Hai mesti ramai yang ingat tak boleh booking hotel kat Agoda or Booking guna debit card kan. Sebenarnya boleh ja. Cuma maybe kita tak tau and missing that part saja.

Yang paling penting kalau nak guna debit card korang untuk bayar booking hotel ka Agoda ka or anything yang online ni korang kena activate kan function E-commerce pada debit card korang ja. Macam mana nak activate kan? Boleh call careline bank masing-masing ya.

Macam biasala, kalau dekat Agoda, korang search la hotel apa korang nak stay. And then bila dah kena ngan taste and harga korang nak, korang noleh la select hotel and jenis bilik macam mana yang korang nak.


Contoh : Isi details korang ya. Then click CONTINUE kat bawah tu.


Haa ni la part paling best. Aku biasanya akan pilih PAY LATER sebab incase tak jadi ka apa ka kan. So takdak la masalah kat aku nanti. Korang nak PAY NOW pun takde hal. Ikut korang la kan.

Macam mana nak isi ya yang lain-lain tu?
senang ja, p amik kad bank korang n tengok betul-betul.

Ni contoh untuk kad debit Maybank ya, so korang kena pilih VISA la ya. Kalau kad korang Mastercard click select Mastercard tau. Then masukkan seketul-seketul number kat atas tu.

Card holder name tu nama hampa la ya. Kalau pakai company punya card, letak nama company la ya.

Expiry date tu letak yang VALID THRU ikut card korang ya.

Issuing bank, ikut bank mana yang korang pakai debit card tu.

DONE.

Kalau keluar failed or error tu maknanya debit kad korang punya E-commerce function tu tak activate la lagi tu. So nak wat macam mana ya? Macam aku cakap tadi, sila lah call careline bank masing-masing ya. Lepas da activate, COBAAA lagiiii ya.

So lepas ni takyah risau-risau dah ya takdak credit card takleh booking hotel ka apa ka. Semua sekarang ni di hujung jari and telinga ja. Semoga perkongsian kali ni dapat menolong hampa-hampa sedikit sebanyak ya.

***cara yang sama boleh di apply di website-website lain jugak ya, Trivago ka Booking ka.

Jangan cakap hakak tak payunggg hokeyyy










Ok lepas CIMB punya card debit, kita cerita pulak pasal Maybank punya pulak ya. Ya lah, memang dua ni femes amos kot kat Malaysia ni. Bank pilihan rakyat jelata tak gitu.

Tapi last few weeks memang sakit hati gila dengan customer service careline maybank. Kol everyday and almost every hour kecuali time lena la tak dapat-dapat wei. Jilake betul. Lepas tu terus decide hantar emel ja suruh depa kol and setelkan. And after 3 days finally depa kol.

Time tu aku stress sebab function E-commerce untuk debit card maybank aku tak activate lagi. So every booking kat Agoda aku nak buat semua failed and rejected!! cisss bedebah betul. Takpa bila depa kol tu legaa dah walaupun dah berhari-hari makan sumpahan mak yong ni.

Ok cerita dia untuk activatekan oversea pnya ni korang kena activate kan E-commerce fuction korang untuk debit card korang ya. Tapi Maybank ni korang kena activate kan sendiri kalau untuk oversea tu. Cara dia senang ja, just log in Maybank2u.com je. And kemudian follow step-step kat bawah ni.

Lepas da log in, p ke Card Management.

Then p ke Overseas ATM Facilities

Ok kat sini pilih lah Activation ya.

So jangan lupa letak tarikh Start Date activation dan  End Date. 
Oh ya Maybank dia tak dak permanent macam CIMB ya. Boleh refer sini kalau nak tau pasal CIMB ya.  Lepas dari korang set End Date tu boleh la korang click Continue ya. And as usual akan ada Request TAC no dan Submit TAC no . As usual la kan kalau guna online banking ni, So da setel semua ni, korang da boleh la swipe debit card korang kat overseas nanti.


Kepada korang yang susah gila nak activate kan E-commerce korang tu, kol tak dapat-dapat sampai lebam, boleh la terus ja shoot emel ke mgcc@maybank.com.my . Dealing ngan Maybank ni lately ni korang kena banyakkan bersabar. Diharap Maybank dapat tambah staff lagi di bahagia Maybank Careline ya. 





Hai...
kali ni nak share untuk yang tertanya-tanya boleh tak guna kad debit CIMB kat oversea untuk swipe masa beli belah kat sana. Yalah, biasa kalau tukar kat sana biasanya exchange rate tu selalunya jadi lebih tinggi. so nak selamat moh aku share skit macam mana nak buat ya.

Senang saja, yang penting jorang kena ada ekses to cimbclicks account korang ya. So in my case, I'm using my current account (bisnes account mak  je!) so aku kena activate kan di bank sebab current account memang tak boleh nak activate kan function untuk E-commerce ya. memang kena go thru counter. Sila lah bawah cop bisnes korang ya. kalau yang pakai saving account boleh buat kat ATM machine saja ya.

So bila da selesai activatekan function E-commerce, pegawai CIMB yang incharge akan tanya korang nak diorang activate kan untuk oversea pnya ni ke tak. If nak diorang boleh ja, tapi temporary lah cuma 3 tahun saja, tapi dia cakap better aku buat sendiri so aku boleh set kan kepada FOREVER...HAHAH...PERMANENT la tu noks oi. Concern dia takut aku lupa ka, kang alih-alih time kat oversea tu punggah pulak debit card takleh pakai kat sana. Betul jugak cakap dia.

So better buat sendiri je lah kan. Senang.

Mula-mula macam biasa log in la ke cimbclicks korang ya.


P click kat Link account tu ya



So nanti akan keluar la Overseas Spending & Withdrawal



Next dia akan keluar macam ni ya.
So korang boleh la pilih nak yang permanent ka temporary ka.
Macam aku setting permanent terus ja. Senang skit kan.
Then click la SUBMIT tu lepas tu dia akan suruh kita request TAC num and masukkan TAC num in order nak activate kan menda alah ni. Ni kira memang wajib la ya TAC num kat mana-mana online banking pun kan.

So taraaa
Dah selesai satu bab dah.
semoga entry dapat membantu mereka-mereka yang takda credit card macam aku ni ya. Nak travel pun tak sakit kepala and tak berhutang pasni.





Hai..kali ni nak sharing skit pasal menu breakfast dan supper yang sehat untuk ibu-ibu mengandung dan menyusu. Ya la kan, bila mengandung ni cepat ja lapaq. Sama la jugak bila menyusu asyik nak makan ja!!!
Pastu bulat macam belonnnnn....

Dah la sedia macam belon, lagi bertambah-tambah belon la kan. Kali ni nak share menu breakfast / supper yang super healthy


Tak lain tak bukan ESP dari Shaklee. 

Sebenarnya masalah aku dengan ESP Shaklee ni adalah aku tak boleh nak minum dia saja. So mau takmau kena la mix dengan benda lain jugak. So one of the way adalah blend ESP dengan frozen strawberry , campor dengan fresh milk from Farm Best (currently fav milk!sedap tau brand Farm Best ni) dengan 3 spoons of ESP. lepas tu blend guna blender macam biasa ya.

Kenapa ESP bagus untuk ibu mengandung dan ibu menyusu?

Seperti mana yang kita semua tau, ESP ni terkenal dengan kandungan Glisemik  Indeks yang rendah. And for your info, bila indeks glisemik rendah, gula yang dibebaskan adalah secara berperingkat dan mengikut keperluan badan kita. Secara tak langsung mengawal kandungan gula dalam darah kita. Sebab tu ibu-ibu yang  disuspek Gestational Diabetes atau kencing manis semasa hamil digalakkan untuk mengambil ESP semasa breakfast dan supper untuk 
mengawal kandungan gula dalam darah.




See...ESP punya Glisemik Indeks , GI antara yang terendah 39 ja u olls. No wonder la bagus untuk mak-mak mengandung and menyusu yang semedang ja lapaq kan. Memang serius bila amik ESP ni pagi-pagi kenyang sampai ke tengah hari. Sama gak kalau malam-malam tu lapaq, ESP la jawapannya.


Baru la paham kenapa kadang-kadang tu makan rasa da berat dah tapi sat ja da lapaq balik. Macam membela pun ada gamaknya. Sebab tu la pentingnya juga waktu breakfast and supper amik makanan yang rendah Glisemik Indeks nya ya. 

Apakah indeks glisemik??  

Indeks glisemik adalah indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mengandungi karbohidrat ke atas paras glukosa darah.

Siapa yg memerlukan index glisemik yg rendah? 
1. pesakit diabetes
2. mereka yang ingin berdiet.
3. mereka yang mempunyai tahap kolestrol tinggi

4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu yang sentiasa lapoooorrr jeee

So kalau korang adalah salah satu kategori di atas, korang boleh la try ESP dari Shaklee ni. Tak terhad ja kena blend dengan stobery kan. Boleh lagi blend dengan mangga ka, pineapple ka campur dengan milo ke. Janji tekak korang boleh telan. Macam aku ni memang xleh telan ESP dia saja. Memang kena add on something. 

Takpun korang boleh try macam resipi-resipi kat dalam gambar ni


Dan bagi korang-korang yang nak dapatkan ESP Shaklee ni boleh la hubungi kami di 0133363775 . In Sha Allah ada special untuk pembaca blog ni. 




Pemenang Birthday Giveaway

in , by Alia Farhan, 6:25 AM
Hai hampa semua. Sory la lambat nak umumkan sapa yang menang GA birthday tuan tanah bulan lepas ya. Ampunkan tuan tanah ya.


Jeng jeng
Senarai pemenang Birthday GA:




***pemenang adalah dipilih secara rawak. Ala-ala cabutan bertuah gitu oleh anakanda beta. Hadiah cuma dapat diposkan setelah ai balik dari vacation ya.

Kepada yang menang sila emailkan details anda kepada :

aliafarhansaid@gmail.com


Bagi yang tak berjaya, jangan sedih2 ada lagi GA lepas ni In Sha Allah.



See yaaa

in , , , , by Alia Farhan, 1:51 AM


Taaa zabarrr. Tak dapat p Holland tengok cik tulips...kita p yang dekat2 pun ok!

See ya!



© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS