Salam hai.

Quick update!
Sekarang ni dekat Albany, Western Australia. Same time as Msia kalau western side of Aus ni. Kat sini pukul 5.30 da nak gelap. So the nite life start earlier. Sekarang pun rasa mcm dah malam gila walhal baru kul 7.48pm. Dah terikut dengan Ausie kot malam ja chillex kat umah (tempat kitaorang stay)

So kali ni nak cerita tips travel skit walaupun tak la terer sangat nak bagi tips kan. Ehhh.



Sebenarnya ni boleh dikatakan long hours flight untuk Adriana. Setakat Penang-KL tu 45 minutes ja apa la sangat kan. So this is what we need to consider bila travel with kid(s) ni.



Bila travel with kid(s) ni yang paling penting kita kena paham tabiat semula jadi anak kita sendiri. Jenis reti duk diam ke tak..jenis hyper ka..jenis suka lena ka...jenis tak reti duk diam ka jenis melasak ka jenis macam mana...tak tau???haaaiii anak sendiri pun tak tau kaaa??? Macam aku, Adriana ni memang jenis akan cepat menggelupur. Nasib time mai ke Perth hari tu dia lena dekat 3 hrs. So another 2 hrs plus tu takkan nak expect dia bersopan santun kan. Mesti la ada menggelupur dia tu. So untuk long hours flight, Perth ni dah cukup ok la tak lama sangat dia nak menggelupur kat dalam tu.

Second, kalau korang ni jenis kaki panjang  ( laki aku la tuuu)...panjang sangat orang nya (sebab tu la aku suka dia...sebab tinggi..hahahha) . So flight2 yang sempit tak la aku sajes. Kesian kot. P KK dr Penang pun 2 n half hrs pun aku rasa kesian kt dia bila tengok dia tak selesa naik AA.

Ketiga, condition korang. Macam aku mengandung ni memang la kan nak keselesaan. Keselesaan tu penting bagi aku. Ruang kaki untuk bagi kaki aku gerak2 pun kena la luas jarak dia dengan seat kat depan tu.

Dan sebab tu jugak la untuk trip ke Perth kali ni aku amik Malindo sebab adik aku cakap memang Malindo punya seat lebih besar skit dari AA. Siap jarak dengan seat depan pun luas. Yang paling penting , free entertainment kat atas tu, free meal and free lugage 30 kg ( sebab tu releks ja aku hangkut 1 lugage utk ration n rice cooker saja). So i trust my brother yg memang dalam aviation industry. Thanks adik sebab rekemen Malindo (walaupun ada skit slack utk trip kali ni). Lagipun time aku nak beli tiket ni tiket AA n Malindo pun tak jauh sgt beza dia...dalam seratus hingget mcm tu saja.

Kepada korang yang nk cari tiket flight murah boleh check website skyscanner ya. Kat situ dia ada wat comparison harga airlines mana yang murah. Bukan setakat AA , Malindo ja ada...MAS ka jetstar ka semua ada tau. So pandai-pandai la korang ya. Bagi yang travel solo or tak bawak anak ka maybe boleh cari tiket AA masa promo.

Pendek kata, ikut selera korang and needs korang yang nak travel time tu macam mana. Kalau aku memang kalau boleh nak naik Malaysia Airlines. Tengok nanti2 ada rezeki lebih mesti nak support airlines negara tercinta.

Nanti2 la kita cerita travel tips yang lain pulak ya. Sejuk2 ni rasa nak makan meggi ja lagi. Ehhh dunt worry. Kita wat yang healthy version of meggi ya.

Len kali kita update travel tips : memasak masa travel pulak ya. Stay tune.




Hoi takde keja ka

in , by Alia Farhan, 9:15 AM

Hoi!!! 
Dah takdak reja ka sampai nk menjual resit bodoh gini haa.

Ingat Allah ya dik, kepada penjual resit pelesu lagu ni sila lah insap ya. Tak perlu kot wat menda2 terkutuk mcam ni. Lately ni banyak betul dengar customers kencing seller. Macam-macam lah sekarang ni. Please la, dapat apa menipu orang macam ni? Seronok ka? Berkat ke hidup and aman ka hidup macam tu?

***bagi seller semua , make sure check dulu every transaction before hntaq barang ya. Sekarang ni macam-macam kan. Kita pun kena be extra careful ya.

Love from Perth
~always a traveller~




Always a traveler

in , , by Alia Farhan, 7:25 AM

currently I'm here with my lil family.
will blog about my Perth travelog soon once i get back from my trip soon.


From,
Alia
Always the traveler at heart

Burger pilihan hati

in , by Alia Farhan, 6:45 AM
Datang la burger canggih macam mana pun. Burger bakaq ka, grilled burger ka...kfc zinger burger ka...Carls Jr ka mekdi ka.....


Tetapppppp

Burger niii jugak pilihan hatiku


Dinner malam ni. Burger ayam special.


Mama dia seketul. Dia pun seketul. Habis budak ni belasah tau. 

Alhamdulillah rezeki malam ni. Mama dia tak daya nak masak la lagi-lagi esok dah nak pi ke kl dah. Awal-awal lagi kitchen closed. Hahhahaha. Pemalas betul cerita dia.

Korang punya fav burger macam mana pulak?






Dulu2 masa kerja 4 bulan lagi nk raya, sibuk da collect note hijau untuk bagi duit raya kt sepupu sepapat yang besar2.

Sekarang ni duit raya semua husbang bagi. Wakakkakaka. Tapi da upgrade jadi simpanan note oren. Simpanan note oren untuk tahun ni da 3 kali da tuai hasil. Memang berdisplin gila la bila simpan note oren ni. Yang first hari tu da tukar ke gold , dapat 4 ketul cincin comel (ala2 cincin Pandora), 4 charm pandora gold. And 2 ketul gold bar untuk anak tersayang. See, yang tu kumpul dari Nov last year sampai bulan 2 tak silap. Memang masa kira-kira balik tu fuyooo tak sangka banyak jugak ya.

Yang second time da selamat masuk dalam bank untuk dijadikan modal bisness. Sedar tak sedar memang banyak. Alhamdulillah.

And kali ni....


Dapat la tuai hasil nak shopping masa melancong nanti. Takda la husband jeling-jeling sangat kan time nak shopping tu.

Lepas balik melancong ni nak kumpul balik. Tengok kalau sampai awal tahun depan dapat tuai berapa pulak hasilnya. 

Bila da biasa put asside nite oren ni kita akan jadi biasa dah. Kalau terguna, memang rasa sayang and menyesal sangat-sangat. Husband pun da tau dah perangai bini dia kalau note oren cepat-cepat letak kt compartment khas dalam purse tu. Bagus gak dia belikan hadiah purse yang banyak compartment gitu.

Korang-korang pun cuba la try. Kita nak tengok target bulan 2 tahun depan banyak mana pulak nilai tabung oren kita ni. Kalau banyak boleh terus kumpul sampai cukup utk Tabung Melancong 2018 ke mana2 lagi. Baby pun da besar skit time tu kan.

So korang ada tabung macam mana?





Lately Adriana ni ada satu hobby yang mana suka sangat tengok U tube. Paham-paham la bila U tube tu kan. Kadang-kadang ada content video dia yang tak proper untuk anak-anak kecil kita ni.

Sakit hati jugak tengok kadang-kadang tu , sebab tu aku memang akan charge fon Note 2 tu battery dia skitttt n ciputttt ja. Dalam 30-45 minutes dah padam battery dia. Time tu dia akan cakap mama battery da habis.

And time tu jugak la aku akan ajak dia for bed time story. Memang agak memenatkan bila ko tengah- tengah bercerita nanti dia tanya pasal gambar-gambar dalam story book tu. Ehhh ehhh. Tapi layan ja lah.



At least bagi dia less attach dengan gadget pun dah kira ok sangat dah kan.

Biar orang cakap dia kenal buku. Tahun depan pun nak masukkan dia ke tadika dah. Biar dia biasa dengan suasana kat sekolah. Memang kalau nak cakap, beza sangat kot zaman kita dulu dengan zaman anak-anak kita ni. 

Zaman dulu, mama dia ni 5 tahun p tadika pun jongos lagi. Darjah 1 baru tau membaca n mengira. Tapi sekarang mana boleh macam tu dah. Darjah 1 pun anak-anak da kena tau membaca n mengira. They have to be fast learner or else ketinggalan.

So lepas ni kena beli more and more story book la kan. Bila la next Big Bad Wolf kat Penang ni. Nak pi cari lagi buku untuk si Adriana sayang ni.

Ni belum lagi kira pening nak masukkan tadika mana pulak ni. Haihhh laaa. Nak pilih tadika kat anak pun boleh pening sampai macam ni. Takpa lah balik dari vacation ni mama akan survey-survey lagi ya untuk Adriana. 


© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS