Salam Kemerdekaan yang ke 59 buat semua BANGSA MALAYSIA.

hampa buat apa hari ni?

Kami terperap kat rumah ja, nak pi berjalan-jalan rasa malas nya lahai. Tapi rasa macam nak ajak org tua ni p cari barang baby. Yalah, da masuk 25weeks tapi macam apa pun tak beli lagi. Napkin pun yang lepas da ke mana hala ntah. Hari tu kt uptown rumah adik sebelum p ke Perth sempat la grab barut comel dengan apa tu yang untuk tuam perut baby yang comel tu.

Baju-baju newborn kak nena hari tu memang da ni sangat dah. Berbulu-bulu abis sebab mek ni kecik ja orang nya sampai ke 4 5 bulan pun pakai baju newborn tu. Lenjan sampai berbulu-bulu la gak. Kang orang cakap anak first ja beria beli macam-macam kan. Ni haa nak kena beli jugak tapi gender baby pun tak tau lagi sebenarnya. 

As usual la kami ni kalau newborn tu suka beli yang unisex. Dua2 boleh pakai haa. Kan senang. Tapi excited la jugak nak tau gender baby kan. Gegurl ka boboboi keee....tunggu la esok kot2 p ke KK doctor scan ke tak ka. Kalau tak scan, nanti jawabnya kita p la scan dekat Klinik Marina ja lah. Nak scan kat makngah, makngah nya on duty kat Makkah.

Cerita pulak bab makan hari ni. Dari semalam duk pikiaq nak masak apa. Nak masak nasi ayam hainan ka nasi lemak kuning kedah! Harus la nasik lemak kuning yang menang kan. Ya lah kenit sorang ni pun kemain suka makan nasik lemak kan. 

Baik masak sendiri dari beli kan. Makan pun puas. Nak sambal banyak, nak ikan bilis banyak. Nak teloq seketoiii... nah amik kauuu!






Makan la sampai ke malam ya! Mama tak larat nak masak 2 3 kali. Tak kuasa ok!

Apa pun, selamat bermalas-malasan di rumah. Semoga kita semua menghargai erti kemerdekaan yang diperjuangkan oleh nenek moyang kita terdahulu. Dan semoga kita semua tetap menjadi warganegara Malaysia yang bertimbang rasa. Tak kira di mana bumi dipijak, takkan sama feel dia dengan tanah air tercinta. 

I LOVE YOU, MALAYSIA WITH ALL MY HEART!

Hai semua.

Kali ni kita nak cerita dulu pasal penjagaan wanita khususnya. Pernah dengar pembersih kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu tak? Actually ni memang fav pembersih Miss V kami. Sebab suka bau2 sirih dia tu. Kami kan traditional skit! Hahahha
Ni 3 rangkaian Sumber Ayu yang kami cuba.

Jom kami cerita sikit ya pasa Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu.

Sebahagian erti menjadi “dewasa” adalah mengetahui dan memahami keadaan . Serta keperluan tubuh badan. Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.

Bahagia intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semula jadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. 

Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan mengganggu keseimbangan semula jadi, serta mendedahkan kita kepada risiko jangkitan.  

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, Diformulasi Dengan Bahan Semula Jadi 


Lengkapkan rutin penjagaan peribadi dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU, diformulasi dengan bahan semula jadi. Agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. 

KENAPA PERLU MEMILIH PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU


Antara rangkain Pembersih Kewanitaan Sumber Ayu.


  • Kawalan pH paling ideal pada pH3.5 agar ekosistem Miss V berada dalam keadaan baik.

  • Kaya dengan ekstrak Daun Sirih. Ianya kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria berbahaya

  • dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.

  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU wajah baru yang lebih segar. 

  • Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated.

  • Halal oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.

  • Sesuai bagi semua wanita di setiap peringkat umur
  • MURAH dan JIMAT !! Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU berharga RM 3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml).
  • BANYAK PILIHAN !! Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU mempunyai (6) enam pelbagai rangkaian dan wangian yang menarik.

Dan ni antara 3 daripada 6 rangkaian yang kami dapat untuk dicuba. Selalu pakai yang floral tu je. Kali ni dapat yang lain rasa best nyaa.


Pembersih wanita Daun SirihSumber Ayu FRUITY - Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari.Pilihan terbaik bagi si gadis yng ceria,lincah dan sentiasa bersedia serta yakin dalam apa jua keadaan.




Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ORCHID - Haruman segar dari kuntuman Orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara




Pembersih Wanita Daun SirihSumber Ayu MUSK - Aroma semulajadi kasturi yang ringan yang menyuntik kesegaran optimum agar kekal segar sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa ke hadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun


Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Mawar– Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis 


Pembersih Wanita Daun SirihSUMBER AYU Floral– Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.



Pembersih Wanita Daun Sirih SUMBER AYU Gambir – Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan



Sebenarnya, kesihatan Miss V bagi seorang wanita tu sangat penting sebab dari situlah kita akan berasa selesa sepanjang hari. Bila selesa kita akan rasa boost confident tu. Yes, sebagai seorang "DIVA"..kita kena confident ok!

Kalau nak travel pun senang sebab Pembersiha Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ni ada size yang kecil jugak kan, so tak payah la nak risau bila travel tu nak angkut-angkut yang besar-besar kan. And yang paling penting, korang akan sentiasa rasa selesa ja bila gunakan Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu ni.

Tak percaya? Korang kena cuba sendiri baru korang boleh tau dia punya best tu. Kat rumah, memang aku sentiasa buat stok Sumber Ayu ni. Harga pun reasonable sangat-sangat. Orang cakap tak cuba tak tau kan. Lagi satu nak cari pun senang, dekat farmasi-farmasi yang femes dan supermarket semua ada produk Sumber Ayu ni. 

Jangan lupa dapatkan tau😊😊😊



Aku baru ja start tengok Si Kolot Suamiku tu yang lakonan si Elizad dengan si Ammar Bahrain tu. Aku kan suka tengok lakonan si Ammar tu sejak2 dia jadi hero dalam Kerana Terpaksa Aku Relakan dengan si Izreen tu.

Ya lah dalam cerita KTAR tu si Izreen kan bawak watak vongoks2 dia tu. Tu dia tu kan berlakon kalau vongoks2 skit kan lawak. So ntah maciam mana tersuka gak kat si Ammar ni.

So bila tengok iklan cerita ni ehhh mesti best niiii. Lagi pulak Elizad ni. Mesti vongoks2 jugak ni. Aku kan suka tengok cerita yang lite2 dan vongoks2 dan senang aku nak hadam and enjoyy ja the whole story.



Memang vongeks jugak dua2 dalam cerita ni.

Tapi kannnnnn......
Aku perasan sangat2 dalam cerita ni Ya Rabbi cantiknya la kulit si Elizad ni. Gila terpegun aku tengok kulit dia.

Tak mekap pun kulit da lawa gila! Oh maiiii.


Hukaloh gebu sangat ni kulit dia. Jeles nyaa..

Ok terus nak pi telan Vitamin C Shaklee and vivix and pastu nak tempek Honey Bee Venom la bagi kulit cantik persis korea persis elizad ni....
Huwaaa plizzz ai pun nak kulit lawa mciam niiiii!!!



Istimewa

in , , by Alia Farhan, 3:10 AM
Here we go again, an emotionally post again. Emo sebenarnya bila pikir2 balik am i good mom or not. Am i a tarzan or what sometime??? Am i??? 😂😂😂

Sebenarnya nak cerita pasal si kakak Nena tu. Sekarang ni cepat betul dia punya touching tu. Salah skit touching gila ngan mama dia especially. Kadang-kadang aku ni bila da penat mula la nak jadi tarzan. Ya Allah. Serius kadang-kadang tu asyik nak jadi singa ja. Lagi-lagi kalau aku memang tengah penat gila-gila.

Sebab tu aku jadi pemarah jugak for my second pregnancy ni. T_______T
Mentally n physically exhausted katanya!
I wonder how people yang beranak lima enam releks ja pregnant lagi and hadap anak-anak yang tengah melasak bagai tu.

Sebelum p ke Aussie hari tu, masa hantar kak Nena ke rumah tokmama dia as usual aku kena dukung dia sebab dia tengah tidoq time tu. Masa amik tu, tok mama dia cerita la, tokmama dia kata la kakak kena la jalan sendiri, kesian kat mama dalam perut ada adik lagi.

Guess what she replied????
She said, anena takmau la adik. Nanti mama tak sayang anena dah.....

Huwaaa sumpah aku sebak sangat2 time tu. Ya Allah. Tu ka apa yang dia rasa sekarang. Sorry kak nena, mama tetap sayang kak nena sampai bila2. Sebab kak nena la 1st anak mama yang duduk kat rahim mama sembilan bulan. Melekat kat dada mama hampir-hampir 3 tahun. T______T

Kak Nena la yang paling istimewa untuk mama n papa. Semua anak-anak mama n papa, mama n papa sayang.


Sayang bushuk masham mama ni. Time ni la boleh gomol dia puas2 tanpa kena tolak muka. Dulu2 dia asyik kena buli ja ngn mana n papa dia.

Lani tiap2 malam sebelum tdoq kena cakap dengan dia heart to heart. Mama sayang kakak, walaupun nanti ada adik, mama tetap sayang kakak sampai bila-bila. Kakak pun kena jaga adik tau. Kena sayang adik tau. Bila cakap2 macam tu sambil peluk2 dia, dia pun tengok ja muka aku sambil angguk2. Sumpah mama touching gila!

Time kecik konet mcm ni gomol macam mana pun xpa. Lani kena bodek2 dulu kalau nak mintak kiss pun. 

Semoga aku terus kuat untuk jaga amanah2 Allah ni dengan sebaiknya. Sedih jugak kadang2 bila aku terlalu ikut hati n marah2 ni, walhal diorang ni bukannya amenda pun. Cepat2 nanti aku lari ke tempat lain untuk cool down. Allahu, nikmat mana yang aku dustakan. Allah dah kurniakan aku anak pun aku patutnya bersyukur kan. Ramai lagi yang masih menunggu untuk menimang anak sendiri tapi belum lagi rezeki tapi aku kadang-kadang terlupa dengan amanah Allah ni.

To Adriana Arissa, kak Nena sentiasa istimewa dalam hati mama. Mama sayang kakak Nena sgt2.



Krim Honey Bee Venom 
Sapuan Krim Khas mengandungi racun lebah, propolis dan royal jelly untuk melegakan masalah kulit
Mengandungi 5 % racun lebah racun , ekstrak madu , ekstrak propolis dan ekstrak jeli diraja yang meremajakan kulit , krim ini melembabkan kulit yang kusam dan kurang bermaya.


Semua dalam satu krim menjaga keseimbangan kulit yang kompleks dan bermasalah jerawat dan kekeringan
Penjagaan untuk pelbagai masalah kulit seperti kekeringan daripada rangsangan udara kotor, kekurangan air dan perbagai masalah jerawat.


Ia menjadikan kulit licin , berdaya tahan dan berseri kulit dan penuh dengan kelembapan. Asid hyaluronik meningkatan kolagen dan kandungan kelembapan pada kulit untuk kulit terus lembut dan tegas ringan , preskripsi untuk melegakan kulit jerawat.
Ia adalah selamat untuk digunakan kerana ia tidak mengandungi paraben , minyak mineral atau benzophenone - 4.

Mampu menjadikan kulit lebih glowing disamping merawat kulit.


Sesuai juga dijadikan make up base dan membuatkan make up tahan lebih lama.




Makin menjadi pilihan ramai disamping harga yang murah dan kualiti yang bagus. 

Rugi tak dapatkan produk best ni

Harga: RM78
Berat: 150g
Dikilangkan/diformulasi: di Korea

Boleh dapatkan di


Atau;

Whatsapp: 0133363775
Jeng jeng jeng horror bila baca perkataan missed flight tu kannnnn....
Yesss memang horror n worst sangat kot perasaan time tu.

Ye lah, mau tak cuak. Beli tiket bukan murah oi. Memang demmmm sangat rasa time tu.

Cerita dia macam ni, flight kami ke Perth sepatutnya pkul 6.45pm. Tapi masa seminggu lagi nak fly Malindo keep on sms/email flight delay. Ok delay takpa lagi la kan sebab aku pikir ok cantik boleh sampai Perth kul 5.30am macam tu time tu da subuh kat sana. 2 hari nak fly tukar lagi schedule. Pukul 9.30pm pulak. Ok tak kesah lagi.... by the time esok nak fly tukar balik ke 6.45pm (jadual asal).

So kitaorang pun ok ja asalkan ada flight nak ke Perth kan! Sekali bila pergi check in tengok dia print boarding pass tu  departure pkul 9.30pm and sampai Perth kul 3am macam tu lebih kurang. So aku pun patah balik tanya dat guy kat counter, adik flight pkul 9.30 mlm ke ke Perth ni? Delay balik ke? Haah kak delay. Memang tulis kat situ boarding pukul 6 tapi nak make sure la jugak kenapa departure time tu gap lama nauuu.

So since dat guy kata delay kami pun lepak la makan2 apa lagi. Yalah time tu baru kul 4 ptg kot. And kami pun masuk la ke gate dalam pukul 6.30pm mcm tu... and guess what...we missed the flight!!!! Seriousssslyyyyyy omg time tu.

Terus p kat counter Malindo dalam international pnya departure tu and ask apa sebenarnya ni. Then they asked us to meet their officer incharge dekat ats bla bla bla.  Hishhh penat kena scan lgi skali kt immigration n pick up luggage pulak dah!!

Serius time tu da sakit hati sangat-sangat terus naik and pergi ke counter Malindo. Tanya kat staff dia cakap kenapa tak pergi time 6pm ni, so aku explained yang aku ada tnya tadi flight delay ke lgi ni haa departure kul 9.30pm balik ni. Yang bestnya mamat tu kat sebelah taknak ngaku pulak dia bagitau kata flight delay. Ye lah, sapa nak ngaku kan. Maybe dia pun terlepas pandang. So aku cakap nak jumpa manager dia. And she said manager takda cuti. And i asked her to call her officer in charge.

Bila cakap dengan officer incharge tu hati aku sejuk la skit. Aku explained la dekat dia psal bla bla bla tu. Dia pun apologized sebab shud be dekat departure time tu staff dia kena ammend ke 6.45pm bukan biar ja. Lagipun aku da siap reconfrimed balik departure time tu dengan mamat tu and dia pun boleh confident cakap delay. Hahahha.

So she gave us new tickets which is the next following morning. Rupa-rupanya bukan kami ja missed flight. Ramai lagi geng2 mat salleh dari Aussie sana pun terlepas flight ke Perth sana. Semua dapat tiket ganti. And malam tu sebab da lewat nak balik ke Subang Bestari we asked them for hotel. Alhamdulillah dapat gak 1 bilik walaupun hotel biasa2 ja. Siap diorg hntarkan n ambilkan d next morning tu.

Kalau cakap ngan staff2 Malindo yang jaga counter tu mau nak buh penampaq gak la kat depa. Nasib baik officer in charge depa tu ok sangat2. Tapi nampak la jugak dia p basuh mamat yang tak ammend ticket flight kami tu. Haaa takut VIRAL lewww tewww.

Apa pun tenkiu la officer in charge Malindo hari tu date 14th August. Sebab layanan bagus kat kami walaupun kami macam nak pecah dada dah awai2 tu missed flight kami n cakap ngan staff2 lain tu rasa mcm nak penumbuk ja muka depa tu sekoq2.

Esok tu memang awai2 lepas bfast apa semua kami da terpacak kat departure gate! Seram mak kalau missed flight lagi oiii


Btw, ruang dalam Malindo boleh dikatakan selesa la. Setanding dengan Malaysia Airlines jugak ya.


Paling best sebab ada entertainment FREE giteww haa. Makan FREE takyah cakap la. Tak sempat2 nak amik gmbar sebab da lapaq sangat kot.

Ruang yang lebih besar dan selesa sesuai la untuk laki aku yang berkaki panjang tuu. Dan yang paling penting rasa naik flight bukan rasa naik bus tingtong. *hahahahah*

Akhir kata tenkiu Malindo sebab ganti tiket kami balik! Walaupun kami da macam nak pecah dada time tu kena tinggai dengan kapai terbang kami. Nasib baik officer tu baguih sama and company policy Malindo ni jenis jaga customers sama. Kalau dak memang sorry to say la Malindo oi.

***stil tak serik lagi utk fly dengan Malindo. Tapi hopefully lepas ni boleh fly dengan Malaysia Airlines pulak. Ada rezeki lebih nak fly ngan MAS pulak. 


Sebenarnya org cakap Malindo dengan flight delay or reschedule time ni berpisah tiada. Mengikut pengalaman org2 yang selalu fly la. So hampa2 yang nak fly ngn Malindo ni kena selalu allert skit ya. Ni hat tara duk allert pun boleh kena tinggai jugak. Dalam duk tanyaa tuuuu...cisss tak gunaaa! Nasib dapat tiket baru!

Alhamdulillah everything went well masa tengah fly tu. Turbulence tu ada skit2 tapi xteruk sangat. By the time sampai ke Perth tu dah pkul 4 ptg mcm tu. And sementara nak pick up luggage n check in kt immigration and check beg semua tu dan la pkul 5.30pm gak. Boleh refer sini untuk panduan makanan yang boleh bawak masuk ke Australia ya. Bila smpai2 kat Perth tu tengah hujan rintik2. Tapi Ya Allah dia punya sejuk tu sampai ke tulang (walaupun aku gemuk tapi aku rasa tau sejuk sampai ke tulang kat sana!)

So iti yang sepatutnya berjalan hari 1st kat Perth tak dapat nak follow since kami naik flight lain kan. Nasib masa kat hotel transit tu terus message kereta sewa Aries kat sana utk delay sebab flight kami ada prob. Nanti kita cita pasal Aries Rental Car ni pulak ya next entry.

Sampai2 kt Perth terus celapak amik cab ja lah. What choice do we have kan. Time tu pun da pkul 6pm and dah MALAM ok! Naik cab ke Scarborough yang atas skit dari Perth City, ke hotel kami stay Indian Ocean Hotel. Area Scarborough ni memang area pantai and area elite2 gak la hasil dari pemerhatian aku. Laut memang mengadap Indian Ocean betul2. 

Malam tu sampai2 terus keluarkan rice cooker and masak nasik dan panaskan lauk2 yang mama bagi kat kami untuk makan kat sana. Lega perut yang tengah berkeroncong tu wei. Orang Melayu dan nasik berpisah tiada!





© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS