Rasanya orang-orang Penang da lama pu serbu Design Village Outlet Mall yang terletak di Batu Kawan ni kan. Ye, aku ja yang ketingalan bhai. Maklumlah, 44 hari siap badan dengan harapan  nak jadi macam RCW ( Haktuihhhh Alia oii😝😝😝)

Yes...orang abih pantang tak sampai 2 weeks da kembali mengganas menyerang ke Mall tanpa belas kasihan. Bagi chance la wei.

Tahan sabar je tau bila Design Village Outlet Mall ni grand opening time aku tengah berpantang tau. Ahh tapi rileks macam la kalau ni aku jenis serbu time-time orang ramai tu. Idok ler teman.

Well at least menjadi salah satu choice untuk kami anak beranak melepak weekend nanti selain dari Gurney Plaza.


I love the surrounding here! So green...i'm in love💕💕💕


Masa kami hari Sabtu lepas, takla berapa ramai orang dah. Tapi ok la, kedai-kedai yang ada pun best-best jugak. I'm hoping there will be Coach Outlet in future...crossing finger...wink2. Dah 4 tahun tak shopping handbag Coach lah. I'm a cheapskate like that.

Selain dari kedai, ada jugak train yang sudah pasti akan meruntun jiwa anak2 hampa. Nasib baik la the fare is ok. Kalau buatnya sekepala RM10 ke atas memang takdak maknanya la. Naik la dengan apaknya sudah. Mama nan hado nak naik kalau fare mahal ke daung. Cheapskate talking here!


Nampak 70% off tu tak?


Tapi paling aku suka sebab ada Cotton On Kids. Yeayyy. Lepas ni baju raya depa 2 beradik borong kat sini ja. Kasut raya mama da nampak da kat Hush Puppies tu jek sebab murah! Tu pun kalau kasut yang duk pakai ni tak melingkup lagi. Heyy kena hingat 2017 tahun berjimat cermat yaww.


Ni haa train ride tu. Maafkan RCW terlebih yeast ni.

Haaa penuh muka aku kan. Kasik chance la. Naik tren ronda2 dalam tu tak sampai 10 minutes. RM5 per ride per person. Aishah je naik for FREE. Yerp menyesal duduk yang open air tu sebab bunyi bising gila dengan bunyi honk2 drebar ketapi ni duk tekan-tekan. So nasihat aku takyah le mengkome gatei2 nak duduk depan konon-konon nak open air la sangat. Ni semua laki aku punya pasal.

Cuma satu la yang aku tak berapa kenan tu sebab kedai makan tak banyak lagi. Ada Wendy, Coffee Bean , Starbucks and food court ( yang nampak asal boleh ja). Hopefully there will be a lot of choices for food places in future kan. 

Korang kalau mai bercuti ke Penang boleh la singah ke Design Village Outlet ni yang terletak di Batu Kawan ni ye. Mungkin dua tiga bulan ni makin meriah dengan banyak lagi outlet-outlet yang bakal dibuka. Finger cross for Coach Outlet yeahh.

Nak tanya, hampa da shopping untuk raya ka? Dengar kata tailor da stop taknak amik tempahan baju raya. Betul ke? Aku pakai baju raya tahun lepas yang baru pakai sekalu tu je..aci dak?

Fuhhh lamanya tak update blog. Been busy with my newborn. Sory my dear blog
 for neglecting you.

Kali ni nak sambung balik cerita pasal Perth. Kalau boleh nak cepat-cepatkan abih pasal entry Perth ni. Asyik tertangguh ja.

Ok back to the topic, bersambung dari entry lepas. Dari Greenpool Denmark kami meneruskan perjalanan ke Albany. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam.

Jarak lebih kurang 72km. Kalau kat Malaysia tak sampai sejam dah pecut kenn.


Petang yang damai di Albany. Pekan yang tenang.


Sampai ja Albany terus serang Coles. Macam tu la everyday kalau sampai last pit stop tu. Mesti nak cari bahan masak kat coles kan. Beli dekat Coles pun cepat-cepat ja sebab takut gelap and susah nak cari tempat yang kami sewa tu kan.


Ni gambar tangkap keesokkan paginya.

 Ni lah tempat kami bermalam. Waktu kami sampai tu lebih kurang pukul 6 petang and dah agak gelap la kan. Tengok-tengok office diorang dah tutup sekali ternampak notis sapa yang sampai lewat boleh ambil key dalam peti pos diorang. Walaweh. Tak pernah jumpa lagi resort kat Malaysia buat macam tu kan. Bila nampak sampul nama aku terus la amik key. Rupa-rupanya ada lagi 3 orang lain yang lambat check in macam aku jugak.


Jeng-jeng kunci da dapat pun.


Ni la tempat kami bermalam.


Masuk masuk ada hall yang selesa.




And paling best dapor dia yang sangat-sangat lengkap.


Siap ada washing machine. Sempat la mendobi baju kami malam tu. Sebabkan kami ON warmer malam tu, maka baju kami sempat la kering.


Bilik pun selesa gila. Lagi satu dekat hall ada satu katil single.



Toilet pun bersih and tip top ja.

Malam tu kami dinner bekal yang dimasak masa kat Augusta tu ja. Then dalam pukul 9 semua pakat lapaq balik maka pakat duk santap vinegar chips anak beranak. Tak cukup dengan tu meggi la jawabnya.

Overall, Pelicans Albany ni memang selesa la. Husband aku kata paling superb sepanjang kami kat WA sana.

So bagi korang yang nak ke Albany boleh consider Pelicans Albany as your accomodation sebab dari segi facility dia bagi aku memang sangat-sangat tip top. Lagi pulak dekat sangat-sangat dengan tarikan pelancong kat Albany ni, Middleton Beach yang agak terkenal dengan aktiviti surfing dia.

Area Middleton Beach ni agak tenang dan nyaman and residential area kat sini pun nampak sangat safe. Macam korang takda la rasa macam scary ka apa ka kalau nak jalan sorang-sorang tu kan.

Apapun, kalau korang ke Albany, wajib tau pusing-pusing Middleton Beach ni sebab lawa sangat kawasan sekitar ni.

Okla, nanti kita cerita pulak pasal Middleton Beach ya.



***Disclaimer siap-siap tau. Tujuan post ni untuk bagi few tips about breastfeeding. Tiada tujuan lain di sini.

Hai hampa. Ada first time breastfeeding mom kat sini? Kalau ya, tahniah and selamat berjuang dalam nak complete kan 2 years journey. 2 years breastfeeding journey bukan satu journey yang mudah.

Bercakap tentang pengalaman yang lepas, memang 2 years tu penuh dengan dugaan dan air mata juga la dalam nak menjayakan misi 2 tahun penyusuan susu ibu ni. Lain anak lain ragamnya. Si kakak pattern menyusu lain si adik lain. Memang tak sama.

Tapi entry kali ni nak cerita macam mana nak simpan susu perahan hampa and bagi jimat space kat dalam peti ais hampa.

First of all, kebiasaannya susu perahan awal-awal biasanya kita akan simpan di bahagian chiller. Sebab mana tau kita nak pakai bagi anak minum ka masa kita keluar and tinggal dia kat rumah. Tapi after a few days biasa dalam 4 ke 5 hari kalau tak guna lagi aku suka pindahkan dia ke dalam bahagian beku.


Hasil perahan selalunya time kemuncak dapat banyak time tengah-tengah malam la. 8oz pun boleh dapat.


Berbalik kepada cerita penyimpanan tadi, kiranya dari dalam botol susu, aku akan pindahkan ke dalam plastic storage. Biasa aku guna yang 12oz tu and isikan 6 oz. 6 oz ni untuk dua kali feeding ya. Untuk sekali feeding aku akan letak dalam 3oz satu botol so untuk 1 plastic storage ni akan dapat 2 botol susu 3oz kat dalam dia.



Bila da isi, jangan lupa baringkan dia and susun macam ni. So dia akan leper ja.


Then masa nak bekukan simpan la secara meleper kat dalam tempat beku korang tu. 

Lepas da beku tu, korang boleh la simpan secara menegak dalam tempat letak barang  or bakul yang untuk organize tu. Biasa kat Mr Diy ada banyak jual. So bila korang letak dalam bakul an menegak gitu akan jimat la space dalam peti ais korang.  Aku takleh nak tunjuk sebab aku tak beli lagi bakul untuk simpan tu.  Nanti aku da balik Penang aku update ya macam mana cara aku letak dalam deep freeser aku ya. Sekarang ni mat rumah mak aku, tak boleh la nak ni kan. 

So basically, macam tu la ya kalau nak simpan susu perahan korang supaya senang and jimat space korang. 

Seronok bila tengok hasil perahan macam ni kat dalam peti ais tau. Hope that this post will help you guys yang mana still new to this journey.

Akhir kata, heppy breastfeeding to u and me yang sedang dalam journey breastfeeding ni.



Hari ni dah start makan apa yang nak makan. Almaklumlah time pantang makan kenalah makan makanan berpantang kan. Tadi mula-mula ajak mama aku pi makan kat Secret Recipe ja last-last terlepas ke Aman Central.

Destinasi pilihan tak lain tak bukan Black Canyon la. Macam biasa pilihan tetap yang sama kalau ke Black Canyon tu. Tapi rasa dia tak se best yang kat Gurney Plaza.


Tak kick sebab depa tak buh thai basils macam selalunya.


Ni order kat si kakak. Makannya sikit ja last-last tapau bawak balik mama yang makan sambung kat rumah.


Mushroom ni pun terpaling favourite kalau pi Black Canyon ni. Licin weiii.


Ni maktok punya. Kueytiaw ladna seafood. Sedap not bad.

Total damage semua RM87.

Oklah, sekali sekala belanja mama makan kan. 




SPECIAL UNTUK KORANG.

Rosetyara beauty tengah buat promotion untuk trial set dia.


Untuk trial set ni akan dapat 4 barang dari 5 barang kat atas. Foundation ada 3 color. Korang boleh pilih 2 color ya. Yang lain tu CC cream dan radiance powder. 


Harga sebenar keempat-empat barang ni RM103 tak termasuk postage ya. Sekarang ni...

CUMA RM93 SAHAJA!!!!

Untuk trial 5g ni ya. Boleh tahan 3 ke 4 bulan.

Korang yang berminat boleh cepat-cepat wassap aku ye

0133363775



Rugi tak grab korang.

Nisa Kay pun suka uolls dengan Rosetyara ni.

Muah ciked.

Meh-meh cepat beli.

Calit calit jelita.



Cerita habis pantang

in , by Alia Farhan, 8:09 AM
Yeay yeay. Cerita nya hari ni hari last aku berpantang. Ahhh seronok gila tak tau nak habaq macam mana tau.

Satu sebab dah tak sabaq nam balik ke Penang. Dua sebab tak sabaq nak tengok suprise make over rumah yang husband buat. Dia kata hadiah beranak anak no 2. Anak no 1 dulu dapat hadiah note 2 kali ni dapat suprise suprise pakej eric leong dia kata.

Tapi at the same time rasa sedih pun ada jugak la. Sebab Adriana da start merap and rapit dengan maktok dia. Tiap-tiap hari ikut maktok dia keluar pi Cmart la Tesco la apa la. Da jadi geng da depa dua. Adriana ni jenis cepat touching sikit. Nanti mula la sedih kalau berpisah dengan maktok dia pulak kan.

Ni kadang-kadang pun buat drama air mata kalau rindu kat papa dia. Bayangkan suami aku kena balik time dia lena sebab takut nanti dia takmau lepas. Bangun-bangun tengok papa takdak merambu ayaq mata dia. Mama pun kadang-kadang rasa sedih.

Maktok pun dah cakap kat makngah haih nanti sunyi la rumah ni depa balik Penang. Ok, lagi aku touching tahap dewa. Ntah la aku ni memang cepat touching pun. Sebab tu kot Adriana pun menurun perangai touching2 ni dari aku.

Nasib la nanti nak balik Penang hari Sabtu maktok nak hantar balik sebab kebetulan nak amik Si Angah kat Aiport Penang kan. So takda la terus terasa macam gitu ja.

Teringat masa habis berpantang ke Adriana dulu. Masa on the way balik ke Penang, sepanjang perjalanan aku diam ja kalih belah lain duk merambu ayaq mata sorang-sorang sebab sedih kena balik Penang and tinggalkan mama aku. Macam rasa berdosa pun ada sebab rasa macam aku pisahkan mama aku dari cucu dia yang dia jaga dari Day 1 lagi.

Susah nak explain perasaan time tu macam mana. Sebab ye lah, memang Adriana time tu apa-apa pun mama aku yang jaga cuma kalau time Amir balik, Amir yang handle sebab kebetulan time tu aku kena Carpal Tunnel Syndrome sampai nak pegang Adriana yang 3kg je tu pun rasa sakit nak mati. Kalau angkat pun sambil tahan sakit la cerita dia. Sebab tu gamaknya Adriana tu memang manja dengan maktok dia.

Haihh. Tolonglah kali ni takdak lagi drama ayaq mata lagi. Kadang-kadang kita lupa pegorbanan mak ayah kita dalam menjaga kita. Macam aku ni, sampai ke tua dalam pantang pun mama aku yang jaga.

Terima kasih mama sebab jaga acik. Acik sayang mama. Sory mama banyak menyusahkan mama and sorry jugak kalau acik ada sakitkan hati mama.

Korang macam mana? Ada ka yang berperasaan macam aku time lepas pantang ni?
Sup ni kiranya salah satu makanan favourite la untuk aku. Kiranya orang kata comfort food. Bila makan rasa tenang ja. Orang lain maybe suka makan kek as comfort food tapi aku memang suka yang sup-sup macam ni. 

Nak buat pun senang ja. Kali ni dapat inspiration bila tengok Asian Food Chanel (AFC) .  Nampak sup Vietnam atau nama dia Pho macam sedap ja. Kebetulan memang aku suka sangat daun-daun yang depa buh dalam tu. Apa lagi kan. Moh la kita try buat versi kita sendiri.



Ni la dia kueytiaw sup ala Pho Vietnam.

Jom kita tengok bahan-bahan dia.

Bahan-bahan:

Serbuk pati ayam
Bawang putih yang dikisar
Garam
Lada sulah
Cili dalam minyak ( yang ni beli kat Siam)
Ayam
Kueytiaw
Daun selasih
Daun ketumbar jawa

Cara-cara:

1. Masukkan semangkuk air, then masukkan bawang putih yang dikisar, lada sulah dan isi ayam.
2. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk pati ayam.
3. Last sekali masukkan kueytiaw and biarkan meggelegak dan tutup api.
4. Bila nak makan masukkan cili, daun selasih dan daun ketumbar jawa.
5. Sedia untuk dibaham.



Ni la dia rupa daun ketumbar jawa dan daun selasih. Bubuh dua daun ni memang kick betul rasa dia.

Oh dua jenis daun ni memang senang hidup. Memang ada dua-dua pokok ni dekat rumah. Buat ulam pun sedap yang daun selasih tu. Daun ketumbar jawa tu letak dalam tomyam pulak memang kick sangat-sangat la. Bau dia pun macam daun ketumbar biasa tu.

So korang kalau nak buat Pho ni kena la ada dua jenis daun ni tau. Kalau dak jadi sup biasa ja lah.



© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS