Kali ni nak share resipi sandwich yang pakat trending n menjadi kegilaan orang ramai tu.

tengok gambaq atas rasa nak buat lagi ja. Memang sedap and puas makan. Untuk sandwich ni aku buat dua inti, egg mayo +sardines. Dua-dua ni simple gila ja kot. Tapi outcome dia perghhh gitu haaa.

Ok bahan-bahan yang diperlukan:
* roti Gardenina(sukati la korang nk pakai jenis apa pun)
* butter / planta (biar kat suhu bilik, senang nak sapu)
* mayo
* teloq 3 bijik
* sardines 1 tin kecik
* salad
* tomato( hiris bulat n nipis)
* bawang potong dadu
* garam
* gula
* cuka

Untuk inti teloq:
1. Rebuskan 3 bijik telur tu sehingga masak.
2. Tak payah la gigih sangat nak kopek time panas tu, tunggu sejuk or rendam ayaq sejuk sat dulu ok baru kopek kulit dia.
3. Lenyekkan telur-telur tu dan campur 3 sudu mayonis dalam mangkuk.
4. Letak skit lada sulah/ lada hitam.

Untuk inti sardin:
1. Tumiskan bawang dan masukkan sardine. Jangan lupa lenyekkan tau.
2. Then masukkan cuka, gula dan garam and da boleh tutup api.

Untuk sandwich preparation:

1. Sapu butter dekat roti then sapu mayo, pastu letakkan sald dan tomato n and letakkan egg mayo untuk lapisan first.
2. Ulang step 1 tapi inti gantikan dengan sardine pulak.
3. Nak lagi best, letak jap dalam chiller (guna cling wrap ya untuk balut dia)
4. Pastu sedia untuk dimakan. Perghhh meleleh bhai...meleleh ok!



***ada org suka potong tepi2 tu, tapi aku suka menda tu so aku tak potong. Feel makan sandwich sejuk2 ni. Prektis London gitewww haaa.

Ok la tu sajiaaa perkongsian resipi untuk kali ni
Wewit..
Kaki shopping online especially barang-barang make up mesti tau kewujudan Althea ni.
Kalau hampa nak tau Althea ni macam portal online untuk make up dari Korea. Memang kalau nak bajet KPop...harus shopping kt Althea tau.

Untuk pengetahuan hampa semua, hari ni genap setahun usia Althea. HEPPY BIRTHDAY ALTHEA!!!kita share birthday month la Althea!

Bestnya banyak hadiah wei.


Heppy Birthday Althea!
Seronok pulak selfie dengan goodies2 and props dari Althea ni. Comel sangat-sangat!

Because one selfie is never enough!
Hahahahahha....evil laugh!

Tenkiu Althea for this lovely beauty goodies! Rasa macam dapat hadiah birthday pulak from Althea, ye lah birthday sama bulan kan. Ehh terbalik pulak ya. Janji Althea memang best sebab bagi beauty goodies yang best gila ni.

Nanti kita unboxing semua beauty goodies ni n review one by one, ok?

Masa dapat-dapat parcel pink ni dah alahai sweet nya lahai. Tu belum bukak lagi haaa. (Awat dalam gambaq nampak macam rona merah pulak dah)
Bila da bukak tu lagi la melting habis. Fuhhhh sweet sangat.

Perghhh hampa...rugi la kalau tak pi grab ni. Jom2 jadi yang bertuah tu. Takmau ka limited goodies bag tu???



Sempena #AltheaTurns1, Althea Korea bagi seprais untuk hampa tau, dengan pembelian mana-mana produk dalam Althea Korea hari ini pada tarikh 20 Julai 2016 ni hampa layak dapat limited edition birthday box, join contest dan mana tahu dapat free goodies...while stocks last tau(1500 orang terawai sahaja tau)...sapa cepat dia dapat ya! Jom kita pakat p usha ramai and purchase yang mana berkenan tau....


Althea's Birthday Celebration 20th - 31st July, 2016
*Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit
-For orders placed on 20/7 onwards. While stocks last.

*Free Goodies for first 1,500 shoppers
-Full size beauty products. While stocks last.

*Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers for 100% REBATE!
Rebate will be credited into your account.

#AltheaTurns1 Instagram Contest
- Got your Althea party kit? Wish us a happy birthday with #altheaturns1 and stand a chance to win amazing prizes such as Macbook Air, Ipad Air 2, iPhone 6S, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits and beauty hampers from Althea!
- Prizes total worth KRW10,000,000 to be won.
- Contest starts from 20th July - 15th August, 2016.

So jangan tunggu lama-lama tau, nanti lama2 habih laaaa goodies tu. Jom click Althea untuk nyopping!

Once again...HEPPY BIRTHDAY ALTHEA!!!
Kali ni segmen product review nak cerita pasal satu produk yang best sangat!

Familiar tak dengan produk Good Virtues Co. ni??? Packaging dia kaa-chinggg betul!


Kalau sapa yang kaki lepak berejam-jam kat dalam Watson mesti akan familiar dengan brand ni. Good Virtues Co. Ni banyak di jual dekat Watson tau.

Yang paling best produk Good Virtues Co. ni berasaskan Habbatus Sauda Organik atau Organic Black Seed yang mana memang sangat-sangat terkenal dengan kebaikkannya.

Satu shampoo satu conditioner. Both for oily hair. Sebenarnya aku ni ada masalah yang kronik jugak dengan scalp aku which is Oily. Bila oily ni paham-paham la ya rambut cepat gugur and once a month memang kena buat scalp treatment. Yang best nya bila start pakai shampoo & conditioner daru Good Virtues Co. ni kan, scalp memang kurang berminyak and rambut pun da kurang gugur. Orang yang ada masalah oily scalp macam aku ni memang selalu kena shampoo kepala supaya kulit kepala tak berminyak sangat. Sebab bila berminyak sangat mula la scalp pores tersumbat n start leading to dandruff and then rambut pun mula la start gugur.

So sebab ni jugak aku kena shampoo rambut aku once every two days. Dan oleh sebab itu jugak la kena pilih shampoo yang baik dan bagus kan. Kena tengok betul-betul chemicals content dia (u'r talking with retired chemical engineer...huhuhu). Harmful ke idok. Ada bahan-bahan yang aku allergik ke idok kan. So far it's claimed as FREE FROM MINERAL OILS, PARABENS, SLE, N SLES. which is good and bonus point to this product!

Also NOT TESTED ON ANIMALS. yeayyy bonusss point!!! Somemore its HALAL!!!+ LAGI LA MAKJEM KASIK A PLUS PLUS OK!

Bau pun wangi. Lepas pakai rasa fresh sangat kulit kepala ni. Rambut pun rasa terurus orang cakap and tak cepat berminyak balik.


Product Info;

Name : Happy&Heavenly Clarifying Hair & Scalp Shampoo for Oily Hair / Helpful & Delightful Clarifying Hair & Scalp Conditioner For Oily Hair
Brand : Good Virtues Co.
Country of Origin : Malaysia
Content : 300ml / 10.1 fl oz
Limited Edition : No
Price : RM12.80


Availability (Malaysia) :
In Store: Watsons pharmacist, Tesco & Giant
Online : Good Virtues Online Store [link], Watsons Online [link], Zalora [link], FashionValet [link]
Link : http://www.goodvirtuesco.com/


Hope this post will help those yang nak cari a "GREEN" shampoo and conditioner for your hair.

Kali ni nak cerita pasal resipi kari mamak ikan bawal emas yang buat baru2 ni masa Raya ke 2 kat Jitra.

Memang terangkat habis lah.

Jom tengok bahan-bahan dan cara-caranya.

Bahan-bahan:
1. Seekor ikan bawal emas (anggaran dalam 1kg+..mntak peniaga potong untuk masak kari siap-siap)
2. 1 biji bawang besar ( hiris)
3. 4 ulas bawang putih. (Hiris)
4. Serbuk kari ikan babas (4 sudu makan)
5. Serbuk jintan manis (1 sudu kecil)
6. Serbuk cili (1 sudu kecil)
7. 2 tangkai daun kari
8. Satu sudu halba campur.
9. Sedikit minyak untuk menumis
10. Air asam jawa
11. Garam
12. Serbuk perasa
13. Tomato
14. Bendi
15. Cabai besar.


Cara-cara:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis halba campur dan daun kari dan bawang besar &bawang putih.
3. Kemudian masukkan serbuk kari, jintan manis dan serbuk cili dan kacau.
4. Then tambah air asam jawa and tambah air.
5. Biar kari merenih dalam 15-20 minit supaya rempah masak dan pecah minyak.
6. Agak rempah kari da start masak dan mendidih masukkan ikan, garam dan serbuk perasa.
7. Lepas tu , masukkan la segala tomato, cabai besar dan bendi.
8. Jangan masak lama-lama sangat nanti hancoq ikan tu. Dah mendidih sekali terus tutup api tu.

Dahhh siap. Sedap gila oiii!!!

Makan dengan nasik buh sambai belacan skit. Memang terangkat abih. Oh ya kari mamak memang x letak santan tau. Kalau kari melayu ja letak santan bagai. Ni healthier giteewww.

Selamat mencuba!
Sapa yang ada masalah barang-barang make up ka perfume banyak gilos ka diharap dapat la gunakan tips aku nak bagi ni.

Dulu semua aku main letak ja kat chest drawer. End up bila nak amik yang kat belakang tu susah gila. Lagi parah bila nak cepat main letak saja pastu mula la bersepah. Kemas2 tak sampai 3 hari jadi balik. Ya lah, takdak optimization budak2 engineering kata!

Haaa maka dengan ini otak selaju kilat la came with this idea. Sebenarnya masa p beli barang kt Mydin hari tu ada promo utk rack kasut yang kayu tu untuk member. Tinggal RM9 saja. Haruslah grab dulu baru pikiaq nanti nak hack jadi apa.

Bila balik rumah ada 2 spot memang aku nak letak menda alah ni. Either at kitchen or kat atas chest drawer ni.

Maka decide nak letak ja kat atas chest drawer dulu. Nanti utk kitchen len kali kita beli lagi rack tu.
Kemas 2 hari jadi balik. Sebabnya semua nk secepuk kat situ. Stress bila tengok! Perfume suami banyak...perfume bini banyak. Make up bini xcampoq lagi tau. Make up bini duk dalam make up bag and trolley Raskòg Ikea nu haa.

Bila asyik jadi maciam ni mula nak stress. Bila start stress mula la nak moody. NO NO NO..NOT GOOD OK!

Tapi bila otak da ligat nak hack n diy skit. Maka jadiklah gini....


Taraaa


Haaaa lega tengok!
More space...
Apa yang penting kena bijak hack dan be creative...bila creative ni macam2 menda kita leh hack and jadikan hidup kita senang.

Nanti kita tunjuk pulak kalau dah hack kt dapoq ya guna rack ni. Soon ok soon!

Babai.
Hahaha...
Cita ni actually maciam da lapuk dan basi. Tapi nak tulis gak dalam ni supaya nanti bila aku tua2 aku baca ohhh ada rupanya moment ni.

Memang la daya ingatan pompuan ni lagi kuat dari kaum lelaki. Tapi saja la nk ingat di hari tua moment2 terindah gitewww. Pangggg sedasss.

Actually bday aku 3rd July yg lepas! Tup2 masa p shopping brg raya Adriana kat Gurney entah time bila la husband aku p masuk Habib and belikan ni kat aku...

Terkejut la jugak aku ni haa keluar2 dari Parkson tetiba Adriana mai bagi kat aku, nah mama papa bagi.... auuuuu gitewww. Sweet la pulok suruh anak mai bagi haaa. Apa lagi tersengih la aku maciam kerang busuk. Tersenyum bila ingat balik! Ya lah laki aku ni jenis type " MORE THAN WORDS" . Sebab tu aku memang selalu touching bila dia jenis ssh gila kot nak cakap sayang kat aku bagai. Walaupun gedik tau dia sayang kat aku kan! Tapi nak gak la dengaq dari mulut dia. Satgi mula la dia nyanyi lagu MORE THAN WORDS ni..pastu nanti aku melting! Ohh sora laki aku memang sedap...sebab tu kami suka p karok ke der!
Aku ja selalu bajet Beyoncè , Mariah Carey ngan Leona Lewis!
Pitching haram ke lautan paling dalam!
Ehhh tapi kami selalu duet karok LUCKY I'M IN LAF WITH MY BESTFRIEND!

Husband aku ni simple, kadang-kadang dia tau aku ni jenis ada ada..xdak xdak xkesah pun. Kalau aku ada duit lebih sendiri aku beli. Tapi being me super cheap skate nak mati...selalu ermmm beli baju anak dlu la best! Last2 kat diri sendiri nan hado. Itula emak namanya kannn. Sama macam purse Fossil hari tu. Dia tau aku memang dah lama aim nak purse tu sebab aku memang jenis leather person. Pakai sampai lenjan n lingkup baru tukaq. Duk aim punya aim tp tengok harga butik yg double dr hrga kt US aku cancel plan. So survey la dulu kt Ig bagai..murah tpi design aku nak takdak. Tup2 masa aku demam teruk, dia jaga Adriana n bwak Adriana kluaq. Balik-balik Adriana sua muka n bagi paper bag Fossil! Huwaaa tak nangis ka aku time tu...husband2 u'r more than words!

Ok berbalik pada cerita birthday celebration. So En Amir cakap la untuk my birthday dia da booked kan Ramadhan Buffet kat Eastern & Oriental Hotel. Mai God!!!fav aku kot Peking Duck kat situ!tau2 ja baby dalam perut teringin makan itik peking kan papa ni! Ni yang sayang papa kak nena n baby lebih ni!

Punya melahap sentai itik tu smp lupa nk snap foto. Aku suka buffet kt E&O ni sebab dia ada maciam-maciam. Char kuey tiaw best!sashimi best nak mati...banyak gak la aku bedai salmon sashimi hari tu dengan Fresh oyster! Makanan melayu??memang x la kan time tu!

The one n only photo i snapped masa kt E&O. Makjem lupa bila nampak CKT n itik peking hari tu. Nyum2.

Tenkiu en suami sebab belanja anak bini makan buffet sedap sempena bday i. I sentiasa doakan u murah rezeki dan sehat tubuh badan untuk jaga keluarga kecil kita ni. I love u more than words b...so glad that i'm married to you, my bestfriend!

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS