Bila first-first tau pasal Haakaa Silicone breastpump ni rasa teruja sangat sebab one thing harga dia super cheap(RM76.90), and then silicone tu rasa macam bonus point sangat. Kompem selesa ni nak pump.

 Pastikan yang original dari Haakaa ya. 
Sebab yang ori guna silicone yang berkualiti tinggi. 
 Sebab paham-paham ja lah ya kalau yang tak ori tu nanti jadi isu pulak masa nak sterile kan nanti.



Ni dia haa Haaka kesayangan akak. 


So soft boleh squeeze-squeeze macam tu saja.


                                                       
Malu nak tunjuk hasil sebab ciput and currently duk wean off kenit kan lagi-lagi pulak tengah preggy ni. Sambil duk type-type and edit gambar ni dalam 15 minutes dapat la banyak ni. Nak expressed lebih-lebih takut pulak contraction lebih-lebih kang.

Yang paling bestnya sebab guna pump ni tak payah nak attach banyak-banyak parts macam electric breastpump. Squeeze ja and letak kat kawasan aerola korang and biaq ja dia buat kerja. Perfect la untuk yang tandem nursing sebab bila kita duk menyusu anak normally yang sebelah lagi kan akan meleleh. So lekat ja ni biaq ja dia collect susu kat side sebelah lagi. Sebab tu la jugak Haaka Breastpump ni dikenali jugak sebagai milk collector. Dah takdak isu susu meleleh-leleh lagi kat sebelah and baju bau susu sebab duk meleleh.  Senang kan?

So bagi hampa-hampa yang kekurangan bajet or mencari breastpump yang berbajet rendah TAPI BERKUALITI,  boleh give a try to this brand. Jimat pun jimat, masa nak mencuci, assemble dan dissemble tu pun da jimat. Kan bagus gitu???




Ok boleh tengok sini ya macam mana Minah Salleh ni guna Haaka Silicone Breastpump ya. 

Korang boleh dapatkan Haakaa Silicone Breastpump di sini:


Harga: RM76.90 (without lid)

     RM99.90 (with lid)


*** In Sha Allah, nanti lepas deliver akan wat review susulan lagi pasal Haaka Silicone Breastpump yang ohsem ni.

Bila jadi mak-mak ni selalu akan pening nak bagi anak minum susu apa la, makan apa la, pakai diapers/ pampers apa la kan?
Yeah welcome to MOTHERHOOD gitewww haa. Lumrah kot bila jadi mak2 ni kita nak bagi yang terbaik untuk anak kita. Ya lah kan, benda-benda yang sebut tadi tu bukan sebarangan ja boleh bagi lagu tu ja kan....satg kena pikiaq macam-macam jugak sebelum nak bagi apa-apa tu.

Sebab tu dalam pemilihan disposable diapers atau lampin pakai buang ni, kualiti juga memainkan peranan yang sangat penting. Satu yang paling penting untuk aku, mesti la keserasian lampin tu sendiri dengan anak aku. Maksudnya, NO RASHES at all bila da pakai lama-lama pun. Ya la, mungkin serasi kat anak hang, tapi tak serasi kat anak aku kan. Kedua, daya tahan diapers tu sendiri. Means dalam konteks, haa konteks kaaauuuu...kauuu hadeee? Ok2 maksud aku kat sini, berapa lama diapers/ lampin pakai buang tu tahan.Maksud tahan tu tak bocor la sayam-sayam ku. Bukan apa kan, kalau setakat 2 3 jam pakai da melorot pampers anak aku, tak pun dah lencun habis tu tak ke tension mama dia ni? Sebab tu la pentingnya daya ketahanan sesuatu lampin pakai buang tu kan.


And lately ni jugak la perasan Adriana selalu ja naik rashes especially bila lambt skit basuh poo poo ke bila pakai satu jenama yang femes amos ni. Bila jadi macam tu mula lah mama dia nak stress. Dah pulak tu cepat betoi la diapers dia melorot lately ni. Sat ja da berat n penuh. Ehhh geram kita wak! So hari tu ada la give a try to Mamy Poko, memang pejam mata jugak la beli pack kecik tu yang pants tu. Alhamdulillah dah tak naik rashes tu dah and daya serapan pun bagus and paling penting mak suka pants dia tu.


Harga memang pejam mata la membelinya. Tapi orang kata alah membeli menang memakai gitu haa. Kualiti memang bagus. No wonder harga dia pun memang boleh tahan.


TAPIIIIII....

hampa-hampa tak perlu risau lagi dah, sebabnya LAZADA akan buat LAZADA BIG BABY FAIR yang mana menawarkan diskaun untuk barangan baby sehingga 80% .

TARIKH BABY FAIR : BERMULA 27 JULAI HINGGA 31 JULAI 2016 ( 5 HARI SAHAJA)

Kod Baucer : 20LAP20 untuk pelanggan baru (20% OFF)

So apa lagi korang, jangan lupa tau dapat gaji ni terus p usha LAZADA BIG BABY FAIR naaa. Rugi woo kalau tak grab time-time cenggini haa.




Abaikan plating yang comots itu ya, mak nak cepat time tu tak sompek la nak letak lemah gemalai bagai nak oi. Denagn si kenit memekik mama nak makan!!! lagi harus pantasss zasss gitewww.


Memandangkan ada yang bertanya pasal resipi terung goreng berlado yang kebabom ni, maka harus la kita share kat blog ni ya.

Actually ni memang favourite sangat-sangat ni. Biasanya masakan ni femes kat belah2 nogori sano haa...geng2 minang kan suko mkan lado-lado ni. Aku hat bukan minang ni pun suka masakan lado-lado gini ha. Jom kita cerita skit macam mana nak buat terung goreng berlado ni ya.

Bahan-bahan:
~terung panjang (aku guna sebatang jer,sebab suami aku tak makan terung..so aku bedai sorang-sorang je lah)
~ 3 biji cabai besar
~ 8 biji cabai melaka
~ 1 biji bawang besar
~ 4 ulas bawang putih
~ garam
~ kunyit
~ perasa
~ gula
~sekeping asam keping

Cara-cara:
1. Mula-mula potongkan terung ikut size korang suka, garam dan kunyitkan dia. Lepas tu goreng (minyak takmau banyak ye) agak-agak dah masak angkat ya.
2. Tumbuk cabai melaka, cabai besaq, bawang besar dan bawang putih dengan lesung batu. Kalau malas boleh ja blend kering tu, jangan halus sangat la tapinya, dats why la aku tumbuk dengan lesung batu ja sebab nak effect kasar2 gitew( setahun sekali ja la tumbuk guna lesung batu, selalu guna blender ja..preh2 senang).
3. Panaskan minyak yang guna untuk goreng terung tadi dan tumis bahan-bahan yang tumbuk tadi tu.
4. Jangan lupa masukkan asam keping ya, then tambah ayaq skit.
5. Agak cili tadi da masak, and air da kurang baru masukkan garam, perasa, dan gula.
6. Da siap kuah tu boleh la masukkan terung yang digoreng tadi.

TARAAAAA...DA SIAPPPP DAHHH

SELAMAT MENCUBA...
Makan ni sepinggan tak cukup, kena dua pinggan baru rasa puassss penangan berlado dia tu haa.

oklah, tata titi tutu.

Satu lagi GA menarik untuk disertai. Jom meriahkan GA yg julung kali dianjurkan oleh blogger Aku Seorang Traveller ni





Tag : Farah Glanz
hi actually nak cerita menda ni sebenarnya agak dah lama, few weeks before posa lagi kot pi. punya la mngidam nak makan churros kak oi!!! gugel punya gugel adoiiii susahnya la nak cari churros kat Penang ni. Nasib baik la ada jumpa blog kaki makan jugak kat Penang ni yang cerita kewujudan pasal churros sedap gils ni...

Actually cafe ni kat Stewart Lane, pusing merata la jugak mencari. Tu tara p dengan Penangite sangat tu. kahkahkah. Agak tricky nak cari sebab dia agak terlindung, memang located dekat area-area yang banggunan-banggunan lama so called heritage tu.

Kalau hampa jumpa rimau ni kira hampa di laluan yang betoi dah.

Eh suka pulak kita raea-area ni. Memang teringat betul kat Melaka, especially Jonker Walk tu. Bila la nak dapat p Melaka kan....
tahun depan pi bawak beby boo laaa...

Okay da sampai pun.

Masa untuk mengorder!






sambil-sambil nak tunggu churros dan ayaq siap..maka kita usha-usha la apa yang ada kat dalam cafe ni.
banyak yang suka sini lepak-lepak sambil dengaq music and baca novel, magazines n etc. Tapi serius best la kalau nak buat lepak-lepak weekend ni. Chill ja rasa.

Comel ja lukis-lukis macam ni.

Latte da sampai. Ni En Amir [unya..mak tak minum sangat kopi2 time preggy ni tapi ada la rasa 1 sip, bagi aku tak berapa best...

Kita minum ayaq masak sajaa....



taraaaaa.....


MELTINGGGGG...lapaq pulak tengok gambaq2 ni haaa..yang kat belakang tu CRONUTS..dia macam donuts la tapi garing macam churros... sedap gak..yang tu dia salut dengan cinnamon sugar. Moi fav jugak la.

Aku amik churros yang set besaq...set kecik mana ckup wei. So dapat la dua dip sauce, aku pilih caramel dengan hot choc...

Sedap nya hoiiii tengok balik!!!!
ahhh menciiii...tunggu makan churros kat tempat lain pulak nanti ya Alia.

Overall, puas hati sangat-sangat dengan churros and cronuts dia tu! sedap!
Cuma air tu a bit pricey balik and rasa SO SO ja bagi aku...
boleh dijadikan port untuk lepak, membaca novel..layan jugak sebab time tu mendung-mendung nak hujan gitu. So tempat ni pun macam cosy ja...

Ni dia masa beroperasi. Katup hari apa aku tak sure.

5, Stewart Lane
George Town
04-261 3879
operated Hours: 12:00 - 00:00

Kali ni nak share resipi sandwich yang pakat trending n menjadi kegilaan orang ramai tu.

tengok gambaq atas rasa nak buat lagi ja. Memang sedap and puas makan. Untuk sandwich ni aku buat dua inti, egg mayo +sardines. Dua-dua ni simple gila ja kot. Tapi outcome dia perghhh gitu haaa.

Ok bahan-bahan yang diperlukan:
* roti Gardenina(sukati la korang nk pakai jenis apa pun)
* butter / planta (biar kat suhu bilik, senang nak sapu)
* mayo
* teloq 3 bijik
* sardines 1 tin kecik
* salad
* tomato( hiris bulat n nipis)
* bawang potong dadu
* garam
* gula
* cuka

Untuk inti teloq:
1. Rebuskan 3 bijik telur tu sehingga masak.
2. Tak payah la gigih sangat nak kopek time panas tu, tunggu sejuk or rendam ayaq sejuk sat dulu ok baru kopek kulit dia.
3. Lenyekkan telur-telur tu dan campur 3 sudu mayonis dalam mangkuk.
4. Letak skit lada sulah/ lada hitam.

Untuk inti sardin:
1. Tumiskan bawang dan masukkan sardine. Jangan lupa lenyekkan tau.
2. Then masukkan cuka, gula dan garam and da boleh tutup api.

Untuk sandwich preparation:

1. Sapu butter dekat roti then sapu mayo, pastu letakkan sald dan tomato n and letakkan egg mayo untuk lapisan first.
2. Ulang step 1 tapi inti gantikan dengan sardine pulak.
3. Nak lagi best, letak jap dalam chiller (guna cling wrap ya untuk balut dia)
4. Pastu sedia untuk dimakan. Perghhh meleleh bhai...meleleh ok!



***ada org suka potong tepi2 tu, tapi aku suka menda tu so aku tak potong. Feel makan sandwich sejuk2 ni. Prektis London gitewww haaa.

Ok la tu sajiaaa perkongsian resipi untuk kali ni
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS