Cakap pasal kari ja, memang kami ni jenis masak kari mamak kat rumah. Sebabnya kari mamak biasa tak letak santan. So lebih healthier la katakan. Selalu ikan yang biasa guna untuk kami buat kari mamak ni ikan jenahak, gerut-gerut, nyiok-nyiok, siakap and temenung. Memang favourite sangat. Part kuah tu suka buat lebih, habuan esok panaskan makan cicah roti gardenia pulak. Perghhh heaven!



Ni habiskan stok ikan kat dalam bahagian frozen. Ya lah kan, nak balik beranak kat Jitra dah. So baik habiskan apa yang patut.

So kalau korang nak tau, sebenarnya senang ja nak buat kari mamak ni. Jom kita tengok bahan-bahan and cara buatnya.

Bahan-bahan:
 ikan jenahak 2 3 ketul ( ikut la korang nak pakai ikan apa pun)
3 sudu serbuk kari ikan (aku suka guna Babas sebab sedap)
1 sudu kecil serbuk cili 
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar halba campur
2 sudu besar minyak masak
2 biji bawang besar & 6 ulas bawang putih utk diblend
1 biji bawang merah& 3 ulas bawang putih (hiris nipis untuk tumis)
1/2 sudu asam jawa Adabi.
1 tangkai daun kari
Garam
Pak aji

Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan halba campur, daun kari dan bawang merah&putih yang da dihilis halus tadi.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang da diblend dengan serbuk kari , serbuk cili dan serbuk jintan manis. Jangan lupa kacau sampai naik bau dan masukkan air.
3. Then masukkan asam jawa tadi and kacau-kacau.
4. Agak-agak rempah dah masak dan pecah minyak baru la masukkan garam pak aji.
5. Bagi kuah kari korang menggelegak then masukkan isi ikan. 
6. Jangan masak lama sangat isi ikan tu ya. Takut nanti isi dia hancur pulak.
7. Kalau nak masukkan cabai besaq ka bendi ka boleh la masukkan sekali masa masukkan ikan tadi.
8. Da siap n boleh tutup api dah. Sedia untuk dihidangkan dah.

Rasa In Sha Allah sedap oi.

Tak caya? Kena cuba sendiri la ye
Alhamdulillah, Isnin lepas bawak anak check in ke Hotel Sentral Seaview Penang. Ya lah, tak jauh pun. Main kat Penang ja jugak. Mama mana larat nk drive p jauh-jauh dengan perut nak masuk 38weeks ni.

Kebetulan kawan baik aku Sha dari zaman MICET bercuti ngn family dia ke Penang and check2 rate kat Agoda kebetulan murah ja hotel tu, cuma RM129 ja. Maybe sebab Isnin kan. Tapi ok la, terus booking. Lagipun nanti, nak berpantang pun dia pun terperap kat rumah maktok gak ngan mama dia.

Dalam pukul 4 kami sampai berdua kat hotel. Selesai check in semua, mama rehat sat. Papa as usual la bz tengok kerja2 dia. Lepas papa siap tengok keja kt Feringghi baru papa turun ke Tanjung Bungah mai ke hotel kat kami.

Dulu masa bujang2 pernah check in sini ngn kawan aku Si Lina, tapi time tu under Naza lagi. Nama Hotel Naza. Tapi bila da management baru ni tengok condition ok la not bad dah. Dulu masa under NAZA macam teruk n buruk la jugak.



Tengah landing sedap ja mek tu. Masuk2 hotel amik mood terus tau.


Toilet macam biasa ja. Takda bath tub pun. what to expect, bilik murah ja kot. Tapi ok la kan.


Wajib selfie kat toilet.


Okla dari balcony boleh nampak laut kan. Tenang la jugak hati ni boleh nampak laut kan.


Seperti biasa la, mesti tuntut nak mandi pool kan.


Mama layan ja lah angin tepi pantai tu.


Cantik jugak view kat sini.


Kaki mama pun da bengkak. Tak lama dah baby nak kuaq.



Malam tu kami layan western food kat Mizi Bistro kat Tesco Tanjung Bungah ja sebab lunch tu aku dah recommend Sha N Wan makan dekat Nasi Kandaq Raffee Pulau Tikus kan. So malam ber western pulak. Esok lunch bawak p nasik kandaq balik. hahahha


Me n my bff Sha. muka bahagia dapat makan nasik kandaq kat Tajuddin Hussain. Tak sempat ok nak selfie2 sangat mai ada anak ni. Kat Tajuddin Hussain pun x sempat tangkap gambaq sebab masing2 da terkam terus ja.

Apa pun, tenkiu Sha N Wan for coming. Nanti len kali mai kita p check in lagi mana2 yang best. Sorry second day tak dapek nak join korang dah.

Apapun kalau korang nak cari hotel kat Penang ni yang agak murah, Hotel Sentral Seaview Penang ni ok lah. Not bad. Harga pun masih ok. Cuma kalau weekend tu rasa2 nya pool dia mesti crowded sebab pool dia agak kecik la. Tapi boleh ja pi mandi laut kat bawah tu ha.

Oklah, tu ja nak cerita pasal my short getaway before nk deliver baby ni. Saja la nak bagi Adriana heppy sama kan. Cari duit pun untuk anak2. Tak salah jugak nak heppy kan anak2 dengan duit hasil titik peluh kita kan....






Hai hampa.

Ada lagi ke yang tak pernah rasa daging jeruk ni? Hari tu aku ada beli daging jeruk kat kawan aku sorang ni. Sama-sama keja Ibi dulu. Tapi lani dia pun da tak kerja kilang jepun yang nak mereput tu. Hahahah.

Sekali rasa mak aih memang terus jatuh chenta beb. Nak buat serius pemalas gila. Orang pemalas ni ubat dia sediakan duit ja kan. Haa puas hati beli 2 bekas terus kat Si Nonie. Balik petang tu terus goreng buat daging jeruk berlado. Oo mak ko, sedap gils!

Tapi sat ja dah habis! Punya la menketedarah!

So tadi kan pi ke pasar malam. Jalan2 dalam tu sementara nak tunggu kedai bihun sup siap setting semua maka lalu la aku kat tempat jual ayam and daging. Haaaiii lawa pulak daging ni. Ada yang beli buat jeruk ni kang.

Tanya2 satu pinggan, seketul tak berapa besar tu RM10. Ok pejam mata je lah beli! Zaman Pak Bijan ni mana ada yang murah cik oi!

So tadi da bagi Adriana lena semua maka, aku pun start la buat projek daging jeruk aku ni.

Actually senang ja nak buat dia. Tapi renyah skit laaaaaa untuk orang pemalas macam aku ni. Meh aku bagitau step by step ya.

Cara-cara nya:

1. Keluarkan daging ( separa beku), hiris nipis-nipis. Yes time separa beku ni senang gila kot nak potong nipis2. Hiris nipis2 macam nak buat shabu2 tu.
2. Susun dalam bekas tipuware ya elok, tabur garam.


3. Then perahkan air limau kasturi atau limau nipis ( aku guna dua-dua).


4. Then susun lagi hirisan daging n repeat la step 1 sampai 3 ya sampai la habis hirisan daging korang tu. Then simpan dalam peti ais bhgian bawah tu. After 24 hrs da boleh goreng2 or masak apa2 dah. Huiii dapnyaaa

Tak susah pun kan. Cuma renyah ja nak slice nipis2. Pisau nak kena tajam betul baru la slice tu nipis elok.
Kalau korang pun macam aku gak, sedia duit je lah untuk beli. Kan senang macam tu. Hihihi


Tengok kejadian dia. Beli daging RM10 pun dapat banyak ni ja. Pasrah je lah. Takpa lah, nanti-nanti kalau korang rajin try la buat sendiri.

Ok lah, guten nacht.



Hai..
Lagi2 nak dekat due ni lagi la pemalas nak p ke bank..nak p sana..nak p ke sini.
Pastu boleh pulak lupa yang ATM maybank nak kena tukaq oi.

Nak p ke bank?
Heee. Jangan harap la. So apa lagi godek-godek la Maybank2u tu ja lah.
Last minute punya keja oi.

Macam biasa log in ke acc maybank2u korang la kan.

P terus ke Card Management tu ya.

Amik yang kat ATM card tu.

Ok lepas tu korang kena isi address apa semua. Macam biasa kena masukkan TAC num bagai semua. Yang msg ni kluar lepas aku da isi address n masukkan TAC No semua ya. In Sha Allah dalam masa 21 hari korang akn dapat kad baru korang dengan simbol Pay Wave gitewww.

Ok lah. nak p ke dapoq cari makan ni. Lapar la pulak


Bila cakap pasal berpantang ni, macam-macam la perdebatan dari PRO MODERN N PRO TRADISIONAL ni. Aku? Tengah-tengah ja. In between orang putih kata.

Sebab aku ni ada la jugak pengalaman pahit berpantang secara tradisional ni. Disebabkan terlalu obses dengan kunyit, black pepper, halia dan serai bla bla bla. Maka effect dia sedikit sebanyak pi kat Adriana time tu . Ye lah kenit tu kan bf. So bila aku asyik makan menda-menda yang terlampau panas ni, kejap2 kuning dia naik. Bila aku stop jap baru la kuning dia drop balik. Haih la mama Adriana ni mana nak tau kan. Tu pun bila doc n nurse suruh stop dulu amik menda-menda macam tu. Mama aku apa lagi, takut cucu tak sehat punya pasal terus masak yang less habis segala mak nenek aku sebutkan tadi.

Tu belum cerita lagi minum air akar kayu yang tanak dalam periuk apa ntah. Time tu tak reti lagi beli la set berpantang Orang Kampung. Ya Ampun, first sip aku dah tersembur and muntah. Mak aih...muntah hijau! Adudu. Tak best langsung. Sampai ke sudah aku x minum, tipu ja maktok Adriana cakap da minum padahal aku buang dalam sinki! huuu azab kebedah oi.

Pilihan aku kali ni, adalah gabungan modern dan tradisional!

Jom kali ni kita tengok apa yang aku nak guna time berpantang nanti.


Hari tu ternampak set Tanamera tu ada sabun untuk berpantang kan. So aku pun why not aku buat sendiri sabun berpantang aku. Yang penting bau best gila and bau macam dekat spa! Antara sabun best seller aku. Orang pakat suka sebab bau dia best gila and boleh jadi scrub and lembutkan kulit. Tu yang bentuk rose tu ya. Aku buat gabungan lemongrass, halia, daun limau purut , kunyit san susu. Memang walla sangat. Yang satu lagi ty yang bentuk square tu sabun kopi yang aku buat. Tu pun best seller sabun aku. Boleh cuci muka and badan and jadikan scrub sekali. Memang ramai la yang suka sebab bau dia pun best kan.

Harga:
Confinement/aromatheraphy soap: RM22
Coffee soap: RM18

Sesiapa yang nak try boleh laju2 whatsapp ke: 0133363775


Ni pulak untuk dalaman la kan. Hari tu jenuh gak cari kat kedai jamu yang jual loose. Tambah-tambah yang macam pilis, tangas and mandian herba ni selalunya semua juai set. Aku memang taknak beli set. 
Ni aku beli kat akak tu kt fb dalam frenlist aku, kebetulan dia jual loose. Ynag bestnya pilis anugerah tu dia macam minyak tau bila letak kat dahi rasa sedap ja. Takdan beranak lagi aku dah buh kat dahi. Tapi serius best wei.
Kalau korang nak beli barang loose anugerah ni korang boleh beli kt Kak Ruby ya.
No tel dia: 0139663019


Ni pulak WAJIB dalam set berpantang aku kali ni. Nampak macam banyak kan. Banyak pun banyak la. Janji cepat sehat masa dalam pantang nanti kan.
Korang kalau nak beli Shaklee boleh ja roger2 aku. Best price n advice guarantee ok!

Nak? 
Whatsapp je: 0133363775


Yang mustajab tu memang wajib kena ada la kan. Yang tengah tu boreh, aku dapat masa review so jimat boleh guna untuk scrub badan masa dalam pantang nanti. Bau pun best! Bau herba-herba gitu. Yang minyak telon tu untuk si baby gebu mama. Aku memang suka betul dengan bau minyak telon tu dari masa Adriana lagi. 


Untuk jamu pulak, aku prefer nak sediakan sendiri macam ni. Rasa macam yang ni aku boleh telan. Nak buat banyak-banyak and simpan dalam botol kaca kan. Bila nak minum panaskan suam-suam. Banyak cakap sedap jamu ni. Masam-masam manis gitu. Lagipun kunyit, halia, asam jawa tu kan semua bagus untuk dalaman kita.


Cuma lani yang aku tak beli lagi cuma barut ja. Hari tu da habis masa kat kedai jamu tu. Ingat nak beli yang Sendayu Tinggi tu sebab yang tu lebau. Sesuai la dengan aku yang lebauuu ni. Dulu masa Adriana tak pakai n beli pun barut sebab kena cser. Hopefully la kali ni boleh beranak normal kan. Amin

Korang doakan ya aku boleh beranak normal kali ni. Seriau pulak bila pikir makin dekat due date ni. This week da masuk 38weeks dah. Orang cakap baby pun dah masak ranum dah. 

Mama is seram. Baby bila nak kuor?



I have a lot perfumes that I bought during SALES especially during Xmas because normally for that season they give extra miniatures! well yeah, i like FREE STUFFS of course. alaa, normal what for Malaysian to like Free Stuff kan. Beli usb cable RM10 pun kadang2 ada yang tanya dapat freegift apa kan. But that obviously not me. Hahahahha.


Chanel mademoiselle| Elizabeth Arden Green Tea.

Both my are my favourite. My husband also like these two smells on me walaupun dia punya fav smell Tommy Girl. Kalau nak pi dating berdua ja dengan dia memang i will use the Tommy Girl one.


Victoria Secret Vanilla Lace Body Mist|
Body Shop Vanilla Bliss hand lotion.

Both not available in Malaysia outlet.  Both rich in vanilla smell. That VS Vanilla Lace tu beli dekat Ig shop while yang Body Shop tu Angah beli masa dia p UK dulu. 

How i wish they can bring this to Malaysia outlet!

So now you know why my blog name over Vanilla rite? obviously because i love everything in vanilla. Ice cream, perfumes, lotions, body butter, lip balm, soaps and etc.

So tell me, what's your favourite smell?

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS