Disebabkan tengah berpantang maka marilah kita share menu berpantang. Yang paling penting mudah dan sedap. Takda la mengadap menu yang boring dan membosankan.
Tengok gambar menu berpantang semalam terus rasa gulp..telan ayaq lioq oi.
Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara nak buat dia.
Bahan-bahan:
3 ketul isi ikan jenahak
1 keping asam keping
Halia ( ikut suka hampa nak banyak mana)
Lengkuas ( ikut suka hampa nak banyak mana)
1 biji Bawang besar (potong besar)
4 ulas bawang putih
Carrot
2 helai daun limau purut
Daun ketumbar
Garam
Gula
Cara-cara:
1) Masukkan air 1 cawan dan masukkan asam keping, halia dan lengkuas.
2. Masukkan carrot dan ikan.
3. Then masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut.
4. Masukkan garam dan gula (pandai-pandai la balance kan rasanya)
5. Tutup api dan masukkan daun ketumbar.
Dah siap. Makan dengan nasik panas-panas fuhh terangkat beb. Sapa kata orang berpantang kena makan ikan kering saja? NO NO NO not good. Nanti dapat darah tinggi and darah nifas korang pun jadi berbau tau. Not good not good.
Nanti len kali kita share lagi ya resipi and menu orang berpantang.
Kali ni nak sembang mak-mak santai-santai ja. Macam aku ni adalah golongan mak-mak yang konservatif, kalau anak kencing ka anak berak ka wajibul ghunnah kena pi basuh direct kat pili. Sebab ada aku tengok jenis celet-celet dengan baby wipes sudehhh.
Sebab tu aku ni jatuh kategori yang jenis susah gila nak beli baby wipes! Ni pun beli sebab nurse kat NICU mintak masa Aishah kena admit kat situ.
Laki mak beli cap Pureen ni. To be frank memang untuk pregnancy Adriana n Aishah ni memang aku tak beli pun baby2 wipes ni.
Satu sebab bila kau ni budak kejuruteraan kimia ni otak kau kadang-kadang jadi paranoid sikit when it comes to the main ingredients! Yes ingredients tu memang aku kelebet dulu kalau nak beli apa-apa.
Tapi bila tengok Pureen Baby Wipes ni FREE from Parabens, Alcohol. Terus muka jadi senyum tau. Siap ada aloevera extract lagi. Ok thumbs up! Ni yang mak cari ok. Bagus-bagus Pureen!
Lepas ni boleh la beli habuan spare kat dalam bag baby untuk lap-lap apa yang patut, meja ka, tangan ka, apa-apa la. Janji kalau berak memang teruk basuh kat pancoq ya. Tak main celet-celet ok!
Pameran MAHA 2016- Rasanya lama gila da aku tak pi MAHA. Last pi rasanya masa still belajar kat MICET.
Yalah time tu kat major aku dalam Bioprocess so memang ada la kena mengena dengan Biotech jugak. MAHA ni memang femes la di kalangan budak-budak Biotech. Suka tengok nanti ada pameran kultur tisu la, new food technology la, pendek kata memang best la.
And dengar kata MAHA 2016 kali ni pun tak kurang hebat sambutan dia kan. Bila tengok orang update pi MAHA, alahai bestnya. Katanya MAHA kali ni mencatatkan jumlah pengunjung seramai 3.7juta orang. WOWWWW banyak tuuuu.
Seperti yang kita tau MAHA ni adalah singkatan kepada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia so pameran-pameran yang ada ni more to pertanian, agrikultur dan agro. Ada juga member UniKL MICET aku yang terlibat and join pameran MAHA ni sebab dia memang bukak company untuk culture tissue untuk pokok pisang. Kiranya company kawan aku ni tak silap ada join venture dengan Biotech and dapat geran dari government. So nampak la member aku tu join pameran MAHA kali ni kat fb. Dulu sama-sama pi MAHA, sekarang dia yang join dulu event tu.
Kalau da sebut pasal pameran pertanian taksah la kan kalau takda buah-buahan tempatan. Perghhh pantang-pantang ni terliur wei tengok buang mangga tu😅😅😅
Macam-macam betul aktiviti dan pameran kat MAHA 2016 ni. Alahai bestnya. Kalau lah Serdang tu tak jauh dari Penang kan. Mau tiap-tiap tahun aku serang tu.
Selain seronok membeli-belah time MAHA ni, aku paling seronok bila tengok certain company yang present latest technology yang diorang gunakan or apply untuk product diorang. Ye lah, aku kan budak chemical engineering so sedikit sebanyak menda-menda yang macam food technology, biotech ni semua aku belajar la jugak. So bila tengok application dia tu rasa teruja tu kompem la ada kan.
Berduyun-duyun orang p MAHA 2016.
MAHA 2016 pun da habis, 2016 pun da nak melabuhkan tirai. Harap-harap tahun depan punya MAHA boleh la pi bawak anak-beranak kami join. Boleh la mengenang memori daun pisang mama n papa duk "berperang" dulu-dulu masa p i MAHA.😁😁😁
Baru ja bersedih dengan Gary blah dari Running Man, kali ni dengar cerita Ji Hyo dengan Jong Kook pulak disingkirkan (tapi konon-konon katanya depa dua ni tarik diri). Ahhhhhh ke-tahi-an apakah ini?
Konon-konon nak masuk kan orang baru dalam season baru. Eeee tahi betul
Sorang takda da rasa kurang seri Running Man. Bayangkan si Bunga dan Si Harimau pulak yang takda. Memang tak best la!
Agaknya betul la pepatah "everything good must come to an end". Last Running Man ke udara February 2017. Tenkiu RM for giving me a jolly good time sepanjang ke udara. I'm having a good time every time I'm watching it. Thanks for the memories.
Sambungan dari entry Perth yang lepas, dari Pemberton kami meneruskan perjalanan ke Walpole untuk tengok giant trees. Tapi disebabkan time tu hujan, so kami meneruskan perjalanan ke Greens Pool yang terletak di Denmark.
Nak ke Greens Pool ni agak confusing jugak sebab time tu GPS macam tak detect pulak. Alahai. Nasib baik perasan signboard ada kona ke kanan. Gamble ja kona masuk ke kanan and akan lalu dekat lake. Lake tu agak besar la jugak.
Sepanjang ke situ akan nampak wildlife signage. And kami ja the only car yang lalu ke situ. Agak scary tapi it's ok, redah ja lah. Memang normal pun jalan jauh-jauh kat highway Aussie ni korang ja yang redah highway tu sorang-sorang. Tapi ok ja. Cuma jangan drive malam-malam dah le.
Yeayyyy dah sampai. Ini lah dia Greens Pool.
Sampai-sampai tu keluar kereta terus menggeletar sebab angin kuat gila. Huwaaa sejuk gedi wei. Terus bawak hot pack letak dalam poket and tangan pun sentiasa dalam poket ja lah.
Jalan turun nak ke Greens Pool.
Dua beranak ni memang asyik berkepit ja.
Tangan sentiasa dalam poket sebab ada hot pack!
Adriana time ni da biru da bibir dia.
Wajib wefie anak beranak.
Actually Greens Pool kalau time summer kira port orang berpicnic la. Tapi time winter ni ada la ranger dia ja lah yang round kawasan ni.
Kalau korang dari Pemberton nak straight ke Greens Pool, Denmark ambil masa lebih kurang 2 jam jugak.
Kalau korang pi time summer boleh la berkelah di tepian pantai macam ni.
Apapun, aku rasa berbaloi la sesiapa yang nak pi ke Albany singgah ke sini. Sebab satu tempat ni memang cantik. Satu lagi free ja, and takdak entrance fee macam sesetengah tempat. So kiranya, memang berbaloi sangat la kan.
Kami lepak kat Greens Pool ni pun tak lama sebab terlampau sejuk time tu. Angin pun boleh tahan kuat. Kesian sama kat Si Adriana time tu. Tu yang tak stay lama and lagipun kami nak kena gerak and sampai Albany before 5pm.
Nanti kami cerita pulak pasal tempat kami stay kt Albany ya.