Industri syampu diraikan dengan inovasi terkini
SAFI Shayla Pek Fleksi: Pelbagai fungsi untuk lebih jimat tanpa kompromi


Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya.

Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikannilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda memperkenalkansatu solusi penuh inovasi, SAFI Shayla Pek Fleksi.

SAFI Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna buat semua wanita. DenganSAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupunsebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.

Menurutnya lagi, “Inovasi Pek Fleksi merupakan inovasi pertama dalam industri syampu. Diambil dari perkataan “fleksibel” iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan, SAFI Shaylamelengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk berkualiti pada harga mampu milik. Dengan satu syampu pada satu harga, pengguna boleh menggunakannya pada 3 keadaan yang berbeza.”



Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini. Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa kemana sahaja. Malah, pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang.


Produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65.Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

Dan untuk pengetahuan hampa semua, Safi Shayla ni shampoo dan conditioner dia semua best-best. Sebab apa kami kata best, sebab kami ni memang dah dekat 2 tahun gak pakai Safi Shayla ni lagi-lagi sebab apa kami suka Safi Shayla ni sebab shampoo dan conditioner dia diperkaya dengan habbatus sauda. Seperti yang kita tau kan, habbatus sauda ni mempunyai kandungan anti-radang, anti-bakteria dan anti-oksidan. And yang paling penting dia boleh mengurangkan keguguran rambut dan mempercepatkan pertumbuhan rambut baru. Yang keguguran rambut tu memang proven la untuk kes aku, Yang mempercepatkan pertumbuhan rambut tu kena check bali sebab my hair memang cepat panjang.

And kalau nak tau, Safi Shayla Pek Fleksi ni ada tujuh jenis pek ya. Setiap pek mengikut warna ada fungsi yang berlainan juga ya.


Jom kita tengok fungsi setiap pek berbagai warna ni:

HIJAU- segar bergaya
BIRU- anti kelumumur
UNGU- licin terurus
HITAM- hitam menawan
KUNING- kawalan minyak
MERAH- rambut rosak
HIJAU EMERALD- itch control

Biasanya kalau aku beli, memang aku prefer yang kaler kuning sebab aku ni memang mempunyai masalah kulit kepala berminyak. So selang dua hari biasanya, hair stylist aku suggestkan aku untuk cuci/syampu rambut ya untuk bersihkan scalp aku. Biasa kalau terlampau oily scalp aku, mulalah pores akan tersumbat lepas tersumbat tu akan lead pulak rambut gugur. Bila da gugur mula la nak stress! OH NO kan. Dengan adanya pek fleksi macam ni aku dapat la berjimatkan sebab pek dia pun lebih besar dari yang botol dia yang besar tu. Plus senang gak nak bawak ke mana-mana kan. Dan yang PALING PENTING, ENVIRONMENTAL FRIENDLY gitew haa. Dapat jimatkan pengunaan botol dan waste dari botol.



Lepas ni senang dah nak angkut balik kampung ke travel ke mana- mana ke. Orang macam aku ni memang kuat syampu rambut. Tak boleh la kalau berhari-hari tak cuci rambut.


Bila rambut and kulit kepala selesa, maka bila pakai tudung pun rasa selesa saja. Automatic boost kita punya confident level tau.


Kepada hampa-hampa yang mencari syampu Safi Shayla Pek Fleksi ni, jangan lupa dapatkan di hipermarket yang berdekatan dengan hampa, In Sha Allah jumpa punya la. Jom ber-Shayla di samping menyelamatkan Bumi kita dengan Go Green with Safi Shayla Pek Fleksi ni.





Hai kali ni kongsi food review yang agak menarik untuk hampa-hampa semua. Kot2 la ada yang mai Penang tapi jemu asyik makan nasik kandaq ja maciam takdak makanan len dah kat Penang ni kan.

Meh aku nak share kan port baik untuk ber Shell Out. Nama kedai ni Shell N. Terletak bersebelahan dengan Alora Hotel , Bayan Baru. Dekat ja dengan area Bukit Jambul. Kedai makan Shell N duk kat bangunan sebelah ja dengan Alora Hotel ni. Kira bangunan ni memang deret2 kedai makan jugak la.

Untuk kali ni kami pilih set yang untuk 2 -4 pax. Harga berpatutan bagi aku, cuma RM60 sahaja siap dengan nasi sekali. Ayaq asing.

Maii jamu mata tengok naaa


                   
Nin dia haaaa. Memang best!



Rasa padu!


Pedas-pedas manja gitu haa.




Aku pulak yang stress tengok gambaq ni time-time macam ni. Oh nasib


Tengok si kenit tu pun bukan main lagi. Dia pun suka sebab dia kan memang makan pedas-pedas jugak ni. Berebut-rebut la kami 3 beranak oi. Sedapnya. Duk terasa lagi haa.

Kepada En Suami ku, terima kasih la layan napsu gorgon bini ni yang pelik-pelik time ngandung ni. Jap-jap nak chicken chop la jap-jap nak shell out la.. ehhhh. 30 minit sekali berubah. Ni dari konon-konon nak makan chicken chop terus berubah taste nak shell out bagai. Nasib dia tau kedai yang best ni. Masuk pulau pun pulau la janji dapat makan yang sedap-sedap. 

Terima kasih la papa sebab sentiasa nak bagi yang terbaik untuk bini dan anak-anaknya.

***tetiba jadi entry emo pulak***

Oklah, hampa kalau nak p makan jangan lupa p serbu naa. No telefon nanti aku update len kali, husbeng ada la num fon kedai ni. Lupa nak mintak pulak dah.




Home deco: ubah lagi

in , by Alia Farhan, 8:28 AM
Kali ni nak share perubahan lagi utk home deco. Rotate2 ja furniture yang ada kat dalam rumah ni and kita adjust2 skit apa yang patut.

Macam ni la bila da fasa paus biru ni. Ubah tu ni skit pun da mengah. Kena perbetul urat skit.






Deco ni sebenarnya utk kepuasan diri sendiri. Takda istilah anak kecik xleh deco rumah lagi. Kalau tengok kat group deco tu lagi la rumah cun2 belaka. Anak pun 2 3 orang tengah melasak. Yang penting kita ni, anak da abih main kita kemas dulu sebelum tidur. Mana anak yang da paham bahasa tu ajar and train siap2 anak tu simpan sendiri barang2 mainan depa. Kan senang gitu. 

Tapi sebenarnya decor rumah dari anak tu kecik lagi sebab kita da biasakan anak dengan environment rumah yang ada barang-barang perhiasan. So takdak la jadi masalah bila p ke rumah orang nanti anak tu jadi perak orang kedah kata. P rumah orang mula tangan gatal2 nak pintai sana pintai sini. Betul tak? What matter, kita yang membentuk anak kita.

Sekian, sembang decor kali ini.


Sambungan dari entry Mandurah , lepas ja settle di Mandurah isi minyak semua. Kat Aus, isi minyak dulu baru bayar ya. Gelak2 aku ngan En Amir, duk kata kalau Malaysia ka wat macam ni. Isi minyak baru bayar, nanti ada ja petrolpump yang bankrap. Serious kagum kot dengan depa ni. Tu belum cerita shopping grocceries kat Coles, scan and bayar sendiri guna card. Ko rasa kalau kat Malaysia boleh buat tak??? Boleh tapi nanti ada la yang beli 10 barang, scan 2 3 barang ja, the rest is FREE kot
 Hahahhaha. Kagum kot aku dengan mat2 salleh kat Aus ni yang perangai depa lebih Islam dari kita.

Ok selesai, buh minyak semua maka aku pun take over untuk drive. Ok ja untuk perempuan drive kt Aus ni. Tak scary pun lagipun orang-orang sana drive pun bagus. Atittude tak macam orang Malaysia pun bawak kereta. Cuma orang Malaysia kat sana kena be careful skit la ya. Patuhi had laju yang ditetapkan, coz camera every where.

Perjalanan dari Mandurah ke Busselton amik masa plus minum 1 hr 45min plus la tak masuk berhenti cari toilet n etc. Kalau ikutkan iti awal nak singgah ke Bunburry tapi disebabkan cruise tadi da delay and banyak amik masa kat Mandurah tu maka kami terpaksa skip Bunburry. Dari Mandurah kami terus ke Busselton.
Jauh gak tu. Nasib ada co driver kan. Time tu pun husband aku da macam nak demam. Ya lah sejuk kot pastu asyik kena hujan ja.



Ngantuk gak drive sorg2. Yang 2 lagi kat belakang da selamat kroh kroh dah. Nasib jalan elok. 2 lanes lagi haa. Memang jalan selesa, nak drive pun ok ja.

View sepanjang perjalanan.

Time ni da tukaq driver dah. Makyong da penat n da sampai Busselton dah. Ntah kenapa aku suka sangat Busselton ni, dia macam town kecik ja tapi ala-ala English colonial tu memang terserlah sangat kot. No wonder la sejarah Busselton Jetty ni pun involve British.

Sweet ja Busselton ni. Kereta memang tak banyak. Kalau compared kereta ngan kat Jitra, rasa macam 1 nisbah 15 kot.

Yeayyy da sampai Busselton Jetty! Time ni angin kuat sangat. Sejuk takyah cakap la. Memang freezing cold gitew haaa.


Meh acik bagitau sejarah Busselton Jetty ni ya:

Busselton Jetty is the longest wooden jetty (pier) in the southern hemisphere,[1]stretching almost 2 km out to sea from the town of Busselton, Western Australia. Because the shallow waters of Geographe Bay restricted ship movement, a long jetty was required so that cut timber could be transported to ships.


Sit back and relax while our train driver takes you on a 1.7 kilometre journey across the calm, clear waters of Geographe Bay. With 50 seats available and trips leaving throughout the day, the Jetty Train is the perfect way to experience the Busselton Jetty.

Masa kami p tu train ni tutup due to bad weather. Sob2 jugak la. Tapi takpa la lepak2 kat Interactive centre depa tu sat.



Sejuk tak sangga org kedah kata.



Berjalan2 nak ke depan tu je, Interactive Centre depa.

Antara tarikan-tarikan and aktiviti yang boleh dibuat di Busselton Jetty ni. Yang paling menarik tu Underwater Observeatory tu.

The culmination of 10 years of planning and fundraising resulted in the opening of the Busselton Jetty Underwater Observatory on 13 December 2003.

Located 1.7 kilometres from shore at the end of the Jetty, the Underwater Observatory has been designed to accommodate up to 48 people at one time. Descending 8 metres beneath the waters’ surface, visitors can view the amazing corals and fish life through eleven viewing windows, at various levels within a 9.5 metre diameter observation chamber.
Described as Australia’s greatest artificial reef, the Busselton Jetty, with more than 300 individual marine species, is host to an awe inspiring “forest” of vividly-coloured tropical and sub-tropical corals, sponges, fish and invertebrates. Each year during autumn and winter, the Leeuwin Current brings a narrow band of warm water down the Western Australian coastline.
Kat dalam Interactive Centre tu.

Ada juga cerita pasal history Busselton Jetty ni.
Selesai ja pusing2 dalam tu Interactive Centre tu maka, it's the time for makan2. Lapaq weiii, dah la sejuk kan.

Ni la lauk yang masak pagi tu. Ok la dengan tekak Melayu ni kan asyik nak sambal ngn nasi ja. Masak yang simple2 sudah. Janji boleh telan. Kalau nak tau, nasik ni pun sejuk gedi macam duk dalam peti ais bahagian bawah tu. Tapi lapaq punya pasai, bedai ja. Janji kenyang.

Ni budak sorang ni kemain lagi haa chasing the seagull. Seronok bukan main dia dari Fremantle lagi duk ligan seagull tu semua.

Lepas ja habis makan kat sini and piknik dalam kesejukkan dengan angin kuat nak mati, maka it's d time to say Goodbye, Busselton.

Perjalanan pun diteruskan lagi sebab time tu pun da lewat kan about 4pm tak silap. Kami nak kena sampai ke Augusta pulak untuk kami punya last pitstop hari tu. 

For those yang nak tau sedikit sebanyak pasal Busselton Jetty, don't forget to click here ok.

Nanti kita sambung pasal last pit stop kat Augusta pulak ya.


Untuk previous entry boleh refer sini: 







GIVEAWAY MANGKUK TINGKAT BY EL DARWENA

in , by Alia Farhan, 7:49 AM
Sebagai peminat tiffin no 1....
Harus lah eksaited bila tengok Kak El buat GA mangkuk tingkat/tiffin/si'a ni


Click BANNER untuk join ya.

Jom ramai-ramai meriahkan GA ni

Perempuan dan perhiasan/ aksessori.

in , by Alia Farhan, 3:39 AM
Pernah dengar perempuan dengan barang perhiasan tak dapat dipisahkan???

Betul ke idok tu????

Yolah kot kan, aku memang kena jugak pakai any barang kemas/ perhiasan masa keluar. Paling ni pun cincin sebutir.


Giliran cik dora berehat. Hari tu kat Perth grab 3 butir je. Walaupun tak sebanyak collection orang lain, tetap every charms tu ada makna dia yang tersendiri.


Yang kt jari manis tu bow rose gold from Pandora, pesan kt PS kt Aus. Depa beli masa winter sale hari tu gila murah ok. Yang sebelah tu pulak mama bagi masa form 4 or form 4 macam tu. Actually ada banyak gak rings tapi kebanyakkan nya tak muat lani. Sob2. Jari mengembang dengan jayanya.


Yang bulat2 tu masa first time bonus Ibiden. Time tu tak kenal lagi kedai Emas Anwar. Rasa mcm bongok pun ada beli mahal2 kat Poh Kong. Cizzz sangat. Yang Cik Dora 916 (Masdora) tu En Amir belikan last year. Charms memang tak banyak sebab seketul charms boleh capai Rm400++...mati la mak nak. So kita selit2 la faceted murano charms dari Pandora pun kira halal la kan. Sekarang pakai Masdora balik. Pandora kasik rest dulu ya. Pakai sampai jemu nanti kita tukar balik pkai Pandora.

So macam mana namanya nak retired beli Pandora & Masdora cerita dia ni ya???
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS