DIY botol minyak

in , , , by Alia Farhan, 7:34 AM
Hi korang.
Quick update ya almaklumlah lani dah menyotong jadi mak anak dua ni.
Macam kena pinjam tangan sotong ja ni.

Ni pun sempat DIY masa Si Aishah tu lena.


Bottle minyak yang dah tak digunakan.


  Beli kat MR DIY ja. Rasa ya dalam RM7.90 kot kalau tak silap.


Terus nampak lain macam kan. Nampak mewah dengan warna gold ni.


Taraaaa. See lawa dak? Lepas ni tak payah nak beli dah vase2 apa bagai buat je  cenggini. Terus nampak da bomb.


Projek DIY paling senang abad ini.

Korang kalau rajin boleh la buat ni jugak nanti.




Hai...
Xìn Nìañ Kùai Lè
Gong Xi Fa Chai...
To all chinese out there...


Hari ni bermood CNY so kita nak update blog dengan resipi makanan chinese. Boleh gitewww???

So hari ni nak share resipi ni dapat masa tengok AFC chanel. Agak menarik. This dish is a famous dish in Taiwan.

So basically this recipe use rice wine as one of the main ingredient but i replace it with combucha tea that my mom brew last time. Mine version of course the Halal version one😊


I ate this dish during my confinement period because I found out that most of the ingredients are suitable for a women during confinement period.

So let's take a look the ingredients first:

Ingredient:

Ayam kampung (told ya it's healthy dish and suitable for confinement)
1 cup of soy sauce
1 cup of sesame oil
1 cup of combucha tea
1 tsp of white pepper
Lots of ginger
Lots of garlic
Shitake mushroom
Onion to saute
Dried chilies
Thai basils.

So how I do it?

1. First saute some onion and garlics.
2. Then put the chicken and fried it a lil bit.
3. Next put the 3 main ingredients, soy sauce, sesame oil and combucha tea.
4. Then put the rest of the ingredient except the thai basils. 
5. After 30 minutes, your chicken should be ready and dont forget to add on the thai basils.
6. There u go, ur 3 cup chicken is now ready to eat!

So how? Senang kan...
But the taste is so yummy.
Ala ala claypot pun ada. But this one taste a lil bit strong lagi la. 

Hai sedapnya...rasa menyesal pun ada pergi update resipi ni.


Hi...
Kali nak share cara simpan sayur n etc kat dalam peti ais guna plastik Ikea Istad ni.

Nah beli2 sorting terus dalam ni.


Senang nak tengok.


Semua letak dalam tu. So senang nak monitor apa yang da habis apa yang tak. Kalau main letak ja dalam plastik biru kuning hijau tu jawabnya ada yang mereput dalam peti aid and da beli yang lain.


Ni ja rupa plastik Ikea Istad tu. Siap ada double ziplock lagi. 1 box ni ada 2 size. So aku beli 2 box size yang berbeza. So aku dapat la 4 different plastic sizes.

Sebenarnya bukan takat isi sayur ja. Aku selalu gak isi udang, sotong ka untuk potion sekali makan. So takdak la crowded sangat. Ada jugak yang guna untuk sorting baju anak-anak untuk pi travel ikut hari and letak dalam plastik bag instad ni. 

Harga dia pun ok la bagi aku. Cuma RM9.90 ja sekotak. Untuk yang plastik purple tu dalam dia ada 50pcs plastic ziplock, 25 pcs ×2 different sizes. Kalau yang warna merah tu a bit smaller la, so dalam dia ada 60pcs and ada 30pcs for each size. 

Macam best skit guna ni. Kalau tak ka bahagian sayur kat dalam peti ais tu la bahagian yang aku paling menyampah. Nak try jadi OCD tengok macam mana pergi dia. Kahkah.

So korang organize peti ais korang macam mana? Sayur, ikan, sotong bagai simpan macam mana?

Hi. Mood blogging tengah ada. Almaklumlah tengah bercuti kat Melaka ni. Si Aishah baru je tidur. Dia kejutkan kitaorang subuh ni.

Lepas dia sedut susu ja terus aku lapauu oii. Nasib  la Amir tapaukan lebih nasi n asam pedas tetel Mona semalam. Dah selamat dah breakfast pagi ni.

Disebabkan mood blogging tengah ON maka jomlah kita sambung dengan Travelog Perth kita.

Kali ni nak cerita pasal Middleton Beach kat Albany ni. Cantik kawasan sekitar ni. Disebabkan kitaorang pi time winter, walaupun tepi pantai memang gilo punya sejuk wei. Tapi yang paling best bila bunga-bunga kat depan rumah diorang kembang-kembang. Tak sempat nak snap gambar sebab kalut dengan Adriana dalam kereta time tu. Tapi sumpah lawa gila.

Pagi tu macam biasa la sebab nak travel balik jauh je Perth City maka kena la masak apa yang patut. Sebab on the way back to Perth memang susah nak cari tempat makan yang halal ye.


Buat bekal pun simple-simple ja. Asal boleh lapik perut. Lepas breakfast memang cepat-cepat kemss barsng untuk check out. Rasanya time ni dah pukul 7am. Cerah dah.


Time to check out. I wish I could spend more time at this lovely place.

.

Tenang ja rasa surrounding macam ni. Oh rindunya!


Ni la kawasan beach nya. Middleton Beach, bestnya rumah menghadap beach kan. Jarak pantai dari tempat kami stay tu dekat gila ja. Naik kereta tak sampai 5 minit pun.
Sepanjang nak pi ke beach tu boleh tengok rumah-rumah lawa kat area situ. Macam ala-ala kawasan elit lagu tu haa.


Menghayati pemandangan laut dan pantai ciptaan Nya. Lain pantai..lain pemandangannya kan. First time datang ke tempat 4 musim kan, so agak jakun la dengan all the weather thing.


Harus berkepit sebab terketar-ketar time ni. Pardon me for my bulat face. Mengandung ke Aishah nak masuk lima bulan lebih time ni. Time ni la dapat kepit-kepit pun ngan papa depa tu pun sebab sejuk. Kalau idak, nan hado laaa.

 Kalau nak tau, during summer kat Middleton Beach ni kiranya tempat orang surfing dan swimming tau. Kiranya kalau summer tu penuh la dengan orang. Nasib aku bukan orang sana, kalau dak ka lepas jalan-jalan di kawasan kejiranan yang tenang dan aman ni  mesti aku pi nandi laut kenn.

Haih verangan la jap, kot-kot nanti doa dimakbulkan dapat menetap kat Aus sana nanti.

Rasa menyesal pun ada stay kat Albany one night ja. Next time kalau nak pi lagi kena plan betul trip untuk stay lama sikit tempat-tempat yang best ni.

Okla korang, nanti kita sambung lagi ye.





Actually cerita dating ni dah lama. Hari kedua lepas pantang hari tu da mintak kat mama aku untuk keluar berdua dengan Adriana. Mintak mama aku or maktok Adriana n Aishah tolong jagakan Aishah jap.

Sebenarnya saja amik kesempatan ni untuk dating berdua dengan anak dara kami sorang ni. Kesian kat dia, tau kadang-kadang dia maybe rasa aku abaikan dia and more focus on Aishah and kadang-kadang termarah kat dia bila dia bising-bising masa adik dia tidur la apa la.

Sory kakak. Mama kakak ni memang selalu jadi mak hang hijau. Tapi percayalah kasih sayang mama kat kakak tak pernah pun pudar. Aduh sentimental pulak hujan-hujan ni. Omgeee.


Bawak anak kesayangan mama ni keluar pi restock RT kat HQ then pi CMart pula makan ayam gunting. Pastu melayan dia beli barang nak masuk sekolah pula kat Mr Diy. Sunnies tu pun beli kat Mr Diy ja.

Seronok bila tengok dia seronok and enjoy. Senyum ja. Sory la kakak kalau mama marah-marah kakak. Marah tu sebab mama sayang. Kakak tetap permata hati mama sampai bila-bila.

Lepas ni kena selalu la dating berdua dengan kakak. Adik kita tinggai kat papa kan kakak. Lepas ni kita pu dating kat salon potong rambut pulak ye kak. Rambut mama da macam kak limah dah ni. 

Jadi mak-mak macam ni la. Takut nanti anak ni terasa kita tak sayang dia ke apa ka. Walhal sayang ja. Cuma kadang-kadang attention tu tak dapat nak bahagi sama rata. Lagi-lagi sekarang ni memang Aishah tu 100% clingy dekat aku kan. Nasib la time nak mandi ka nak basuh yayak ka papa tolong mama untuk handle si Aishah ni. 

Lega jugak la dapat suami yang jenis tak kekok nak handle anak-anak and yang paling penting tak geli nak basuh taik anak sendiri kan. Aku dengar ada kawan aku, suami diorang anak berak pun taknak basuhkan. So aku ni jatuh kategori kena bersyukur sebab suami aku boleh tolong lagi aku. Kalau la dia jenis tak menolong, aku rasa bukan setakat hijau ja..merah kuning semua ada oi.

So lepas ni cerita dia, aku ni kena kawal sikit jadi mak hang hijau kuning negeriku. Sory kakak kadang-kadang kena marah ye. Nasib la kau kak oi.


Rasanya orang-orang Penang da lama pu serbu Design Village Outlet Mall yang terletak di Batu Kawan ni kan. Ye, aku ja yang ketingalan bhai. Maklumlah, 44 hari siap badan dengan harapan  nak jadi macam RCW ( Haktuihhhh Alia oii😝😝😝)

Yes...orang abih pantang tak sampai 2 weeks da kembali mengganas menyerang ke Mall tanpa belas kasihan. Bagi chance la wei.

Tahan sabar je tau bila Design Village Outlet Mall ni grand opening time aku tengah berpantang tau. Ahh tapi rileks macam la kalau ni aku jenis serbu time-time orang ramai tu. Idok ler teman.

Well at least menjadi salah satu choice untuk kami anak beranak melepak weekend nanti selain dari Gurney Plaza.


I love the surrounding here! So green...i'm in love💕💕💕


Masa kami hari Sabtu lepas, takla berapa ramai orang dah. Tapi ok la, kedai-kedai yang ada pun best-best jugak. I'm hoping there will be Coach Outlet in future...crossing finger...wink2. Dah 4 tahun tak shopping handbag Coach lah. I'm a cheapskate like that.

Selain dari kedai, ada jugak train yang sudah pasti akan meruntun jiwa anak2 hampa. Nasib baik la the fare is ok. Kalau buatnya sekepala RM10 ke atas memang takdak maknanya la. Naik la dengan apaknya sudah. Mama nan hado nak naik kalau fare mahal ke daung. Cheapskate talking here!


Nampak 70% off tu tak?


Tapi paling aku suka sebab ada Cotton On Kids. Yeayyy. Lepas ni baju raya depa 2 beradik borong kat sini ja. Kasut raya mama da nampak da kat Hush Puppies tu jek sebab murah! Tu pun kalau kasut yang duk pakai ni tak melingkup lagi. Heyy kena hingat 2017 tahun berjimat cermat yaww.


Ni haa train ride tu. Maafkan RCW terlebih yeast ni.

Haaa penuh muka aku kan. Kasik chance la. Naik tren ronda2 dalam tu tak sampai 10 minutes. RM5 per ride per person. Aishah je naik for FREE. Yerp menyesal duduk yang open air tu sebab bunyi bising gila dengan bunyi honk2 drebar ketapi ni duk tekan-tekan. So nasihat aku takyah le mengkome gatei2 nak duduk depan konon-konon nak open air la sangat. Ni semua laki aku punya pasal.

Cuma satu la yang aku tak berapa kenan tu sebab kedai makan tak banyak lagi. Ada Wendy, Coffee Bean , Starbucks and food court ( yang nampak asal boleh ja). Hopefully there will be a lot of choices for food places in future kan. 

Korang kalau mai bercuti ke Penang boleh la singah ke Design Village Outlet ni yang terletak di Batu Kawan ni ye. Mungkin dua tiga bulan ni makin meriah dengan banyak lagi outlet-outlet yang bakal dibuka. Finger cross for Coach Outlet yeahh.

Nak tanya, hampa da shopping untuk raya ka? Dengar kata tailor da stop taknak amik tempahan baju raya. Betul ke? Aku pakai baju raya tahun lepas yang baru pakai sekalu tu je..aci dak?

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS