Masalah orang yang suka memasak tapi malas macam aku ni adalah preparation bahan-bahan mentah untuk memasak. Ehhh ada ka orang malas suka memasak?Ada!!! Aku la tu!

Hahaha. Masalah paling utama, sediakan bahan-bahan masak seperti bawang cili halia semua bagai. Lagi-lagi kalau nak kena blend ka tumbuk ka. Lagi-lagi kalau nak masak masakan kegemaran cili berlado! Nak masak sedap tapi malas gila nak tumbuk2 bagai. Dah nak tumbuk pun kadang-kadang pemalas, nak blend dengan blender pun kadang-kadang punya baloq. Sebab nya nanti nak kena pasang blender lagi, cuci blender, unplug blender bla bla bla.

Tapi baru-baru ni bila dapat Box of Joy dari Lazada, terus melompat woweeeee. Akhirnya orang pemalas macam i ni dapat la alat yang memudahkan kerja-kerja di dapor.


Tefal Manual Chopper
RM85.90

Sapo la nak bagi buto-buto ja kek ekau kan. Dapat ni bersyukur la Malaysia masih aman gitew. Ehhh?

Tapi apa pun Tefal Manual Chopper ni memang la tersangat-sangat best oi. Nak guna takyah susah-susah nak plug in, cuci n cabut plug n simpan bagai. Main tarik-tarik ja zasssss siapppp.


Sumbat ja dalam ni haa.


Nak ni main tarik-tarik ja. Tak ke senang gutu?


Nah tengok hasilnya. Ni kalau guna buat sambal belacan pun kira aci sangat la ni kan.

Jom tengok hasil-hasil masakan guna Tefal Manual Chopper yang memudahkan kerja i yang pemalas ni.


Sotong stim limau.


Daging jeruk berlado dengan sawi putih.


Nasi goreng cili padi.


Nah, memang memudahkan kan???
Aku pasti korang-korang yang setara tahap kemalasan dengan aku pun mesti suka gila dengan Tefal Manual Chopper ni.

Korang-korang yang nak dapatkan Tefal Manual Chopper ni boleh dapatkan di LAZADA ya

Oh ya, jangan lupa SALES kat LAZADA still ON tau.







Cakap pasal teknologi, kita mesti tau kemudahan internet. Segala-segalanya mudah dan berinformatif, semuanya di hujung jari sahaja. Cukup dengan click-click, nah terbentang segala maklumat yang dikehendaki. 

Sejak dari zaman belajar di Uni lagi, internet merupakan medium yang paling mudah untuk aku mengakses segala informasi mengenai something. Hidup di zamab serba canggih ni, lecturers pun hantar and upload assignment dekat system ja, and dari system tu biasanya kita kena akses internet untuk tengok dan "download" apa assignment yang ditugaskan.

Bukan cuma assignment, dulu-dulu masa kt Uni as engineering student kadang-kadang bila "rajin" sangat tu, mula la malas nak buka buku engineering tebal-tebal kan. So banyak la tutorial-tutorial contoh calculation yang ada di internet. Serius memang suka sangat akses internet untuk buat kerja masa kat zaman Uni dulu.


Kalau korang nak tau, pada tahun 2014, terdapat lebih kurang 1 billion website dan blog. Korang mesti terkejut bukan? 1 billion bersamaan dengan 1000 juta, sejuta ada sebanyak seribu kali. Kalau website dah banyak sangat, mesti susah nak cari website yang berguna untuk kita bukan.


Kat sini meh aku nak share beberapa website atau blog dalam Malaysia yang sangat berguna tetapi ramai orang tidak tahu. 6 website yang anda wajib lawati tetapi ramai yang tidak tahu akan website2 ini. Website yang dinyatakan telah memberi manfaat kepada ramai orang.

Jom kita check website-website tu 


1. Jawatan kosong

Government.my menyediakan lebih 10,000 jawatan kosong sektor awam yang khusus di Malaysia. Laman web atau blog ini menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan baru. Di samping itu website ini menyediakan pelbagai info dan isu semasa yang berkaitan.




2. Jawatan kosong kerajaan 

Laman web  JawatanKosong.co ini pula lebih fokus kepada mereka yang mencari jawatan kosong dalam sektor kerajaan dimana jawatan ini gajinya lebih lumayan, terjamin dan sudah pastinya senang nak buat loan betul? Akan tetapi kerja kerajaan ni sudah pasti bukan senang nak apply, orang kata kena guna kabel tak tau la betul ke x sebab kita ni kerja blogger je.

3. Kerja Kosong 

Kerjakosong.co pula merupakan portal pekerjaan dimana portal ini menghubungkan majikan dengan pekerja. Dalam portal ini, majikan boleh submit dan publish tawaran kerja kosong terus kepada mereka yang berminat. Jika anda mencari pekerja, atau anda ingin mencari pekerjaan yang gaji tinggi, sila lawati portal ini dan bookmarknya sekarang.



4. Saps Ibu Bapa 


Eh, apa benda ni saps ibu bapa? Haaaa! Laman web ini sangat berguna pada waktu musim persekolahan terutamanya semasa musim persekolahan. Ia adalah laman web untuk ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Anda boleh semak keputusan peperiksaan semudah dengan isikan no kad pengenalan anak dan nama penuh. Saps adalah singkatan kepada sistem analisis peperiksaan sekolah dan dibangunkan oleh KPM.




5. APDM

Laman web apa APDM ni? Okay APDM ni pula ialah laman web untuk cikgu-cikgu mengisi data-data murid seperti kehadiran, mata pelajaran dan lain-lain. Sistem ini juga dibangunkan oleh KPM demi memajukan sistem pendidikan sekolah Malaysia. Apdm bermaksud aplikasi pangkalan data murid.



6. Hrmis2 

HRMIS ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia ataupun dalam bahasa inggerisnya Human Resources Management Information System. Aplikasi ini digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti mahupun mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.



Kalau tengok enam-enam website yang dinyatakan di atas, kebanyakkannya memudahkan kita sebagai pencari maklumat especially tiga web terawal tu. Ketiga-tiga web terawal tu sangat-sangat membantu mereka-mereka yang tengah menganggur dan sedang mencari kerja. Bukan terhad untuk para penganggur saja, para ibu bapa yang nak pantau prestasi anak-anak kat sekolah lepas ni pun da mudah sangat-sangat kan.

Diharapkan agar pengenalan kepada 6 website yang berguna tapi tak popular ini membantu pembaca sedikit sebanyak. Share dan sebarkan kepada rakan-rakan semoga ianya bermanfaat kepada semua. :)




Introducing....

by Alia Farhan, 10:31 PM

Our second bundle of joy.
A baby girl.

Both mom n baby in a good health.



Kali ni nak cerita skit makanan favourite masa duk kat Melaka sana. Ye lah walaupun duk Melaka kan, tapi tempat belajar aku UniKL MICET tu dekat-dekat sempadan dengan Nismilan haa. So aku ni memang berhantu and berahi skit ngan masakan Nismilan ni haa. Lagi berapi lagi berhantu gitu haaa.

First time rasa Masak Tempoyak Pucuk Kayu ni masa bulan puasa, masa tu pi ke PaRam kt Tampin tu. Ya ampun, sedapnya lahai. Meleleh bhai meleleh. Masak lemak tempoyak orang Kedah tak kick macam masak lemak tempoyak Nismilan ni. Sebab tu aku duk kat sana asyik bedai masak lemak cili padi yo.

Mengikut kata-kata kawan-kawan aku yang berasal dari Nismilan, masak tempoyak pucuk kayu ni sebenarnya guna macam-macam jenis daun kayu. Pucuk ubi , sekentut, daun kunyit, daun pegaga, daun cekur , dan macam-macam jenis daun lagi la. Aku pun tak terlist kan oi. Tapi untuk kali ni, aku cuma guna apa yang ada kat urban garden angah aku ja,pucuk ubi, daun kunyit, daun pegaga and daun cekur ja. Itu pun dah penat nak rincik daun tu halus-halus. Kalau orang Nismilan tengok mesti cakap eeeeiiii apohal kasa bonar daun ekau ni yo? hahaha. Ok la dari takdak kan😂😂😂


Nampak macam susah nak buat, tapi percaya lah tak susah pun. Cuma kalau kau pemalas dan tak suka renyah-renyah nak rincik halus-halus segala daun ni, memang kau akan cakap eeeiii susahnya. Macam mak aku dia tak koser nak rincik halus-halus so awal-awal lagi dia da passing suruh aku buek kijo yang renyah-renyah gini ( ya kat rumah tu, keja yang renyah-renyah semua depa passkan kat aku; contoh buat begedil yang renyah pun semua passkan kat aku..dengan alasan aku buat sedap lagi!)

Ok lah, jom la kita tengok bahan-bahan and cara-cara dia ya.

Bahan-bahan:
* pucuk ubi 
* daun kunyit
* daun pegaga
* daun cekur
* petai (wajib ada, xda tak kick oi)
* 2 ketul kunyit hidup
* 20 biji cabai melaka 
* 8 biji bawang merah
* 3 biji bawang merah
* santan sekotak
* asam gelugor 3 keping
* tempoyak 4 sudu besar
* garam 
*ajinomoto skit je
* gula

Cara-cara:

1. Rincik halus-halus segala daun mak nenek tu.
2. Blend kesemua kunyit hidup, cabai melaka , bawang merah dan bawang besar.
3. Panaskan bahan-bahan yang yang diblend tadi dan masukkan daun-daun pucuk kayu.
4. Masukkan air dan santan, kacau -kacau jangan sampai pecah minyak ya dan jangan lupa masukkan asam gelugor.
5. Then masukkan tempoyak 4 sudu besar dan kacau sampai pekat.
6. Perasakan dengan garam, gula dan aji (agak2 balance dengan rasa tempoyak n pedas cabai melaka tu)
7. Then last sekali masukkan petai. Kacau-kacau jap then tutup api. 

Aku suka aku punya masak tempoyak ni tak pekat and tak cair sangat sebab nanti yang ni kalau tak habis makan boleh simpan dalam peti sejuk ya. Bila nak makan keluarkan and panaskan. Bila selalu panaskan nanti lama-lama makin pekat and umphh tau. 


Dah menyesal pulak tengok gambar ni. Elok-elok warded tengok gambar ni telan ja lah ayaq lioq tu. Sob sob



Okla straight to the point nak share resipi sotong steam limau / lemon ya. Resipi ni sebenarnya senang sangat-sangat tau. Pejam mata pun boleh buat.


Sotong steam limau / lemon


Bahan-bahan:
* 5 ekor sotong dikelar-kelar
* bawang putih 7 ulas (crush-aku guna Tefal Manual chopper ja)
* cabai melaka 8 biji(crush-aku guna Tefal Manual chopper ja)
* air pati limau kasturi/ nipis( siam mari) -2 sudu besar
* namfla (2 sudu besar)
* ajinamoto ( sikit je)
* gula ( 2 sudu besar)
* daun ketumbar / corriander

Cara-caranya:
1. Panaskan 1 cawan air dan biarkan menggelegak dan masukkan air pati limau.
2. Masukkan namfla, pak aji dan gula. Lepas tu agak kuah da pekat masukkan pulak garlic and cabai melaka yang da crushed tadi.
3. Biarkan menggelegak and rasa apa yang kurang, kalau kurang masa sila letakkan lagi air pati limau tu..kalau kurang masin masukkan namfla klau manis x rsa masukkan gula. 
4. Bila kuah da pekat masukkan sotong and masak kejap. Actually dalam 2 3 minit pun sotong tu da masak.
5. Keluarkan sotong da masukkan dalam pinggan and kuah tadi masak lagi sampai pekat and tinggal skit ja (air sotong kan keluar bila da masukkan sotong tadi). So aku suka kuah steam limau aku pekat, so aku biarkan mnggelegak sampai kuah tu tinggal skit.
6. Kuah da tinggal skit maka tuang ja terus atas sotong. And letak la daun ketumbar / corriander as hiasan kat atas tu.
7. Da siap makan panas-panas memang marvellous. 

Kuah tu siap nak berhirup lagi. Aku la tu. Memang addicted betul dengan makanan2 siam ni. Mana nak lari kalau da ada darah-darah situ gak.

Apa pun selamat mencuba ya.

New puff pizza from Dominos

by Alia Farhan, 8:58 PM

Ahad lepas masa papa Adriana balik ke Jitra, tekak aku ngengada nak makan Dominos Pizza, ala pizza puff yang baru tu. As usual la kan mesti aku nak yang classified chicken tu. 

Aku kan suka yang ala-ala puff ni kalau p bakery ka apa ka. So i was kinda excited at first. 

Sekali bila rasa, ermmmmm. So so ja lah. I think I prefer the thin crust one lagi kot. Yang ni crust dia macam ada layer puff tu macam not nicely baked. So macam mana ek nak cakap? Maybe yang dekat branch sini buat mcm tak berapa sedap kot. Tapi tu la, rasa dia agak tak menepati citarasa tekak aku. So kesimpulan dia kalau Dominos ni memang aku prefer yang thin crust ja. As usual memang classified chicken ja lah pilihan hatiku!

Korang dah rasa ke the new Dominos Pizza ni?

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS