasional ni boleh kena sampuk beli byk dah la mahal. Memang di luar kotak pemikiran aku kot.


Siap tunjuk macam mana asingkan lagi biji tu dari buah gajus.



Kan aku dah cakap mahal.



Macam-macam jenis ada.


Kenyang duk wat food sensory saja.



Beli beli nak beli apa....habis fulusss


Then yang ketiga dalam pakej ni depa bawak la ke tempat yang famous dengan madu organik depa tu. Ok la siap ada kelas lagi terangkan bla bla bla. Dah macam masuk lecture class. Tapi layan ja lah. Sedap jugak air madu yang depa bancuhkan. Sedap lain macam sebab bunga yang lebah2 tu hisap tu memang bunga tu macam special skit. Sory la aku dah lupa part yang bunga-bunga ni. Dan lagi sekali kena pukau, last-last beli jugak satu balang honey tu bawak balik dengan azam nak minum honey tiap2 hari as awet muda. Sudahnya...haremmmm ja duk jadi pameran dekat kitchen tu ha. Ok takpa azam tahun baru ni aku nak minum air madu2 tiap2 hari supaya aku garang macam lebah gitewww.


Slurp slurp sedapnyaaa.


Honey bee honey bee oh honey bee


kat tempat jualan.


Kena masuk class pakcik ni


Macam-macam uncle ni cerita. Nasib dia boleh cakap melayu..he's actually chinese man from Kulim..tapi dah lama duduk kat Phuket. Tapi setahun sekali mesti balik Kulim katanya.

Lepas ke tempat yang madu tu kami terus ke Phuket Germs. Kat sini la ada bilik jualan germs  yang famous dekat Phuket tu. Seronok jugakla dalam ni macam ada tram naik masuk ke dalam gua and diorang wat macam storyline macam mana germs terbentuk.


Haaaa ada cerita-cerita u olls


Sepanjang dalam tram ni duk dengaq la cerita pasal germs dari zaman mesopotamia lagi. Bagaimana germs terbentuk dari haba pendam pelakuran...ehhhh apa kau merepek ni aliaaaaa oiii


Yang betul-betul galleri jualan tu tak dibenarkan amik gambar ya. Aku lalu pun tengok ja lah. Harga pun bukan la harga mampu milik ya. Semua harga mampu Kak Mah je.



Lepas ja keluar dari Phuket Germs  Gallery tu kami terus ke kedai makan. Time tu memang dah lapaq gila wei. Memang makanan-makanan kat situ terbaikk sangat wei. And guess what makanan kami hari tu ditaja oleh VVIP Malaysia yang kami jumpa kebetulan bercuti kat Phuket jugak. Rezeki wei.


Muka kelaparan dua2 beranak ni


The foods are finally here!


Here we go! Ya Allah..lapaq la pulak oiii tengok time2 hujan ni.


Kenal tak sapa kat belakang tu? Thanks Dato belanja kami makan hari tu. 



After lunch tu tour guide kami tu terus bawak kami ke tempat jual tshirt and sourvenir. Selalu aku duk beli kat Patong ja. Tak pernah pun beli kat tempat lain. Ok la harga not bad. Beli untuk pakai sendiri and untuk anak-anak aku and and anak-anak menakan ja. Nak beli apa pun tak tau dah..maklumlah Phuket dah banyak kali pi wei😅. Kat sini aku da malas nak amik gambar. Lagipun macam kedai-kedai baju lain jugak la.

Tempat last yang kami pi adalah tempat yang naik gajah-gajah tu. Bagi aku tempat ni macam kesian ja mat gajah-gajah tu. Lagi-lagi bila tengok dia ketuk kepala gajah-gajah tu wei. Mak nak nangis. And tempat tu busuk. Wekkk. First and the last la nak ke tempat-tempat gajah ni. Bukan sebab busuk ya. Sebab kesian dekat gajah tu.



Yes...aku tak naik pun sebab Aishah tengah tidur time tu. Lagipun kesian kat gajah tu. Dah ka mahal wei satu kepala tak silap aku 800baht. 



Yang anak gajah ni la paling aku kesian sekali sebab dia kena ikat. Nampak dia nak jalan-jalan tapi tak boleh nak pi jauh-jauh kan. I kenot wei tengok binatang-binatang kena macam ni.
😓😓😓

Dah habis yang gajah tu memang terus balik ke hotel. Fuhhh gila penat wei. Tu kalau snokerling and island hoping silap2 balik-balik terkangkang terus kat hotel.

Malam tu macam biasa la dinner pun dekat area kawasan hotel ja. And lepas tu aku pi massage and relax lan diri. Anak-anak suami aku jaga. Bagi chance la bini dia me time kan. Lagipun spa tu walking distance ja dengan hotel. Semuanya tak jauh. Dapatla bini releks kena urut badan kan.

Hee dah-dah sambung len kali pulak ye sambungan next day tu ya. Sebab yang tu nam cerita kat Hatyai pulak.


Untuk entry sebelum ni boleh klik SINI ya 
Sebut sahaja Malaysia Airlines, sebagai rakyat Malaysia aku tersangatlah berbangga dengan Malaysia Airlines. Dari kecik-kecik dulu lagi kalau nak naik kapal terbang mesti dalam otak hanyalah Malaysia Airlines yang terlintas di kepala. Tapi tahu kah korang dengan sejarah Malaysia Airlines ni? Jom kita baca sedikit asal-usul , sejarah , pengkiktirafan dan operasi Malaysia Airlines ni.

Sejarah Malaysia Airlines.



Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang sejarah Malaysia Airlines. Malaysia Airlines Berhad (Bahasa Melayu: Penerbangan Malaysia Berhad); dijenamakan sebagai Malaysia Airlines(Bahasa Melayu: Penerbangan Malaysia) ialah syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia yang mempunyai 55 destinasi di Asia,Oceania dan Eropah. Syarikat ini juga menjalankan operasi penerbangan domestik dan antarabangsa. Hub utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala,Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dijadikan sebagai hub kedua.




Pengiktirafan


Syarikat ini merupakan salah satu daripada 8 syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Skytrax Selain All Nippon Airways, Asiana Airlines, Cathay Pacific, Garuda Indonesia,Hainan Airlines , Qatar Airways dan Singapore Airlines. Malaysia Airlines telah diberi kredit oleh IATA melalui IATA Operational Audit kerana perlaksanaan keselamatan operasinya.

Kerjasama


Pembuat pesawat, Airbus, menjalin usaha sama dengan Malaysia Airlines Bhd (MAB) bagi menyediakan komponen sokongan 'Flight Hour Services' (FHS) bagi barisan enam pesawat baharu A350 XWB syarikat penerbangan itu, serta kumpulan 18 pesawat A330 sedia ada. Perjanjian FHS dengan MAB akan meningkatkan kehadiran perkhidmatan oleh Airbus di Malaysia, yang termasuk kemudahan penyelenggaran dan baik pulih menyeluruh (Sepang Aircraft Engineering) anak syarikat perkhidmatan pelanggan yang menawarkan khidmat reka bentuk dan modifikasi kejuruteraan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur .

Perkhidmatan dan operasi.


Mungkin ramai yang tertanya tanya bagaimana perkhidmatan servis Malaysia Airlines? Malaysia Airlines menerima Pensijilan Penerbangan 5-bintang di Anugerah Penerbangan Dunia™ SKYTRAX 2013, menyertai kumpulan elit bagi produk dan servis yang konsisten dan berkualiti tinggi. Diumumkan  pada majlis yang diadakan di Pertunjukan Udara Paris 2013 yang terkenal di dunia di Le Bourget, Perancis. Malaysia Airlines turut menerima anugerah berprestij bagi ‘Hidangan Utama terbaik Syarikat Penerbangan’ untuk sajian Satay, satu sajian tradisional Melayu, disajikan di kabin Kelas Pertama dan Kelas Perniagaan. Ia merupakan tahun kedua syarikat penerbangan ini memenangi anugerah itu.


Anugerah Penerbangan Dunia™ merupakan penanda aras bagi kecemerlangan syarikat penerbangan, dengan pengembara dari lebih 160 negara dan 100 kenegaraan mengambil bahagian dalam kaji selidik kepuasan penumpang terbesar di dunia bagi menentukan pemenang anugerah.


Anugerah ini sejajar dengan pencapaian Malaysia Airlines kerana menyedari intipati layanan mesra Malaysia dan adalah penting bagi pengalaman Malaysia Airlines. Sajian di dalam Malaysia Airlines juga dipilih sebagai yang terbaik di udara, dengan hidangan utama Satay, daging ayam dan daging yang dipanggang beserta kuah kacang, menjadikannya hidangan terbaik dalam penerbangan. So korang wajib try tau. Memang tak rugi. Silap silap korang akan teringat ingat keenakkan satay ni.




Menerima anugerah tersebut, CEO kumpulan Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya mengucapkan terima kasih kepada pasukannya yang komitmen memberikan layanan mesra rakyat Malaysia yang sebenar. “Dengan saingan yang banyak, ia adalah satu penghormatan bahawa Malaysia Airlines sekali lagi diiktiraf bagi tahap penyampaian perkhidmatan dan produk yang baik."


Bagi membuat penambahbaikkan terhadap perkhidmatan Malaysia Airlines, Syarikat penerbangan itu sedang melaksanakan langkah penstrukturan semula dengan suntikan dana RM6 bilion yang dijangka selesai dalam tempoh lima tahun. Antara lain, syarikat mengambil langkah mengurangkan kos, menyusun semula pesawat dan memperluas laluan perkhidmatan.


So dengan Malaysia Airlines anda boleh enjoy penerbangan anda dengan kualiti servis yang sangat baik dan layanan pramugara dan pramugari yang sentiasa iklas berikan senyuman dalam membantu setiap penumpang yang memerlukan bantuan. Bagaimana kesan naik pesawat Malaysia Airlines? Kalau soal kenyamanan di dalam pesawat ya sama saja dengan pesawat ke luar negeri lainnya, pesawatnya baru dan modern. Tersedia hiburan di dalam pesawat dengan film-film yang bervariasi. Namun, jika dinilai dari sisi keramahan, maka pramugari dan pramugara Malaysia Airlines juga antara yang terbaik melayan penumpang .Keramahan dan senyuman dapat membuat penumpang merasa nyaman dan senang .


Mungkin ramai masih tertanya tanya cara menempah dalam talian? Berikut ialah cara menempah tiket Malaysia Airlines secara dalam talian .Jangan tak tau sekarang ni korang boleh tempah dengan Traveloka ja (like...like...likeee). Caranya mudah ja korang pergi ke laman web Traveloka atau buka Traveloka app korang dan isi butiran penerbangan dalam kotak carian,


Pilih dan tempah penerbangan korang,seterusnya Isi maklumat penempah dan butiran penumpang dan Jelaskan bayaran melalui kaedah pilihan korang





Lepastu yang terakhir dapatkan e-tiket Malaysia Airlines di Tempahan Saya/My Booking atau dalam emel korang. E-tiket Malaysia Airlines ialah bukti tempahan penerbangan Malaysia Airlines. Tunjukkan e-tiket korang semasa daftar masuk di kaunter Malaysia Airlines di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk korang. Jika korang belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka. Jadi, segera click sini utk malaysia airlines online booking tawaran terbaik.


*** teringat first time ke KK dengan menaiki Malaysia Airlines dengan coursemate untuk ke National Chemical Engineering Symposium..memang terbaik betul layanan crew Malaysian Airlines and the food is good too. Super love it




Berbunga-bunga hati bila dapat hadiah yang super comels dari Enchanteur ni. Aduhhh sweet sangat kotak nya yang pinky pinky gitu. Ehhh aku takdak la pencinta pink but yeah I do admit that pink color is cute tho!

Seronok bila Enchanteur mengambil inisiatif untuk menghasilkan set hadiah yang best macam ni. Takda lah kalau nak beli hadiah ja limited and jenuh menggaru kepala nak beli apa kan.



Bagi mereka yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.


Mini size n cute!



Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.

Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan  bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan.



SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)
Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri -  seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.



Wangian Mon Amie


SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)
Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja.  


SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara.




SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)
Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.



Wangian Belle Amour

SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)
Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA.  

ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

Harap-harap encik suami baca la post ni. Kalau perfume Echanteur ni dah habis boleh la dia belikan set hadiah ni kan.

Last weekend adalah weekend yang well spent dengan anak-anak. Wahhh well spent gitewww haa. Yalah, normally weekend kadang-kadang husband aku pi tengok kerja la apa la. Tapi last weekend, he took an effort to spent time with us especially with the kids.

Lepas ja check out dari Eastin Hotel hari Ahad tu kami terus ke Gurney Paragon untuk siapkan task Komachi aku. Then pi visit my fil kat rumah dia. Lepas tu memang awal-awal aku cakap kat husband aku nak pi trim rambut aku sebab rambut aku kalau da start panjang nanti akan bercabang. So baik cegah dari kena teruk nanti.

So while waiting for me to do some scalp treaatment and trim rambut. Maka encik suami pun bawak la the kids pi ke Kidland dalam Prangin Mall ni.



After 1 hours plus macam tu aku pun join la depa kat sana.Wah not bad la jugak kan dalam Kidland ni. Walaupun tak la canggih macam Kidzania kat KL nuu kannn. Tapi berpadalah dengan harga dia.

Jom layan gambaq-gambaq dulu na.


Mario mariooooio....






For those who like extreme activities boleh la try yang ni. Adriana main kat bawah-bawah ja papa cakap sebab kat atas dia tak berani nak naik sorang-sorang. Papa plak duk pegang Aishah masa mama tengah duk wat treatment rambut kan. Anak i pun gayat macam i keeee...




Hospital sesction


The kids mart


Beauty salon.


Science center.



Police station.


Fire station.


Masa aku masuk ke sini Adriana da dekat section Masterchef Kidland. So dia join activity baking.


Seronok kemain anak mama sorang ni. 


Ok la yang paling penting dia enjoy and learn something kan . Dapat jugak mama rasa cookies kakak buat. Ehh sedap pulak tu tau.


Ni pulak kat section art class.


Hasil dari art class dia.





Suka tengok video ni...bila dia enjoy sangat masa baking ni. Nanti la kakak ye kita baking plak kat rumah ye.

Konsep dia pun macam sama dengan Kidzania, bila da habis satu aktiviti tu nanti akan dapat pay dalam duit ala2 Kidland world la kan. Konon-konon macam kerja jugak la kekdahnya.

Untuk hampa-hampa yang kat Penang and pening nak bawak anak hampa pi buat aktiviti apa time weekend boleha try mai ke sini. 

Kidland Penang

4th floor, Prangin Mall,
10100 George Town,
Penang
042617652

Or boleh la layari







Bunyi macam seronok kan tak kerja duduk rumah. Mengadap main fon. Kahkah. Hakikatnya Allah saja lah yang tahu betapa men-yotong nya supermak2 sekalian. Kannnnn???


Cerita aku  bukan seorang  Supermama


6:00-6:30am : Bangun n solat Subuh. Siapkan bfast (ni kalau tak terbangun lambat la kan)
6.40am: Husband tolong mandikan si kakak untuk ke sekolah.
7:00am : Hidangkan bfast.
Tu belum kira Aishah bangun nak susu celah2 nak prepare bfast or solat ka😥


Macam ni aku da prepare siap-siap malamnya lagi. Sambal da siap buat. Telur da siap rebus. Ikan bilis siap goreng. Ayam siap perap. Bangun pagi masak nasik lemak and grill ja ayam yang perap malamnya tu. 

7:15am : Siapkan kakak bagi tomey-tomey.
7:35am: Bfast kakak n hubsie.


Tapaukan sekali dekat Amir. Dengan pakej sandwich tuna lagi ha. Aku siap da pesan jangan lupa bawak balik tupperware aku sebab tu TUPPERWARE BUKAN TIPUWARE. kahkah ada penegasan di situ. Sebab apa aku kena remind macam tu? Sebab selamba katak dia pi buang jug and bekas tupperware aku masa nak renovate rumah hari tum nasib baik 2 bekas ja. Kalau tak bini hang hijau jawabnya


8:00am : kakak dah pi ke sekolah normally dis time Aishah da bangun
8:30am : Aishah feeding time. Lepas tu bagi dia main-main sat apa yang patut.


Tu port terbaru dia. Feeling-feeling kerusi dia sendiri la tu.

9:00am : bagi mandi Aishah, susukan apa yang patut. After that perform Dhuha.
10:00 am : mama pulak baru mandi. Kahkah.
10:15 am: prepare simple lunch
10:45am : update blog/bisness
11:50am : ready amik kakak kat school.


Kakak yang bubbly. Sayang kakak forever.

1:00pm : sampai rumah terus lunch, bagi kakak mandi, mama solat n prepare kakak untuk mngaji AlQuran
1:50pm: get ready untuk ke rumah tok mama untuk mengaji.


Gey ready nak pi mengaji.

2:30pm : sampai rumah. Cepat-cepat susukan Aishah. Kakak normally terbongkang dah. Aishah pun goal. Dengan mama2 pun goal sekali. Kahkah.
3:30pm : update bisness apa yang patut n rest.
5:30pm : prepare n top up masak untuk dinner.
6:30pm: bagi kakak n adik mandi
7:00pm : suap anak2 makan.
7:30pm: maghrib and mandi
8:30pm : ajar kakak reading n writting.


Sory kakak kalau mama garang macam KINGKONG

9:30pm : main dengan anak-anak before sleep.
10:30pm : make sure both sleep.
10:45pm : laundary time (basuh and lipat time anak2 tidur)
11:30pm : kemas dapur and kemas hall. Jemur kain.
12:00am : ready to sleep.
Tapi selalunya kul 1 pagi jugak yang tidur nya. Biasa la update bisness ig pun laju time2 tu la.

So sapa cakap jadi housewife tak penat? Kadang-kadang rasa macam dah jadi super sotong dah. Kahkah. Tapi ok la, seronok tengok anak-anak depan mata.

Macam aku basically da set laundary aku waktu malam. Kalau siang aku just basuh yang senang and cepat kering ja macam cadar etc. Laundary time aku memang time anak-anak aku dah lena. Tapi sekarang ni aku tengah taip ni dah kenapa mata aku nak pejam-pejam pulak dah. Yeah lani baru 11.25am. Japgi 11.50am kena get ready nak pi amik kakak dah.

Ok la hampa. Chow. Nak kena update pasal bisnes pulak ya.

Hampa kalau sudi jangan lupa follow Instagram @scandi_scandu tauuu




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS