Salam Aidil Adha

in , by Alia Farhan, 6:51 AM

Selamat hari raya aidil adha dari kami sekeluarga.

Raya kali ni tak me-rendang pun. Mood nak merendang tu takmai lagi. Hahahhaha. 

Tapi kalau dapat daging qurban fresh2 buat rendang memang sedap nya lahai. Dah mintak mama tolong simpankan kalau ada daging qurban. Teringin. Feel makan daging qurban ni tak sama kot dengan daging yang kita beli. Serius kot tak sama. Bukan sebab free ke apa ka. Tapi serius feel n rasa dia tak sama. Tu orang kata barokah dia lain maciam kot noh.

Apa pun Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua kaum muslimin dan muslimat. Dan kepada semua jemaah haji, semoga mendapat haji mabrur.

Tetiba sebak rindu kat angah. Walaupun rajin bergaduh biasa la kan adik beradik. Tapi bila jauh and tak nampak lama tu, rindu la jugak kan. Macam tu la adik-beradik. Ada depan mata asyik bergaduh, bila takda rindu. May Allah reward u jannah angah for all ur sacrifice towards our people during this hajj season. 

Oklah, nanti kita post pasal Perth balik ya. Selang seli la ya. Kang org asyik kata tak abeh2 Perth...x abih2 Perth...
Biorrr lerrr, nama pun belog aliafarhansaid kan bukan belog engkau....😊😊😊

Haaaa..
Bila mak yong teringin nak makan...mcm2 la tekak ni.
Kalau dah tak lalu tu offer la apa pun, tengok sepi je.
Bukan nak ngengada tapi tu la hakikat seorang makyong.

Kalau makan tak ikut selera kita either tak puas or uwek2 je. Kadang2 bukan nk ngengada tapi tu lah dia. Seronok bila kadang2 tu dengar cerita kwan2 preknen tapi tak alah la apa la. Seronok...seronok. tapi serius tu habuan masing2 la kan.

Kali ni makyong ni teringin nak makan nasi ayam kat TCR. memang fav kot. Lagi2 steam chicken tu. Cuma kali ni ngengada nak makan yang dumplings la bagai. Hari tu singgah Ipoh tak dapat dumplings kat Greentown tu😅😅😅

So marilah kita lihat bila makyong dah lalu makan tapi nak makan nasi ayam TCR je.

We fie dengan anak dara kesayangan sementara tunggu makanan sampai.

Fav kita menda alah ni.

Pun fav jugak, sampai lani try buat sendiri tak jadi2. Crunchy munchy dia tu tak sama...epic fail betul!

Order dumplings chicken tapi ada masalah apa ntah, diorg xleh nak serve so tukar amik wantan shrimp ni. Sedap gak!

Haa amik. Papa jamu 3 jnis ayam terus kat baby dia ni haa. Sedap2 tq papa.

So kesimpulan dia kenyang kami 1 family hari ni papa belanja makan anak beranak. Lepas makan tu masuk jap dalam Mydin utk beli Mamy Poko kat Anena n beli baju2 baby skit yang size nb pnya. Haihh eksaited pulak rasa nak jumpa baby bulan 12 nanti. 

Takpa la beli skit2 dulu kan. Ni baju kakak anena yang mana boleh pkai kita rotate ja balik. Nasib baju dia dulu belasah je beli yang unisex. Senang skit kan.

Lepas ja keluar Mydin, terjumpa kedai Supercut kat dalam Mydin tu, ala yang RM15 tuu. So apa lagi, decide utk trim rambut Anena skali ngn mama dia. Yang bestnya, ada ruangan tertutup untuk muslimah kalau nak potong rambut, apa lagi grab the chance la sementara ada big boss kan. Kena kasik trim skit, rambut aku ngn Anena mmg sama ja sejibik sejebuk, pattern lurus, tebal dan cepat panjang. Kalau tak trim skit nanti dalam pantang jenuh pitam la hakuuu nak menjaganya. Dengan nak menjaga anak kecik lagi. Anak tak berapa kecik lagi haa satu hal pulak. 

Maskot fb yang budak pompuan tu dah kena trim rambut dah. Hahahha. Memang sebijik pun sama ngn Si Nena ni. Tak lari jauh pun lagi2 kalau dia buat muka. Boleh pitam aku kadang2 tu.

Apa pun Selamat Hari Raya Aidil Adha korang. Maaf zahir & batin.








Wukuf di Arafah

in , , by Alia Farhan, 10:29 AM


Sama2 kita amik kesempatan lakukan sunat sempena dengan hari Arafah ni.

Tadi tengok video orang ramai2 nak wukuf kat Arafah, Allahu rasa sebak pun ada. Tetiba terpikir nanti bila dibangunkan di Masyar Allah yang jauh lebih jauh. Time tu hanya amalan kita ja yang kita ingat. Anak kita, family kita semua kita dah tak ingat. Masing-masing berlumba-lumba di Masyar Allah nanti. Takutnya. Terbayang dosa-dosa. Kawan2 kalau aku ada wat salah korang, harap dimaafkan segala apa yang aku dah buat secara sengaja atau tak sengaja. Sesungguhnya yang baik tu dari Allah, dan yang buruk tu dari aku sendiri.

Dan aku harap jugak, Allah permudahkan urusan kakak aku bertugas kat Tanah Suci sana. Ni tahun kedua dia bertugas kat sana as medical staff. Bila dengar cerita kakak aku pasal kejadian tahun lepas, memang buat aku insaf. Semoga Allah jaga Angah aku dekat sana, dan semoga Allah rewardkan Angah dengan segala nikmat setimpal atas segala pengorbanan angah dalam menjaga jemaah haji kita kat sana.

Jom, sama2 buat perkara sunat sempena Hari Arafah ni.

Bila weekend menjelma ja mulalah duk pikiaq punya pikiaq nak spend masa dengan the love one kat mana kan.
Kadang-kadang tu serius buntu betul tak?
Tak kata orang lain, tu selalu jadi masalah kami laki bini. Mai weekend ja mula la soalan nak pi mana tu keluaq. Haihhh. Stress rasa.

Tapi lepas ni kami da jumpa port menarik dah untuk lepak minum petang. Tertarik betul dengan afternoon tea yang dioffer oleh pihak Ixora Hotel. Konsep English Afternoon Tea ni memang tersangatlah best.


This set comes for two, cuma RM48 net.

Jom tengok apa yang ada dalam Afternoon Tea set ni.


Mixed fruits with macaron.


Panna cotta | Mango & Rasberry Cake with Fresh Cream


Tuna Croissants


Scones served warm with butter and jam



Strawberry Tart


Cheese Sandwich


Selain dari desserts and sandwiches kat atas, set ni jugak comes with beverages yang menarik. Antaranya boleh pilih nak Illy Coffee ke, tea ke or fresh orange. 


Illy coffee yang pure katanya. Aku bukan coffee person, so aku pilih la tea.


Aku pilih tea ja. Untuk Anena aku amikkan orange juice ja.


Overall, memang this set best la sebab korang boleh enjoy ja makan dengan your love one tanpa gangguan kan. Tak macam dalam mall kadang-kadang rimas pun ada nak lepak n chillex kt dalam cafe lama-lama.



Untuk Tempahan
info@ixorahotel.com
04-382 8888


LOKASI:
Ixora Hotel
Jalan Baru,
Bandar Perai Jaya,
13600 Perai,
Pulau Pinang



Ok kali ni nak share skit tips yang aku dapat dari satu website yang sangat particular bab2 organizing and cleaning ni. Tak lain tak bukan , CLEAN MAMA.

So meh aku share pulak, mengikut method yang diguna pakai oleh Clean Mama ni untuk sentiasa rumah tu kemas dan tak memenatkan kita sangat at the same time. Tapi aku olah ikut kesesuaian aku la ya.



Isnin- major cleaning untuk toilet. Yang brkerja opis tu, bangun awal2 pagi boleh spend masa utk toilet cleaning for monday.

Selasa hari untuk lab habuk. Spent masa at least 15 minutes untuk lap2 habuk kat rumah korang pada hari Selasa. Be at the morning before going to work or after work.

Hari Rabu, hari untuk vacuum. Pandai-pandai la korang curi2 masa untuk vacuum. Awal2 pagi sebelum mandi n pergi keja ka apa ka.

Khamis pulak hari untuk cuci lantai, mop ke lap ke. Janji amik at least 20 minutes untuk sweep the floor and mop dia.

Jumaat ni aku change skit, kalau Clean Mama biasa Jumaat ni dia kutip2 balik mana yang dia tak sempat buat. Tapi aku decide untuk hari towels& bedsheets. Kalau Clean Mama dia buat masa Saturday tapi aku takleh wat Saturday sebab biasanya on Saturday laundary loads aku brlambak, baju Anena kt umah pngasuh bagai semua nak basuh hari Sabtu. So pandai-pandai la korang adjust ya.

So hari Sabtu ni aku biasanya akan kutip2 apa yang aku tak sempat buat time weekdays. Time ni la rancang nak beli groceeries ka apa ka. Check balik la kot2 ada check list aku dalam minggu tu yang tak terbuat. Afterall, Sabtu kan family day.

Ahad ni biasanya cuma buat kerja-kerja rutin yang lain macam masak ke basuh baju ke n kemas yang skit2 je, bukan yang major2. And Ahad biasanya sama macam Sabtu, family day.

So, cerita dia sebenarnya jangan la hempuk semua kerja cleaning nak buat satu hari. Memang akan penat la cerita dia. Konsep dia hari ni buat ini, esok buat yang nu pulak. Kan ker senang skit. Takde la rumah tu macam tongkang pecah sangat bila dah masuk weekend tu. Weekend pun boleh chill2 ja ngan suami and anak2 kan. Tak ke best gitu haaa?

Korang kalau nak tips organizing and cleaning boleh jenguk Clean Mama ni. Best website dia...full of tips!


Ok adios



Start dari kejadian muntah-muntah kt Mydin hari tu, aku memang da tak masak apa2. Nak pegang udang ayam ikan segala mak nenek haiwan tu jadi takut jap.

Alahai. Dah kenapa alia oii. Stressnya bila jadi macam ni balik. Nampak petai lawa2 kat pasar malam pun jadi sedih sebab teringinnya lah nak makan. Tapi tau diri ni tak mungkin masuk ke dapur utk masak dalam masa terdekat ni. Nehi nehi. Pastu tekak ni dah 3 hari susah nau nak telan nasik! Kalau telan pun sebab lapor sgt and sebab taknak perut masuk angin ja.

Sighhhhhhhhhhhhhh.....
Adoih..........

Moi sup ni lah yg teringin sangat nak makan. Sedapnya bila dapat.

Malam kejadian yang muntah-muntah tu dapat kueytiaw thng pun sedap kemain rasanya. Haiii tekak nak sup-sup je ni.

Ni semalam tapau jugak mihun sup sebab tau mesti malam kang lapaq balik. Haaa cukup kul 11 mlam memang memanggil-manggil ja.

Ni pun tapau gak semalam untuk makan hari ni. Masuk dalam peti ais. Tadi panaskan ja lah guna microwave sebab lapor sangat haa. 

Lega perut tu haaa bila dapat isi yang baby nak. Cubq kalau makan silap sikit mula la nk uwek sana uwek sini. Tu belum kes pening-pening sampai tak boleh bangun ni haa. Memang stress gak la cerita dia.

Ni pun try bancuh jus delima Gulsan yang pati dia tu. Selalunya minum mcm tu terus ja, tapi lately ni after balik dr Perth asyik culas ja amik supplements and pati delima Gulsan ni.

Try bancuh minum tadi , lega ja rasa tekak ni. Kalau tak ka, minum air masak pun nak keluar balik. Bila minum buat air ni rasa la kurang skit kepala tu nak pening- pening ka apa ka. Lepas ni takleh la nak culas-culas lagi haa. Penat laa melepet ja macam ni.

Penat ok penat.





© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS