Shopping bersama Ezbuy

in , by Alia Farhan, 7:27 PM
Hai hampa semua. Hari ni hari gaji kan, tu mesti duk usha-usha nak shopping online tu kan? kan???? Lagi tak mau mengaku lew tewww....Sebenarnyaaaaa kami nak habaq ni, ada satu portal online nama dia ezbuy . Apa yang special sangat dengan ezbuy ni? Special nya sebab ezbuy ni adalah kita shopping direct from CHINA!!! and ship kepada kita dengan kadar penghantaran yang sangat-sangat murah. Dah la barang-barang dari sana pun da cukup murah. Bayangkan what we can buy with RM100...wow kannn




Ni lah dia web shopping yang best tu, hampa jangan lupa click Ezbuy  na.




Bila nampak ja 70% OFF tu mulalah memanggil-manggil kan. Tudien hampa, harga da murah lagi jadi SUPER MURAH la!


Giler! tak syiok berbelanja lagi lagu ni...memang syiok habis la kot.


Sebenarnya macam-macam ada kat Ezbuy ni tau dak.


See, ada gadjet la, cosmetics la dan macam-macam lagi.



Nak bergaya ala-ala KPop pasni pun da tak jadi masalah dah, sebab banyak gila kot fesyen-fesyen KPop hampa boleh cari kat sini.


Fashionistaaaa gitewww.


Harus lah usha bahagian Plus Size kan. lawoo mak aih.



Tell me how not to rambang mata. Oh mai God.

Sebenarnya kalau nak cakap, banyak sangat barang-barang best yang ada kat Ezbuy ni. Dari baju wanita, baju lelaki, seluar, kasut, barang keperluan rumah, perabot, perhiasan sampai ke gadjet pun lengkap korang. Tinggal nak click click and beli saja. 

And bila cakap pasal shipment mesti ramai yang takut-takut tentang shipping charges dia kan. Don't worry, teruskan membaca nanti korang akan terkejut bila dapat tau shipping charges dia tersangat-sangat lah murah ( lebih murah lagi dari charges postage kat dalam Malaysia korang!)



Of course la bahagian ni wajib usha kan!

Kemudahan Prime Service untuk hampa di Ezbuy

Apa ehh Prime Service tu? Prime service ni special la untuk kita-kita yang teringin sangat-sangat nak beli perabot dekat Ezbuy.com ni tapi takut gilos kena charge mahai-mahai. Ya lah, furniture kot, mesti berkilo-kilo. Mesti la mahai. Mesti la scatry kalau kena mahai kan T___T
tapi hampa jangan risau dengan Prime Service ni charge penghantaran memang sangat-sangat berbaloi kot.






Haa kan senang nak guna Prime Service ni. 

Tak ke gila namanya shipping charges barang yang besar-besar gedabak tu cuma RM8.80. OMG betul kan? ehhh memang sakan la kan korang shopping nanti kan!

Dan bagi hampa yang taknak beli barang-barang yang berat macam furniture ka, hampa boleh ja guna yang new shipping rate macam kat bawah ni.


Murah je shipping rate for economy air ok...diulang AIR! 
RM4.50/500g je.
Alahai. 
Sukanyaaaa.





Low shipping Rate @RM4.50/500g No Agent Fee.

Perghhhh korang. Untuk barang-barang yang ringan macam baju-baju ke apa ka, shipping cost dari China nun cuma RM4.50/500g jer wei. Ok lepas ni memang nak pi usha sat apa yang patut.



AND BERITA BAIK UNTUK PEMBACA BLOG NI,

kami nak bagi hampa lagi 15% OFF shipping cost dengan CODE ni. Jangan lupa key in ezsh15



And kalau nak lagi-lagi MURAH boleh la DOWNLOAD APPS kat smart phone hampa tau and REGISTER.

Ok...nah lagi RM15 voucher untuk hampa. tak mau ker?


Oklah, korang usha-usha ya mana tau ada yang dah kenan ke kat Ezbuy.com ni. Kita dah duk aimed dah nak beli something ni. Tata hampa semua. 

Selamat bershopping semua.



Welcome November!

by Alia Farhan, 10:42 PM


Ramai yang NAIK MINYAK ke hari ni???

KEDAH menang & birthday Mak Ngah

by Alia Farhan, 11:03 PM

TAHNIAH pasukan KEDAH!!!!
I'm proud KEDAHAN!



Heppy birthday Mak Ngah Adriana!
Tengok tu sapa yang eksaited lebih semalam. Dia nyanyi lagu birthday kat dia. Dia yang nk potong kek makngah dia.
Macam-macam kenit ni tau.

Apapun, semoga bertambah murah rezeki Mak Ngah...bahagia dunia dan akhirat. Amin.


Hai hampa semua...

Ada yang mencari-cari lip matte yang bermutu tapi harga tak keringkan poket?

Hee, meh sini kami nak kenalkan Fame Lip Matte dari Fame Cosmetics. Dengan 7 warna yang memukau dan warna untuk LIMITED EDITION, pasti hampa semua jadi tak tentu arah nak pilih yang mana satu.

 Paling best, selain kaler dia cun2. Texture dia yang creamy pada awal2 tu tak mengeringkan bibir kita. After apply a few seconds, this lip cream will matte by itself. Macam self matte gitu haaa.


Which one ur fav?



Kami suka semua nyaaaa










Cuma RM29 per piece korang boleh beli macam2 warna pulak tu. tak ke best?????





For Limited Edition (Glam& Topaz)
 both mai satu set RM70 saja.

Berita baik untuk hampa. Buy 6 pcs, FREE POSTAGE ya.
Boleh pakat2 share ngan member and kumpul2 order. boleh pakat2 sep kat postage kan.



It's me wearing Candy code. Dan2 berasa sweet sangat hari tu. Ehhhh. korang taknak cun melecun jugak ke?

Cepat2 pi terjah kat Makeupglam_makeupjunkie ya.

Atau terus whatsapp 0133363775 kalau korang berminat dengan Fame Lip matte ni.


Hai hampa semua.
Kali ni nak cerita pasal klinik yang fames amos kat Penang ni especially mainland di kalangan ibu-ibu mengandung. Sebab apa aku kata femes, sebab klinik dia ni sentiasa penuh dengan ibu-ibu mengandung yang nak mai scan baby.

Dua minggu lepas tak silap, aku p wat scan 4D. Saja la nak tengok muka budak montel yang selalu duk siku mama dia la, wrestling la apa bagai dalam perut mama dia ni.
As expected kan, p hari Ahad memang ramai la kan. Masa nak register tu tanya siap-siap berapa ramai orang yang nak scan, dia cakap lagi 8 orang. Perghhh boleh tahan! Apa lagi, ajak si papa p makan dulu la. Lokasi makan paling dekat and selesa pun Tesco Extra Seberang Jaya la kan.

Dah puas makan semua, bagi Adriana main apa yang patut jap. Maka kami pun pi la ke klinik balik. Nasib masa kami mai balik tu cuma tinggai 2 orang ja lagi sebelum turn aku. Kira memang tunggu tak lama la. Duk sat ja sampai turn aku dah. 

Masa first-first scan tu tak berapa nampak rupa dia sebab dia kalih one side ja. Tapi boleh nampak la montel dia tu. Scan punya scan and tekan-tekan perut bagi dia jaga pun dia wat dek ja. Macam tu je lah. Doktor tak puas hati scan-scan lagi, last-last doctor sruh aku p makan ice cream dulu untuk bagi baby bangun. Nasib la ada 7E kat sebelah tu ja. Apa lagi, p la layan ice cream dulu and relax2 dulu punya nak bagi baby bangun.

Sekali sama ja. Memang nan hado dia nak bangun. Dia wat dek lagi ado la. Lagi pulak time tu hujan kan. Siap ada sekali tu dia amik tangan dia cover muka dia lagi. Eiiiii gerammm pulak la mama ngan si montel ni. Dapat captured sebelah gambar ja. Tu pun boleh tengok la pipi dia punya selambak! Fuhhhh montel sungguh si adik ni. Jangan besar sangat dik. Mama baru nak try normal tau.




Mukaaa,,,
dia kata..hey yuuuu...
dont mess with me!

Alhamdulillah masa scan tu doc cakap berat semua ok. Everything is ok. 



Ni kakak dia dulu, Dalam perut orang scan dia, dia boleh senyum. Adik pulak muka dunt mess with me! Apa pun tak boleh tau...



Geram nya...
geram nyaaa

oh ya ni sedikit details pasal scan ya:

Scan biasa : RM30
Scan 4D (gmbar+ CD) : Rm80
Scan 4D & details : RM100




So yang hari tu aku scan 4D biasa tu ja, total semua RM80 je. Okla tu kan, dulu masa scan Adriana kat Mahsuri pun kena RM150. Pernah survey kat Pearl Maternity Centre  kat Sungai Ara tu lagi mencekik darah sampai RM250 tak silap masa aku tanya untuk Adriana dulu. Mak ngah aku cakap kompem owner tu nak cepat kaya! kahkah. So bila dapat rate tak sampai RM100 kat Poliklinik Marina ni aku da kira cheap sangat la. No wonder la orang ramai. Servis pun bagus. Doctor pun bagus siap explain kat kita one by one, pasal air ketuban la, kepala baby kat mana la apa la semua. 

Overall, aku memang recommended sangat la kat sapa-sapa yang nak pi scan mai scan kat sini. Cuma kalau hampa tak mau ramai sangat tu hampa kol la dulu tanya ramai ka dak ka. Kalau ramai tu, hampa pandai-pandai la pi makan dulu ka apa ka kan.

Ok tu je lah nak share pasal scan 4D murah kat Penang ni.







Bila tengok keadaan ekonomi sekarang, kadang-kadang rasa takut pun ada. Banyak syarikat-syarikat dalam dan luar negara terpaksa gulung tikar dengan keadaan eknonomi yang semakin mencabar. Sudah tentu tempias dia sedikit sebanyak akan kena kepada kita penduduk Malaysia ni. 

Untuk pengetahuan kita, pada tahun 2015 sahaja, 30000 orang telah hilang pekerjaan sama ada dipecat atau syarikat gulung tikar. Keadaan ini menyebabkan pengangguran meningkat 3.9% setiap tahu. Banyak kan? Scary pulak rasa. Kalau nak tau, jumlah rakyat Malaysia sekitar 30juta orang, dan jumlah yang menganggur kira-kira 3.9%, dalam erti kata lain beranggaran 1.2juta orang. Ramai tu!!!


Banyak faktor-faktor penyebab meingkatnya kadar pengganguran di negara kita seperti faktor ekonomi, pelabur asing lari, kejatuhan harga minyak dan lain-lain faktor ekonomi. Selain itu faktor terlalu memilih pekerjaan juga menjadi punca utama makin ramai orang menganggur.

Disini, saya ingin memperkenalkan 1 laman web jawatan kosong  yang menyediakan lebih daripada 10,000 jenis kerja kosong yang anda boleh mohon. Oh ya, website ini sangat bagus dan telah membantu ramai orang mendapat pekerjaan yang mereka impikan. Mungkin ramai di luar sana masih menganggur kerana tidak menjumpai pekerjaan, atau tidak mendapat tawaran kerana tidak menjumpai sumber untuk mengisi jawatan kosong yang sesuai.


Government.My juga menyediakan jawatan kosong kerajaan  dan memberi anda peluang untuk mohon kerja kerajaan dengan lebih mudah dan effektif. Oh ya, kerja kerajaan adalah satu peluang kerja yang sangat menarik dan menjamin masa depan. Jika anda mencari security dalam pekerjaan, silalah apply dan memohon jawatan kosong kerajaan.

Antara kerja kosong yang popular dan senang untuk dimohon di laman web Government.my adalah jawatan kosong Maybank, jawatan kosong kastamjawatan kosong jpj dan jawatan kosong kemas . Antara kelebihan jika anda apply pekerjaan dengan website ini adalah penerimaan dan serapan masuk kerja lebih tinggi kemungkinannya.

Jom korang-korang semua yang tertekan dengan pengangguran sekarang, boleh cepat-cepat apply jawatan kosong dekat sini ya. Pendek kata, di kala ekonomi meruncing macam sekarang ni, diharap jangan ada yang terlalu memilih pekerjaan. Jom hapuskan pengangguran. Bantu share artikel ini supaya semua orang yang masih belum ada sebarang pekerjaan boleh mengisi kekosongan jawatan yang disediakan di laman web ini. Pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia  kenaikkan kadar penggaguran di negara kita.
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS