Hari ni dah start makan apa yang nak makan. Almaklumlah time pantang makan kenalah makan makanan berpantang kan. Tadi mula-mula ajak mama aku pi makan kat Secret Recipe ja last-last terlepas ke Aman Central.

Destinasi pilihan tak lain tak bukan Black Canyon la. Macam biasa pilihan tetap yang sama kalau ke Black Canyon tu. Tapi rasa dia tak se best yang kat Gurney Plaza.


Tak kick sebab depa tak buh thai basils macam selalunya.


Ni order kat si kakak. Makannya sikit ja last-last tapau bawak balik mama yang makan sambung kat rumah.


Mushroom ni pun terpaling favourite kalau pi Black Canyon ni. Licin weiii.


Ni maktok punya. Kueytiaw ladna seafood. Sedap not bad.

Total damage semua RM87.

Oklah, sekali sekala belanja mama makan kan. 




SPECIAL UNTUK KORANG.

Rosetyara beauty tengah buat promotion untuk trial set dia.


Untuk trial set ni akan dapat 4 barang dari 5 barang kat atas. Foundation ada 3 color. Korang boleh pilih 2 color ya. Yang lain tu CC cream dan radiance powder. 


Harga sebenar keempat-empat barang ni RM103 tak termasuk postage ya. Sekarang ni...

CUMA RM93 SAHAJA!!!!

Untuk trial 5g ni ya. Boleh tahan 3 ke 4 bulan.

Korang yang berminat boleh cepat-cepat wassap aku ye

0133363775



Rugi tak grab korang.

Nisa Kay pun suka uolls dengan Rosetyara ni.

Muah ciked.

Meh-meh cepat beli.

Calit calit jelita.



Cerita habis pantang

in , by Alia Farhan, 8:09 AM
Yeay yeay. Cerita nya hari ni hari last aku berpantang. Ahhh seronok gila tak tau nak habaq macam mana tau.

Satu sebab dah tak sabaq nam balik ke Penang. Dua sebab tak sabaq nak tengok suprise make over rumah yang husband buat. Dia kata hadiah beranak anak no 2. Anak no 1 dulu dapat hadiah note 2 kali ni dapat suprise suprise pakej eric leong dia kata.

Tapi at the same time rasa sedih pun ada jugak la. Sebab Adriana da start merap and rapit dengan maktok dia. Tiap-tiap hari ikut maktok dia keluar pi Cmart la Tesco la apa la. Da jadi geng da depa dua. Adriana ni jenis cepat touching sikit. Nanti mula la sedih kalau berpisah dengan maktok dia pulak kan.

Ni kadang-kadang pun buat drama air mata kalau rindu kat papa dia. Bayangkan suami aku kena balik time dia lena sebab takut nanti dia takmau lepas. Bangun-bangun tengok papa takdak merambu ayaq mata dia. Mama pun kadang-kadang rasa sedih.

Maktok pun dah cakap kat makngah haih nanti sunyi la rumah ni depa balik Penang. Ok, lagi aku touching tahap dewa. Ntah la aku ni memang cepat touching pun. Sebab tu kot Adriana pun menurun perangai touching2 ni dari aku.

Nasib la nanti nak balik Penang hari Sabtu maktok nak hantar balik sebab kebetulan nak amik Si Angah kat Aiport Penang kan. So takda la terus terasa macam gitu ja.

Teringat masa habis berpantang ke Adriana dulu. Masa on the way balik ke Penang, sepanjang perjalanan aku diam ja kalih belah lain duk merambu ayaq mata sorang-sorang sebab sedih kena balik Penang and tinggalkan mama aku. Macam rasa berdosa pun ada sebab rasa macam aku pisahkan mama aku dari cucu dia yang dia jaga dari Day 1 lagi.

Susah nak explain perasaan time tu macam mana. Sebab ye lah, memang Adriana time tu apa-apa pun mama aku yang jaga cuma kalau time Amir balik, Amir yang handle sebab kebetulan time tu aku kena Carpal Tunnel Syndrome sampai nak pegang Adriana yang 3kg je tu pun rasa sakit nak mati. Kalau angkat pun sambil tahan sakit la cerita dia. Sebab tu gamaknya Adriana tu memang manja dengan maktok dia.

Haihh. Tolonglah kali ni takdak lagi drama ayaq mata lagi. Kadang-kadang kita lupa pegorbanan mak ayah kita dalam menjaga kita. Macam aku ni, sampai ke tua dalam pantang pun mama aku yang jaga.

Terima kasih mama sebab jaga acik. Acik sayang mama. Sory mama banyak menyusahkan mama and sorry jugak kalau acik ada sakitkan hati mama.

Korang macam mana? Ada ka yang berperasaan macam aku time lepas pantang ni?
Sup ni kiranya salah satu makanan favourite la untuk aku. Kiranya orang kata comfort food. Bila makan rasa tenang ja. Orang lain maybe suka makan kek as comfort food tapi aku memang suka yang sup-sup macam ni. 

Nak buat pun senang ja. Kali ni dapat inspiration bila tengok Asian Food Chanel (AFC) .  Nampak sup Vietnam atau nama dia Pho macam sedap ja. Kebetulan memang aku suka sangat daun-daun yang depa buh dalam tu. Apa lagi kan. Moh la kita try buat versi kita sendiri.



Ni la dia kueytiaw sup ala Pho Vietnam.

Jom kita tengok bahan-bahan dia.

Bahan-bahan:

Serbuk pati ayam
Bawang putih yang dikisar
Garam
Lada sulah
Cili dalam minyak ( yang ni beli kat Siam)
Ayam
Kueytiaw
Daun selasih
Daun ketumbar jawa

Cara-cara:

1. Masukkan semangkuk air, then masukkan bawang putih yang dikisar, lada sulah dan isi ayam.
2. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk pati ayam.
3. Last sekali masukkan kueytiaw and biarkan meggelegak dan tutup api.
4. Bila nak makan masukkan cili, daun selasih dan daun ketumbar jawa.
5. Sedia untuk dibaham.



Ni la dia rupa daun ketumbar jawa dan daun selasih. Bubuh dua daun ni memang kick betul rasa dia.

Oh dua jenis daun ni memang senang hidup. Memang ada dua-dua pokok ni dekat rumah. Buat ulam pun sedap yang daun selasih tu. Daun ketumbar jawa tu letak dalam tomyam pulak memang kick sangat-sangat la. Bau dia pun macam daun ketumbar biasa tu.

So korang kalau nak buat Pho ni kena la ada dua jenis daun ni tau. Kalau dak jadi sup biasa ja lah.



Jom kita tengok pelakon-pelakon korea before and after plastic surgery


Hyun bin oppaaa...macam before lagi hensem ja. Eh macam memang da hensem before tu jaaa...fav mak ni



Amboiii terus jadi fav mak tauuu..macam anime terus!


Dulu muka lagi maskulin kot!


Heroin Scarlet Heart wei. Wakakakakak.


Hat before tu pun da ok dah.


Ok! Ni muka kampung gilaaa...wakakaka

Patut la orang kata Korean ni fake fake belaka! Hyun bin uppa...jun ki uppaaa...aiyoyo






Hasil pump bila Miss B bengkak kadang-kadang bila Aishah tdoq and Miss B mula bengkak.

Memang anak sentiasa ada dengan aku tapi disebabkan bengkak and nak practise juga ajar dia feeding guna bottles so kena juga ada stock ebm kalau tak nanti jenuh la mama dia nak tinggal pun tak boleh.

Aishah pun sama dengan kakak dia Adriana pakai bottles and teats  NUK  yang latex yang botol biasa tu. Alhamdulillah so far so good. Takla pening mama dia nak beli macam-macam jenis botol n teats kan. 

Aishah hangover. Milk drunk punya pasal.

Paling best pagi tadi pukul 5.30 pagi bangun susukan Aishah sambil sebelah tadah Haakaa Pump. And then continue lagi pump tengok-tengok dapat hasil 8oz.
Mak aih best nyaaaa. Rezeki Aishah.

 Pikir punya pikir makan apa la malam semalam, sekali baru teringat makan coklat cadbury hazelnut. Husband belikan sebelum balik Penang hari tu. Dia kata makan ni, bagi susu u banyak 😊😊😊
Tenkiu la en husband yang selalu support bini dia ni.

Korang suka makan apa untuk bagi susu banyak?

2017

in , , by Alia Farhan, 5:26 AM
Heppy New Year 2017

Semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.

Azam tahun baru aku:

* jadi anak, mak dan bini yang solehah..eceh giteeewww.
* semoga bisnes sabun homemade ku semakin berkembang maju
* savings yang banyak
* xmau shopping sgt2 dah
* berjimat cermat
* kuruih
*makan sikit..tapi bila Aishah menetek terus aku makan banyiak..so how?
*kulit flawless macam org korea gitewww.

Semoga korang-korang yang membaca blog ni dikurniakan rezeki yang melimpah ruah di tahun baru ni dan diberikan kesihatan yang baik. Amin
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS