Selalu kalau kat northern side ni susah gila kan nak dapat fancy cookies, delivery club sandwich yang sedap-sedap kan. Selalu yang banyak tengok mesti kat belah-belah KL nu haa.

Sekali ada la ig ni nama @delishdelishyum follow kt ig. I wassss liokkeee wowww cute nyaaa fancy cookies dia....n d club sandwiches look super tempting too!

Oh no! Pleaseeee....jangan bagi i terpikir okey psal the taste of the club sandwich!

Sekali punya la check, lolz the owner is my old friend, Cik Lina kita. My SAINA girl. Laaa hang rupanya pemilik Ig super tempting tuuu...benci2 awat tak habaq awai2. Mak da mngidam macam apa lagi dah.

Last week, masa Adriana kena quarantine kat rumah, Si Lina cakap nak beli sabun tapi terpaksa la mintak dia mai ke rumah sebab aku xleh nak keluaq.  So apa lagi, rezeki mak buyung Cik Lina kita bawak club sandwich , Dao Ming Se Cookies , and layer cake!


Haihhh la. Termenung aku tengok gambar ni sekarang tau.


Layer cake ni pun sedap. Tak manis sangatm Adriana asyik ulang makan ni ja.


Ni la cookies tu. Sedap. Ada choc chips dalam tu.


Ni pulak fancy cookies. Susah nak jumpa lat belah utara ni orang buat tau.


Tengok la hampaaaa....cute kan. Kami gerammm sangat sebab tomey2 gila.

Hampa kalau tempah untuk doorgift of special event boleh la roger2 kawan kami Cik Lina ni tau. Kalau rasa malas gak nak masak macam kami lani, tahap al baloq liat al pemalas...boleh la order club sandwich yang sedap gilos niiiiiii.

Harga hampa refer sini na:


Sandwich (tuna, chicken slice & egg)
Sandwich ada rm3 - 3 keping
Sandwich rm6 - 6 keping
Sandwich rm8 - 8 keping
Boleh request nak campuq atau x mau sayuq

Choc Chip Cookies rm12 - 150 gram

Kek Lapis choc cheese - rm20 satu bar 8" x8"

Fancy Cookies harga ikut theme dengan corak
rm2-rm5 sekeping


Hampa2 jangan lupa follow naaa Instagram @delishdelishyum naa



Follow here



Hi, again. Finally an update about my Travelog to Perth and to be precise to Western Australia side, although I think we only manage to cover 1/3 of WA side. Hahaha. So can you imagine how long we should cover the whole Australia? Tak pernah dibuat dek orang kot cover the whole Australia with car kot. Kalau ye pun maybe it would take a month and half of it.

*** So please bear in your mind that this entry is panjanggggg gilaaa with lots of pics!

Ok back to our story, as usual. Kat sana bangun pagi aku prepare breakfast and bento for the next journey. Pagi tu pun breakfast nasi goreng bodo-bodo je and masak untuk bento pun asal boleh ja. Janji nasi kan. lapar kot long hours journey lagi-lagi pulak tengah winter tu.

Lepas ja da siap breakfast and cuci rumah/ tempat kami stay, maka kami pun siap la untuk Check out semua.

Nampak macam cerah and panas kan. Hakikatnya fuhh sejuk.

Pandangan luar tempat kami menginap malam sebelumnya. Hari sebelum tu tak snap pun gambar sebab sampai da gelap and hujan-hujan. Tak tahan oiii terus masuk rumah ON heater!

Sederet ni semua rumah untuk disewakan. Yang kami sewa ada 1 bilik, Ada yang 2 bilik jugak.

Bye- bye Augusta Escape. Bagi yang nak booking Augusta Escape, hampa boleh check kat Agoda or Booking.com 

Buh minyak dulu bagi penuh. Pagi yang tenang di pekan kecik Augusta.


along the road to Cape Leeuwin Lighthouse, sepanjang tu akan nampak South Ocean belah kiri, Indian Ocean belah kanan.


Yeayyy da sampai.



Kami sampai dalam pukul 9am+ so nampak a bit cloudy belah kiri, tapi belah kanan nampak ok je!


i just love the clouds over there! So beautiful. Subhanallah.




Dua beranak ni asyik berkepit ja lah.


Nasib ada yang lalu lalang, boleh mintak tolong snapkan. Oh btw, my tripod nak selfie patah masa kat sana hari tu.


To the entrance, sampai sini tak payah bayar lagi. Masuk ja dalam office dia and untuk jalan ke kawasan sekitar Cape Leeuwin Lighthouse ni kena bayar. Aud15 per adults. Adriana foc. Moh layan gambar-gambar dulu ye.



Dulu mengikut sejarah Cape Leeuwin Lighthouse ni, ada 3 cottage ni untuk pekerja lighthouse ni. But now, one of them da bertukar jadi office / show room and cafe untuk lighthouse ni. And the other 2 remain as office. 


Teropong apa tu sayang?



Look warm but it's so windy and cold!


 Berjalan menuju ke lighthouse.



Oh ya, sepanjang lawatan ni boleh pilih untuk ada guide atau guna audio ni. So kat setiap audio check point kita just tekan ja, nanti akan keluaq la explaination panjang berjela-jela. 





North, South , East , West


Dekat sini ada warning sign ular orok-orok ye. So be careful all the time ok.


Tak puas lagi teropong ke sayang?



Breathtaking scenery!


Adriana da gigil time ni. Takda mood nak tangkap gambaq bagai.


As usual , she refused to cooperate.


Can u see her nose turn into red already? hahah. Pity my princess.


Menghayati kebesaran ciptaan-Nya.


Some warning. Ada ka yang turun p ke situ?



Cantik sangat-sangat. No word can describe it. Subhanallah.


Yes. Ni la contoh audio check point. Tekan ja macam walkie talkie tu nanti hampa dengaq la uncle mana ntah duk explain.


Kasik chance la mak buyung nak bergambar kat point terpenting di dunia ni, where Indian Ocean meets Southern Ocean.


Kesian kat my lil princess, da mengigil sangat-sangat da time ni.



Overview Cape Leeuwin Lighthouse

Situated at the most south-westerly point of Australia, Cape Leeuwin Lighthouse is the tallest lighthouse on mainland Australia. Cape Leeuwin is also the point where the Indian Ocean meets the Southern Ocean. It's also one of the best land-based vantage points for spotting whales from May - September! 

Terletak di Selatan Barat Australia, Cape Leeuwin Lighthouse adalah rumah api tertinggi di Australia. Cape Leeuwin Lighthouse juga merupakan titik di mana dua lautan bertembung iaitu Lautan Hindi dan Lautan Selatan. Cape Leeuwin Lighthouse juga dikenali sebagai tempat untuk melihat ikan paus sepanjang Mei- September.


Opening Hours




8.45am to 5pm daily.Guided Tower Tours every half hour from 9am to 4.30pm.Precinct Tours - self-guided audio. Closed Christmas Day.


Masa Beroperasi

                       8.45 pgi sehingga 5 petang. Pemandu arah setiap setengah jam, bermula 9pagi hingga                           4.30petang. Tour "bebas"-menggunakan khidmat audio di setiap check point. 
                        Tutup pada Hari Krismas.


Lepas ja abis pusing-pusing kat sekitar kawasan lighthouse, maka it's the time to say good bye to Cape Leeuwin and Augusta. And we're heading to Albany but with a few pit stops along the journey.
Will tell later in the blog about Pemberton and Green Pool, Denmark!

Till then, bye2







Click Banner untuk join ya

Jom meriahkan GA dari Shitah ni...mana tau untung2 dpt adiah ke kan...

Lapar dan teringin punya pasal

in , , by Alia Farhan, 12:18 AM
Semalam teringin nak makan asam podeh melakau...so wat la skit utk makan malam. Punya lah teringin kan.


Rasa memang da sedap dah.

Tapi masuk kul 12.30 malam memang tekak pulak buat hal. Masuk toilet terus wek2. Memang lepas tu masuk ke SOHO jap sementara nak tunggu baju siap cuci kan.

Tapi masa kul 1.30 pagi macam tu perut da memanggil2 nak mintak di isi. Masuk la dapor balik goreng ikan bilis dengan bawang n cabai melaka and taruk kicap makan dengan nasik yang lebih tu. 

Lepas tu baru la boleh tidur dengan tenangnya. Alih2 pukul 5.30pagi aku terjaga sebab nak muntah. Tak pernah2 oi terjaga dari tidur semata2 untuk muntah. Nah amik selambak lagi muntah. Memang melepet habis lah. Terus panjat katil lena.

Then bangun pagi macam biasa, aku hantar Adriana ke rumah pengasuh sebab dia pun da ok plus aku nak kena start buat sabun yg orang pesan lagi. Lagipun kat rumah tokmama dia, semua da clear. And dari pagi tadi aku cuma telan coklat ja. Nak makan nasi aku tak berani. 

Nak masak lagi aku takmau. Fobia terus muntah2 semalam. Baru nak rajin2 da muntah2 balik. Adoi anak oi da 33weeks kot. Manja ngat aih. 

So tadi da siap2 solat zohor semua terus keluar p Secret Recipe Autocity ja sebab teringin nak makan grilled chicken kat situ. Padahal sebelum ni xpandang pun kan.


Ok ni makanan seimbang untuk mama n baby. Ada salad lagi. Clap clap ur hands baby

Nah amik. Pelahapnya. Punya la lapaq T____T
Habis licin tauuuu.

Baby, jangan nakai2 tau dalam perut tu. Takmau la macam semalam. Lembik mama dibuatnya. Mama tak sabaq nak jumpa kamu sayang.

Lagi cerita pasal KFC

in , by Alia Farhan, 8:20 PM



Heee tak abih2 dengan KFC kan. Eeeiii korang ni...tipu lah kan kalau ada orang kata tak suka makan kepsi ni kan....jangan nak membongak dik non.

Semalam aku ada update status kt fb psal original recipe vs spicy tu kan. Tak sangka ramai pulak setuju dengan aku kan.


Sebenarnya, rasa original recipe tu la yang paling best and bring me down to memory lane.

Serious dulu masa kecik-kecik nak cakap susah gila-gila tu tak la tapi arwah abah n mama memang jenis berjimat cermat. Nak bawak makan kepsi tu memang setahun sekali or 2 kali ja. Tu pun kami adik beradik kena bawak balik results peksa cantik2 dulu. Dapat C xpayah la berangan nak makan kepsi bagai siap pakej dapat reward rotan lagi. Pilih la nak pakej rotan gemuk ka, sederhana gemok ka or rotan halus. Tapi kalau dapat C utk subjek music or seni, mama tak kedah. Dapat B dengar la tazkirah panjang2. Dapat A semua adik beradik (kami 3 yang atas ni la) baru la mama n abah bawak makan kepsi kt Jalan Stadium tu. Orang Alor Setaq mesti tau kepsi legend ni.

Serious time tu hampa makan kepsi tu semua mana ada spicy la apa la. Ada pun ayam original recipe tu, coleslaw dengan kentang tu ja. Burger2 aku rasa mcm takdak, sebab mama and abah order pun yang bucket besaq tu ja. So aku tak pasti adakah time tu ada kejadian burger or tak. Tapi dia punya syiok tu macam makan kat hotel weiii bila setahun sekali dua dapat makan kt kepsi. Sumpah time tu makan kepsi pun rasa dah best dah.

Rasa rindu pulak time2 dulu2. Time benda susah nak dapat tu buatkan kita lebih menghargai something. Lani kepsi tu macam alaaaa...boringggg laaa asyik2 kepsi(budak2 zaman lani...lepuk kang) aku dulu2 nak dapat makan kepsi pun setahun sekali. Tu pun kena bawak balik semua A dulu baru parents aku belanja makan kepsi tau! 

Teringat jugak, mama sampai beli bekas deep fried tu. Kes anak2 teringin nak makan kepsi punya pasal. So takdak la kami rasa kepingin sangat nak makan kepsi setahun sekali kan. Dulu2 makan kepsi tu da consider mewah sangat dah. And dulu2 semua kepsi serve dalam pinggan melamine tu haa. Lani ada la sesetengah tempat ja wat mcm tu, the rest banyak guna plate kertas tu lagi haa. 

Haihhhh. Tapi serious bila aku makan original recipe aku teringat balik semua kenangan2 demi nak dapat makan kepsi masa zaman dulu2 masa sekolah rendah dulu2.

To my parents, thanks for teaching us to be struggled for what we want. Tenkiu juga sebab ajaq kami adik beradik tak mewah2 dengan duniawi ( something dat i also should practise to my kids soon). Love u to d moon n back , mama n abah. To my lovely abah, May Allah place you in a better place now. I miss you so much, abah. Till we meet again😌😌😌

Sapa makan kfc macam ni?

in , , by Alia Farhan, 8:57 PM
Baru-baru ni menggelupur malam2 lapaq sangat, sebab petang tu makan awai sangat untuk dinner dalam kul 6.30ptg mcm tu da makan.

Bila kol husband nak suruh dia belikan makanan, dia kata dia atas jambtan dah. Dia tanya kepsi boleh ke? Perut dah lapaq wei. Memang ON sangat la kan. Bukan apa, kesian ke baby dalam perut (alasan lagi). Muahahhaha.

Suruh dia beli yang 2 ketul ja. Sebab memang tak pernah pun aku beli set 3 ketul tu habis. Memang taklah. Tapi nak yang kepsi baru yang cheese apa ntah tu.


Check dalam microwave ada lagi nasik. Apa lagi bedal ngan nasik la. Huuu sedapnya! Nikmat tau...sekali-sekala wat perangai kampung dot com dot my ni. Sudahnya, ayam yang seketul lagi memang tak abih. So aku sruh ja laki aku abiskan. Ehh tapi sedaplah dia pnya cheese n onion tu. And coleslaw kepsi memang fav kita! 

Tapi paling benci sekali kalau beli kepsi dapat bahagia dada, memang sebu habis masa nak habiskan tu. Sebab tu la awai2 lagi aku request thight ngn drumstick ja. No dada2. Hahhahaha.

Korang ada tak perangai kampung dot com dot my macam aku ni?

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS