Haaiii hampa...posa ka idak tu?
Sedaq tak sedaq dah tiga hari da kita berpuasa kan....tengok-tengok nanti tinggai lagi seminggu ja nak posa. Biasa macam tu la kan...

Kali ni nak cerita satu lagi port baik punya untuk berbuka...
Kali ni nal cerita port berbuka kat belah Mainland pulak. Tak jauh pun dari rumah aku ni haa. Dalam 3-4 km ja. Tak lain tak bukan Iconic Hotel la. Dekat sangat dah dengan rumah😊

Apa yang bestnya, dekat Dapoq Pak Beh Ramadan Buffet ni menyediakan lebih dari 160 hidangan untuk dinikmati oleh para pengunjung. Hee banyak tu kan....

Tapi meh usha dulu makanan-makanan hat duk ada ni, sebahagian dari makanan yang disediakan.


Keropok| asam laksa| bihun sup


Pelbagai jenis nasi dan lauk pauk


Antara lauk pauk yang ada


Nin dia..siap ada ketam lagi haa!




Air tu😂😂😂
Dessert yang sangat nyummy


Nasi ayam dia sedap hampa!
Roti jala pun padu!


Hadoiii...azabnya update blog ni time berpuasa!


Pilihan makanan kami hari tu: 
Kambing golek! Sedap weiiii
Nasi ayam hainan! Pun sedap jugek!
Char kueytiaw pun win!

Eh pendek kata semua pun sedap lah!

Hampa kalau nak pi makan ni dia details untuk hampa tau ;

 RM 58 nett  for adult
RM29 nett for kid

From 27 May - 24 June 2017
Call : 04-505 9988



ICONIC HOTEL PENANG

71, Jalan Icon City, Bukit Tengah
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Boleh tengok update depa dekat fb depa Iconic Hotel Penang 


Haa nak cerita kali ni pasal dinner anniversary kami yang ke 5 hari tu. Ya lah kan , sebenarnya dah lama gila kot tak dine in kat Fisherman's Gril ni.

So saja ja, masa anniversary hari tu ajak husband makan kat sini. So malam tu, moh ler merentas jambatan untuk menikmati dinner dekat sini.


Marilah kita pilih menu nak makan apa.


Dua beranak ni geng sangat la lani. Menyampah mama tau. Tapi serius bila duk kat dalam ni teringat kat cafe-cafe yang duk pi singgah kat WA dulu. Waduhhh rindu lew teww.


Mama geng ngan Aishah ja lah ye.


Jom usha makanan yang kami order pulak:


Nasi goreng seafood, hubs order ni. Sedap sotong n udang pun banyak!


Mine...chicken cheese apa ntah. Pun sedap gils! Ada pasta skit as side dish dia. Memang umphhh.



Adriana's carbonara pasta. Sedap! Tapi banyak gila kot. Mama n papa tolong perabih pun tak.boleh nak habis tau.

Overall, food dia memang best. Ambience pub best. Cosy ja rasa tak rasa crowded. Just nice. Pastu romantic la jugak kan.

Korang kalau berminat nak try food kat sini boleh la usha-usha dulu kat sini ya:


Okla korang, nanti kalau ada tempat makan best lain lagi nanti aku up kat sini ya.




Hai, kali ni nak sharing satu tips kecantikan macam mana nak pilih warna kanta lekap supaya tak nampak "gerun" di mata orang lain yang melihat kita. Jangan tak tau tersilap pilih warna lens korang bukan nampak cantik tau tapi ternampak "weirdooo" atau macam "hantu" tau.

Jom kita tengok pemilihan warna kanta lekap mengikut tona kulit.


Pic credit to The Image Icone


Pic credit to The Image Icone


Pic credit to The Image Icone


Pakai lense yang bewarna ni kena berhati-hati juga. Sebab kalau tersilap warna boleh nampak muka kita kusam and weird tau. Sebab orang kita selalu bila pakai lense tak amik kira dah warna asal lense mata kita sendiri, pakai main taram ja pakai kaler lense ikut dan. Last-last nampak macam ni.


Pic credit to Mr Google.

Daripada nampak menggerunkan macam ni, better ka hampa ikut panduan pakai lense color ni ikut skin tone hampa. Kadang-kadang orang nak tegoq tak gamak, puji la melambung kata lawa, walhal weirdooo sangat.

Nak pakai biaq la nampak classy macam adik manis kita sorang ni haaa.


Pic credit to Mr Google



Pic credit to Mr Google


Pic credit to Mr Google

Ni contoh sorang hamba Allah yang pakai lense color apa pun lawa kot. Kita hat kulit ala2 Jennifer Hudson ni kena la beware skit tentang pemilihan color lense tu. 

Ps:  hampa, kami stil duk mencari lense yang sesuai untuk mata kami yang sensitif and cepat merah ni bila pakai lense, anyone can suggest a good one?







Bersempena dengan menymbut bulan mulia Ramadan tak lama lagi, Cititel menawarkan buffet berbuka puasa dari Isnin -Khamis dengan menu-menu yang menggiurkan tekak di Main Street Cafe yang cosy dan menenangkan.

Main Street Cafe yang terletak di level lobby hotel Cititel menawarkan makanan tradisional Asian dan Classical Western yang disediakan oleh  chef-chef berpengalaman depa.

Para tetamu boleh menikmati berbagai juadah sepert ulam-ulaman, pasembur, kerabu, rojak Penang, salad , kuzi kambing , sup gearbox dan macam-macam lagi.

Jom kita tengok gambaq-gambaq yang menggiurkan ni. Boleh stress kalau edit gambaq and update blog ada gambaq makanan bulan posa nanti ni😂😂😂


Satay yang juicy


Sup gearbox power!


Masak lemak nangka..tapi aku tak berani makan lagi. Baru ja lepas deman urat seminggu yang lepas. Tapi mak aku cakap sedap!


Rendang daging yang sedap.


Sambai udang petai. Petai nya banyak betul!


Lamb kuzi!


Lamb kuzi + nasi beriyani


Aneka jenis air; bandung, buah kepala dll.


Pemanis mulut😊


Tempting betul dessert nya.


Bukan ja nampak menarik, rasa pun sedap!

Bagi hampa yang berminat nak try buffet dekat Cititel, hampa kena rujuk details yang aku nak bagi ni tau sebab buffet Ramadan kat Cititel Penang ni tak sam macam buffet kat tempat lain tau.

Ramadhan Iftar Buffet Dinner

12 - 15 June 2017
&
19 - 22 June 2017
(Isnin - Khamis)
7.00pm - 10.00pm
Dewasa RM80.00 nett
Kanak-kanak RM40.00 nett

PROMOSI early bird :
(belian dari 1-31 May 2017)
Dewasa RM64.00 nett
Kanak-kanak RM32.00 nett

Untuk Tempahan 
tel : 04-291 1128
email : fnb@cititelpenang.com 




Sedar tak sedar dalam seminggu ja lagi Ramadan bakal menjelma. Sebut ja Ramadan, mesti terbayang-bayang juadah berbuka. Kadang-kadang bagi housewife macam aku ni, boleh buntu tau nak masak apa. Biasa aku akan buat list dari Isnin -Jumaat nak masak apa.

Kadang-kadang eh balik-balik menu yang sama ja. Arghhh buntu. Biasanya time weekend la akan makan kat luar or balik kampung sama ada balik Jitra or berbuka puasa dengan keluarga belah husband.

Kalau kat Jitra, yes sebab tau juadah mak aku tiada tandingannya kan. Tapi bila nak makan belah husband aku, biasa memang kami prefer makan buffet. Senang, hassle free. Tak payah nak serabut order itu ini.

So, mai aku nak bagitau Royale Chulan Penang ada buat buffet Ramadan dengan tema Selera Ramadan, Macam-macam Ada. Bertempat di Sri Tanjung Cafe, Selera Ramadan ; Macam-macam Ada  menyajikan makanan traditional masyarakat setempat mengikut " taste" Penang yang hampa tau la kan, taste Penang mesti takmau kalah jugak kan.


Formerly known as Royale Bintang.


Thanks Royale Chulan for having me.


Buffet Ramadan ni bermula dari 28 May hingga 23 June 2017. Kalau nak tau ada lebih kurang 10 action stalls  yang menyediakan Ikan Bakar, Sushi sotong Kerabu Mangga, Cucur Kerang Berlauk, Kambing Golek dll.

Jom jamu mata dengan juadah-juadah yang disediakan di Royale Chulan ni.


Signature dish Royale Chulan , si kambing golek.

Bersama si manis


Nasi beriyani yang sedap.


Kerabu dan kuih muih.


Buah-buahan untuk rojak | kerabu su'un | tempe goreng cili


Variety of pencuci mulut


Ayam goreng berempah | cucur udang | sushi | roti bun untuk dicicah bersama sup | aneka air 


Apam balik



Ikan keli berlada | pasta sambal sotong | pulut | udang masak cili


Char kuey tiaw | bubur lambuk


Open concept stall. Best boleh jalan-jalan and tengok keadaan sekeliling hotel yang heritage gila ni. 

Hampa kalau dah buntu-buntu boleh la try mai makan kat Royale Chulan Penang tau nanti. Food selection pun best-best jugak tau.



Jangan lupa make reservation dulu tau. Bukan apa takut time hampa nak walk in nanti fullhouse ka nganga la hampa nanti. Better call depa dulu tau.

Ok la hampa, kami nak pi golek-golek dengan anak dara kami dulu na.





Hai. Kali ni nak cerita pending post pasal Teacher's Day celebration kat sekolah Adriana. To show some appreciation to all her teachers, so mama made some gift packs to her teachers.

As usual nothing much for her teachers. It's all my homemade products by Kathy's Homemade. Hopefully her teachers will love it.


No cards. Last minutes job. Guna ja apa yang ada. Nasib ada washi tape yang comel-comel ni kan.


Dalam tin tu homemade lipbalm in chocolate flavour to pair with the chocolate homemade soap!


Hopefully her teachers will love this!

Korang yang nak customize gift untuk mak ke wife ka untuk produk homemade bolehla whatsapp aku directly. In Sha Allah kita buat according to your budget.

Meh whatsapp aku ok

0133363775






© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS