Holaaaa hampa. Untuk segment beauty kali ni kami nak share 1 produk terbaru dari sifu make up kami Ferra Rossa.

Untuk pengetahuan hampa , eyeshadow Ferra Rossa ni dibuat di Korea tau and very pigmented! Sekali swatch ja dah melekat helok.


Nama pun da sedap!



Tengok color swatch dia punya la lawa noks


Me wearing eclair n sorbet code! Serious i'm in love with this eyeshadows!


Aishah, look at the camera plis dear!

Well, untuk details:

Price : RM45/each color

Whatsapp : 0133363775






Althea Raya Goodies

in , by Alia Farhan, 2:42 AM
Assalamualaikum...hai hampa semuaaa...
So amcam posa hampa? Stil survive? Me stil survive with a baby koala attach to me 24 hrs to suck up my milkπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

So, how's the raya preparation so far? Kami baju, Alhamdulillah dah beli dah. Kasut pakai ja yang mana jarang pakai tu kan. Handbag pun sama la juga. Persiapan pun more to anak-anak la kan.

TAPI....nak Raya penampilan harus kena jaga ye dak? Apalah guna baju raya vogue da vassss tapi muka pucat lesi atau sememeh di pagi raya.

Kalau hampa suka dengan look ala-ala Korean actress hampa jangan lupa pi shopping cosmetic n skin care Raya dekat Althea tau.


My two favourite Korean actress. Raya ni buat look ala-ala ni kot.


Untuk pengetahuan hampa, sempena dengan Hari Raya Aidil Fitri ni Althea menawarkan Goodies Raya untuk kita semua. Walaweh.


One gift per customer! Hampa takmau kaaa???


Tak cukup dengan tu, setiap pembelian dengan Althea akan dapat box istimewa bersempena Syawal yang akan datang.


Cantik ja box nya. My favourite color!

Haaa hampa tunggu apa lagi, cepat jom cargass pi shopping kat Althea.

Jangan lupa click --> Althea



Resipi : Kai Phad Phed

by Alia Farhan, 2:10 AM
Bismillahirahmanirahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Pffftttt...

Memberontak hati ni bila lepas menyusu nak upload resipi tau. Lagi pulak masa nk edit gambar nampak habis makanan kt hotel-hotel hari tu. Ini lah dogaaaannnn....

So marilah update resipi laju-laju supaya tak la kebuloq sangat nantiπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


Sedap, ringkas dan mudah!

Bahan-bahan:

*Ayam ( aku guna bahagian dada dua keping, potong-potong macam biasa)
Nak guna bahagian lain pun boleh, terpulang cuma aku kat rumah ni bahagian dada kalau masak-masak seketul-seketul tu tak berapa nak jalan. Kalau potong-potong gini baru jalan skit.
* bawang besar -1 biji
* cabai besar -2 biji (aku guna yang warna merah)
* cabai melaka -5 biji ( nak pedas letak lagi..aku kesian kat laki aku kalau pedas-pedas ni..satgi ada yang peluh habis kepala menahan pedas)
* lengkuas sebesar ibu jari
*daun limau purut
* kacang hijau / buncis
* bawang holand (potong bulat..ni untuk hiasan hujung-hujung nanti)
* minyak untuk menumis
* cuka
* sos tiram
* garam
* ajinomoto
* gula

Cara-cara:

1. Blendkan bawang besar, cabai besaq, cabai melaka dan lengkuas.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang di blend tadi.
3. Masukkan ayam, sedikit cuka dan sos tiram.
4. Agak nampak ayam dah masak, boleh masukkan garam, aji dan gula secukup rasa.
5. Lepas tu masukkan kacang , daun limau purut and bawang hollad. Kacau-kacau then siap dah.

Apa lagi...boleh la ngap lepas tu dengan nasi panas-panas. Fuhhhhh sedap wei!

Samada anda seorang suri rumah, pelajar mahupun wanita bekerjaya; adakalanya anda akan tergesa-gesa meninggalkan rumah atau kembali ke bilik tidur setelah seharian di luar. Membersih wajah merupakan perkara paling penting untuk mendapatkan kulit yang sihat samada anda menggunakan alat solek ataupun tidak. Membilas air semata-mata tidak mencukupi, kini Eversoft hadir dengan lebih manfaat untuk lebih kebaikan.



Produk  ‘jimat masa’ ini menggabungkan langkah pembersihan yang pelbagai dalam 1 produk - EVERSOFT™ 100% Organic Tomato Micellar Cleansing Water yang bertindak menanggalkan solekan, membersih dan menyegarkan kulit; manakala EVERSOFT 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner sangat sesuai bagi individu yang tidak menggunakan solekan. 

Menggunakan formulasi berasaskan bahan dan teknologi dari Jepun, pembersih baharu ini bebas daripada paraben, SLS, alcohol serta minyak mineral. 

Dua pembersih wajah baharu EVERSOFT™ ini memberi lebih dari sekadar pembersih asas. Pengguna kini boleh membersihkan wajah sambil menyegarkan kulit dan menanggalkan solekan. Pengguna juga boleh menikmati manfaat ekstrak organik Yuzu dan Tomato yang memberi khasiat serta melindungi wajah dengan cara yang selamat pada kulit.

EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner 

EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner terhasil daripada formula gabungan 2 langkah pembersih kepada 1. Manik-manik merah jambu diperkaya dengan Tea Tree Oil dan Vitamin E yang membersih jauh kedalam kulit untuk menarik kotoran, manakala ekstrak organik buah Yuzu membantu meredakan kemerahan kulit, mengurangkan pembentukan jerawat, dan membuang cela pada wajah. Pembersih ini membersih dan mencerah dalam satu langkah tanpa meninggalkan sebarang kotoran. Langkah ini boleh diteruskan dengan penggunaan serum serta pelembab sebagai pelengkap kepada rejim penjagaan kulit wajah.


EVERSOFT™ 100% Tomato Micellar Cleansing Water 

EVERSOFT™ 100% Tomato Micellar Cleansing Water merupakan pembersih wajah yang lembut dan berkesan untuk menanggal solekan dan membuang kotoran. Diperkaya dengan ekstrak organik Tomato yang tekenal dengan ciri-ciri antioksida bagi melawan radikal bebas yang disebabkan oleh sinaran UV dan pencemaran, pada masa yang sama menyegarkan kulit serta mengecilkan pori. Produk ini turut mengandungi Bio-Hyaluronic Acid bagi mengekalkan lembapan dan mencegah nyahidrat. Ia menjadikan kulit wajah terasa bersih dan lembab sentiasa. Dengan pembersih solekan yang tidak memerlukan bilasan air ini, pengguna boleh melangkau langkah membersih wajah dengan buih pembersih serta penggunaan toner. Anda hanya perlu memakai pelembab setelah menanggalkan solekan dan siap!


EVERSOFT™ Cleansers diperbuat daripada formulasi yang lembut pada kulit wajah dan berkesan untuk membersih jauh kedalam tanpa mengeringkan kulit sambil mengekalkan keseimbangan lembapan secara semula jadi. Setiap bilasan membekalkan kulit anda dengan nutrien agar kulit semakin cerah dan sihat sentiasa.

EVERSOFT™ yakin dengan keberkesanan produk pembersih muka ini bagi menanggalkan solekan jenis berkalis air dan sedang mengadakan kempen jaminan wang kembali 100%  (100% Money Back Guarantee) bagi produk EVERSOFT™ Tomato Micellar Cleansing Water

Pengguna yang tidak berpuas hati dengan hasilnya amat dialu-alukan untuk mendapatkan bayaran balik melalui laman Facebook Eversoft Skinz di https://www.facebook.com/EversoftSkinz/ dengan menghantar mesej peribadi bersama salinan resit pembelian. Kempen jaminan wang kembali 100%EVERSOFT ™ Tomato Micellar ini berakhir pada 31 Mei 2017.

Pembersih dan pembersih dengan air EVERSOFT™ ini sangat sempurna untuk membersih dengan cepat, pada harga yang berpatutan dan hasil yang menakjubkan. EVERSOFT™ 100% Organic Yuzu 2 in 1 Cleanser & Toner hadir dalam bentuk botol pam bersaiz 150ml pada harga RM17.80 (Semenanjung)/ RM18.70 (Sabah & Sarawak)* manakala EVERSOFT™ 100% Tomato Micellar Cleansing Water juga hadir dalam bentuk botol pam bersaiz 300ml pada harga RM22.90 (Semenanjung)/ RM24.00 (Sabah & Sarawak) dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya besar dan farmasi seluruh negara. *Harga tertera termasuk 6% GST.



"Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By FarahGlanzDotCom"


Apa itu SGshop Malaysia?

SGshop merupakan satu laman web shopping online antarabangsa dari China ke Malaysia dengan harga yang murah. SGshop ditubuhkan pada bulan Ogos 2011 dan sebuah syarikat tempatan yang berdaftar serta pakar dalam logistik supaya boleh menerima produk yang dikehendaki untuk dibeli dari laman web e-dagang China. Selain itu, pihak SGshop juga bekerjasama dengan pelbagai pihak bank untuk memastikan bahawa proses pembayaran selamat dan cekap.

Okay, jika u all nak menjadi salah seorang pemenang bertuah ini sila ikuti syarat-syarat seperti berikut:-

Syarat-syarat:-

  1. Terbuka kepada semua blogger 
  2. Copy code HTML di kotak bawah dan paste di blog anda dan tulis entri bertajuk "Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By FarahGlanzDotCom"
  3. Follow Blog:FarahGlanzDotCom | IG:FarahGlanzDotCom | FB: FarahGlanzDotCom
  4. Like Fan Page SGShop Malaysia dan IG: SGshopMalaysia
  5. Nyatakan barang yang ingin dibeli dengan nilai RM100 Shopping Credit tersebut 
  6. Hantar penyertaaan berserta link blog anda di ruang komen di bawah. 

Tarikh Tutup
26 Mei 2017 - 09 Jun 2017
*Senarai pemenang akan diumumkan pada 12 Jun 2017 menerusi random.org

HADIAH :
10 x RM100 Shopping Credit SGshop Malaysia


Info:-Bagi pemenang yang bertuah nanti pastikan anda telah mendaftar akaun dengan SGshop Malaysia bagi memudahkan RM100 shopping credit SGshop Malaysia dikreditkan terus ke akaun anda nanti yer.. All the best and Good Luck!




Haaiii hampa...posa ka idak tu?
Sedaq tak sedaq dah tiga hari da kita berpuasa kan....tengok-tengok nanti tinggai lagi seminggu ja nak posa. Biasa macam tu la kan...

Kali ni nak cerita satu lagi port baik punya untuk berbuka...
Kali ni nal cerita port berbuka kat belah Mainland pulak. Tak jauh pun dari rumah aku ni haa. Dalam 3-4 km ja. Tak lain tak bukan Iconic Hotel la. Dekat sangat dah dengan rumah😊

Apa yang bestnya, dekat Dapoq Pak Beh Ramadan Buffet ni menyediakan lebih dari 160 hidangan untuk dinikmati oleh para pengunjung. Hee banyak tu kan....

Tapi meh usha dulu makanan-makanan hat duk ada ni, sebahagian dari makanan yang disediakan.


Keropok| asam laksa| bihun sup


Pelbagai jenis nasi dan lauk pauk


Antara lauk pauk yang ada


Nin dia..siap ada ketam lagi haa!




Air tuπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Dessert yang sangat nyummy


Nasi ayam dia sedap hampa!
Roti jala pun padu!


Hadoiii...azabnya update blog ni time berpuasa!


Pilihan makanan kami hari tu: 
Kambing golek! Sedap weiiii
Nasi ayam hainan! Pun sedap jugek!
Char kueytiaw pun win!

Eh pendek kata semua pun sedap lah!

Hampa kalau nak pi makan ni dia details untuk hampa tau ;

 RM 58 nett  for adult
RM29 nett for kid

From 27 May - 24 June 2017
Call : 04-505 9988



ICONIC HOTEL PENANG

71, Jalan Icon City, Bukit Tengah
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Boleh tengok update depa dekat fb depa Iconic Hotel Penang 


© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS